" Ewah-ewahhhhh happy nya orang tu yang baru lepas bertunang,manis je ya muka tu,kalau tak sebelum ni monyok je,masam je ya.", sapa Cinta kepada Maya.
" Eh,kau ni mana ada,aku biasa-biasa je lah,kau tu je yang lebih-lebih dok sakat aku.",balas Maya yang tak nak kalah. " Eh aku pulak yang kena,kau jangan lepas ni kau rindu aku dok sakat kau,lepas ni kau dah nikah aku dah tak boleh sakat kau dah haha.", balas Cinta lagi.
" Asal macam tu pulak ?.", tanya Maya yang tak paham dengan Cinta. " Iyalah,mana tak nya orang tu dah ada tempat mengadu lepas ni mana nak ingat aku dah kann, betul tak ??", jawab Cinta. " Eh,kau ni ke situ pula. Macam-macam la kau ni,kau kan kawan aku tak kan la aku nak lupa dekat kau pulak, agak-agak la kau ni pun.", jawab Maya. " Aku cakap je mana la tahu kan,kalau tak lupa aku, okey la.", jawab Cinta.
" Dah la,aku nak g sambung buat kerja aku,aku layan kau ni sampai ke esok tak siap kerja aku tau", balas Maya lagi. Maya bangun berlalu pergi untuk siapkan kerja dia yang terhenti seketika dek kerana sapaan si Cinta itu.
" Hari ini, Cinta tidak terus pulang ke rumah tapi dia memandu dengan mengikut kata hati nya yang tak tahu nak menuju ke mana. Alih-alih dia pergi ke Cafe melepak seorang diri, entah apa mimpi, tiba-tiba lepak seorang diri. Hanya memesan air coklat sejuk blend dan Cinta tenggelam dengan perasaan nya entah ke mana sambil termenung melihat orang lalu lalang di Cafe tersebut.
" Tiba-tiba,Cinta teringat akan kisah lalu nya yang dahulu kala,kisah yang boleh membuatkan sakit hati bila teringat kembali. Betul la orang kata jika kita mencinta tak semestinya kita akan memiliki, begitu juga dengan apa yang kita nakkan sesuatu,tak semestinya kita akan dapat apa yang kita nakkan itu.
Kisah apa ??, kisah crush yang tak termiliki,alah dah nama pun crush dekat seseorang kan,tak semestinya apa yang kita suka dan kita akan dapat benda tu,tapi lagi sakit bila kita dah luahkan perasaan pada seseorang dan kita di tolak,sakit sangat kan ??, tapi itu lah dunia dan kehidupan.
Setelah puas layan perasaan dan berangan sambil melihat orang dok lalu lalang,Cinta singgah pula di kedai buku, sekian lama tak singgah di kedai buku,tapi hari ini setelah pulang dari Cafe Cinta terasa ingin singgah di kedai buku yang sudah lama dia tak pergi.
Sambil -sambil dok tengok buku-buku di kedai buku itu , Cinta tak sengaja terpandang seseorang jejaka dan nampak macam familiar,tapi Cinta ingat -ingat lupa siapakah gerangan orang tersebut.
Sampai ke sudah Cinta asyik dok teringat dekat jejaka yang dia tengok di kedai buku tanpa sengaja itu. " Siapa ya lelaki tadi, kenapa aku rasa muka dia macam familiar sangat tapi masalahnya aku pun tak ingat yang dia tu siapa, haishh perasaan aku je kot,tak pun pelanduk dua serupa je kot.", Cinta berteka teki seorang diri. Selepas itu,Cinta biarkan fikiran tentang jejaka yang tak sengaja itu berlalu dari fikiran begitu saja.
" Ahh,sudah lahh yang aku nak ingat dia tu tu dah kenapa,lagi pun aku pun bukannya ingat pun dia tu siapa", kata Cinta lagi. Fikiran je kata tak nak ambil tahu siapa tapi hati bukan main lagi nak tahu kan,apa la Cinta ni......
" Lantak la, aku dok ingat dok fikir siapa jejaka tadi,aku bukannya boleh apa-apapun kan.", kata hati Cinta lagi, padahal untuk sedap kan hati je tu...... Cinta malas nak layan perasaan sangat dan Cinta pun cuba pejamkan mata untuk tidur dan tak lama kemudian Cinta lena dengan sendirinya.
Mudah je kan jadi Cinta ni,nak tidur pun senang,kalau orang lain la,nak tidur bukan main susah lagi bila dok fikir siapakah orang yang di lihat tanpa sengaja itu. Setelah 1 minggu kemudian,di tempat kerja Cinta......
Ada "seorang jejaka" yang masuk kedai haiwan tersebut,melihat sekitar untuk mencari makanan kucing dan tanpa sengaja jugak la Cinta pergi tegur pelanggan itu tanpa sengaja......
" Ya encik, boleh saya bantu?,encik nak cari keperluan apa tu ? ", tanya Cinta. " Eh dia ni kan kalau tak salah aku, yang aku ternampak dekat kedai buku tempoh hari,kalau tak salah aku la.", kata hati Cinta lagi. Tapi, Cinta cuba berpura-pura macam tak ada apa dan cuba untuk kelihatan seperti tak ada apa-apa.
" Owh,iya saya tengah cari makanan untuk kucing,boleh cik bantu saya,untuk carikan jenama yang sesuai?, sebab saya nak bagi dekat kucing jalanan.", kata lelaki tersebut, tetapi pada masa yang sama tanpa Cinta tahu yang lelaki tersebut pun kelihatan sedikit terkejut apabila melihat Cinta tapi lelaki tersebut cuba buat macam biasa, macam tiada apa-apa.
" Owh, makanan kucing ya ?? ada macam-macam jenama dan macam-macam jenis yang kami ada,makanan kucing ada di sebelah sini ya Cik. Kalau ada apa-apa yang cik perlukan bantuan saya,blh panggil saya. Saya ada dekat depan kaunter sana ya,kata Cinta lagi........ "Ya baiklah", balas pendek lelaki tersebut.
BAB 12 " Ewah-ewahhhhh happy nya orang tu yang baru lepas bertunang,manis je ya muka tu,kalau tak sebelum ni monyok je,masam je ya.", sapa Cinta kepada Maya. " Eh,kau ni mana ada,aku biasa-biasa je lah,kau tu je yang lebih-lebih dok sakat aku.",balas Maya yang tak nak kalah. " Eh aku pulak yang kena,kau jangan lepas ni kau rindu aku dok sakat kau,lepas ni kau dah nikah aku dah tak boleh sakat kau dah haha.", balas Cinta lagi. " Asal macam tu pulak ?.", tanya Maya yang tak paham dengan Cinta. " Iyalah,mana tak nya orang tu dah ada tempat mengadu lepas ni mana nak ingat aku dah kann, betul tak ??", jawab Cinta. " Eh,kau ni ke situ pula. Macam-macam la kau ni,kau kan kawan aku tak kan la aku nak lupa dekat kau pulak, agak-agak la kau ni pun.", jawab Maya. " Aku cakap je mana la tahu kan,kalau tak lupa aku, okey la.", jawab Cinta. " Dah la,aku nak g sambung buat kerja aku,aku layan kau ni sampai ke esok tak siap kerja aku tau", balas Maya lagi.
Share this novel