BAB 3

Romance Completed 6594

Dua minggu telah berlalu.. dalam masa dua minggu inilah Fattah telah melalui kehidupan

seharian tanpa Herlina. Hidupnya seakan kosong. Sungguh menyeksakan bagi Fattah. Walaupun hatinya sakit diduakan Herlina,tetapi tidak disangkal hatinya masih sayangkan Herlina.

“kenapalah aku ni bodoh sangat,masih jugak teringatkan perempuan tu,aku tak dapat nak lupakan dialah Man” Fattah menutup mukanya dengan bantal..Resah.

“memang kau bodoh pun”

“Hei..! cakap baik-baik sikit ok..aku siat mulut kau kang” Fattah membaling bantal ke arah Azman.

“Hah dah tu.. aku mengiyakan je,kau sendiri cakap diri kau bodoh” Azman selamba menjawab dalam keadaan ketawa.

“kalau ye pun agak-agaklah” Fattah tertunduk lesu, bukan kerana terasa dengan percakapan Azman, tetapi teringat kembali kepada Herlina. ” tapi betullah Man, aku masih sayangkan dia lagi.” Fattah menyambung percakapannya, sambil memandang Azman menghulurkan air tin coca-cola kepadanya.

” Dah..dahlah Fattah.. orang dah tak suka,buat apa nak dikenangkan lagi, aku percaya suatu hari nanti kau pasti dapat yang lebih baik daripada Si Herlina tu.. hah.. baik kau minum air tu.. bagi fresh sikit otak kau..kalau kau buka penutup tin tu nanti, mesti dia cakap lahanat seloroh Azman dalam keadaan menekan perut menahan ketawa.

Fattah turut ketawa mendengar keletah sahabatnya yang cuba meniru suara orang tua dalam iklan coca-cola tersebut. Kurang tekanan Fattah apabila berdepan dengan Azman. Ada saja lawak-lawaknya untuk menghiburkan hati Fattah.

“kau ni Man lagi lama aku dengan kau, alamatnya tegang urat perut aku. Aku masuk bilik dululah, ada kerja sikit aku nak settle

“Alah relakslah dulu Fattah Azman separuh menjerit sambil melihat Fattah yang sudah menuju kebiliknya.

“Nanti-nantilah.. aku nak buat kerja ni” sambil mengangkat tangan.

“okey” balas Azman ringkas.

Sedang leka Fattah menyiapkan kerja-kerjanya, Fattah terhenti seketika, Fattah terlupa untuk memberitahu Azman hasratnya untuk mengajak Azman balik ke kampung esok. Fattah bingkas bangun menuju ke pintu, dia hanya memanggil Azman dari pintu sahaja. Bimbang kalau duduk bersetentang dengan Azman, banyak pula yang ditanyanya.

“Man..!! Man.!!”

“yeeeee.. apa dia? Ish aku nak makan pun tak senanglah” jawab Azman dalam keadaan mengurut-urut kerongkongnya sepeti orang sedang tercekik..

“hehe… sorry.. tak adalah sebenarnya aku nak balik kuantan esok”

“ha dah tu? ada aku kisah?” jawab Azman selamba

“ish kau ni.. aku tahulah.. tapi aku nak ajak kau sekali”

“oooo.. kau nak buat apa balik kampung?” Tanya Azman

“mak aku call semalam, suruh aku balik.. maybe nak bincang pasal perkahwinan aku dengan Herlina agaknya, aku pernah suruh mak ayah aku jumpa keluarga Herlina dulu, bincang hal kami, tapi tak tahu pulak jadi macam ni”

“dia belum tahu lagi ke kau dah break-off dengan Herlina?”

“belum” balas Fattah ringkas

“dah tu, nak cari nahas?”

“sebab tulah aku ajak kau sekali balik kampung aku Man, kau bolehlah bake-up aku sikit, dan aku rasa sebelum terlambat baik aku settle cepat-cepat,dibuatnya mak aku dah bincang dengan orang tua Herlina,tak ke parah?dia orang bukannya tahu pasal keretakkan hubungan aku dan Herlina lagi. So macam mana? Jomlah ikut aku,kau kan kawan sejati aku.” Fattah memujuk

“emmm tengoklah dulu. Berapa hari pergi? Aku bukan apa, aku malaslah nak berjalan cuti ni,kalau boleh dua hari ni aku nak duduk rumah,rehat.”

“Esok pergi, Ahad baliklah, 2 hari 1 malam je. Kau jangan risau, duit makan,duit minyak aku tanggung.. macam mana? Boleh?”

“Ish semua ditanggung.. mestilah nak!! Okey boleh aje”

“Hah..!! hampas kelapa betul..!! aku tau taktik kau, malas konon..blah lah”

“heheheh aku kan kaki jalan.. ajak je kemana pun, aku pasti ikut.. yang penting kau payung aku” ketawa Azman berderai

“Emmm yelah tu pengikis, tak apalah yang penting kau nak ikut aku balik taklah aku bosan sangat nanti, drive sorang-sorang.. okeylah man aku nak sambung kerja”

“okey boss”

Fattah menghela nafas panjang.. Fattah pusing ke kiri dan ke kanan,sesekali Fattah bangun seperti orang kalah judi pula resahnya. Kebimbangan berdepan dengan ayah dan ibunya esok semakin terasa. Dia bimbang kalau-kalau mak ayahnya tidak dapat menerima berita buruk tentang hubungannya dengan Herlina. ” aduh.. apalah aku nak cakap dengan mak dan ayah aku esok” Fattah bersuara bersendirian..Arghh Apa nak jadi, jadilah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience