BAB 18

Romance Completed 6596

“Woi Fasha..’’

“Hoiiiii Eh kau ni, ada apa?” tanya Fasha selepas terkejut dengan sergahan Noni.

“Laa mengelamun rupanya, berbuih mulut aku bercerita depan kau, kau tak boleh tak dengar Fasha?? Noni mengomel

Fasha ketawa akhirnya.. “maaflah Noni, aku leka tengok orang dah mula pasang bangsal..” balas Fasha

“Ye ke ni?”

“Iya Noni Eh kau dan Herlina tak nak bagi hadiah kat aku ke?” Fasha cuba mengalih topic

“Mestilah ada, tapi tak kan nak bagi sekarang, kau ni tak menyempat aku pasti kau mesti suka hadiah tu nanti.. kan Herlina?

” betul tu.. khas untuk kau, dari aku dan Noni..” Herlina mengenyit mata kepada Noni.

“Bagilah hint kat aku.. Biar aku teka.. emm mesti kau nak bagi aku home theater yang aku idam-idamkan selama ini kan?” Fasha ketawa

“Uiihh selera naga.. banyak duit aku nak belikan kau home theater, salah..! lagi-lagi? Balas Noni

“Emm microwave??” teka Fasha lagi

“salah.. Lagi?”

“Hei.. dah..dah.. Fasha kau jangan layan budak Noni ni.. kalau kau nak tahu tunggu je hari perkahwinan kau nanti.” Herlina memotong perbualan mereka. Noni ketawa.

“Okey..” balas Fasha ringkas

“Fasha aku dan Noni nak balik Kemaman dah, nanti mak aku bising pulak.. masa kenduri nanti, alamatnya Noni kena belah dua lah badan dia, sebelah badan pergi perkahwinan kau, sebelah badan lagi pergi kenduri rumah aku..” ketawa Herlina berderai.

Fasha turut ketawa.. “Emm tak apa, kalau Noni nak datang sini, lepas selesai majlis perkahwinan rumah kau pun aku tak kisah, jangan terkejar-kejar.. susah betulkan dua-dua kawan kahwin pada hari yang samakan..”

“Tau tak apa” jawab Noni ringkas

“okey Fasha, kami balik dululah.. dan kami nak ucapkan selamat pengantin baru. Semoga kau berbahagia selalu.”

“Terima kasih Herlina, Noni.. Herlina aku pun nak ucapkan selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke anak cucu. Aku harap kau kekal bahagia bersama Fattah.” Fasha mengukir senyum, tetapi hatinya menangis.

“Iya Fasha terima kasih, kami balik dulu ya..Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..” Fasha membalas lambaian Herlina dan Noni

Fasha sedih mengenangkan nasibnya.. Astarfighrullah Al-Azim.. Ya Allah, kau tabahkanlah hati hamba Mu ini.. kau permudahkanlah perjalanan hidup ku Ya Allah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience