BAB 2

Drama Series 4060

Usai selesai menggoreng Kuih Cek Mek itu di dapur, Cinta memanggil Ibunya untuk makan kuih bersama - sama... “Ibu, sudah lama kan kita tak pergi jalan-jalan ambil angin petang sekali,kata Cinta kepada Ibunya yang sedang makan kuih Cek Mek itu....

“Iya tak ya jugak kan”,jawab Ibunya itu lagi. “Apa kata petang ni Cinta bawa Ibu pergi jalan-jalan nak ?? .Cinta tanya lagi kepada Ibunya itu. “ Petang ni eh?. Boleh jugak kita pun macam dah lama tak keluar berdua jalan sama - sama”, jawab Ibunya kepada Cinta. “ Okey cantik”, kata Cinta pendek.

Usai siap dua beranak itu berbual - bual dan makan bersama. Mereka pun berehat sementara menunggu untuk keluar bersama - sama di petang hari nanti.

“Ibu dah siap dah ke belum tu ? ”. Cinta dah siap dah ni, cepat la Ibu nanti susah pula kita nak dapat parking nanti” panggil Cinta kepada Ibunya.

“ Haha iya - iya ibu dah siap dah ni”,jawab Ibunya pula yang baru keluar dari biliknya dengan kelam kabutnya.

Dalam perjalanan dua beranak itu diam dan tidak berkutik. Manakala, Si anak pula tengah fokus ke cermin hadapan dan memandu.


Seketika kemudian, “Ibu , tengok tu ada orang jaja jual air coklat la dekat depan tu”, kata Si Cinta kepada Ibunya di sebelahnya sementara lampu isyarat masih lagi merah.

“ Eh eh kau ni kan Cinta pantang nampak sikit dengan coklat ke,air coklat ke, tak kisah lah apa - apa dengan coklat mesti kau tak nak terlepas kan”,jawab Ibunya kepada Si Cinta tu.
Hahaha tanya nak ke tak nak pun kena bebel ,seloroh Cinta kepada Ibunya.

“ Alahaiii , Ibu ni buat macam tak kenal pula dengan anak perempuan Ibu ni”, Cinta buat muka tak bersalah dengan Ibunya. Begitulah kan , bila mereka masih ada lagi dengan kita, walaupun mereka kuat marah ke ?, kuat membebel ke kan ? . Mereka marah - marah pun mereka tetap sayang akan anak mereka. Bak kata pepatah orang dulu - dulu kan . “ Siapa tak sayang anak oii ? . Tak gitu kan ??.

Kenangan dengan orang tua lah kenangan yang paling mahal dan berharga kan ? . Kenapa cakap macam tu ? . Iye, percayalah bila mereka tiada lagi di dunia konfirm kita akan kenang dan rindu dengan mereka.

Kerana ,saat - saat kenangan itu tidak akan berulang dua kali. Justeru itu, selagi masih diberi masa dan nafas untuk bahagiakan mereka ,jadi bahagiakan lah mereka. Tambahan pula, tidak semua orang berpeluang untuk bersama dengan mereka sehingga ke akhir hayat kita. Jadi, hargai lah mereka selagi mereka masih ada.

Tak salah kan jika kita hargai mereka . Bahkan dalam agama Islam sendiri pun menggalakkan kita layan dan jaga ibubapa kita macam raja, sebab mereka syurga kita. Jika yang masih belum bernikah,jika yang sudah bernikah,kena taat dan ikut perintah suami pula. Bak kata pepatah “ jaga layanlah mereka seperti raja, kerana kelak nanti rezeki akan kejar kamu ”. Dengar macam tak percaya je kan ??. Tapi itulah , di sebalik hikmah yang kita tak tahu... Kita buat apa yang Allah suka InshaAllah hidup kita akan selamat dan dilindungiNYA.

Setelah Cinta membeli dan meminum air coklat yang di jaja itu, Cinta sambung memandu setelah lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.

" Ibu, hari ni Ibu nak pergi mana? Cinta bawak Ibu jalan-jalan kita pergi sama-sama, bukan selalu kan Cinta dapat jadi pemandu Ibu kan?? ", ucap Cinta kepada Ibunya yang duduk di sebelah kiri nya.

" Cinta boleh tak bawa Ibu pergi ziarah kubur ayah dulu sebelum kita pergi jalan-jalan ke tempat lain?? ", tanya Ibu. Soalan berbalas soalan. " Kenapa tak boleh pulak, mesti la boleh Ibu", jawab Cinta lagi. Ibunya tersenyum kepada Cinta sebagai tanda terima kasih untuk permintaannya untuk ke kubur bekas suami nya di turuti.

Setelah sampai di kubur, Mak Kiah dan anaknya Cinta, kemas-kemas dan mencabut rumput-rumput yang naik tumbuh di kubur itu,dan selepas itu, mereka menghadiahkan bacaan Yasin kepada Almarhum suaminya itu. Seterusnya, selepas menziarahi kubur Almarhum ayahnya Cinta dan Mak Kiah meneruskan perjalanannya......

Ketika dalam perjalanan itu.......

" Cinta,nanti Ibu dah tak ada nanti jangan lupa kat Ibu ya,selalu doakan Ibu dan ayah, ziarah kubur kami", tiba-tiba Ibunya berkata sedemikian kepada Cinta. Cinta terkejut mendengar apa yang baru di ucapkan oleh Ibu nya itu

" Ishhh, Ibu ni kenapa tiba-tiba cakap macam tu, Cinta tak suka la Ibu cakap macam tu. Apa ni Ibu?? ", respon kepada Ibunya

"Ibu pesan je, kita yang hidup ni pun tak salah untuk ingat dan mengingatkan akan kematian,ia buat kita insaf dan ia buat kita untuk berubah menjadi yang lagi baik kan. InshaAllah", jawab Ibunya lagi.

" Hurmm yela, Cinta selalu doakan untuk Ibu agar selalu diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat dan untuk almarhum ayah tau", balas Cinta lagi. " Terima kasih ya Cinta, doakan untuk Ibu,macam ni lah anak Ibu", jawab Ibunya lagi. Cinta senyum je kepada Ibunya..... Haihhh terasa berhabuk pulak mata.

BAB 2 Usai selesai menggoreng Kuih Cek Mek itu di dapur, Cinta memanggil Ibunya untuk makan kuih bersama - sama... “Ibu, sudah lama kan kita tak pergi jalan-jalan ambil angin petang sekali,kata Cinta kepada Ibunya yang sedang makan kuih Cek Mek itu.... “Iya tak ya jugak kan”,jawab Ibunya itu lagi. “Apa kata petang ni Cinta bawa Ibu pergi jalan-jalan nak ?? .Cinta tanya lagi kepada Ibunya itu. “ Petang ni eh?. Boleh jugak kita pun macam dah lama tak keluar berdua jalan sama - sama”, jawab Ibunya kepada Cinta. “ Okey cantik”, kata Cinta pendek. Usai siap dua beranak itu berbual - bual dan makan bersama. Mereka pun berehat sementara menunggu untuk keluar bersama - sama di petang hari nanti. “Ibu dah siap dah ke belum tu ? ”. Cinta dah siap dah ni, cepat la Ibu nanti susah pula kita nak dapat parking nanti” panggil Cinta kepada Ibunya. “ Haha iya - iya ibu dah siap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience