BAB 3

Drama Series 4060

"Seronok jugak kan sekali sekala keluar macam ni dengan orang tersayang ,tambah-tambah lagi orang tersayang itu Ibu kita sendiri kan ?", betul tak Ibu ?" , omel Cinta, lagi bila dapat bermanja dengan cinta hatinya iaitu Ibunya sendiri. ".

" Ya lah ada - ada je kau ya kalau tak puji mesti tak boleh kan ? ", jawab Ibunya lagi .....
" Alah Ibu ni Cinta nak puji Ibu sikit tak kan tak boleh kan??, bukannya Cinta puji orang lain kan ?, Cinta puji Ibu sendiri juga kan ? ",kata Cinta lagi kepada Ibunya sambil tersengih - sengih macam biasalah muka tak bersalah dia tu..... " Haihh sabar je lah dengan karenah Si Cinta ni ",omel Ibu kepada Cinta iaitu satu - satunya anak kesayangan perempuan nya tu.

Begitulah mereka berdua gaduh - gaduh sayang ,masing - masing tidak mengusik tak senang hidup seharian mereka. Begitulah sikap Cinta , yang suka mengusik dengan Ibunya sendiri pun nak usik. Kalau tak dapat mengusik orang kerja dok mengelamun je la itulah kerja dia bila ada peluang nak mengusik orang, pantang ada peluang sikit mula la nak kena kan orang. Kalau tak tak senang duduk dibuatnya. Macam - macam ragam betul Si Cinta ni.

" Ibu nanti sebelum balik, Cinta nak beli coklat dengan air coklat. Ibu ada nak beli apa - apa ke ? ", tanya Cinta kepada Ibunya. " Hurmm nak beli apa ya ?, Ibu nya buat- buat fikir mahu beli apa. " Boleh lah Ibu pun ada nak beli barang dapur sikit ", jawab Ibunya lagi kepada Cinta.

Seterusnya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Cinta sesekali menoleh pandang ke tempat duduk sebelah kiri melihat Ibunya yang tengah ralit tengok ke cermin luar tingkap.

" Ibu, Ibu okey ke ?" tanya Cinta kepada Ibunya. Tanpa ada sahutan atau berjawab daripada Ibunya ..... Seterusnya, walaupun dengan cubaan pertama tiada respon daripada Ibunya tetapi Cinta tetap tidak mengalah. Sambil memandu, Cinta cuba lagi untuk kali yang kedua nya dan berdoa harap - harap Ibunya menyahut dan bagi respon kepada nya.

Cinta cuba panggil Ibunya lagi untuk cubaan yang kedua dengan harapan Ibunya akan menyahut dan respon akan dirinya...... " Ibu ..... Ibu okey ke ni ? , kenapa Cinta tengok Ibu asyik termenung je tengok kat luar tingkap daripada tadi", tegur Cinta kepada Ibunya...... " Haaa yaa ada apa Cinta ? ",dah sampai rumah dah ke ?", tanya Ibu kepada Cinta.

"Belum sampai lagi Ibu, sekejap lagi nak sampai, Cinta tengok Ibu asyik mengelamun dok tengok kat keluar tingkap je dari tadi,Ibu okey ke ni ?", tanya Cinta kepada Ibunya....

" Iya Ibu okey je cuma ibu terkenangkan rindu akan Almarhum ayah kamu Cinta", jawab Ibunya..... Selalunya ,dia akan temankan kita keluar sama -sama, luangkan masa dengan kita sama-sama", cerita Ibunya lagi kepada Cinta.......

" Ibu,kita sama-sama doakan ayah ya, semoga dia tenang di alam sana ya ", pujuk Cinta lagi kepada Ibunya malah untuk tenangkan hati nya juga pada masa yang sama. Pada masa yang sama,dalam hati Cinta berkata" Ayah Cinta pun rindu sangat dekat Ayah...", hanya dia dan Allah je yang tahu bagaimana yang dia rasa saat ini.

Walaupun dia cuba untuk memujuk Ibunya,cuba tunjuk kuat di depan Ibunya sendiri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku tetapi yang hakikatnya dia pun manusia biasa yang tidak boleh lari daripada perasaan sedih, rindu,suka duka semua itu.

Selagi namanya manusia,kita tidak akan sedar dan hargai bila seseorang masih ada di depan mata kita sehinggalah bila tiba waktunya kita kehilangan seseorang itu barulah kita sedar akan pentingnya nilai seseorang itu yang ada dengan kita bila mana dia masih hidup.

" Okey, kita sudah sampai rumah Ibu", kata Cinta kepada Ibunya. " Ibu masuklah dulu Cinta nak ambil barang yang ada dalam bonet kereta dulu", kata Cinta kepada Ibunya. " Iya baiklah ,Ibu masuk rumah dulu ya,dan terima kasih jugak Cinta bawa Ibu keluar jalan-jalan hari ni ", jawab Ibunya kepada anaknya itu. " Sama-sama Ibu,tak ada apalah Ibu,nanti ada masa kita keluar sama-sama lagi Ibu", balas Cinta sambil tersenyum kepada Ibunya.

Usai solat Isyak, Cinta keluar ke dapur untuk makan malam bersama Ibu nya.....

"Ibu, sedapnya bau dari luar dah bau,Ibu masak lauk Paprik Ayam ke??",tanya Cinta kepada Ibunya. " Haaa aah mari la makan,pergi ambil pinggan dengan gelas semua, Cinta pergi ambil nasi dengan air ya ", balas Ibunya.

" Baik Ibu", jawab pendek Cinta.
" Alhamdulillah syukur kenyang makan malam ni, terima kasih Ibu masakkan semua ni untuk Cinta.", jawab Cinta lagi. " Sama-sama, Ibu seronok sangat untuk hari ni, Ibu harap lepas ni pun dan seterusnya kita boleh macam ni. ", jawab Ibunya lagi

"InshaAllah boleh je Ibu , asalkan Ibu selalu doakan untuk Cinta,sihat tubuh badan , dipermudahkan urusan dunia akhirat selalu tau Ibu", balas Cinta lagi.

"Iya InshaAllah, Cinta pun sama tau jangan lupa untuk doakan Ibu dengan almarhum ayah sekali, solat jangan tinggal", jawab Ibunya itu. Cinta mengangguk dan terus memeluk Ibunya.....

BAB 3 "Seronok jugak kan sekali sekala keluar macam ni dengan orang tersayang ,tambah-tambah lagi orang tersayang itu Ibu kita sendiri kan ?", betul tak Ibu ?" , omel Cinta, lagi bila dapat bermanja dengan cinta hatinya iaitu Ibunya sendiri. ". " Ya lah ada - ada je kau ya kalau tak puji mesti tak boleh kan ? ", jawab Ibunya lagi ..... " Alah Ibu ni Cinta nak puji Ibu sikit tak kan tak boleh kan??, bukannya Cinta puji orang lain kan ?, Cinta puji Ibu sendiri juga kan ? ",kata Cinta lagi kepada Ibunya sambil tersengih - sengih macam biasalah muka tak bersalah dia tu..... " Haihh sabar je lah dengan karenah Si Cinta ni ",omel Ibu kepada Cinta iaitu satu - satunya anak kesayangan perempuan nya tu. Begitulah mereka berdua gaduh - gaduh sayang ,masing - masing tidak mengusik tak senang hidup seharian mereka. Begitulah sikap Cinta , yang suka mengusik dengan Ibunya sendiri pun nak usik. Kalau tak dapat mengusik orang kerja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience