BAB 13

Romance Completed 6596

Setibanya di Sunway Pyramid Fattah dan Azman sibuk memilih pakaian untuk teman wanita Azman. Memandangkan kekasihnya seorang guru, dan kerap menggunakan baju kurung ke tempat kerja. Azman telah bercadang untuk menghadiahkan baju kurung kepada kekasih hatinya itu. Bagi Azman ia lebih baik dari beri hadiah yang tidak mendatangkan manfaat.

“Haa.. yang ni Fattah.. okay tak?” Tanya Azman

“No..no.. tak ok, yang lain?”

“berapa banyak yang lain Fattah? Masuk kali ni dah 10 pasang aku tunjuk kat kau, tak kan semuanya tak ok, penatlah macam ni..” Rungut Azman

“Man kalau kau nak tahu, baju-baju yang kau tunjuk tadi semuanya pattern lama, orang dah tak pakai dah jenis corak yang macam tu, haa mari sini aku pilihkan, tapi dekat butik hujung sana tu..” jelas Fattah sambil memuncungkan mulutnya, menunjuk ke arah butik yang di maksudkan.

“Amacam Man, cantikkan baju-baju kat sini? Man, kat tangan aku ni ada dua jenis baju, yang baju hijau pucuk pisang ni baju kurung moden, dan yang warna hitam, bunga merah siap ada labuci ni, jubah. Ha so, kau pilih lah mana satu yang kau suka.”

“Dua-dua aku suka Man, aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Aku rasa aku nak beli kedua-duanya lah Fattah..”

“Baguslah, tak lah kau pening memikir.. aku confirm, awek kau mesti suka.” Balas Fattah

“Hebatlah kau Fattah,pattern lama, pattern baru semua kau tahu. Kau tahu dari mana?” tanya Azman sambil membayar baju tersebut di kaunter

“Dari Fasha, aku selalu teman kan dia pergi beli baju kat sini,sebab tu lah aku tahu serba sedikit. Jom Man, kita pergi makan, aku lapar lah”

“ok jom.” balas Azman tersenyum

Sebaik sahaja keluar dari butik tersebut, Fattah terlanggar bahu dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut nyaris-nyaris tersembam ke belakang.

“Eh cik,maaf, saya.” Fattah terhenti kata-katanya. Meluat sungguh dia melihat wajah itu. Fattah tidak meneruskan kata-katanya, sebaliknya terus mengajak Azman meneruskan langkah yang terhenti sebentar tadi.

“Fattah..!! Fattah..!!! tunggu dulu..’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience