"Cinta, hari ni kau lunch makan apa ?,aku tak tahu lah nak makan apa hari ni",tanya Maya kepada Cinta. " Ewah - ewah sejak bila pulak kau baik hati tanya aku nak makan apa?, selalunya jarang kau nak tanya aku macam tu", balas Cinta kepada Maya.
"Halahhh kau ni Cinta, jawab la aku tanya elok-elok kan ni", ucap Maya kepada Cinta. "Sebenarnya,aku pun tak tahu nak makan apa untuk lunch hari ni,kau tak tengok ke menu dalam aplikasi abang rider hijau kau tu?,bukan ke kau selalu tengok dalam tu je ke kalau kau lapar time lunch ?", jawab Cinta kepada Maya.
" Aah la,aku lupa pulak nak tengok. Tak terfikir pulak hari ni disebabkan banyak kerja nak kena siapkan,hehe sorry-sorry wey", jawab Maya lagi dengan muka tak bersalah dia tu lah.
" Kau memang selalu macam tu,bukan untuk hari ni je kau tak ingat kan ? kan ??", omel Cinta lagi kepada Maya.
" Halahhh kau ni pun satu, Cinta. Dah tahu kawan kau macam ni bukannya nak bagi chance tetap jugak kau nak menang kan? ", marah Maya kepada Cinta. Cinta hanya tergelak dengan gelagat Maya itu.
" Haa iyelah sekarang jugak aku tengok ya, ada macam-macam menu jugak ni,kau nak makan apa ?", tanya Maya lagi.
Salah satu soalan yang amat 'COMPLICATED' bila di tujukan dekat para wanita,haha boleh dikategorikan sebagai soalan yang boleh bawa gaduh jugak la tu kan......
" Hurmm, nak makan apa eh ?", Cinta buat muka orang tengah fikir - fikir tak tahu nak makan apa.
" Aku nak order Nasi Goreng Kampung dengan Air Sirap je, kau nak order apa", tanya Maya. " Kalau macam tu, aku nak order Nasi Goreng Tomyam satu dan macam biasa air favorite aku lah Air Coklat kurang manis satu, okey? ", jawab Cinta.
" Okey, aku dah order dah ,tunggu makanan kita sampai je sekejap lagi. Kau ni kan memang tak boleh tinggal eh menu coklat kau tu,Ish memang hantu coklat betul. ", bebel Maya kepada Si Cinta tu. Cinta macam biasa lah dia buka muka comel dia tu bila topik makanan special nya orang bahas.
" Eh kau ni buat - buat tak kenal aku pulak,macam la baru kenal aku sehari dua kau ni pun la. Aku dengan coklat kan mana boleh pisah. Aku tengah happy ke, aku tengah sedih ke?. Dalam hidup aku,dalam sehari - hari, aku mesti nak kena ada jugak makanan yang bernama 'COKLAT' kau tahu?, aku kan memang ' HANTU COKLAT' ,takkan itu pun kau tak tahu lagi. ", jawab Cinta panjang lebar kepada kawan sekerjanya itu.
Sambil - sambil mereka berdua tengah gaduh - gaduh manja, makanan diaorang pun sampai lah dan Maya keluar untuk mengambil dan membayar makanan mereka berdua kepada penghantar makanan aplikasi hijau itu.
Sambil-sambil mereka berdua tengah menghayati makanan tengahari mereka, Cinta mula bertanyakan soalan kepada Maya,macam biasalah Cinta tu, memecahkan suasana sunyi ketika mereka tengah makan.
" Maya, kau kan, kalau masa kau cuti kau akan banyak masa duduk rumah je ke atau kau selalu keluar pergi jalan mana-mana ?", tanya Cinta kepada Maya.
" Kalau aku? ", Maya buat -buat tanya kepada Cinta. " Iya la kau la,selain aku dengan kau ada orang lain lagi ke dekat sini? ", soalan berbalas soalan.
" Kalau aku bosan dan aku rasa nak keluar, aku keluar la. Dan kalau aku malas nak keluar, aku duduk je la berehat dekat rumah. Kenapa ?, kau nak ajak aku keluar pergi jalan-jalan ke ?, kita pun dah lama jugak kan tak keluar jalan sama - sama kan ?", Jawab Maya kepada Cinta.
" Ye la,macam best jugak kan kita pun dah lama tak keluar sekali kan ?", respon Cinta lagi. " Okey la,esok kita cuti kan hari minggu. Kalau macam tu aku ambil kau dekat rumah eh, apa-apa nanti aku konfirm kan balik dekat kau", jawab Cinta kepada Maya.
" Okey cantik ! ", respon Maya kepada Cinta.
Pada malam itu sebelum tidur, Cinta menghantar mesej aplikasi hijau kepada Maya untuk keluar bersama-sama pada keesokkan harinya.
[ Maya esok lepas Zohor dalam pukul 2pm macam tu aku datang ambil kau] , dan Cinta tekan dan hantar di phone nya itu.
Tanpa menunggu masa yang lama Maya segera membalas mesej Cinta. [ Okey,bos ! ] , balas pendek daripada Maya.
Selepas terima mesej pendek. daripada Maya. Cinta pun tidur tanpa ada ingat apa-apa lagi. Cepat betul tertidur Si Cinta ni. Dah untung dah dekat situ satu, untung?? apa pulak yang untung ??. Yela kalau mudah tidur kan senang, tak ada nak susah-susah, ada jugak ya yang susah nak tidur malam,Haaa kan satu hal pulak nak kena settle.
Ada jugak ya orang yang susah untuk tidur malam,dan ada nama juga ya. Ia dipanggil dengan nama ' Insomnia', ia adalah penyakit untuk orang yang sukar untuk tidur malam. Kita pun mesti tak nak kan kalau susah untuk tidur malam........
BAB 5 "Cinta, hari ni kau lunch makan apa ?,aku tak tahu lah nak makan apa hari ni",tanya Maya kepada Cinta. " Ewah - ewah sejak bila pulak kau baik hati tanya aku nak makan apa?, selalunya jarang kau nak tanya aku macam tu", balas Cinta kepada Maya. "Halahhh kau ni Cinta, jawab la aku tanya elok-elok kan ni", ucap Maya kepada Cinta. "Sebenarnya,aku pun tak tahu nak makan apa untuk lunch hari ni,kau tak tengok ke menu dalam aplikasi abang rider hijau kau tu?,bukan ke kau selalu tengok dalam tu je ke kalau kau lapar time lunch ?", jawab Cinta kepada Maya. " Aah la,aku lupa pulak nak tengok. Tak terfikir pulak hari ni disebabkan banyak kerja nak kena siapkan,hehe sorry-sorry wey", jawab Maya lagi dengan muka tak bersalah dia tu lah. " Kau memang selalu macam tu,bukan untuk hari ni je kau tak ingat kan ? kan ??", omel Cinta lagi kepada Maya. " Halahhh kau ni pun satu, Cinta
Share this novel