BAB 7

Romance Completed 6596

Selepas sahaja kata-kata itu dikeluarkan, Puan Salmah terus berhenti menyuap nasi. Terkejut barangkali. Dia hanya memandang tepat kearah Fattah. Tajam.

Fattah semakin serba salah. “Tapi bukan Fattah yang mintak mak”, maknya berdiam lagi.. Fattah hilang kata-kata. Fattah tunduk. Akhirnya maknya bersuara.

“Apa dah jadi dengan kamu berdua ni? Macam mana boleh putus? Nasib baik mak dan ayah kau tak berbincang lagi tentang nak satukan kau dengan Herlina, kalau tidak mana mak nak letak muka mak ni?

Soalan tersebut menyesakkan dada Fattah, Fattah mencuit peha kiri Azman . Azman mengerti. Azman dan Fattah beselang-seli menceritakan segalanya kepada orang tua Fattah. Pada mulanya sukar untuk mereka menerima. Mereka tidak percaya Herlina yang dikenali 5tahun dulu serta-merta berubah.. Tetapi setelah Fattah menunjukkan gambar yang dirakam Azman tempoh hari, sedikit sebanyak ia mencelikkan mata tua mak dan ayah Fattah.

“Kalau mak dan ayah tak percayakan Fattah, mak dan ayah tengok sendiri gambar ni”

“Ayah dan mak bukan tak percayakan kamu, ayah cuma terkilan hubungan kamu dan Herlina putus di tengah jalan. Sedangkan kami sudah mula menyukai Herlina. Kalau hubungan kamu putus di sebabkan Herlina, ayah tak boleh nak berkata apa, yang ayah boleh cakapkan sekarang, kalau boleh kamu cubalah selamatkan kembali hubungan kamu berdua” jelas ayahnya dalam keadaan menggeleng lemah melihat gambar Herlina dan lelaki tersebut.

“Betul tu Fattah, kau cubalah berbaik semula dengan Herlina. Mak percaya dia masih sayangkan kau lagi, cuma dia mungkin terpengaruh dengan budaya kat bandar tu. Kau pujuklah dia, sedarkan dia Fattah.”

Fattah semakin lemas, rimas dengan asakan supaya dia berbaik semula dengan Herlina. Tidak dinafikan Fattah masih sayangkan Herlina, tetapi untuk berbaik semula Fattah merasakan hatinya sudah hancur berkecai. Perbuatan Herlina menduakannya membuatkan Fattah sukar untuk menerimanya kembali, bimbang pisang berbuah dua kali. Serik. Selama 5 tahun Fattah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Herlina , Herlina juga pernah berjanji setia, sanggup menghadapi susah senang bersama, dan tunggu walau beribu tahun sekalipun, tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

Fattah mengeluh berat.

“Entahlah mak, Fattah tak janji” balas Fattah sambil tangan kirinya memicit-micit kepalanya.

“Ikut kaulah Fattah, mak faham keadaan kau sekarang, kau jangan sesakkan fikiran kau. Kau buatlah keputusan kau sendiri. Kalau Herlina sudah tidak ada hati pada kau lagi, mak tak boleh memaksa kau untuk memujuknya. Tapi, seandainya suatu hari Herlina ingin kembali kepada kau, kau cubalah beri peluang kepadanya Fattah. Mak pasti, suatu hari Herlina pasti sedar yang mana kaca dan permata, kau bersabar sajalah Fattah.” Jelas Puan Salmah, yang masih mengharapkan hubungan Fattah dan Herlina kembali. Setelah melihat kemurungan wajah anaknya. Terasa hiba pula di hati tuanya.

Fattah hanya terdiam.. tetapi hatinya sedikit lega, tidak lagi rasa terbeban kerana segalanya telah diketahui oleh orang tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience