BAB 16

Romance Completed 6596

Selepas peristiwa itu, Fasha semakin menjauhkan diri daripada Fattah .Walaupun hatinya rindu kepada Fattah, tetapi dia nekad untuk terus menjauhkan dirinya. Dengan harapan Fattah dapat melupakannya. Tarikh perkahwinan Herlina dan Fattah akan menjelang sebulan saja lagi. Hati Fasha begitu sebak, terasa luluh hati dan perasaanya. Sungguhpun begitu, Fasha masih mampu mengubati lukanya, dengan mengimbau kembali memori bersama Fattah tika dulu. Fasha bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepadanya mencintai dan dicinta Fattah. Itu pun dia sudah bersyukur. Tidak sesekali Fasha membenci Fattah, mahupun Herlina, malah hati sucinya masih mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua kelak. Bertapa besarnya pengorbanan Fasha, dengan sanggup mengorbankan cinta demi sebuah ikatan tali persahabatan dan tali persaudaraan. Fasha juga tidak bimbang melepaskan Fattah ke tangan Herlina, kerana kini Herlina sudah banyak berubah berbanding dulu. Syukurlah mungkin itu jodoh yang terbaik untuk Fattah.

“Noni, Fasha mana?” tanya Herlina.

“Dia baru balik, ada kat dalam bilik dia.” Balas Noni sambil leka membaca majalah.

“Ohh aku ingat dia tak balik lagi, tadi aku tanya budak kat office, dia cakap Fasha keluar, aku target dia balik terus. Tiba-tiba dalam kereta, risau pulak takut Fasha tunggu aku di pejabat. Sebab dia janji tadi nak balik dengan aku.”

“Ahhh, tak payah nak risau, dia pun dah balik.. haa tu dia” tunjuk Noni sambil memuncungkan bibirnya.

“Kau balik dengan siapa?”

“Aku balik dengan teksi tadi, aku keluar beli barang sikit, aku malas nak menyusahkan kau teman aku beli barang. Lagipun aku nampak kau sibuk semenjak dua menjak ni.

Herlina tersenyum..” emm tak adalah sibuk sangat sampaikan aku tak boleh nak temankan kau, aku hanya siapkan kerja yang tertangguh dulu, nanti bila cuti kahwin, tak adalah aku risau sangat, kerja semuanya dah settle sebelum ambil cuti panjang.” Jelas Herlina

Fasha terdiam. Cuba mengawal perasaannya.

“ohh tak ya.. orang dah nak kahwinkan, mesti sibuk sekarang ni” Fasha ketawa, tetapi hatinya Allah saja yang tahu.

” kau ni Fasha ada-ada saja. Fasha kau ada panadol tak?.. aku pening kepala lah” tanya Herlina

“Ada.. pergilah cari dalam bilik aku.. aku pun lupa letak kat mana..” Fasha tergelak.

“ok thanks.. aku naik atas dululah. Lepas telan ubat aku ingat nak tidur sekejap.”

“Okay.. Rehat tau.. bye”

Herlina masuk ke bilik Fasha untuk mencari panadol. Entah kenapa, kepalanya sakit sekali. Herlina membongkok mencari ubat di setiap laci. Tetapi tidak di jumpainya. Herlina beralih ke katil Fasha., manalah tahu Fasha menyimpannya di sana. Fikir Herlina. Kemudian Herlina mencari dibawah bantal, ada sesuatu yang di jumpai, bukan ubat penahan sakit, tetapi diary Fasha. Herlina berdebar-debar. Herlina cuba untuk membacanya, tetapi dipadamkan hasratnya. Herlina meletakkan kembali diary tersebut di bawah bantal Fasha. Herlina duduk di birai katil Fasha. Dia ligat berfikir tentang diary tersebut. Akhirnya, Herlina nekad untuk membacanya. Herlina menutup pintu bilik Fasha, sebagai langkah berjaga-jaga. Diambil semula diary tersebut, lalu di bukanya.

Alangkah terkejut Herlina sebaik sahaja melihat foto mesra Fasha dan bakal suaminya itu. Herlina semakin berdebar.. lalu di bacanya satu persatu luahan hati Fasha. Tanpa disedari Herlina menitiskan air matanya. Herlina tidak menyangka selama ini Fasha dan Fattah adalah pasangan kekasih. Kenapa kau tidak berterus-terang kepada aku Fasha?? Kenapa kau sanggup korbankan cinta kau? Dan kenapa kau terlalu berahsia Fasha ?? Herlina menangis semahunya. Herlina malu dengan perbuatannya, masih ada lagi manusia yang berhati mulia mengorbankan cinta mereka.. sedangkan aku??? Terus hanyut dengan kepentingan dan keegoan diri sendiri. Herlina tertunduk.. Herlina kesal dan sebak menahan sakit di dada kerana perbuatan dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience