BAB 19

Drama Series 4060

Mak,tadi Mak tengah berborak dengan siapa dekat cafe sebelum Harraz sampai ambik Mak?,tanya Harraz. Owh,itu kawan lama Mak, kebetulan pulak rezeki terjumpa dia dekat shopping mall tu,Mak Cik Rokiah. Bila lama tak jumpa,seronok jugak la tadi berborak dengan dia,yang lagi sorang tu anaknya nama Puteri Nur Cinta kalau tak salah Mak la. ", jawab Mak nya panjang lebar .

" Owh,macam tu ke kisahnya,kira jejak kasih la ni setelah sekian lama tak jumpa ya.",balas Harraz lagi. " Tapi kan Raz,Mak tengok anak kawan Mak tu kan cantik jugak,sopan lagi tu berkenan pulak Mak, Raz tak berkenan ke tengok anak kawan Mak tadi ?.", tanya Mak nya lagi

" Ishh,Mak ni ke situ pulak,tak habis-habis nak jodohkan Raz eh. Ayah,tengok Mak ni tak habis-habis nak kena kan Raz.", Raz cuba tarik perhatian Ayahnya yang sedang ralit baca surat khabar di ruang tamu rumah itu . " Haaa,betul la tu apa yang Mak kamu cakap tu,tak salah kalau nak cuba,mana tahu ada jodoh kamu Raz,kamu tu dah 2 kali dah putus tunang Raz, bukannya sekali tau.", balas Ayahnya lagi. Harraz masih tak puas hati apabila Ayahnya pun backup Mak nya, ingatkan Ayahnya akan backup dia tapi sebaliknya pula. Itu lah Harraz yang tak habis dengan sikap manjanya itu. Harraz adalah anak kedua daripada dua beradik,yang pertama kakaknya yang bernama Saffiyah dah sudah bernikah,dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel. Dan dia seorang je yang tinggal mana tak manja lebih dengan Mak Ayahnya itu. Itulah dia Harraz,itu belum nikah lagi,bila dah nikah tak tahu la macam mana....

" Puteri Nur Cinta ??", dan kalau lah tak salah aku, bukan ke dia tu yang banyak kali aku terjumpa tanpa sengaja tu ??, kenapa aku boleh terjumpa dengan dia banyak kali eh?? , dan sekarang,tadi pun masa aku nak jemput Mak di shopping mall pun,aku masih boleh terjumpa dengan dia lagi?? ,Ya Allah, adakah engkau nak bagi petanda dekat ku?.

" Eh,kejap !! Ya Allah! asal lambat sangat memori aku ni nak proses haa,adoi,kau ni pun satu Raz,dia tu kan bukan ke salah sorang perempuan yang minat dekat kau masa kau study dulu tu,Allah baru sekarang memori nak ingat balik. Bila nak di ingatkan balik,masa study dulu si perempuan tu kemain nak cuba pikat hati aku,tapi aku yang tolak, kelakar pun ada bila di ingatkan balik. Allah, adakah semua ni hukuman untuk aku, setelah apa yang aku dah buat dekat dia masa study dulu. ", kata hati Harraz yang tengah berperang dengan fikiran dan perasaannya sendiri.

Seterusnya,pada petang hari itu........ Cinta merasakan yang dia sudah lama tak makan kek coklat,last dia makan pun pada tahun lepas...... Hai lah, Cinta-Cinta tak habis-habis dengan kek coklat dia tu,kalau bukan kek coklat ,air coklat pun jadi lah sebagai peneman setia hari-hari Cinta. Bukan Cinta lah kalau tak dapat semua tu kan??..

Di Cafe,Cinta memilih kek coklat untuk membeli tetapi nasib tidak menyebelahi Cinta kerana kek tersebut telah di beli oleh orang lain dan yang lagi kesian nya bahawasanya kek tersebut adalah last pieces pada hari itu sebenarnya.
Alahai, kesian nya. Apalah nasib aku hari ni,nak beli kek coklat pun tak dapat, Cinta kembali dengan muka moodynya yang sememangnya, memang asal muka yang sudah tidak ada mood. " "Tak ada rezeki aku la tu nak beli kan",kata hati Cinta lagi,dan dalam erti kata lain hanya untuk menyedapkan hati diri sendiri yang tengah galau.
Dan,Cinta ternampak Si Harraz Faiq di kaunter untuk membayar kek coklat ??, "rupa-rupa nya dia yang beli kek coklat tu?? , kenapa sejak kebelakangan ni dia kerap muncul di depan aku ya ?? , dan dia beli kek coklat jugak ??.", bermacam-macam persoalan di hati Cinta ketika itu. Cinta tak dapat beli kek coklat, Cinta pulang dengan air coklat sahaja.

Ya Allah,kenapa la nasib aku malang hari ni?, dah la lama tak makan kek coklat,time teringin nak makan tu lahhh ada je dugaan yang datang,kalau orang lain mungkin la aku boleh terima or bertolak ansur. Tapi persoalannya sekarang ni adalah kenapa DIA?? Si Harraz Faiq tu??!!, Rupanya sakit hati Cinta belum hilang sepenuhnya,dia sambung kemarahan di rumah pulak.

" Yelah kan,siapa yang tak geram apabila seseorang tu dah tersenarai dalam " BLACK LIST" kita,eh sejak bila aku buat black list ni?? , eh lantak la bila, masalah nya aku tengah geram, tengah tak puas hati ni,pasal kek coklat tak kek coklat dekat sini,tapi kenapa dia??,dan bukannya orang lain. Orang pergi kedai tu dia pun sibuk la jugak nak pergi beli kedai tu,pergi kedai sama tu satu hal,eh ni boleh pulak beli kek yang sama jugak kek yang aku nak pulak tu,eeiiii geram pulak hati aku ni Ya Allah.......!!!!!!", Cinta melepaskan kemarahan nya dalam bilik.

" Siap la kau,kalau lepas ni kau berani muncul lagi depan aku,tahu la apa aku nak buat. Time aku suka dekat kau dulu, macam-macam kau buat dekat aku ya,tu tak termasuk yang kau palau aku bagai semua tu,bila aku dah boleh move on dan boleh lupakan kau,eh alih-alih boleh pulak kau nak suka-suka hati kau nak muncul depan aku ya??!!! , hai lahh apa la nasib aku hari ni....... Sabar Puteri Nur Cinta,sabar okey,cuba tenang......sokayyy..... fuhhhh......", Cinta cuba untuk tenangkan diri.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience