Seterusnya, jejaka tersebut pilih makanan kucing yang rasa sesuai dan terus pergi ke kaunter pembayaran untuk bayar makanan kucing yang di pilihnya tadi. Setelah selesai membayar jejaka tadi berlalu.....
" Eh,bukan ke tadi itu perempuan yang di Kedai Kucing tadi ,dia yang aku terjumpa di Kedai Buku hari tu,tapi kenapa eh,aku rasa dia macam familiar je ?? ,eh aku nak kena cepat ni,hurm nanti-nanti lah time free ke aku ingat balik siapa perempuan tadi tu. ", kata jejaka tadi yang berfikir seorang diri sebelum meneruskan perjalanannya.
Tetapi,di Kedai Kucing, si Cinta pun dok termenung dok fikir-fikir dan masih cuba untuk mengingati benda yang sama.
" Ya Allah,kenapa aku boleh jumpa lagi dengan lelaki yang aku terjumpa di Kedai Buku tempoh hari,kenapa aku boleh jumpa dia lagi dekat tempat kerja aku ni ??. ", Cinta termenung lagi
" Adoi,aku lupa pulak,ini kan Kedai Haiwan, mesti la orang datang,haha apa la aku ni,tapi masalahnya kenapa otak aku ni tak nak berhenti asyik dok fikir-fikir jugak, siapakah sebenarnya gerangan jejaka kacak tadi eh??, eh kacak ke?? haha Cinta rasa kelakar pun ada. Dia yang fikir dia pulak ketawa sorang-sorang. Cinta sudah-sudah ni time kerja,kan tak pasal-pasal pula kau kena dengan bos jap lagi. Yang siapa " jejaka misteri " tadi tu, nanti-nanti lah aku sambung ingat balik . Tu pun kalau otak aku ni ingat la siapa. ", kata Cinta lagi.
" Ibu dok buat apa tu ??, kemain dok ralit Cinta tengok. ", tegur Cinta kepada Ibu nya. " Tak nampak ke ibu dok jemur baju ??, kan Ibu dok tanam pokok bunga ni, Cinta ni pun. ", jawab Ibunya. " Halah,ibu ni dengan Cinta pun nak marah-marah.",balas Cinta lagi. Haihh, Cinta ni kalau tak menyakat Ibu dia tak boleh. Bukan ibu je,tapi Cinta suka menyakat semua orang.
" Wahai hati yang setia,aku ni bukannya tak nak terima mana-mana peneman hati,tapi kau pun tahu kan hati,yang aku ni ada Philophobia. Haaa, sebab tu la,aku susah sikit nak dapat peneman hati ni,tapi bila berkait dengan hati ni,ia bukan benda yang mudah bukan ambil masa sehari dua nak sembuh kan ??, sabarlah duhai hatiku, terima kasih hati engkau selalu setia dan memahami diriku ini......
" Hanya diri sendiri je yang memahami, bukannya orang lain memahami diri kita kan ??. ", Cinta bercakap seorang diri...... Bila mana,hati tengah sembuh sendiri memang akan ambil sedikit masa. Tapi, siapa je yang tak nak pasangan hidup kan ??. Suara hati Cinta berkata sendiri......
Hari ini, macam biasalah hari cuti, tak kerja Cinta pergi lepak di pantai, kalau tak lepak pantai bukan Cinta la namanya kan.....
Sambil tengah ralit dok santai-santai ambil angin pantai tiba-tiba..... Cinta teringat sesuatu......
Ya Allah !! , Si Harraz Faiq ! dia la yang aku tak sengaja terserempak hari tu, dekat tempat kerja aku pun aku boleh jumpa dengan si dia tu. Allahuakbar !, kecilnya dunia. Ketika tak nak ingat , dan kalau boleh, tak nak berjumpa dah dengan “ Si Mamat” tu. Akui Cinta.
Masa dok dekat pantai ni lah dia boleh pulak nak ingat siapakah gerangan mamat tu ya??. Harraz Faiq adalah crush Cinta pada zaman study nya pada suatu ketika dahulu. Dah namanya pun crush,tak semestinya kita dapat miliki hati si dia kan.
Sebenarnya, ex crush Cinta itu sudah berpunya, ketika Cinta sudah tahu hal itu, memang frust menonggeng la kan, siapa yang tak frust bila orang yang kita suka itu sudah berpunya,dan dari situ la Cinta cuba belajar untuk melepaskan segala nya dan cuba untuk melupakan segala tentang crush nya itu.
“ Kumbang bukan seekor dan Bunga pun bukannya Sekuntum ” , bak kata hatinya dan dalam erti kata lainnya hanya untuk menutup segala luka di hatinya itu. Tetapi, bila Cinta sudah berjaya ingin melupakan semua tentang itu semua.... Dengan secara tidak sengaja si crush Cinta muncul kembali di hadapan nya. Aduhai,luka lama berdarah kembali......
Agak-agak dia tu apa cerita ya?,dah nikah ke ? kalau sudah nikah anak dia berapa orang ?? , eh Cinta ni, sempat lagi fikir pasal ex crush dia,dalam otak dah tak nak ambil tahu dan ambil kisah,tapi hati masih lagi nak tahu pasal ex crush nya itu. Akui hati Cinta.
Harraz Faiq, seorang yang tinggi, berkulit cerah,baik hati. Tapi nama pun “Crush”, tak semestinya dapat memilikinya, lagi pedih bila satu pihak je yang suka tapi pihak lagi satu tak suka tiada guna juga. Sama juga,bila tepuk sebelah tangan ia tak akan berbunyi melainkan jika di tepuk ke dua belah tangan,baru lah ia berbunyi...
Mungkin, di sebabkan hal itu jua lah Cinta menjadi Philophobia,yang susah untuk membuka hati,hanya orang yang pernah alami mahupun yang merasai sahaja yang tahu bagaimana perasaan tersebut. Sabar lah duhai hati.... , InshaAllah akan ada peneman hati suatu hari nanti, serahkan semuanya kepada Allah. Kata hati Cinta lagi.... Allah yang Maha Mengetahui segalanya dan sebaik- baik perancang. InshaAllah......
Haiii..... Assalamualaikum semua pembaca, sebelum tu saya ucapkan berbanyak terima kasih sudi baca novel cerita saya ni..... Alhamdulillah..... sudah sampai ke bab 13 dah..... macam mna?? seronok ke korang baca cerita ni,kalau sudi komen la sikit dan donate tanda korang suka dan support saya... Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan korang semua di tambah kan dengan rezeki yang melimpah ruah..... InshaAllah aamiinn... :)
Share this novel