BAB 11

Romance Completed 6596

“Hei perempuan kau siapa… hah?” tempik Herlina. Dia merenung tajam ke arah perempuan tersebut. Herlina sakit hati melihat kemesraan Anas dengan perempuan seksi itu. Dia sudah menolak keras bahu Diana, membuatkan Diana terdorong ke belakang. Diana mara semula.

“kau pulak, siapa nak marah-marah aku.. hah?”

“Aku kekasih Anas..!!!” Jerit Herlina . Herlina semakin geram apabila melihat Anas langsung tidak menghiraukannya.

“Ada aku kisah? Kau tunang dia ke, bini dia ke aku peduli apa..!! yang aku peduli sekarang, kau tak patut nak marah-marah aku, kau marahlah ‘bakal’ suami kau ni. Dia yang cari aku, bukan aku yang cari dia, please lah”

Herlina semakin panas, meluat sungguh dia melihat perempuan itu. ” Anas ! Apa semua ni? Kenapa kau keluar dengan dia..!!? Ohh patutlah dalam minggu ni aku ajak kau keluar kau asyik berdalih saja, rupanya ada betina lain.. cakap Anas..!! kenapa kau keluar dengan dia?!!”

“Saja, aku nak beralih angin” jawab Anas selamba, sambil mengusap bahu perempuan itu.. Diana tersenyum bangga.

“kurang ajar..!! apa kurangnya pada aku? Aku dah serah segalanya pada kau Anas, takkan kau sanggup buat aku macam ni? Kau tak boleh tinggalkan aku..!! kemarahan Herlina semakin berapi. Tapi ketawa Anas sudah meledak. Kuat sekali. Mengalahkan setan..!

“kenapa kau bagi segalanya pada aku? Kau yang bodoh, aku okay je.. orang memberi, kita pula menerima.. bukan apa, tak baik tolak rezeki depan mata. Takut membazir pula.” Balas Anas dengan angkuhnya.

Kali ini Herlina bagaikan dirasuk hantu “kurang ajar kau Anas..!!!” Herlina menampar Anas, tetapi sempat di tahan oleh tangan jantan Anas, dengan kasar Anas merentap dan mengilas tangan Herlina lalu monolak Herlina hingga Herlina jatuh kebelakang.

“Hah.. rasakan..!! jangan kau tunjuk muka kau depan aku lagi.. tuuuihhh!! Kalau kau tunjuk muka kau depan aku lagi, mati kau aku kerjakan kau. Kau ingat tu..!!” Anas terus berlalu pergi bersama Diana.

Herlina memegang tangannya. Hanya Allah sajalah yang tahu betapa sakitnya hati dan perasaannya. Herlina menagis sekuat hati. Dengan serta-merta Herlina teringatkan kejadian malam dia menolak Fattah gara-gara Anas .Kali ini perkara yang sama, berlaku pula pada dirinya. Tetapi keadaannya lebih teruk. Fattah ,maafkan Herlina. Tolong Herlina Fattah. Herlina menangis teresak-esak.

*************************

Noni membuka pintu setelah mendengar ketukan bertalu-talu.. Apabila pintu itu dikuak, kelihatan Herlina melutut dihadapan pintu rumahnya. Noni terkejut.

“Ya Allah Herlina. Apa dah jadi dengan kau ni? Fasha ! Fasha..!! mari sini sekejap” jerit Noni meminta bantuan daripada Fasha. Kelihatan Fasha berlari menuju ke pintu.

“kenapa? Eh Herlina.. apa dah jadi ni?” dengan pantas Fasha membantu Noni memapah Herlina dan meletakkan sahabatnya itu di atas sofa. Kemudian Fasha bergegas pula ke dapur, mengambil secawan air untuk Herlina.

“Nah.. kau minum air ni dulu.. kau relaks, kemudian bila dah rasa lega baru kau ceritakan, apa yang dah berlaku.”

Herlina akur. Air itu diminumnya seteguk demi seteguk. Herlina menghela nafas panjang. Fikirannya sedikit tenang melihat kesetiaan kawan-kawanya itu.. Herlina mula menceritakan detik hitam yang berlaku padanya tadi. Noni dan Fasha tekun mendengar setiap patah dari Herlina. Buntang mata mereka mendengar cerita dari Herlina. Tidak menyangka perkara tersebut akan menimpa diri Herlina.

“Aku betul-betul tak sangka Anas sanggup buat aku macam ni”

“sabarlah Herlina, ini semua dugaan bagi kau” jawab Noni apabila melihat Herlina tertunduk hiba.

“Fasha !’’ panggil Herlina perlahan

“Ya Herlina..”

“Betul kau cakap dulu aku pasti akan menyesal, kalau aku tinggalkan Fattah. Dan sekarang aku betul-betul menyesal. Aku malu dengan diri aku sendiri Fasha, dengan kau, Fattah”

Berdebar jantung Fasha apabila nama Fattah bermain di tubir bibir Herlina. Cemburukah aku? “Emm tu perkara lama Herlina, semua orang buat kesilapan, kau jangan fikirkan sangatlah.” Balas Fasha.

“Tapi aku betul-betul menyesal, aku dapat rasakan betapa peritnya hati Fattah, sewaktu aku buang dia, tanpa sebab yang kukuh. Aku betul-betul rasa berdosa dengan Fattah. Dan sekarang baru aku tahu, mana kaca dan permata. Ternyata aku masih cintakan dia. Aku nak mintak maaf pada dia Fasha . Aku nak tebus dosa-dosa aku. Aku rasa apa yang berlaku hari ni pun kerana kesilapan lalu aku. Dan sekarang aku betul-betul memahami setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya.”

“kalau kau rasa, dengan meminta maaf kepada Fattah dapat melapang hati kau, kau pergilah berjumpa dengan dia” jelas Fasha . Fasha berlagak biasa tetapi hatinya semakin tidak tenteram. Sakitkah hati aku ini? Desis hatinya. Tak boleh! Aku tak boleh cemburu, aku tak boleh marah Herlina … Herlina masih tidak tahu hubunhan aku dan Fattah .. tapi sampai bila? Macam mana kalau Fattah ingin kembali semula kepada Herlina? Tak.. tak boleh..!! ya Allah.. Fasha resah, dadanya semakin sebak.

“Tapi aku tak rasa, Fattah akan maafkan aku”

“belum cuba, belum tahu Herlina, sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Aku pasti Fattah juga masih sayangkan kau, dan peluang dia memaafkan kau pasti cerah.” Jelas Noni

Fasha tersentak mendengar perkataan sayang hatinya bagaikan dihenyak. Fasha semakin sebak. Terasa perit untuk dia terus mendengar.

“InsyaAllah, aku akan cuba berdepan dengan Fattah. Terima kasih Noni, Fasha kerana memberi aku semangat” Herlina sedikit tenang

Fasha hanya mengangguk lemah. ” tak apa Herlina, kitakan kawan” balas Noni “haa.. apa kata kau miss call Fattah sebagai permulaan, esok lusa dia tak lah terkejut sangat, dan aku rasalah Fattah mesti suka. Manalah tahu hatinya masih untuk kau, dan setahu aku Fattah kan seorang yang payah untuk jatuh cinta” sambung Noni lagi,memberi semangat.

“tapi, tidakkah terlalu awal, Noni?

“Awal-awallah bagus,sebelum terlambat. Tak pun sebelum aku tackle dia” ketawa Noni berderai.

Kali ini Fasha tidak tertahan lagi.. Hatinya semakin remuk. Fasha meminta diri untuk masuk ke kamarnya. Bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengawal emosinya.

“Herlina, aku mintak maaf, aku masuk bilik dulu ya.. aku rasa pening kepalalah” Fasha mencipta alasan.

“Ye lah Fasha, aku mintak maaf sebab ganggu kau tidur tadi” balas Herlina

“tak apa, aku tak kisah, Cuma aku tiba-tiba rasa pening. Okaylah Herlina , Noni aku masuk bilik dululah”

Herlina dan Noni hanya menganguk.

Di dalam biliknya, Fasha menangis semahunya. Betapa pedih terasa ulu hatinya. Saat dia mula menyayangi Fattah, Herlina pula ingin kembali kepada Fattah. Pelbagai prasangka buruk Fasha fikirkan. Fasha semakin tertekan. Hatinya juga tidak keruan. Hatinya teringatkan Fattah. Lalu Fasha mencapai handphonenya disisi. Fasha menghantar mesej kepada Fattah dalam keadaan tersedu-sedu.

Fattah, betul ke Fattah syg Fasha?

Selesai menaip.. Fasha menekan butang send. Tidak lama kemudian Fattah membalasnya..

Fasha ,knpa ni? Of coz Fattah syg Fasha.

Fasha tersenyum,tetapi hanya seketika. Hatinya masih tidak tenteram. Fasha membalas kembali mesej Fattah.. di tekannya butang reply

Klu Fasha tanya Fasha hrp Fattah x mrh. Klu satu hr nnt Herlina dtg kembali pd Fattah, dan dia nak rujuk semula dgn Fattah , Fattah terima?

Kali ini Fattah tidak membalasnya. Fasha semakin berdebar-debar. Air matanya gugur kembali. Berbagai bayangan buruk menimpa benaknya. Mungkinkah cinta antara Fattah akan berputik kembali? Masih sayangkah Fattah kepada Herlina? Ohh tidak..!! Fasha semakin benci dengan prasangka buruk yang berlegar di fikirannya. “mana Fattah ni?” Fasha semakin terbeban. Setengah jam kemudian kedengaran deringan telefon memalu gegendang telinganya. Tertera nama Fattah di skrin handphonenya. Segera diangkat.

“Hello”

“Hello Fasha. Maaflah tak balas mesej Fasha tadi. Fattah tak perasan mesej Fasha masuk. Tadi Fattah tengah main bowling dengan Azman. Fasha marah ke Fattah tak balas mesej tadi?”

“Tak..tak apa.. tapi jawablah soalan Fasha tadi” Fasha menahan getar suaranya.

“Pasal Herlina?” tanya Fattah

“Emmmm”

“Fasha dengar sini ok. Fattah kan dah ada Fasha , dari dulu Fattah cakap yang Fattah nak tumpu sepenuhnya pada Fasha. Maknanya Fattah akan setia pada Fasha sorang saja. Fasha jangan risau, Fattah tak kan kembali pada Fasha lagi. Tidak sesekali. Fattah tidak akan rosakkan hubungan kita, dan Fattah jugak tak nak pisang berbuah dua kali sekiranya Fattah kembali kepada Herlina. Tidak Fasha..!! Fattah tak nak..!!” jelas Fattah dalam nada sedikit tinggi. Bukan bermaksud untuk berkeras suara kepada Fasha, tetapi hanya sekadar untuk menyakinkan Fasha. Fattah tahu ada sesuatu yang menghantui fikiran Fasha. Terdengar esakan tangisan Fasha. Fattah tidak tentu arah.

“Fasha kenapa ni? Cuba cerita pada Fattah apa sebenarnya yang menganggu fikiran Fasha ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience