BAB 15

Romance Completed 6594

Setelah setengah jam perjalanan, mereka tiba di Putrajaya, Fasha terus keluar dari kereta Fattah . Fattah hanya mengekorinya. Fasha tersenyum melihat keletah segelintir anak kecil berlari berkejaran sesama sendiri. Ceria sekali. Fasha terlalu kagum dengan permandangan di Putrajaya. Teras bangga dan megah apabila menjadi salah seorang anak Malaysia. Ketenangan di Putrajaya membuatkan Fasha tenang setenangnya. Tetapi tidak bagi Fattah. Hatinya di landa rebut keresahan yang membuas dan menggila sekarang ini.

“Fasha”

“yaa…” sahut Fasha lembut

“Tadi mak Fattah call” Fattah meraup mukanya resah.. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

“kenapa? Dia suruh Fattah balik ke?” Fasha cuba meneka.

“Bukan..bukan tu..”

“Habis tu??”

“Dia yang bagitau Fattah memberhentikan kata-katanya.

Fasha tersenyum.. “Fattah..cakaplah apa dia?” Lembut suaranya memujuk

“Mak bagitahu Fattah dan Herlina sudah di ikat tali pertunangan.

Berdesing telinga Fasha mendengar ungkapan yang hanya satu ayat itu. Fasha terasa tersembam menyembah bumi. Fasha kehilangan kata-katanya. Fasha masih tidak percaya, dengan apa yang di dengarnya tadi.

“Serius?” tanya Fasha.

“ya Fasha”

Air mata Fasha gugur jua akhirnya. Fasha merasakan dirinya hilang pertimbangan. Begitu sakit pangkal jantungnya, mendengar pengakuan itu.

“tapi kenapa Fattah terima?? Fattah cakap dulu Fattah sayangkan Fasha??” Fasha menangis teresak-esak

“Sumpah Fasha, sumpah!! Fattah tak terima. Ini semua rancangan Herlina . Herlina yang telah memperalatkan mak ayah Fattah, untuk mendapatkan Fattah semula. Setelah dia tidak berjaya memujuk Fattah sebulan yang lalu. Lagipun ini bukan salah mak dan ayah Fattah, mereka tidak tahu yang Fattah sudah ada Fasha. Dan kemungkinan besar, mereka rasa tidak perlu berbincang dengan Fattah, kerana mereka masih fikirkan yang Fattah masih cintakan Herlina Ini semua salah Fattah, kalau Fattah ceritakan pada mak dan ayah Fattah tentang hubungan Fattah dan Fasha , Fattah pasti perkara ini mesti tidak akan terjadi.”

Fattah meluahkan apa yang terpendam, hatinya betul-betul sudah hancur. Fattah menangis. Fasha hanya terdiam. Hatinya hancur berkecai. Hanya air mata yang mampu Fasha keluarkan.. bukan kata-kata.

“Fasha, kita balik kampung hari ini jugak. Kita batalkan petunangan ini. Fattah tak nak hubungan ini di teruskan.”

Fasha tetap berdiam, tiba-tiba Fasha terfikir kehilangan Herlina seminggu lalu..Hari ini dan saat ini semuanya sudah terjawab. Patutlah Herlina gembira semenjak balik petang semalam. Rupanya-rupanya arghhhh! Hati Fasha menjerit sekuat-kuat hatinya. Airmata Fasha tidak henti-henti keluar, seakan memahami hati dan perasaannya.

” Fasha , Fasha dengar sini.. balik ke kuantan sekarang. Kita bagi tahu mak ayah Fattah tentang hubungan kita.” Fattah memegang erat tangan Fasha .Dengan serta-merta Fasha menarik kembali tangannya. Fattah terkedu.

” Tidak..!!! Fasha tidak akan berbuat begitu”

Fattah terkejut, Fattah semakin berdebar.

” Tapi kenapa? Fattah , Fattah betul-betul cintakan Fasha, Fasha sanggup lihat Fattah gila kerana ikatan pertunangan tanpa rela ini? Desak Fattah.

” Tidak ada kekasih yang sanggup melihat kekasih hatinya menjadi tunangan orang Fattah” Jelas Fasha tersedu-sedan.

” Kalau macam itu jom kita balik kampung sekarang juga. Kita bagi tahu mereka tentang hubungan kita. Hanya ini sahaja untuk memusnahkan rancangan Herlina.”

” Tak boleh Fattah Fasha tak akan jadi pemutus pertunangan orang . Tak akan..!!! ” Fasha meninggikan suaranya.

“Fasha buanglah prinsip tu jauh-jauh. Prinsip Fasha itu boleh menguburkan cinta kita Fasha , Fasha sedar tak?”

” Fasha tak nak di sebabkan Fasha hubungan keluarga Fattah dan keluarga Herlina akan bermusuhan, dan Fasha tak nak mak cik Salmah dan pak cik Zachry memusuhi Fasha . Mereka terlalu baik terhadap Fasha , Fasha tidak akan memalukan mereka kerana keegoan Fasha sendiri. Akurlah dengan keputusan mereka Fattah. Terimalah hakikat bahawa jodoh kita setakat ini sahaja. Hantar Fasha balik sekarang,’’ Fasha sudah bangun menuju ke kereta bersama airmatanya yang mencurah-curah. Pedih.

” Fasha nanti dulu Fasha, Fattah tak sanggup hadapi semua ini, Fattah bencikan Herlina.Macam mana Fattah nak lalui kehidupan Fattah dengan orang yang Fattah benci. Tolonglah jangan tinggalkan Fattah , Fattah tak boleh hidup tanpa Fasha.”

” Cubalah Fattah, sayangilah Herlina sebagaimana Fattah menyayanginya dulu.”

Buntu, Fattah benar-benar mati akal, hatinya sudah hancur luluh semuanya gara-gara Herlina. Aku benci kau Herlina!!!!!! Aku akan pastikan kau tak akan hidup dengan tenang. Ini balasan kerana engkau memusnah kan hidup aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience