Kita seringkali dengar antara coklat dengan wanita mesti tak dapat dipisahkan dan boleh jugak diibaratkan sebagai teman yang sangat setia mahupun jugak sebagai kembar yang tak dapat di pisahkan. Selain itu juga,ia juga boleh diibaratkan pen dan kertas yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Dalam erti lain,yang memang sudah sebati dengan diri wanita.
Mesti korang pun mempunyai pendapat yang sama kan apatah lagi bila korang sebagai penggemar coklat yang sangat setia atau terlalu obses dengan coklat,di samping itu juga,apabila korang stress ia juga boleh di jadikan sebagai sahabat karib anda...
Cinta ?? , apa yang korang faham tentang “ Cinta” ?. Jika mahu di ungkapkan atau di terjemahkan mengenai “Cinta” beribu maksud atau berjuta makna yang boleh kita ungkapkan maksud dia kan ?? . Boleh jugak kita terjemahkan “Cinta” sebagai Cinta kepada ahli keluarga kita sendiri mahupun “Cinta” kepada sahabat karib kita sendiri.....
Di samping itu juga, ramai masyarakat kita takut akan Coklat ?? Sebab apa ?? sebab takut akan gemuk bila makan secara berlebihan?? . Kalau makan secara berlebihan tanpa kawalan atau sukatan pun tak boleh juga, tetapi biar lah ia berpada. Tetapi kan ,dengan Puteri Nur Cinta ini memang tak boleh kalau tak ada coklat dalam hidup dia walaupun satu hari. Fanatik tak fanatik dengan coklat budak ni haha. Tambahan pula,agak - agak ada jugak ke yang sama macam Si Puteri Nur Cinta tu?? pelik kan?? pelik tapi benar haaa gituuu. Kalau tak dapat coklat sehari memang tak senang duduk. Dia punya ketagih memang tak boleh di bawa bincang. Tu baru tak dapat makanan, agak - agak kalau dah ada anak nanti mahu berebut dengan anak - anak di sebabkan berebut kan benda yang sama. Mahu tak pening kepala nanti hahaha.
Walhal itu, ada juga beberapa faktor yang baik dengan coklat yang ramai tak tahu salah satu nya ia boleh buat kita gembira bila sedih. Memang auto boleh bertukar terus mood yang tengah sedih, yang patah hati ke. maybe? who knows ?? right ??.
Seterusnya,ia juga boleh memberi kebaikan kepada otak kita. Di mana, ada kajian yang mengatakan dark coklat juga dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak. Sebab bila masa tengah sedih, kita makan coklat tak ke berubah mood sedih kita tu kan ?? . Kalau tak hilang 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit tekanan perasaan yang kita alami,right ??.
Di samping itu juga, ia juga memberi kebaikan kepada jantung kita. Kenapa jantung ?? , kerana dark coklat mengandungi Flavanols di mana fungsinya untuk melancarkan peredaran darah serta dapat membantu menurunkan tekanan darah.
Haaa bunyi misteri kan?? tapi begitulah, walaupun tak banyak,coklat juga dapat membantu dalam hormon badan kita yang kadang - kadang kita sendiri pun susah nak jangka kan ?? tak gitu ??
Seterusnya, kajian juga ada mengatakan yang dark coklat ni boleh beri kebaikan kepada kulit kita. Haaa, baru tahu kan ?? dan macam tak percaya je kan ??, tapi itulah daripada kajian. Dark coklat merupakan salah satu bahan yang baik untuk kulit . Kandungan Flavanols nya yang dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran matahari.
Selain itu juga, ia memperbaiki aliran darah ke kulit serta dapat meningkatkan keanjalan kulit. Haaa gitu lahhh..... Banyak jugak kan kebaikan yang orang kita tak tahu. Tambahan lagi, coklat juga ada lah baik untuk penghadaman . Tetapi ia bergantung atas hormon juga ia . Kerana setiap hormon badan manusia Allah buat tak sama. Lain orang lain hormon nya. Ada yang boleh dan ada jugak yang tak boleh tahu?.
Hati batu??, kenapa dengan hati batu??, ia kerana insan yang bernama Puteri Nur Cinta boleh di katakan memang alergi dengan cinta,tapi nama je nama cinta,tuan punya diri sebaliknya.
Seterusnya, di zaman yang semua benda yang dah semakin berubah,ada lagi ya yang masih susah dan yang masih tak percaya dengan “Cinta”. Mungkin tak semua yang macam itu, tapi ada juga la yang susah nak membuka hati untuk menerima.
Dah nama pun hati kan ??, sedangkan benda yang kecil yang remeh temeh boleh buat seseorang itu berubah hati apalagi dengan namanya “ CINTA ? ”. Betul tak ??, Bukan perkara yang mudah untuk manusia urus jika melibatkan dengan urusan hati. Kalau tak,takkan la Si Puteri Nur tu boleh berubah hati. Daripada hati yang biasa sebelum ni dan seterusnya berubah kepada hati batu kan ??.
Agak - agak la kan dapat kah Si Puteri Nur Cinta membuka hati dia dan menemui seseorang yang boleh menambat hati batu dia tu ??
Siapa tahu ?? , siapa je yang tak nak diri dia disayangi kan?? , Semua yang hidup di dunia ni,mesti lah mendambakan kasih sayang yang seutuhnya. Sedangkan, haiwan pun boleh sayang kan anak nya, tak kan lah insan yang bernama manusia tak nak di sayangi? tak nak bahagia kan?? , bila di tanya semua yang di tanya rata - rata akan jawab “Mahukan kebahagiaan”, kann?? jawapan yang dikehendaki oleh semua insan yang bergelar manusia.......
PENGENALAN Kita seringkali dengar antara coklat dengan wanita mesti tak dapat dipisahkan dan boleh jugak diibaratkan sebagai teman yang sangat setia mahupun jugak sebagai kembar yang tak dapat di pisahkan. Selain itu juga,ia juga boleh diibaratkan pen dan kertas yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Dalam erti lain,yang memang sudah sebati dengan diri wanita. Mesti korang pun mempunyai pendapat yang sama kan apatah lagi bila korang sebagai penggemar coklat yang sangat setia atau terlalu obses dengan coklat,di samping itu juga,apabila korang stress ia juga boleh di jadikan sebagai sahabat karib anda... Cinta ?? , apa yang korang faham tentang “ Cinta” ?. Jika mahu di ungkapkan atau di terjemahkan mengenai “Cinta” beribu maksud atau berjuta makna yang boleh kita ungkapkan maksud dia kan ?? . Boleh jugak kita terjemahkan “Cinta” sebagai Cinta kepada ahli keluarga kita sendiri mahupun “Cinta” kepada sahabat karib kita sendiri.......
Share this novel