BAB 18

Drama Series 4060

" Lepas ni Ibu nak pergi jalan-jalan pusing shopping mall ke atau Ibu nak pergi main bowling ?? ,Ibu pun dah lama kan tak main bowling.", ucap Cinta. " Bowling eh ?? ,boleh jugak tu,kita pusing-pusing shopping mall lepas tu kita pergi main bowling.", jawab Ibunya.

" Bestnya dapat shopping coklat hehe lama tak shopping coklat banyak -macam ni.", jawab Cinta. " Itu jelah yang dia tahu shopping coklat,orang datang shopping beli handbag ke ,baju ke dia shopping coklat,haih Cinta Cinta.", omel Ibunya.

" Halah Ibu ni,bukan selalu pun kan Cinta borong coklat banyak-banyak macam ni. Coklat kan terapi hari-hari Cinta haaa gituu... ", balas Cinta. " Banyak la kau terapi. Terapi tak ada makan banyak-banyak,kalau terapi ni satu dua pun dah cukup tau, silap-silap haribulan terapi ke mana kau ke hospital,nak ke masuk hospital ? .", Ibunya berkata lagi.

" Apalah Ibu ni doa yang bukan -bukan pulak dekat anak, orang doa la yang baik-baik,ini tak ke situ pulak dia fikir nya.", jawab Cinta dan Ibunya buat tak tahu dengan Cinta.
Sambil-sambil dua beranak tengah ralit dok pusing-pusing shopping mall tu secara tidak sengaja......
" Eh Ya Allah, Raudah kau dari mana ni ? lama tak jumpa kau. Kau apa khabar ? sihat?. ", tegur Ibunya kepada seorang wanita yang secara tak sengaja yang baru mereka terjumpa di shopping mall itu.

" Laa ni Rokiah ke?.", tegur wanita tersebut. " Iya betul lah tu,tak sangka ya jumpa kau dekat shopping mall ni,haa aku nak kenalkan ni anak aku Puteri Nur Cinta .", jawab Ibu. Ibu kenalkan aku dengan kawan lamanya itu dan aku terus bersalam dengannya.
"Wah! dah besar panjang dah anak kau ya,cantik dah dia sekarang", balas kawan Ibu lagi. "Alhamdulillah,eh kau datang sorang je ke Raudah ?", tanya Ibu lagi. " Aah iya,aku sorang je,anak aku sibuk kerja,jadi aku datang sorang je shopping mall ni,tapi aku tak kisah pun kalau datang sorang.", jawab Mak Cik Raudah lagi.
" Eh,Raudah kau free tak sekarang ni?,kalau free boleh kita pergi minum dulu ke,boleh sembang-sembang lama sikit kan.", tanya Ibu lagi. " Adoi,Ibu ni ajak pergi minum pulak,habis tergendala plan aku nak ajak Ibu main bowling.", Cinta berkata dalam hati. Kesian dekat Cinta,tak dapat nak " Me Time" dengan Ibunya, tengok-tengok eh kebetulan pulak boleh terjumpa kawan lama Ibunya itu. Mungkin rezeki lain kali ya Cinta nak spend time lebih sikit dengan Ibu.
Bila para " Mak- mak" berjumpa tak payah cakap lah berapa lama bersembang kan, tambah -tambah lagi bila sudah lama tak berjumpa jadi boleh bayangkan berapa lama masing-masing bersembang dan macam-macam topik yang disembangkannya itu, termasuk lah topik panas yang paling aku tak suka iaitu pasal topik " JODOH", adoi,ni yang aku tak boleh nak tahan ni,nak lari pun tak boleh dah.",kata Cinta dalam hati lagi. Aku apa lagi,aku banyak senyum je lah dekat kawan Ibu,nak join diaorang berdua pun ,aku tak tahu topik apa yang nak di bualkan. Kalau nak menyampuk pun rasanya tak elok kan,jadi aku diam je lah, layan perasaan sorang-sorang kan,boleh pulak macam tu Cinta eh?.

Setelah sekian lama mereka berdua bersembang.......
" Raudah,lepas ni kau balik,siapa yang datang ambik kau?, ke kau drive sorang ?. ", tanya Ibu. " Owh,tak ada lah nanti anak lelaki aku datang jemput,dia datang jemput alang-alang dia lepas balik kerja kan. ", jawab Mak Cik Raudah lagi.
" Owh,macam tu ke ?, eh baru teringat pulak,kau masih guna nombor telefon lama lagi ke atau dah tukar guna nombor telefon yang baru ?, yela,kita dua kan dah lama tak contact antara satu sama lain kan,dah alang-alang kita berjumpa dekat sini,boleh kita tukar - tukar nombor telefon,mana tahu kot- kot lepas ni kita boleh jumpa lagi kan ?." tanya Ibu lagi kepada Mak Cik Raudah.

" Tak ada lah,tak tukar nombor pun,aku masih guna nombor lama lagi,cuma kita je dah lama tak contact kan ?. ", jawab Mak Cik Raudah lagi. " Okey la,tak apa lah kalau macam tu, nombor lama kau,aku rasa aku masih simpan lagi dalam telefon aku tu. " balas Ibu kepada kawan lama nya itu.

" Haaa,dah sampai pun driver aku,ni lah anak lelaki aku,kenalkan Harraz Faiq." jawab Mak Cik Raudah. " Apa ?? Harraz Faiq ?? telinga aku tak salah dengar ke ni? ", kata hati Cinta lagi. Cinta yang tengah khusyuk minum air itu terkejut dan sedikit tersedak,nasib baik la dapat control lagi.", jawab hati Cinta lagi dan Cinta mendongak melihat di depannya itu, memang betul itu orang yang sama yang dia tak sengaja berjumpa sebelum ni dan sekarang dia berjumpa dia tuan punya badan dan pakej jumpa dengan Emaknya sekali, kecik nya la dunia. Dalam banyak -banyak tempat, dekat sini jugak ya aku boleh terjumpa dengan dia lagi. ", jawab hati Cinta lagi.

Hari ini hari yang tak di duga oleh Cinta dan hari di mana ada kejutan yang tidak di sangka-sangka oleh hati Cinta. Itulah yang dikatakan kuasa Allah, semua di atas kehendak Nya,tanpa kita tahu dan apa yang kita duga dan apa yang akan terjadi untuk hari -hari yang akan mendatang, kerana kita hanya manusia biasa. Manakala,Dia jua lah yang Maha Mengetahui segalanya dan sebaik-baik perancang.
. " Ya Allah,kenapa aku nak kena jumpa mamat tu dekat shopping mall, jumpa dengan mak dia lagi tu,eh dia boleh buat muka selamba dia tu,dia tak ingat aku ke?,ke dia buat-buat tak kenal aku?,tak kan dia dah lupa aku kot ? ,dah jumpa banyak kali kot,tak kan lah tu pun masih tak boleh nak ingat aku lagi . ", Marah Cinta dalam hati,dan sejak pertemuan itu jugak lah hari-hari dan hidup Cinta tak aman......... Mana taknya,orang yang dah lama kita buang ingatan,dan kita buang semua pasal dia,dan tiba-tiba dia boleh muncul balik dalam hidup kita kan ??.......

ASSALAMUALAIKUM pembaca setia semua.... terima kasih setia membaca cerita ini,semoga korang semua terhibur la ya,korang nak komen korang blh komen ya, terima kasih sekali lagi buat korang semua..... Doakan saya ye dapat habis cerita ni,saya doakan supaya anda Semua sihat² selalu dan dipermudahkan rezeki ye aamiin InshaAllah...... :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience