BAB 19

Romance Completed 6596

“Betul ke apa yang aku buat ni Man??”

“Ish betullah.. kau jangan buat hal Fattah, cepat bersiap kita dah lambat ni”

“Aku takutlah Man.. Macam mana aku nak layari bahtera bersama Herlina, sedangkan hati aku pada orang lain??” Fattah semakin di pukul resah

“Heeii.. Heei.. Fattah ni bukan masanya.. kau perlu ingat apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. sekarang aku nak kau siapkan diri kau.. pakai baju cepat Fattah..”

“Hai Fattah, kau tak siap lagi?” tanya ayahnya

“Eh pakcik, Fattah baru saja nak bersiap.. nanti kalau dia dah siap Man terus bawa dia keluar ya pakcik..”

“Haa baguslah tu.. tapi cepat sikit, orang lain dah lama menunggu kat bawah tu..”

“Ye lah pakcik” balas Azman.

“Hah Fattah.. Cepat..!! Aduhh.. aku pulak yang ketar kepala, padahal kau yang nak baca nikah.. kau ingat Fattah perbanyakkan baca ayat kursi, supaya hati kau tenang sedikit” bagitahu Azman sambil membetulkan sampin Fattah.

Fattah hanya mendiamkan diri, bagi Azman itu sudah memadai, lebih baik Fattah mendiamkan diri dari dia bertindak di luar kawalan.. Alamatnya gamat sekampung.

“Okey Fattah.. handsome dah.. jom kita keluar” ajak Azman

Fattah hanya akur. Sudah ramai mata yang memandang Fattah, segak sungguh Fattah berbaju melayu.. baju Melayu yang berwarna putih, menyerlahkan lagi penampilan beliau. Fattah turun ke bawah bersama teman setianya, Azman.

“Okey, pengantin lelaki pun sudah siap, dan hantaran untuk pihak perempuan bolehlah dibawa turun sekarang.”

Arah Paklong Sahari, bapa saudara kepada Fattah. Setelah mendengar arahan, mereka yang terlibat membawa hantaran, bersedia beratur mengikut susunan adat Melayu.

“Haa Fattah.. kau berdiri di depan sekali, dan Azman kau berdiri di sebelah Fattah. Bukalah paying tu, payungkan Fattah.” Pak long Sahari mengarahkan mereka berdua.

Azman dan Fattah menuruti sahaja. Fattah mengerutkan dahinya.

”Ke mana ni? biar betul Pak long aku ni, tak kan lah pergi Kemaman jalan kaki kot.” Fattah keliru.

” Yelah, aku pun pelik juga. Kita nak pecah rekod Malaysia Bokk of Record ke? Aku berpeluh dah ni.” Mereka masih keliru.

” Ok, kalau semua sudah ada bolehla kita semua berarak ke rumah Fasha.” Bagitau Pak long Sahari selaku jurucakap.

” Man kau dengar tak apa yang aku dengar Rumah Fasha? Fattah menarik nafas panjang. Aku akan nikah dengan Fasha Man?????” Fattah tidak percaya.

” Sabar Fattah, sabar. Inilah hakikatnya Fattah.”

Fattah memegang erat tangan Azman. Fattah diselubungi awan gembira, mau saja dia melayang-layang di udara saat ini.

” Macam mana semua ini boleh terjadi? Ya Allah aku betul-betul tak percaya Man.” Fattah mengorak kegembiraan.

” Inilah keajaiban, kau patut berterima kasih pada Herlina. Dialah yang lakukan semua ini Fattah.”

” Ohhhh sebenarnya kau dah tahu aku akan kahwin dengan Fasha ya?. Kenapa kau tak bagitahu aku Man?”

” Ini semua atas permintaan Herlina. Mungkin dia fikir dengan cara ini dia dapat tebus segala dosanya kepada engkau. Siapa tahu? Dah la Fattah yang penting cinta kau milik Fasha kembali. Herlina cakap kat aku hari tu, dia harap kau suka hadiah perkahwinan darinya.” Azman tersenyum.

Fattah n turut tersenyum. ” Aku suka Man, lebih pada suka.” Terima kasih Herlina.Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience