BAB 10

Romance Completed 6596

Selepas penemuan mereka pada hari itu, Fattah dan Fasha semakin akrab. Mereka sering keluar bersama, boleh dikatakan tiap-tiap hari mereka berjumpa. Pergi dan balik Fasha dari kerja Fattah yang jemput dan hantarkan. Tetapi hanya di bus stop. Fasha sendiri yang mahukan begitu. Fasha memang seorang yang berahsia. Fasha jarang menceritakan kisah peribadinya kepada sesiapa pun. Fattah semakin memahami perangainya. Fasha semakin selesa di sisi Fattah sebagai teman. Sehinggalah pada malam itu Fattah meluahkan isi hatinya kepada Fasha , sekaligus menamatkan zaman solo mereka berdua.

“Fasha..’’

“Apadia..”

“Fasha seronok tak kawan dengan Fattah?”

“mestilah seronok.. bahagia sangat, Fattah?

“Samalah, Fattah pun macam Fasha juga cumanya..’’

“Cuma apa?” Fasha merenung wajah kacak Fattah.

“Cuma Fattah nak hubungan kita ni, lebih pada kawan, terus terang Fattah cakap, Fattah dah lama pendam hasrat ni, Fattah tak nak pendam lagi, Fattah nak Fasha jadi kekasih hati Fattah. Fattah cintakan Fasha , sudikah Fasha menerima cinta Fattah?”

Fasha terkedu. Dia terharu dengan kata-kata Fattah. Pada masa yang sama, Fasha juga memendam perasaan yang sama, Fasha diam seribu bahasa. Ia membuatkan Fattah diburu 1001 persoalan. Tetapi diam Fasha hanya seketika..

“Fasha tak pandai menyusun kata Fattah, mungkin hari ini masanya sudah tiba..dengan hati yang ikhlas, Fasha terima cinta Fattah” Fasha tersenyum melihat Fattah mengusap mukanya berkali-kali

“Alhamdulillah, syukur.. lega rasanya.. so mulai hari ini Fasha kekasih hati Fasha tau. Fasha harap, Fasha jujur dalam perhubungan kita, dan jangan sesekali Fasha menduakan Fattah . Fattah tak sanggup, Fattah betul-betul dah serik. Buat masa ni Fattah perlu rahsiakan dulu hubungan kita daripada pengetahuan mak dan ayah Fattah . Fattah bukan apa, Fattah tak nak mereka hampa untuk kali kedua.”

” Apa maksud Fattah?”

” Fattah takut Fasha tinggalkan Fattah macam bekas kekasih Fattah dulu, manalah tau.”

” Fattah, jangan sesekali samakan Fasha dengan ex-girlfriend Fattah ok, Fasha tak suka.” Fasha tertunduk, sayu.

” Fasha maafkan Fattah, Fattah tak berniat nak guriskan hati Fasha , Fattah percayakan Fasha dan Fattah pasti perangai Fasha bukan macam Herlina.”

” Siapa? Herlina?” Fasha terkejut.

” Nama dia dia Herlina” balas Fattah.

” Herlina Izyla? Tanya Fasha untuk mengetahui kepastian.

“Haáh betullah, Herlina Izyla, Fasha kenal ke?” Fattah kaget. Dia bimbang kalau-kalau Fasha mengubah fikirannya.

” Fasha kenal dia sangat, dialah housemate Fasha. Astarfighrullah Al-Azim, jadi Fattah lah teman lelaki Herlina dulu. Kecilnya dunia.” Fasha ketawa.

Fattah pelik, Fasha ketawa? Dia fikirkan yang sebaliknya. Fattah tersenyum.

” Dan Fattah jugalah menyebabkan Fasha cemas balik jalan kaki tau.”

” Haa, kenapa pulak.” Fattah hairan tetapi hatinya semakin lega.

” Dulu.. Fasha selalu nasihat Herlina supaya jangan putus dengan Fattah, sebab Fasha selalu dengar kawan-kawan Fasha cakap Fattah baik, setia, tapi Herlina marah Fasha, dia cakap kalau sebut tentang Fattah lagi Fasha kena balik jalan kaki.”

” Sampai macam tu sekali dia ya.ermmm.” Fattah tersenyum tetapi senyumannya agak kelat.

” Kenapa senyum macam tu? terasa ya? Fattah sayang Herlina lagi ke?.”

” Eh, tak la, itu semua cerita lama, Fattah dah ada Fasha sekarang. Fattah nak tumpukan sepenuhnya pada Fasha. Mulai hari ini kita lupakan yang lepas-lepas ya sayang.”

Fasha tertunduk malu. Rasa janggal sekali dengan perkataan itu.Fasha akur.

********************* **************

” Haa…!! buat apa tu?” Sergah Azman.

“Astarfighrullah Al-Azim Man, terkejut aku.” Fattah mengurut dadanya.

” Sorry, kau buat apa?”

” Siapkan kerja-kerja akulah, aku tak sempat siapkan kat pejabat tadi, aku sambung buat kat rumah, privacy sikit.”

” Fattah aku nak cakap sikit ni.”

“cakaplah, apa dia?” balas Fattah sambil leka meneruskan kerjanya.

“Kau ni semenjak couple dengan Fasha, makin jarang aku nampak muka kau kat rumah. Hari ni pun mujur”

Fattah tersenyum. “Alah kau pun,tak faham-faham. Bagilah aku peluang bermesra dengan awek aku tu, dulu kau juga yang beria suruh aku masuk line”

“Hai tiap-tiap hari jumpa pun tak puas lagi ke?”

“aku bukan apa, time hari kerja jumpa sekejap sangat, asyik terkejar-kejar je masa, malam pulak lepas makan terus balik, Fasha tak suka balik lewat malam.”

“Hah.. okeylah tu.. janji jumpa.. tak kan lah kau asyik nak berkepit 24 jam dengan Fasha tu. Aku bukan apa, rancangan kita nak main bowling tak jadi-jadi lagi kau tahu tak. Dah sebulan aku tunggu, tapi kau buat tak tahu je.. nasib baik kau member susah senang aku, kalau tak dah lama aku lesing kau dengan tangan hikmat aku ni. Janji tak serupa bikin.” Balas Azman .dengan gayanya tersendiri. Fattah ketawa melihat kelakuan Azman.

“Adoi Man.. tegang urat perut aku.. okey2 hujung minggu ni confirm kita fight main bowling. Okay?” ajak Fattah

“Aku tak percaya dah, dulu kau cakap macam tu jugak”

“ok2 kali ni betul, kalau kau kalah, bulan ni kau bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon aku, amacam? Boleh?”

“Tengkorak kau..!! Mana boleh..!” Azman separuh menjerit

“Habis tu?” tanya Fattah

“Okay, kalau kau kalah, kau kena belanja aku makan selama seminggu, macam tu jugak aku.okay?

“Okey.. beres..”

“Jangan beres-beres Fattah, kalau kau cancel program kita, alamatnya, haa kau makan gigi”

“huu ganasnya.. okay, kali ini aku pasti jadi. Dahlah aku nak sambung buat kerja aku. Jangan kacau aku. Aku nak kena bentangkan esok ni..”

“okey. Tapi ingat Fattah, kalau kau tak nak makan gigi sendiri, hujung minggu ni jadi ok..” Azman mengingatkan Fattah lagi

“Yelah.. Yelah… aku janji. dah pergi sana” Fattah tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience