BAB 20

Romance Completed 6596

” Pengantin lelaki dah sampai Fasha, kamu tarik nafas dalam-dalam, dan lepas perlahan-lahan. Ok, senyum sikit dan lapangkan dada.”

Fasha, menuruti setiap kata mak andam nya.

” Ok, rasa gementar lagi.”

” Sikit lah.” Jawab Fasha.

” Ok tak apa, bangun perlahan-lahan dan sekarang kita nak keluar ke tempat pengantin lelaki.”

Fasha akur.

” Hai Fasha.”

Fasha terkejut melihat Herlina dan Noni tercegat di luar pintu biliknya.

” Eh kau Herlina, bukannya kau...”

” Dah..dah..jangan banyak cakap lagi. Jom aku iring kau, aku nak tunjukkan hadiah perkahwinan untuk kau.”

Fasha berkerut, permainan apakah ini? Fasha semakin berdebar-debar. Siapakah gerangan bakal suaminya?

Tiba di perkarangan majlis akad nikah, Fasha terhenti sebaik sahaja melihat Fattah di depan tok imam. Fasha terus memandang Herlina . Herlina tersenyum.

” Herlina kenapa kau lakukan semua ini?” tanya Fasha. Sebak.

” Hei jangan menangis di sini. Ini bukan masanya. Senyumlah Fasha. Kau lebih layak di samping Fattah. Aku redha dengan takdir-Nya. Berbahagialah kau di sisi Fattah , Fasha. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.

Fasha merangkul tubuh temannya dengan perasaan terharu. Syukur kepada yang Maha Esa. ” Terima kasih Herlina.”

****************************

Fasha mula dapat merasakan pergerakan di dalam perutnya. Sesekali Fasha mengusap lembut perutnya. Fasha tersenyum puas kerana zuriat yang tersemai adalah hasil kasih sayang dengan lelaki yang di cintainya. Fasha terlalu bersyukur, begitu juga Fattah. Fattah lah orang yang pertama melompat kegembiraan apabila mendapat tahu Fasha disahkan mengandung sebulan yang lalu. Boleh dikatakan setiap hari Fattah menghadap perut Fasha. Puas melihat perut Fasha yang semakin hari semakin membesar, dikucup pulak berkali-kali. Kadang-kala Fasha pula terasa lemas diekori Fattah, tetapi saat itulah saat yang paling bahagia dalam dirinya mahupun Fattah.

” Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi isteri dan ibu kepada anak kita nanti. Abang terlalu cintakan Fasha sepenuh hati abang dan tak akan sesekali abang persiakan hidup Fasha.”

Satu kucupan singgah di dahi Fasha . Fasha hanya memejamkan matanya. Bahagia.

Tiada apa yang dia harapkan selain cinta yang tulus dan suci dari seorang yang bernama suami. Betapa hatinya lega, bahagia dan bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa.

Fattah dan Fasha berjaya mengharungi dugaan fasa pertama, mereka tahu akan ada lagi bermacam rintangan menanti mereka di hadapan, asal mereka berpegang teguh pada janji terpatri, saling melengkapi antara satu sama lain dan mencintai ikhlas kerana Allah, dengan izin dari-Nya cinta mereka pasti terpatri hingga ke syurga Firdausi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience