BAB 9

Romance Completed 6596

Dua bulan telah berlalu. Fattah semakin kuat melayari kehidupan sehariannya tanpa Herlina. Namun hatinya resah gelisah. Entah kenapa. Fikirannya kerap terbayangkan wajah Fasha. Mungkin kerana itu. Fattah cuba juga mencari Fasha, tetapi gagal. Setiap kali dia lalu di hadapan perhentian bas, dimana dia dan Azman menjumpai Fasha dulu, Fattah akan pastikan dia tidak terlepas pandang untuk melihat ke arah bus stop tersebut, dengan harapan dapat berjumpa dengan Fasha. Tetapi semuanya hampa, mungkin nasib masih tidak menyebelahinya.

“kau tak keluar malam ni Herlina?”

“malaslah, aku penat”

“ohh..kau dah makan? Kalau belum jom makan sekali dengan aku.”

“tak naklah, kau makanlah aku tak lapar, Noni mana?

“keluar dengan kawan dia”

“patutlah sunyi je rumah ni.. ohh ya Fasha, sebelum aku terlupa, esok pergi kerja kau naik bas ok, aku nak hantar kereta aku ke workshop, nak servis”

“okay, dah kau tak pergi kerja ke?”

“Kerja. Anas datang jemput aku kat workshop. Aku maybe masuk kerja lambat sikitlah.”

“tak apalah kalau macam tu, aku masuk tidur dululah Herlina, tak jadi nak makan, tiba-tiba rasa mengantok pulak. Good night Herlina.”

“okay. Good night.” Balas Herlina

***************************

“Azman..bangun. Subuh dah ni, bangun Man solat” Fattah mengerakkan Azman. Lembut sekali suaranya. “Man bangun..”

Azman menggeliat.. “Yelah..yelah aku bangunlah ni”

“Baguslah” Fattah terus mencapai tualanya dan berjalan menuju ke bilik mandi.

“cepat sikit Fattah, aku sakit perut pulak dah..”

“Yelah.. yelah” jawab Fattah sambil tersenyum

Selesai Fattah mandi dan bersolat, dia terus bersiap untuk ke pejabat. Di capainya baju kemeja hitam dan seluar hitam lalu di sarungnya. Kemudian dia mengambil tali leher berwarna merah dan di ikat rapi. Kombinasi warna hitam dan merah membuatkan Fattah semakin terserlah. Fattah tersenyum puas. Lalu dia mencapaikan briefcasenya dan terus melangkah keluar dari bilik. Sungguh bergaya.

“Man, aku pergi kerja dulu ok.. bye”

“okay.. hati-hati”

Fattah memandu dengan tenang, sesekali Fattah turut menyanyikan lagu yang berkumandang di radio. Fattah mengetuk-ngetuk sterengnya mengikut rentak lagu. Kepalanya turut digerakkan. Gayanya seperti orang senang hati. Seperti biasa Fattah memandang kearah bus stop.. Fattah berdebar.. kali ini Fattah sedang mengecap bahagia. Dia tersenyum apabila melihat Fasha di bus stop tersebut. Fattah bersyukur kepada Allah. Yes! Kali ini nasib telah menyebelahi aku. Lalu dia menekan pedal break dan berhenti betul-betul di hadapan bus stop. Fattah bingkas keluar dari keretanya.

Fattah menghadiahkan sebuah senyuman. “hai awak.. nak pergi kerja ke?”

“Yalah” Fasha tidak tenteram. Senyuman Fattah mencairkan hati keringnya.

“Jom saya hantarkan” pelawa Fattah

“..tak apalah awak, saya naik bas je”

“janganlah macam tu,kitakan satu kampung, apa salahnya saya tumpangkan awak, jangan risaulah, saya takkan apa-apakan awak” segera Fattah membuka pintu keretanya untuk Fasha.

“Tak menyusahkan ke?”

“Taklah, tak menyusahkan pun. Saya lagi suka. So dipersilakan masuk puteri idaman hati ku” Fattah berseloroh.

Wajah Fasha merona merah. Malu. Namun dia masih mampu tersenyum bahagia. Fasha akur,lalu masuk ke dalam kereta Honda City hitam milik Fattah. Di dalam kereta, Fasha hanya mendiamkan diri, Fasha akan bersuara apabila Fattah memulakan pertanyaan.

“Tiap-tiap hari pergi kerja naik bas ke?”

“Tak lah, saya tumpang kawan, hari ini dia tak dapat tumpangkan saya, sebab dia nak hantar kereta kat bengkel” jelas Fasha

“ohh macam tu.. emm teman lelaki ke?”

“Ish tak lah, housemate”

“kenapa tak mintak teman lelaki awak hantarkan?” Fattah semakin berani

“Ada-ada je awak ni, tanya soalan yang pelik-pelik”

“apa yang peliknya, betullah kan saya tanya, kenapa awak tak mintak teman lelaki awak hantarkan? Dia sibuk ke?”

“Taklah, saya tak ada teman lelaki”

Fattah ketawa..

“kenapa awak ketawa?” tanya Fasha. Hairan.

“tak adalah, macam tak percaya orang secantik awak tak ada teman lelaki. Ya ke tak ada? Tak baik menipu..” Fattah menduga Fasha , hanya untuk mencari kepastian.

Fasha mengerutkan dahinya.. “awak tengok muka saya ni ada gaya muka penipu ke?”

“eh bukanlah macam tu, bukan apa.. macam saya cakap tadilah, takkan lah orang secantik awak tak ada yang nak, mustahillah.”

“Ada tu memang ada, tapi belum tiba masanya. Lagipun kalau hati kata tak mahu, takkan diri nak memaksa betul tak?”

“Betul tu, baguslah. Ada chance.”

“Apa dia?” tanya Fasha kurang pasti dengan percakapan Fattah tadi

“Tak ada apa-apa, dekat mana pejabat awak? Fattah cuba mengubah topic

“ohh ya.. awak belok kanan..lepas belok, awak terus je, pejabat saya sebelah Maybank.”

“okay.. pejabat saya pun area sini jugak, tapi jalan depan sikit lagilah.. nanti bolehlah awak tumpang saya lagi”

“Ish, tak apalah, jangan menyusahkan diri.”

“Tak menyusahkan pun,jangan risaulah.. lagipun pejabat kita kan sehaluan, so apa salahnya saya tumpangkan awak.”

“Tengoklah macam mana nanti. Terima kasih tumpangkan saya hari ini” balas Fasha sambil membuka pintu kereta.

“Sama-sama. Nanti dulu Fasha. Boleh tak saya nak nombor telefon awak?”

“Nak buat apa? Tak payahlah”

Fattah hampa dengan jawapan Fasha. Tapi dia tetap mencubanya.

“eemm saja je, manalah tahu bosan-bosan nanti,saya boleh ajak awak keluar. Please…”

Fasha kalah dengan renungan Fattah. Hati dan perasaannya juga, ingin lebih jauh mengenali Fattah. Mungkin dengan cara ini, hasratnya juga akan tercapai..

“boleh, tapi janji dengan saya, jangan jaja pulak nombor saya ni”

“ish, takkanlah saya nak buat macam tu, tak terpikir pun.”

Fattah menulis nombornya di atas kertas.. lalu di serahkan kepada Fattah.

“Nah.. simpan elok-elok ok..ingat jangan jaja.” Fasha tersenyum

“Terima kasih, sumpah saya takkan bagi pada sesiapa pun”

“Baguslah.. okaylah saya masuk pejabat dulu ya, jumpa lagi. bye”

“okay.. bye”

Yes..!! yes..!! yes..!! Yahoo..!! tak sia-sia penantian aku selama ni. Fattah barcakap sendirian, lalu di cium kertas yang di beri oleh Fasha tadi. Fattah bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience