BAB 4

Romance Completed 6596

“Pagi Fasha.. kau makan apa Fasha, emm sedapnya bau, kau masak ya?” Tanya Noni housemate Fasha dan Herlina

“Yup aku masak semua tu, ambillah aku pun tak dapat habiskan semua ni” Fasha tersenyum, sambil menyuakan nasi goreng kepada Noni.

“Wah thank you, amboi lawa baju, kau baru beli ke?”

“Ha’ah baju baru, baru nak mereput” jawab Fasha selamba

“ooo pandai ya buat lawak sekarang” Noni tersenyum.. Eh Fasha, Herlina balik bila ya? Dah seminggu dia bercuti dengan Anas tu, tak ingat nak balik ke?

“Aku rasa petang ni dia baliklah, kalau tidak pun esok. Aku tak ambil port sangat tentang dia dengan Anas, nanti kalau aku tanya dia lebih-lebih, tak pasal-pasal aku yang kena marah.” Jelas Fasha

“Apa nak jadilah Herlina tu,tak takut ke dia, pergi bercuti dengan Anas saja? Bukan dia kenal sepenuhnya si Anas tu.. manalah tahu, Anas hanya ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya sahaja.. al-maklumlah anak orang kaya” Noni megomel

“..biarlah dia Noni, kalau kau membebel panjang lebar sekalipun, macamlah Herlina dengar. Biarlah dia. Dia pun dah besar panjang, tahulah dia jaga diri” jelas Fasha.

“Aku bukan apa Fasha, dibuatnya parents dia datang rumah kita, Tanya pasal Herlina kita nak jawab apa?”

“itu aku tak tahu, dan aku tak nak ambil tahu, dahlah Noni kau tolong kemas semua ni, aku dah lambat ni, nanti tertinggal bas pulak”

“kau nak pergi beli barang ke?”

Fasha menepuk dahinya..”Lah sorry Noni

aku terlupa nak bagitahu kau, aku nak balik kampung hari ini, saja lama tak balik.. tapi jangan risau aku balik tak lama, petang Isnin aku balik sini semula”

“Lah semua orang bercuti..alamatnya aku sorang-soranglah ni?”

Fasha tersenyum.. maaflah Noni, aku betul-betul terlupa nak bagitahu kau awal-awal”

“Emm tak apalah kalau macam tu, yang penting kau hati-hati,kirim salam orang kuantan” Noni berseloroh

“Ada-ada saja kau ni, emm yelah tu.. Noni aku nak pinjam payung kau ok..hujan pulak, payung aku dah rosak”

“pinjamlah..tu pun nak bagitahu aku”

“terima kasih.. okeylah Noni aku pergi dulu ya..takut lambat sampai ke terminal, maklumlah bas biasa ni kadang-kadang bukannya tepat pada masa sampai,susah-susah sangat aku naik cab je ke terminal” bagitahu Fasha sambil menyarung sandlenya.

“mana-manalah Fasha asalkan sampai”

“okey Noni.. bye jaga diri”

“okey bye” Noni membalas lambaian Fasha , ayu sungguh Fasha. Sejuk mata memandang. Pewatakan Fasha yang lemah-lembut membuatkan Fasha disenangi ramai. Fasga memiliki mata yang cantik keperang-perangan, sekali pandang persis wajah Nora Danish.. ya Nora Danish..!! hanya perbezaan diantara mereka, Fasha lebih ketimuran wajahnya, serta sopan bertudung dan Fasha lebih gemar mencalitkan sedikit make-up di mukanya berbanding artis persis wajahnya itu. Calitan make-up yang nipis, membuatkan Fasha kelihatan cantik natural. Ramai yang ingin berpacaran dengan Fasha, tetapi semuanya hampa.. Alasan Fasha, belum tiba masanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience