“ Puteri Nur Cinta !! ” ........ ishhh kau ni kan tak habis - habis dengan makan coklat je kan kerja kau ni .... itu je yang kau tahu macam mana lah badan kau nak turun berat badan kalau hari - hari kau macam ni.....! , aku tengok kau ni pun dah macam rupa coklat kau tahu tak?? ... Bebel bising Mak Cik Kiah bila tengok satu - satunya anak perempuannya tengah makan coklat.
“Ibu ni terkejut Cinta selalu buat orang terkejut tau tak ?”, Cinta mengomel seorang diri bila di jerkah macam tu .... Mak Cik Kiah buat endah tak endah saja bila anak perempuannya bercakap macam tu.
Cinta bertanya kepada ibunya kot - kot apa yang ibunya mahu minta tolong apa - apa kepada anak perempuannya itu. “Ibu ada nak Cinta tolong apa - apa ke ? ", Cinta bertanya kepada ibunya....
"Haaa baru kau nak tanya tadi sibuk dengan makan coklat je mana nak perasan Ibu lalu depan kau ke Ibu nak minta tolong ke apa ke kan ?? ......" , sambung Ibunya yang masih membebel bila anaknya si Cinta mula bertanya kepadanya.
Setelah marah Ibunya kian mereda sedikit Ibunya menyuruh anaknya Si Cinta menghantar kuih ke rumah jiran yang tidak jauh dengan rumahnya.
" Cinta kau tolong Ibu pergi hantarkan kuih tepung pelita ni dekat rumah Mak Cik Salmah ya”, suruh Ibunya......
“Baik Ibu", turut Cinta yang di suruh Ibunya untuk menghantar kuih tersebut.
Begitu lah hari Mak Cik Kiah berlalu.......
“ Eeeiii comelnya awak ni,kenapa awak boleh ada dekat sini Cik Meow ? ”, soalan Si Cinta apabila dia terjumpa dengan seekor kucing jalanan yang tengah kelaparan di pinggir jalan. Tambahan pula, Si Cinta ni pencinta kucing dan pantang kalau dia berjumpa dengan kucing di mana - mana mahupun di pinggir jalan sekali pun pasti dia akan bercakap dengan kucing itu. Kalau orang tak paham mesti anggap Si Cinta ini seorang yang tak betul,hanya orang pencinta kucing je tahu macam mana perasaan itu...
Hurmm dengar pun macam pelik je kan jika kita mendengarnya tapi itu tidak pelik bagi Cinta kerana,dia gemar dan sangat sayangkan dengan haiwan tambah - tambah lagi haiwan itu yang bernama “Kucing ”. Selain itu juga, haiwan yang bernama Kucing juga adalah haiwan kesayangan Nabi kita iaitu, Nabi Muhammad S.A.W bagi yang beragama Islam.
Seterusnya,tak ada salahnya jika kita berbuat baik kepada haiwan kerana dengan haiwan pun kita boleh buat dia sebagai kawan atau teman kita........ Malahan,jika kita walaupun kadang - kadang kita tidak faham dengan bahasa mereka.
Usai memberi meow tadi makan Cinta sambung langkah jalanraya untuk masuk bekerja semula, kerana waktu rehatnya hampir tamat.
Hari ini, Si Cinta saja je rasa nak tukar angin makan lunch dekat kedai makan pulak. Tukar selera la pulak kan orang cakap. Kadang - kadang mood kita pun nak kena tukar jugak, bukannya baju je nak kena tukar ya.
Sementara tengah tidak ada pelanggan datang membeli di kedai tu. Apalagi ada la mangsa yang kena sakatnya. Siapa lagi kalau bukan Maya,macam itu lah kalau Si Cinta tidak sibuk di kedai ada je idea dia nak mengusik Maya yang tengah sibuk siapkan kerja.
“ Maya, kalau kau tengah tak buat apa - apa atau kau bosan dekat rumah kan,apa hobi kau suka buat eh ??”, tanya Cinta kepada Maya. “ Ishhh kau ni Cinta,kau tak boleh kan biarkan aku buat kerja aku dengan tenang sikit.", balas Maya kepada Cinta. Tetapi Cinta tetap buat muka tak bersalah nya kepada Maya.
" Alahhh kau ni asyik nak marah je kerja, tak ada orang nak dekat kau haaa baru kau tau", balas Cinta lagi . “ Kau ni kan Cinta nasib la aku tengah sibuk sekarang ni, kalau tak tahu lah nasib kau Cinta ",jawab Maya lagi.
Maya tinggal kan Cinta dengan jawapan tidak berjawab. Tidak lama kemudian,ada pelanggan yang masuk untuk membeli barang kucing.
" Assalamualaikum,ni kedai untuk barangan haiwan kan ?, saya nak cari syampoo untuk hilangkan kutu kucing ada ke? ", tanya pelanggan tadi kepada Cinta. "Waalaikumussalam,iya betul tu cik,cari syampoo kucing ya?? ,ada di sebelahnya sini,mari saya tunjukkan", jawab Cinta kepada pelanggan yang baru masuk ke kedai tadi.
Pelanggan tadi mengangguk dan mengikut Cinta dari belakang. “ Bulu kucing cik jenis yang panjang ke atau yang jenis macam mana tu", tanya Cinta lagi kepada pelanggan tersebut.
"Bulu kucing saya jenis pendek cik", jawab pelanggan itu lagi. “ Owh, kalau macam tu,saya sarankan cik ambil yang ni,dia tak pedih kan kulit kita atau kulit kucing kita", terang Cinta lagi.
"Owh,okey boleh la saya ambil yang tu",balas pelanggan itu lagi",. " Okey,cik ada nak tambah apa-apa lagi ke selain syampoo kucing ni? ", tanya Cinta lagi kepada pelanggan tu. "Rasanya dah tak ada itu dulu la saya beli,kalau okey dengan kucing saya, inshaAllah saya datang kedai ni lagi beli barang. ", jawabnya dengan tersenyum kepada Cinta. "Baik boleh cik,cik ikut saya untuk pembayaran di kaunter ye", kata Cinta kepada pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut mengikut saja apa yang di suruh Cinta.
“Cinta! ", " Cinta ! ", "oh Cinta!", Cinta tidak menyahut panggilan kawan sekerjanya, iaitu Maya. Berkali - kali Maya memanggil rakan sekerjanya tapi tidak berjawab."Eh dia boleh termenung pulak orang dok panggil banyak kali bukannya nak dengar dia ni”, bebel Si Maya.
Si Maya tidak puas hati lagi panggilan nya tidak berjawab,dia cuba lagi memanggil Si Cinta untuk entah yang ke berapa kalinya......
Jauh betul termenung Si Cinta ni ,itu lagi satu perangai Cinta yang suka mengelamun ini kalau bawa kereta atau motosikal boleh mendatangkan Marabahaya. Selain daripada suka akan Coklat,dia juga suka termenung.
"Cinta!” , “Cinta!” panggil Maya lagi. “Eh kau ni kenapa Maya buat aku terkejut je, bukannya nak bagi salam ke apa ke”, kalau macam ni hari - hari boleh sakit jantung aku tahu tak ? ”, . Marah Cinta kepada Maya rakan sekerjanya itu.
Maya tidak puas hati,“ cakap aku tak bagi salam ? ”, tanya Maya kepada Cinta.....
“aku sampai tak ada suara ok dok panggil kau dari tadi,kau je tak dengar . Asyik mengelamun je mana nak dengar aku panggil. ”, terang Maya lagi.
Cinta malas nak layan Si Maya ni dengan endah tak endah dia tanya kepada Maya.
“Haaa ada apa ni kau panggil aku ? ”,tanya Cinta... “Kacau je orang dok mengelamun ”, kata hati Si Cinta.
“Ni haaa aku nak tanya kau, kau dah check ke stok barang - barang kucing yang mana ada dan yang mana dah nak habis stok ?, kalau ada yang dah nak habis bagitahulah awal - awal aku boleh masuk dalam senarai order, kan bising pulak bos dengan pelanggan stok barang yang diaorang cari tak ada”, bagitahu Maya kepada Cinta.
“Owh pasal tu ke?, aku ingatkan apa la tadi,kau ni pun. Aku dah check nanti aku check balik aku bagitahu kau ya ”, jawab Cinta kepada Maya.
Sesuai dengan Cinta yang suka akan haiwan itu,dia pun dapat kerja di kedai barangan haiwan....
“Eh Cinta,kau tengah buat apa tu ?”, tanya Ibunya kepada anak perempuannya itu. “Oh Ibu,tak ada la hujan - hujan macam ni tekak rasa macam nak makan kuih Cek Mek pulak,makan panas - panas sedap ni dengan hujan lagi ni”, jawab Cinta kepada Ibunya itu.
“ Rajin pulak kau ye buat kuih, selalunya kau bukan main main malas lagi kalau nak buat kuih”, kata Ibunya lagi kepada Cinta.
“Alaaa Ibu ni, hari ni kan hari cuti, Cinta pun tak kerja hari ni,apa salahnya kan Cinta buat kuih ni ,boleh kita makan sekali kan nanti bila dah masak....", jawab Cinta lagi kepada Ibunya itu.
“Haaa elok jugak tu”, jawab Ibunya kepada puterinya itu.....”, “ Ibu pergi la rehat dulu bila dah siap buat kuih ni Cinta panggil Ibu ya kita makan sama - sama ”, kata anaknya lagi sambil tersenyum kepada Ibunya itu. “ Iya lah Ibu pergi rehat sekejap ya ”, jawab Ibunya........
Jika sekali - sekala kita luangkan sedikit masa untuk orang yang tersayang apa salahnya kan , ketika orang tua kita masih ada lagi ini lah kita simpan memori yang indah untuk di jadikan sebagai ubat rindu bila ia telah tiada di dunia nanti...... Justeru itu, berbagai cara untuk kita bahagiakan orang tua kita termasuk lah kita buat mereka tertawa atau hiburkan hari mereka sehari - hari tu pun di kira sebagai bahagiakan mereka juga.
Di samping itu juga, tidak ada salahnya,jika kita hargai mereka,tanpa mereka tiadalah kita dunia ini kann. Jadi, sementara masih diberi peluang untuk bersama dengan mereka, bahagiakan lah mereka.
Tambahan pula, ketika kita baru lahir ke dunia, mereka juga lah yang banyak berkorban untuk kita,tidak kira lah berkorban dari segi masa,wang atau pun sebagai nya semata-mata untuk lihat hidup anaknya lebih baik.
Mereka tidak pernah mengeluh sekali pun untuk menjaga dan membesarkan anak mereka. Malah, mereka menjaga kita dengan kasih sayang.
Jadi, bila mana usia mereka semakin menua, jaga dan hargailah mereka agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari nya. Justeru itu juga, ada juga segelintir yang ambil mudah dan tidak mengambil berat akan mereka sehingga kan ada yang mengabaikan mereka,dan yang lebih berat meninggal kan mereka di rumah - rumah orang tu.
Seterusnya, kita sebagai anak tegakah melihat orang tua kita,yang jaga dan belai kita dari kecil sehingga ke dewasa berada di tempat sebegitu?? ,jadi anak hargailah dan sayangi lah mereka.
Oleh itu, banyak kan berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. Allahuakbar, takut sangat bila kita fikirkan perkara tersebut.
Di samping itu juga,lagi sedih yang tak sempat membesar dan merasai kasih sayang orang tua, tak semua orang dapat merasakan itu semua,jadi kita banyakkan bersyukur apa yang kita punya walaupun tidak banyak atau tidak semewah orang lain.
BAB 1 “ Puteri Nur Cinta !! ” ........ ishhh kau ni kan tak habis - habis dengan makan coklat je kan kerja kau ni .... itu je yang kau tahu macam mana lah badan kau nak turun berat badan kalau hari - hari kau macam ni.....! , aku tengok kau ni pun dah macam rupa coklat kau tahu tak?? ... Bebel bising Mak Cik Kiah bila tengok satu - satunya anak perempuannya tengah makan coklat. “Ibu ni terkejut Cinta selalu buat orang terkejut tau tak ?”, Cinta mengomel seorang diri bila di jerkah macam tu .... Mak Cik Kiah buat endah tak endah saja bila anak perempuannya bercakap macam tu. Cinta bertanya kepada ibunya kot - kot apa yang ibunya mahu minta tolong apa - apa kepada anak perempuannya itu. “Ibu ada nak Cinta tolong apa - apa ke ? ", Cinta bertanya kepada ibunya....
Share this novel