Setibanya mereka berdua di kafe, mereka tengah berkira-kira tengok menu untuk order makan apa kepada pelayan kafe yang sedang menunggu order daripada mereka berdua itu.
“ Hurmm, bagi saya air coklat panas lepas tu makan bagi saya Nasi putih dengan lauk ayam masak paprik ya", pesan order daripada Cinta kepada pelayan kafe. " Maya kau nak order apa?, aku punya aku dah order dah ", ucap Cinta lagi kepada kawannya itu. " Okey bagi saya Nasi Goreng Kampung satu, lepas tu minum bagi saya fresh oren ye", pesan Maya kepada pelayan kafe tersebut dan pelayan kafe tersebut mengangguk dan terus masuk untuk siapkan pesanan mereka berdua.
Sementara tengah menunggu pesanan mereka siap. Cinta memulakan perbualan mereka dengan bertanyakan soalan kepada Maya. " Maya,kau percaya tak dengan cinta pandang pertama ? ", tanya Cinta kepada Maya.
Maya tergelak bila mendengar soalan yang ditanya oleh Cinta. " Puteri Nur Cinta, kau okey ke tak ni ?, tiba-tiba je kau tanya aku soalan macam tu", respon Maya. Seterusnya, Maya berhenti bercakap untuk beri ruang kepada pelayan kafe menghidangkan makanan mereka sudah sampai.
Apabila pelayan kafe itu selesai menghidangkan makanan mereka berdua Maya dengan Cinta serentak mengucapkan ucapan ' Terima Kasih ', dan pelayan kafe itu membalas mereka dengan ucap ' Sama-sama ' dan senyum sebelum beliau pergi sambung tugas kerjanya.
" Baca doa makan dulu sebelum makan tu", ucap Cinta kepada Maya. Maya macam biasalah buat muka tak bersalah dia tu dan tersengih -sengih dia tu. " Iyalah-iyalah aku lupa", jawab Maya. " Haaa, sambung kepada soalan kau tadi kan ?, kenapa kau tanya aku soalan macam tu ?,aku pun tak faham dengan kau ni ", soalan berbalas soalan.
" Tak ada la, aku saja je lah kan tanya kau, nak tengok pendapat kau macam mana,kau pun ada ada bercerita pasal bab ni jadi aku tanyalah dekat kau, kenapa? salah ke?, ucap Cinta lagi kepada Maya.
" Owh, macam tu ke ?, sebabnya setahu aku lah kan, kau tak suka sangat kan bila borak pasal topik macam ni kan ?", tanya Maya lagi. " Iya, aku mengaku yang sebelum ni, memang aku tak suka sangat bila nak bercakap pasal ni. Tapi,aku cuma minta pendapat kau je,takkan la itupun tak boleh ?", balas Cinta lagi. " Tak ada la aku tak cakap pun kan,tak boleh ? ", ucap Maya .
" Ishhh, kau ni pun sensitif sangat la, janganlah marah. Kau yang buka topik kau pulak nak emosi eh ?,okey macam ni,bagi aku sendiri lah kan ,dia sebenarnya terpulang atas pendapat orang masing-masing. Tapi kan, ramai orang cakap yang " Cinta Pandang Pertama" ni tak boleh nak percaya sangat. Tapi, itu terpulang lah atas pendapat masing-masing lah kan..... ? ", balas Maya.
" Kalau pendapat kau sendiri ?", tanya Cinta lagi ,yang masih belum berpuas hati lagi dengan jawapan Maya itu. " Pendapat aku ? ", soalan berbalas soalan.
" Kalau pendapat aku sendiri lah kan , kalau pendapat orang lain aku tak tahu la, why not ?, right ?, kalau memang jodoh kita sudah tertulis di Luh Mahfuz , tapi kita kena tengok jugak lah macam mana keadaan dia, ciri-ciri si dia tu kan ?, sedangkan,dalam Islam sendiri pun ada mengajar kita, dan bantu kepada wanita,bila kita nak cari seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang bapa kepada anak-anak kita nanti kan.....andai kata lelaki itu ada sifat yang buruk dan yang tak elok tu,kau janganlah pilih dia. Contoh,sifat yang tak elok maksud aku, seperti lelaki itu seorang yang panas baran ke, kaki pukul ke,kaki mabuk atau kaki perempuan ke.
Sebab itu,dalam Islam menggalakkan kita untuk solat istikharah,kita serahkan segala masalah dan segala pertanyaan kita kepada pencipta kita, solat istikharah ni kita buat bukan untuk pilih suami je, untuk apa-apa masalah kita sekali pun InshaAllah, Allah akan bantu kita ", panjang lebar penerangan daripada Maya.
" Haaa ada apa-apa lagi yang kau nak tanya aku ?, aku nak makan ni....", tanya Maya lagi. " Okey-okey kau boleh makan , hehe terima kasih kau sudi bagi pendapat kau yang panjang lebar tu aku hargai sangat-sangat",ucap Cinta sambil buat muka tersengih -sengih tak bersalah. Macam itu lah sikap dua sahabat itu, masing-masing dengan karenah masing-masing. Masing-masing diam dan sambung makan, selepas selesai makan, Cinta menghantar kawan sekerjanya itu pulang ke rumah.
" Amboi, Ibu kemain khusyuk tengok tv tak berkelip eh mata tu ", tegur Cinta mengusik Ibunya yang tengah ralit tengok tv. " Kau ni pun kan Cinta,tak boleh ya kalau kau tak kacau Ibu ?,Ibu nak tengok tv pun tak senang lah ", jawab Ibunya. " Alaaa,Ibu ni nak kacau sikit pun tak boleh,kalau Cinta kacau Ibu, Cinta nak kacau siapa lagi ??, nak kacau suami ? , Cinta tak nikah lagi Ibu", jawab Cinta lagi.
" Haaa, itulah kau Cinta,Ibu suruh nikah tak nak, umur kau pun bukannya muda lagi, kalau orang lain yang sama umur dengan kau ni kan dah berderet dah anak tahu ?,kau nikah Ibu pun tak adalah sunyi sangat nanti, Ibu pun boleh tengok-tengokkan dan boleh main dengan cucu Ibu", kata Ibunya lagi.
BAB 7 Setibanya mereka berdua di kafe, mereka tengah berkira-kira tengok menu untuk order makan apa kepada pelayan kafe yang sedang menunggu order daripada mereka berdua itu. “ Hurmm, bagi saya air coklat panas lepas tu makan bagi saya Nasi putih dengan lauk ayam masak paprik ya", pesan order daripada Cinta kepada pelayan kafe. " Maya kau nak order apa?, aku punya aku dah order dah ", ucap Cinta lagi kepada kawannya itu. " Okey bagi saya Nasi Goreng Kampung satu, lepas tu minum bagi saya fresh oren ye", pesan Maya kepada pelayan kafe tersebut dan pelayan kafe tersebut mengangguk dan terus masuk untuk siapkan pesanan mereka berdua. Sementara tengah menunggu pesanan mereka siap. Cinta memulakan perbualan mereka dengan bertanyakan soalan kepada Maya. " Maya,kau percaya tak dengan cinta pandang pertama ? ", tanya Cinta kepada Maya. Maya tergelak bila mendengar soalan yang ditanya oleh Cinta. " Put
Share this novel