" Aduhh,salah petik topik la pulak,kan tak pasal-pasal kena ceramah free je dengan Ibu ,kau pun satu Cinta oii , siapa suruh kau cakap pasal isu sensitif ni,nak kena tukar topik ni,tak boleh gawat ni", suara hati Cinta bercakap.
" Hurmm,Ibu nak air coklat panas tak ?? ,kalau nak Cinta tolong buatkan sekali dengan air coklat Cinta hehe ", ucap Cinta. " Itulah kau,nak lari lah tu asal orang cakap pasal nikah ada je alasan dia nak lari kan, haihh budak ini kan, Ibu tak nak air coklat,kau buat je lah untuk kau sorang ", balas Ibunya lagi. " Fuhh,nasib baik,okey Cinta pergi buat air coklat sekejap ya Ibu", ucap Cinta. Cinta berlalu sambil tersengih -sengih buat muka pada Ibunya itu.
Sambil-sambil Cinta tengah mengacau air coklatnya sambil membebel tak puas hati dekat Ibunya di dapur. " Ibu pun satu tak sabar-sabar nak timang cucu,kalau ada jodoh nanti adalah tu. Bak kata pepatah orang dulu-dulu ada cakap. " Kalau ada jodoh tak ke mana",haaa tak gitu ??
" Oiii Cinta, tu kau buat air ke kau tengah mengumpat dekat Ibu hah ? ", jerit suara Ibunya dari ruang tamu. " Eh,mana ada Ibu,tak adalah Ibu, Cinta tengah buat air la ni Ibu", Cinta pun sedikit menjerit membalas suara Ibunya yang berada di ruang tamu rumah itu.
" Eh - eh Ibu aku ni ada pasang CCTV ke apa ??, macam tahu-tahu je aku tengah cakap pasal dia,seram pulak aku,aku rasa suara aku ni tak adalah kuat sangat pun", kata hati Cinta sambil mata tengah tengok sekeliling dapur tengok -tengok kot ada ke. " Ehh, macam la Ibu aku ni kaya sangat nak pasang CCTV dekat rumah ni,rumah Ibu aku ni bukannya rumah datuk ke apa nak pasang CCTV", Cinta tengah bercakap seorang diri sambil dia tersenyum-senyum.
Hari ini hari cuti dan aku berasa bosan dan tidak tahu mahu buat apa di rumah, " rasanya aku pun sudah lama tidak keluar healing seorang diri, mungkin terlihat biasa sahaja pada pandangan orang lain,tapi tidak pada aku", hatiku berkata seorang diri.
Setiap orang mungkin ada cara yang tersendiri untuk mengisi masa lapang mereka, contohnya seperti keluar shopping di shopping mall atau yang suka shopping online ke kan untuk yang tidak suka rumah dan bersesak -sesak dengan orang ramai. Seterusnya,ada juga yang suka membaca novel,suka bermain dan bercakap dengan haiwan kesayangan mereka dan bermacam -macam cara lagi.
Puteri Nur Cinta jika dapat keluar seorang diri, memang menjadi kesukaan dia pada masa lapang dan itu tidak menjadi masalah bagi diri dia sendiri bila tak ada mood untuk membaca novel dan memang dia akan cari aktiviti dia sendiri untuk healing.
Pada petang hari itu, Puteri Nur Cinta berjalan seorang diri di pantai dan seperti biasa lah tempat lepak kegemaran dia. Dia suka ambil angin pantai,dekatkan diri dengan alam sekitar dan melihat persekitaran.
Cinta melihat pasangan yang berjalan berdua-duaan di pantai yang berjalan berpimpin tangan anak di tepi pantai dan itu adalah moment yang sangat indah bagi yang sudah berkeluarga dan moment itu juga lah yang membuat Cinta cemburu sebenarnya.
Orang lain cemburu akan benda lain seperti harta benda atau sebagainya tapi tidak dengan Nur Cinta yang cemburu akan hubungan keluarga yang bahagia kerana diri dia tidak senasib dan tidak dapat macam keluarga orang lain dapat. Seterusnya,bagi Cinta,itu adalah salah satu anugerah dan hadiah yang amat bernilai daripada Allah dan bukan semua orang akan dapat sebegitu rupa. Jadi, kepada yang masih ada mempunyai keluarga bahagia,yang keluarga masih mengambil berat akan kita itu amat - amat lah kita syukuri kerana tidak semua orang akan dapat apa yang kita dapat.
Sambil-sambil Cinta tengah ambil angin pantai dan tengah melayan perasaannya, Cinta di sapa oleh peniaga kecil molek yang berniaga kerepek pisang. " Assalamualaikum akak,maaf saya mengganggu masa akak,ni saya ada jual kerepek pisang,akak nak beli ke ? ", tegur si penjual kerepek pisang, seorang budak lelaki sekitar dalam umur 10 atau ke 11 tahun macam itu.
" Waalaikumussalam,iya dik ? ", jawab Cinta pendek. " Owh ya ke?, kerepek pisang ?, berapa RM satu paket ni dik ? ", tanya Cinta lagi. " 3 paket RM 10 je kak,akak nak beli berapa paket ? ", tanya si peniaga kecil itu lagi.
" 3 paket RM 10 ya ?,kalau macam tu,bagi akak 3 paket ya,masih ada banyak lagi ke kerepek pisang adik jual tu ?", tanya Cinta lagi. " Ada dalam 20 paket macam tu ,kenapa ya kak ? ", tanya si peniaga kecil kerepek itu pelik. " Macam ni dik , kalau akak nak tolong adik beli semua kerepek pisang ni dan adik tolong akak bagi-bagi dekat semua orang dekat pantai ni boleh? ",tanya Cinta lagi. Dan si peniaga kecil itu dengar dan macam tidak percaya.
" Iya ke ni kak? betul ke? akak tak main-main kan ? ",tanya dia lagi seperti tidak percaya,iyalah mana tak terkejut nya buat pertama kalinya ada pelanggan yang sudi nak beli borong semua kerepek pisangnya itu. Itu adalah satu perasaan yang sangat -sangat menggembirakan untuk seorang peniaga. " Ya dik akak tak main-main akak nak beli semua kerepek pisang adik ni, seronok kan dan adik pun boleh balik rumah awal kan hari ni kan ?", balas Cinta lagi.
BAB 8 " Aduhh,salah petik topik la pulak,kan tak pasal-pasal kena ceramah free je dengan Ibu ,kau pun satu Cinta oii , siapa suruh kau cakap pasal isu sensitif ni,nak kena tukar topik ni,tak boleh gawat ni", suara hati Cinta bercakap. " Hurmm,Ibu nak air coklat panas tak ?? ,kalau nak Cinta tolong buatkan sekali dengan air coklat Cinta hehe ", ucap Cinta. " Itulah kau,nak lari lah tu asal orang cakap pasal nikah ada je alasan dia nak lari kan, haihh budak ini kan, Ibu tak nak air coklat,kau buat je lah untuk kau sorang ", balas Ibunya lagi. " Fuhh,nasib baik,okey Cinta pergi buat air coklat sekejap ya Ibu", ucap Cinta. Cinta berlalu sambil tersengih -sengih buat muka pada Ibunya itu. Sambil-sambil Cinta tengah mengacau air coklatnya sambil membebel tak puas hati dekat Ibunya di dapur. " Ibu pun satu tak sabar-sabar nak timang cucu,kalau ada jodoh nanti adalah tu. Bak kata pepatah orang dulu-dulu ada cakap. " Kal
Share this novel