“ Rasa macam dah lama tak minum air coklat,ni kalau dapat air coklat sejuk pun sedap jugak,kita order air coklat la hari ni hurm best jugak ", omel Cinta. " Maya,hari ni kau order makanan apa untuk lunch nanti ? ",tanya Cinta.
" Lunch ??, aku pun tak tahu nak makan apa hari ni,aku tak fikir lagi,kenapa? kau nak tumpang order sekali ke ?", jawab Maya. " Aah,aku nak tumpang order sekali,aku kan tak bawak bekal hari ni,nanti kau nak order makanan kau bagitahu aku tau", balas Cinta. “ Haa okey-okey aku nak siapkan kerja aku lagi sikit, nanti lepas siap ni aku order. ", jawab Maya lagi.
" Cinta,hari ni customer tak ramai sangat kan, selalu nya ramai orang datang kedai ni ? ", respon Maya, Maya buat-buat tanya selepas mereka berdua siap makan tengahari.
" Aah,aku pun rasa macam tu jugak, mungkin hujung bulan kot, nanti ada la tu customer yang datang kedai ni nanti.", jawab Cinta
Hari itu mereka berdua agak sibuk sikit dengan stok barang di kedai yang baru sahaja sampai , nasib tak ramai customer untuk check semua barang yang sampai,kalau tidak memang tak menang tangan dibuatnya. Begitulah rutin, bila stok barang sampai.
Manakala,di ruang tamu rumah Cinta termenung di depan tv bertemankan satu cawan air coklat. Nama je buka tv tapi last-last bukannya dia tengok tv,tapi tv yang tengok dia,itu lah Cinta tambah pula dengan tak ada cerita yang menarik Cinta untuk di tonton nya.....
Selepas itu, apa lagi mula lah hobi Cinta ni dok termenung....... " Maya dah bahagia dah nak nikah dah pun tak lama lagi,tapi aku ??, calon pun tak ada lagi..... tak apa hati, InshaAllah nanti ada la tu jodoh yang datang,jika tak ada jodoh di dunia InshaAllah akan jumpa jodoh di sana..... ", omel Cinta di dalam hati atau dalam erti kata lain hanya untuk sedapkan hati sendiri yang tengah luka.
Puteri Nur Cinta, mana la nak jumpa calon sedang kan diri sendiri pun Arrhenphobia, hati sendiri pun kutuk diri sendiri. Tak pe lah, walaupun tak ada pasangan buat masa sekarang ni tapi mana la tahu kan ada jodoh nanti.....
Tambahan juga,pada masa sekarang ni banyak sangat kes-kes berkaitan mengenai hal rumahtangga, bukan nya apa tapi tidak salah jika kita ambil teladan dan pengajaran, untuk beringat di masa akan datang di kemudian hari......
Hari ini hari yang di tunggu-tunggu oleh Maya iaitu hari pernikahannya dan pasangan,Maya cantik berseri dengan baju pengantin bersongket bertambah lagi seri pengantin.
" Maya,aku tengok kau cantik sangat tahu tak hari ni?, jeles aku tengok kau berbaju pengantin macam ni ", ucap Cinta. " Halah kau ni pun,segan la aku macam ni,hari ni hari aku nikah. InshaAllah,nanti tiba giliran kau pulak, silap -silap hari bulan lagi cantik dan lagi havoc kalah aku kan?", balas Maya kepada Cinta untuk hiburkan sedikit hati Cinta yang sebak tiba-tiba bila tengok Maya pada hari itu.
" InshaAllah,kau bila dah jadi isteri orang ni jangan lupa dekat aku pulak nanti, yelah mana la tahu kan nanti bila kau dah ada anak suami kau nak kau jadi suri rumah jaga anak pulak kan,aku cakap ni kalau,tapi kalau betul apa yang aku andai kan ni jadi tak ada lah geng buli dan orang yang aku nak menyakat lepas ni kan?? ", jawab Cinta menahan sebak.
" Kau ni kan Cinta,saja la tu nak start drama tak berbayar dia tu kan, walaupun aku dah nikah dan dah jadi isteri orang, InshaAllah aku tak akan lupakan dekat kau,kau kan kawan aku, walaupun dekat tempat kerja tu kau selalu buli aku kan,haaa bila aku dah nikah tahu pulak rindu dekat aku hahaha", jawab Maya sambil ketawa mengutuk Cinta.
" Halah,kau ni buli-buli pun aku la jugak yang hiburkan kau dekat tempat kerja tu, walaupun aku selalu sakat kau tapi aku tak ada la jahat sangat kan dengan kau. ", balas Cinta lagi.
Cinta dan Maya saling berpelukan, masing-masing menahan sebak tiba-tiba rasa sedih pulak,tapi masing-masing masih tak nak tunjuk sedih.
" Eh,kau ni Maya,hari ni kan hari kau nikah,dengan muka cantik mekap,asal kau buat muka sedih pulak ni, nanti dah tak cantik la,penat tau mak andam mekap kan kau. ", usik Cinta lagi. " Ni kau punya pasal lah yang mulakan dulu,hari aku nikah pun kau masih nak usik aku kan. ", respon Maya sambil tertawa .
" Sudah-sudah,kejap lagi bakal suami kau dah nak sampai dah kan,macam mana perasaan kau bila dah jadi pengantin ni dan tak lama lagi status kau akan bertukar jadi isteri orang?", Cinta buat-buat tanya lagi. " Gila kau,mesti la berdebar,kau saja la tu kan nak menyakat aku,kau tak habis-habis kan nak sakat aku. Aku nikah pun kau sempat lagi nak kena kan aku,haih Cinta -Cinta.", geleng kepala Maya dengan karenah Cinta.
" Halah,kau ni pun asyik nak serius je memanjang,aku sakat kau sikit je,apa orang cakap,tak nak bagi kau lagi berdebar la katakan kan haha,nanti kau jugak yang akan rindu kau,orang yang selalu usik kau.",jawab Cinta lagi sambil ketawa mengusik Maya. Maya hanya tersenyum dengan gelagat kawannya itu.
BAB 15 “ Rasa macam dah lama tak minum air coklat,ni kalau dapat air coklat sejuk pun sedap jugak,kita order air coklat la hari ni hurm best jugak ", omel Cinta. " Maya,hari ni kau order makanan apa untuk lunch nanti ? ",tanya Cinta. " Lunch ??, aku pun tak tahu nak makan apa hari ni,aku tak fikir lagi,kenapa? kau nak tumpang order sekali ke ?", jawab Maya. " Aah,aku nak tumpang order sekali,aku kan tak bawak bekal hari ni,nanti kau nak order makanan kau bagitahu aku tau", balas Cinta. “ Haa okey-okey aku nak siapkan kerja aku lagi sikit, nanti lepas siap ni aku order. ", jawab Maya lagi. " Cinta,hari ni customer tak ramai sangat kan, selalu nya ramai orang datang kedai ni ? ", respon Maya, Maya buat-buat tanya selepas mereka berdua siap makan tengahari. " Aah,aku pun rasa macam tu jugak, mungkin hujung bulan kot, nanti ada la tu customer yang datang kedai ni nanti.", jawab Cinta Hari itu mereka berdua agak sibuk sikit dengan stok barang di kedai yang baru sahaja sampai , nasib tak ra
Share this novel