BAB 17

Romance Completed 6596

“Fattah, kau tak boleh terus murung macam ni Fattah, ia boleh menjejaskan diri kau sendiri.

Kau cubalah terima hakikat yang kau bakal jadi suami kepada Herlina.. Mana Fattah yang aku kenal dulu? Bangkitlah Fattah.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Azman cuba menasihati Fattah.

“Aku nak Fasha, mana Fasha?’’ sayu sekali suaranya.

“Ya Fattah, aku tahu.. tapi Fasha juga bakal jadi isteri orang Fattah .. kau dah tak boleh ganggu dan fikirkan tentang dia lagi..kau harus terima hakikat ini Fattah.. Bangkitlah Fattah, bangkit..”

Fattah menangis melepaskan resah di dada. “Tapi Man, aku terlalu sayangkan Fasha kenapa Allah sanggup buat aku macam ni Man??”

“Bawakan Istighfar Fattah, banyakkan Istighfar. Jangan sesekali kau salahkan takdir Allah.. setiap apa yang Dia lakukan pasti ada hikmahnya, kau bersabarlah. Berikanlah peluang kedua pada Herlina , Herlina betul-betul menyayangi kau Fattah.”

Fattah hanya mendiamkan dirinya.

” Hari ini kau menangis lah sepuas-puas hati kau Fattah, kau menangis lah. Esok aku mahu kau bangkit dengan Fattah yang baru. Dan mulai esok juga aku nak kau buat persediaan diri kau dari segi mental dan fizikal. Kau ingat Fattah majlis poerkahwinan kau dua hari saja lagi. Kau perlu kuat Fattah .. kau perlu terima kenyataan ini.”

Azman member kata-kata semangat kepada Fattah, lalu di tepuk bahu Fattah tanda sokongan. ” Ingat Fattah, bangkitlah.”

******************************

” Noni, aku dan Fasha nak kahwin dah. Kau bila lagi?” tanya Herlina.

” ermm..kalau ada jodoh ada la.”

” Hai lain macam je bunyi nya.”

” Haa lah, aku sedih lah kau dan Fasha dah nak kahwin, nanti siapa nak masakkan untuk aku, aku dah lah master goreng maggi je.” Noni menongkat dagunya.

Herlina tergelak besar. ” Lah aku ingat sedih pasal apalah tadi, rupanya pasal makan.” Herlina menutup mulutnya menahan saki-baki tawanya.

” Fasha, kau macam tak happy je nak kahwin.” Usik Noni.

” Eh takde lah, aku cuma rasa tak sedap badan.”

” Tak sedap badan? Kau demam ke?”

” Eh tak lah aku letih sikit.”

“Amboiiii, kau jangan monyok-monyok ok,nanti atas pelamin tak berseri.” Noni mengusik Fasha lagi

Fasha hanya tersenyum. Fikirannya ligat berfikir. Fasha semakin berdebar menanti hari perkahwinannya lusa. Dia semakin buntu. Terngiang lagi suara uminya..

“Fasha, ada orang datang meminang nak memetik bunga di taman.’’

‘’Hahh bunga di taman? Mak cakap apa ni mak, tak payahlah berbasa basi dengan Fasha,’’ tanya Fasha lembut.

‘’Bunga di taman tu kamulah Fasha.. Kamu macam mana?” tanya maknya

“Ikut Umilah, kalau baik bagi Umi, baiklah bagi Fasha. Fasha percayakan Umi.”

“Haa yelah.. kiranya Umi terima lah pinangan keluarga tu ya.. Umi pun berkenan dengan budak lelaki tu”

Tanpa usul periksa latar belakang calon suaminya.. Fasha hanya akur pilihan maknya sendiri.

“ikut umilah ya.. Fasha ikut saja.. Fasha tahu Umi jugak mahukan yang terbaik untuk anak Umi..

Betulkah apa yang aku lakukan ini?? Kenapa aku perlu merosakkan masa depan aku sendiri?? Hanya kerana kekecewaan yang aku alami?? Adilkah itu untuk aku?? Ya Allah, kau tenangkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah. Kau tabahkan lah hati ku.. Fasha tertunduk sayu.. Selamat pengantin Fattah bahagialah kau bersama Herlina.. Hati Herlina merintih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience