BAB 20

Drama Series 4060

Tapi, setelah sekian beberapa hari selepas kejadian yang tidak di jangka kan itu, Cinta mencuba lagi nasib untuk pergi membeli kek coklat.... Cinta ni kalau selagi dia tak dapat dan tak puas hati apa yang dia nakkan itu, memang dia akan cuba dapatkan juga tambah-tambah lagi benda yang dia belum dapat kan itu adalah makanan. Itu lah nama insan yang bernama Puteri Nur Cinta,dan dalam erti kata lain boleh bawak gaduh woo......

"Alhamdulillah, akhir nya dapat jugak kek coklat yang aku nakkan tu", kata hati Cinta. Cinta beli beberapa slice kek coklat itu untuk di makan di rumah,tu diaa Cinta ni sekali dapat habis dibelinya kek coklat tu. Betul la orang cakap yang coklat ni boleh mengubah mood seseorang itu, kepada mood kepada lebih baik sikit. Suka la Cinta dah dapat kek coklat sudah......

" Ibu, Cinta nak makan kek coklat ni,Ibu nak ke kek coklat ??.", pelawa Cinta kepada Ibunya yang berada di dapur. " Kek coklat ?? Ibu tengok macam sedap je,nak la try hehe.", balas Ibunya. " Sedap,kek coklat kot ni Ibu,mana boleh tak sedap. Nak beli kek ni pun kena berebut tahu Ibu,kalau pergi beli lambat-lambat kek ni memang habis dekat orang dulu la jawabnya.", jawab Cinta lagi. " Owh,Iya ke ?, Meh sini,Ibu nak cuba, Bismillahirrahmanirrahim hurmm sedap jugak kek coklat ni ya,patut la Cinta bukan main lagi suka makan kek coklat ni.",kata Ibu nya .....
" Haaa of course la Ibu,kalau tak sedap takkan sampai berebut nak beli kek ni, Cinta jamin lepas ni confirm punya la mesti Ibu pun akan masuk list kek favourite jugak kek coklat ni haha ,kann Ibu ??", tanya Cinta lagi. " Hurmm,suka tu boleh la suka ,tapi Ibu tak cakap pun lagi yang Ibu nak masuk dalam list haha.", jawab Ibunya yang tak mahu kalah dengan Cinta.

" Alahhhh,Ibu ni tak support Cinta langsung la,at least support la sikit anak Ibu ni.", rajuk Cinta. " Amboiiii,kemain panjang muncung tu ya?,haa ye la ye la, sekarang puas hati??.", tanya Ibunya lagi . " Yeayy okeyy,macam ni baru la Cinta sayang dekat Ibu hehe", balas Cinta buat muka tak bersalah nya tu.
" Owhh,macam tu pulak ya?", Ibu nya pura-pura tanya. " Alah Ibu ni,nak gurau sikit pun tak boleh,mana boleh tak sayang buah hati kita ni, mesti lah Cinta sayang lebih dekat Ibu kita ni.", jawab Cinta lagi sambil peluk manja Ibunya.
" Cinta petang ni, Cinta free tak ?? kalau free jom teman Ibu keluar nak ?? tapi kali ni kita keluar dengan kawan lama Ibu,yang kita jumpa di shopping mall hari tu. Tanya Ibunya lagi. " Petang ni?? , petang ni Cinta free je,ok Ibu siap.", jawab Cinta. Cinta tak tahu lagi yang dalam diam Ibunya berpakat dengan Mak Cik Raudah kawan lamanya itu untuk keluar sekali dengan anak lelakinya,kalau Cinta tahu ni confirm Cinta tak akan setuju untuk ikut Ibunya itu keluar bersama.
Agak-agak nya lahh kalau Cinta tahu pasal ni,rasanya lagi panjang la muncung si Cinta ni haha, Cinta Ibu minta maaf,yang Ibu plan ni semua dan tak bagitahu dekat Cinta.", kata suara hati Ibunya lagi.

Setelah sesudah sampai di shopping mall itu......,
" Eh Ibu ajak jumpa dengan kawan lama dia ke tu?, Ishh! dengan adanya anak lelaki dia lagi. Ibu ni saja la tahu,buat hal la,adoi Ibu ni pun satu,kalau la aku tahu nak keluar dengan si Dia tu memang aku tak keluar lah,dah la aku dah black list dah dia tu dalam hidup aku", kata hati Cinta....
" What! serius la Mak ni! ,ni aku malas ni, patutlah kemain beria pujuk ajak aku keluar hari ni, rupa-rupanya ada agenda tersembunyi ya Mak,tak apa,dekat rumah balik karang,siap la !", Harraz tak puas hati.......

" Assalamualaikum,sudah sampai dah kau Rokiah? ,dah lama ke tunggu? ", sapa Mak Cik Raudah. " Waalaikumussalam eh,tak ada la lama jugak sampai,baru jugak sekejap sampai ni.", balas Ibu lagi dan aku pun senyum terpaksa. " Ya Allah!, apa lah nasib aku hari ni,boleh pulak jumpa dia ni dengan mak dia.", kata hati Cinta lagi,
" Pada zaman yang moden dan canggih sekarang ni,masih ada lagi ke,para Mak-mak yang nak jodohkan anak masing-masing ?,cuba nak jodohkan dengan anak kawan sendiri pula tu.", Cinta asyik termenung dan berangan. " Rupa-rupanya masih tak berubah lagi rupanya perangai suka termenung si Puteri ni ya", kata hati Harraz. Masing-masing tengah layan perasaan dan termenung,dan tanpa mereka sedar bahawasanya yang mereka telah di awasi oleh Mak masing-masing...

" Aaaa,kita nak pergi mana dulu ni ya?, nak pergi makan dulu ke atau nak pergi mana?", tanya Ibu kepada Mak Cik Raudah. " Boleh jugak tu kita pergi makan dulu,dan lepas makan kita fikir nak pergi kemana pulak kan ", jawab Mak Cik Raudah.
"Alhamdulillah, seronok pulak kan dapat keluar bersama-sama macam ni setelah sekian lama kita tak berjumpa,dan hari ni pun kita keluar sekali dengan anak kita kan.", balas Mak Cik Raudah lagi. " Aah, tu la nampak gayanya,lama jugak la kita tak keluar macam ni, Alhamdulillah masih ada rezeki kita berjumpa ya.", jawab Ibu. Sambil-sambil mereka tengah berborak, makanan yang dipesan mereka pun sudah sampai.
" Haaa, makanan kita pun sudah sampai,jom la kita makan dulu,sila-sila ya.", pelawa Ibu lagi kepada Mak Cik Raudah. " Haaa terima kasih,baca bismillah dulu sebelum makan. ", respon Mak Cik Raudah lagi. Ibu dan Mak Cik Raudah tengah berborak,aku?? apalagi dok makan sambil dok tenung makanan dan air coklat aku la, memang tak la aku nak berborak dengan si Harraz Faiq depan aku ni,kalau aku nak bercakap sekali pun dengan dia,aku pun tak tahu nak borak dan nak tanya apa, walaupun dalam kepala otak aku ni ada seribu satu soalan,so,aku pendam dan diamkan ajelah.....

" Dia ni pun satu, apahal dok tengok-tengok aku dok tersengih-sengih dekat aku,dia ingat dia sengih macam kerang busuk depan aku ni,aku akan jatuh hati balik dekat dia??. Hello!, excuse me,cantik sikit, lambat lagi aku nak suka dia balik,siapa suruh reject aku masa aku tengah dok suka dengan kau dulu.", marah hati Cinta lagi

" Haihhh macam marah betul si Puteri dengan aku,dari tadi asyik masam je muka,aku yang dari tadi dok senyum dekat dia,dia boleh buat tak tahu je,tapi kan kenapa eh,dia macam dah berubah sekarang?,dah berubah makin cantik,masa aku reject kau dulu,kau tak ada lah pulak cantik macam yang aku tengok sekarang ni, Allah tak boleh jadi ni,hai hati sabar-sabar.", hati Harraz berperang sendiri.... Mak Cik Raudah dan Mak Cik Rokiah pun tersenyum-senyum melihat gelagat mereka berdua itu tanpa mereka sedar.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience