BAB 2

Romance Completed 6594

“aku bebas sekarang Fasha”

“maksud kau?” tanya Fasha

“ye lah, bebas dari Fattah”

“kau biar betul,tapi kenapa?tak kan semudah itu kau lepaskan Fattah, apa yang kurang pada Fattah?”

“aku dah bosan lah dengan dia,sesekali nak juga beralih angin”

“Ya Allah kau ni Herlina,tak munasabah langsung jawapan kau, apa kena dengan kau ni..sejak kau kawan dengan Anas tu, macam ni perangai kau ye”

“heiii.. Fasha kau jangan nak membebel ok..aku tahu lah apa yang aku buat, kau yang tak pernah bercinta,tak tahu selok belok bercinta,tiba-tiba nak nasihat aku pulak”

“tapi Herlina, Fattah tu..’’

“Dah cukup..!! aku tak nak dengar dah pasal dia, yang kau sibuk nak agung-agung kan Fattah tu kenapa? Kau berjumpa dengan dia pun tak pernahkan?perangai dia lagilah kau tak tau.. So,tak payah nak nasihat-nasihatkan aku..”

“tapi Herlina,aku tahu dia baik, aku dengar dari kawan-kawan kita yang lain.. aku percaya suatu hari kau pasti akan menyesal”

“..emmm ikut kaulah nak cakap apa pun, yang penting aku dah ada Anas’’

“kau serius ke dengan dia?” tanya Fasha

“ya.. aku serius, dia pun dah lamar aku jadi isteri dia.. tak macam Fattah asyik kerja je”

“..emm kau kena hati-hati dengan dia Herlina, kau baru je kenal dia,tak sampai 3 bulan”

“aku tahu lah.. aku yang nak kahwin, bukan kau!! Dah.. cepat makan, aku nak balik office kejap lagi..berlambak lagi kerja aku tak siap. kau cakap lagi pasal Fattah, ataupun kau buruk-burukkan Anas, alamatnya petang nanti, kau balik jalan kaki” jawab Herlina sombong

“emmm ok” jawab Fasha sugul. Ternyata Fasha hampa dengan sikap Herlina. Hilang kelembutan Herlina semenjak dia berkawan dengan Anas, anak Tan Sri Ramli. Herlina semakin kerap pulang lewat.. balik dalam keadaan mabuk, sudah berani menanggalkan tudung.. ternyata Herlina dulu sudah tiada. Bertaubatlah Herlina,pintu taubat masih terbuka untuk kau.

“Weyyy Fasha!!! kau nak tercampak keluar ke? Pintu kereta tu tutup kuat sikit!!! eeerr apalah tu pun nak aku ajar”

“eh..ehh sorry” Fasha meminta maaf.. terus diam..mungkin terasa..

“emmm..seminggu ni kau balik naik bas lah.. aku ada hal sikit nak settle kan” Herlina bersuara memecah kesunyian.

“tak apalah kalau macam tu” Fasha sendiri pun sudah malas menumpang kereta Herlina, semakin lama Fasha menumpang kereta Herlina semakin sakit hati Fasha. Bongkak sungguh dia setelah dapat kereta daripada Anas. Ingatkan apabila ada kemudahan, bolehlah menumpang senang,tapi lain pulak ceritanya.

“Kau tak kisahkan?” tanya Herlina

“tak kisah, aku faham”

“baguslah kalau macam tu, dan lagi satu aku ada benda nak mintak tolong kau ni”

“apa dia?”

“tolong cakap kat bos, aku nak ambil cuti emergency seminggu, nak balik kampung”

“lamanya.. kau nak buat apa lama-lama sangat, mak kau sakit ke? Tanya Fasha hairan, dia tau mesti Herlina ada muslihat lain.

“kau cakap sajalah macam tu.. tak payah banyak sangat tanya”

“…tapi kau nak kemana?”

“mana-mana je.. kau cakap je kat bos macam tu, balik dari cuti nanti pandailah aku”

“suka hati kau lah”

Fasha malas nak bertekak dengan Herlina yang semakin keras kepala. Semakin hari perasaan meluat Fasha terhadap Herlina semakin menjadi-jadi.. Astarfighlahhalazim..

” Encik nak minum air apa?” tanya pelayan perempuan tersebut

“bagi saya air..air.. I LOVE YOU ye” seloroh Azman

“ehh man..kau jangan nak menggatal ye..cepat order”

“eee kau ni.. ok cik, bagi saya air laici ye, dan nasi goreng pattaya,kau Fattah?

“ok,saya nak minum air tea o ais limau and mee goreng mamak.. mee goreng tu nak pedas-pedas ye” jelas Fattah

“baik lah Encik, itu sahaja?”

“yup, itu saja”

Masing-masing memandang pelayan itu pergi. Azman tersenyum..

“cantik jugak” Azman bersuara

“kau semuanya cantik Man”

“apa salahnya memuji keindahan tuhan”

Fattah mencebik.. masing-masing ketawa.. tetapi ketawa Azman terhenti apabila nampak seseorang perempuan kelihatan mesra berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang berpengaruh dalam dunia koporat. Azman serba salah untuk menunjukkan gelagat sepasang kekasih itu kepada Fattah.

“kau kenapa Man? Macam nampak hantu je” usik Fattah sambil menoleh kebelakang, Fattah terkedu.

“sabarlah Fattah,kalau kau tak selesa kita cancel order tadi, kita lunch tempat lain.”

“tak apa.biar je, aku nak tengok gelagat perempuan tu, ooo patutlah tinggalkan aku,rupanya dah ada ayam belanda, yela aku ni ayam kampung je,kecik pulak tu ” Fattah berkias.. hampa

Azman mati akal..hanya diam.. risau juga Azman kalau-kalau Fattah bertindak diluar batasan.

“kau jangan buat hal kat sini sudahlah Fattah. Malu aku nanti”

“jangan risau aku masih tahu,mana yang buruk dan mana yang baik”

Azman lega.. kesian juga dia lihat teman rapatnya.. apa kurangnya Fattah?? berharta..rupa paras pun ada. Fattah yang seakan berdarah campuran itu,sungguh sempurna di mata wanita yang melihatnya. Tak kurang pada itu, Fattah juga terkenal dengan kesetiaannya dan kejujuran dalam bercinta. Ramai yang tergila-gilakan cinta Fattah, tapi tidak bagi Herlina , Herlina langsung tidak bersyukur.

“dahla Fattah makanan pun dah sampai, baik kau makan, pastu kita blah dari sini.. nanti kita lalu depan dia, biar Herlina terjojol mata dia nampak kau” pujuk Azman sambil memandang mata redup kepunyaan Fattah yang menjadi kegilaan setiap wanita.

“ye lah tu.. kau ambil gambar dia Man.. nanti senang aku nak tunjuk kat mak ayah aku,bila mak ayah aku tanya nanti”

“orait” sambil mengambil telefon bimbit di tangan Fattah, lalu mengambil gambar dua sejoli itu.

“okey Fattah, cantiiiikkk”

“bagus!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience