Seterusnya, pada keesokkan harinya, selepas solat Zohor seperti yang sudah di janjikan oleh kedua kawan itu untuk berjumpa. Usai solat Zohor , Cinta tengah bersiap -siap untuk ke rumah Maya si kawan sekerjanya itu.
" Assalamualaikum Maya,aku dah sampai ni. Kau dah siap ke ?", Cinta memberi salam kepada Maya setibanya di rumah Maya tersebut.
"Iya waalaikumussalam haaa aku dah siap dah, sekejap ya aku nak bagitahu emak aku dulu, tunggu sekejap ya", jawab Maya. "Hurmm ", balas Cinta pendek.
Dalam perjalanan masing-masing senyap dan fikir-fikir topik apa yang nak dibualkan. Dalam masing-masing tengah melayan perasaan tu,Maya yang dahulu bertanyakan soalan kepada Cinta yang tengah khusyuk memandu di sebelah kanan dia itu.
" Cinta , kita nak pergi jalan-jalan ke mana hari ni ? ", tanya Maya kepada Cinta. " Sebenarnya,aku pun tak tahu nak pergi ke mana,kau ada idea tak ?, ke kau ada nak pergi jalan mana-mana ke ?, boleh kita pergi sama-sama. ", balas Cinta kepada Maya.
Maya buat muka tak puas hati,dia sangkakan Si Cinta itu sudah ada tempat yang nak ditujunya tapi bila di tanya rupa-rupanya belum tahu lagi ke mana sebenarnya nak yang di tuju.
"Eh eh kau ni kan kemain beriya tanya ajak aku nak keluar,tapi last-last kau sendiri pun tak tahu nak pergi mana?", bebel Maya kepada Cinta.
Dah selagi namanya makhluk yang bernama " WANITA" memang dah tak boleh lari dah kan dengan masalah yang bernama "COMPLICATED" , dengar macam biasa je kan? ,tapi hakikatnya tak mudah. Bukan mudah sebenarnya bila bergelar seorang wanita macam-macam kau nak kena fikir nak kena hadap. Contohnya,bila nak keluar makan ,nak kena fikir nak makan dekat mana?, tu tak kena fikir lagi tu nak pakai baju warna apa lagi dan macam-macam lagi dan sama jugak dengan masalah dua dua kawan ni Cinta dengan Si Maya masalah yang tak tahu nak pergi mana.
" Halahh kau ni pun,tu pun nak marah.Tak baik tahu marah-marah nanti cepat tua,tak ada siapa yang nak dekat kau baru kau tahu", balas Cinta lagi kepada Maya.
" Iya lah kau pun satu ajak aku keluar tapi tak tahu nak pergi jalan-jalan ke mana", omel Maya lagi. " Okey-okey sudah - sudah la tu marah, dah tak cantik tahu tak muka kau marah-marah macam tu", pujuk Cinta lagi kepada Maya.
" Hurmm apa kata kita pergi jalan-jalan ambil angin dekat pantai, lepas pergi pantai sebelum balik kita pergi makan,amacam okey tak idea aku ni ?", jawab Cinta lagi.
" Pergi pantai eh ?? , macam best je bunyi, aku pun dah lama tak pergi pantai, okey boleh la. Boleh tahan jugak eh idea kau ni", respon Maya lagi.
" Amboi ,kau bila dengar nak pergi pantai terus hilang marah kau eh,haha lawak la kau ni", seloroh Cinta kepada Si Maya yang berada di sebelah kiri nya itu. Maya hanya diam dan tidak bagi apa-apa respon kepada kawannya yang berada di sebelah kanannya itu.
Akhirnya sampai juga ke tempat yang hendak di tuju oleh dua sekawan itu di pantai dalam masa bergaduh pilih tempat ke mana hendak pergi , ke sudah pantai juga tempat yang hendak di tuju nya.
" Wahh sekali - sekala seronok jugak kan bila kena dengan angin pantai yang macam ni, lama dah tak kena angin pantai macam ni", ucap Maya bila sampai pantai. " Kan sama la dengan aku pun lama tak datang pantai dan rasa angin pantai macam ni", jawab Cinta lagi kepada Maya.
" Haaa itu lah yang kau tak tahu kan, kau mesti kalau hari cuti mesti kau selalu pergi shopping mall kan? ", Cinta membuat andaian kepada Maya. " Kalau kau nak tahu datang ke pantai pun boleh tenangkan hati dengan minda jugak ,tahu ?, selain itu juga, kita boleh dekatkan lagi diri kita dengan alam semulajadi haaa gituuu. Kan tak pasal-pasal aku dah jadi cikgu subjek Geografi cakap pasal semua ni dengan kau Maya. ", ucap Cinta kepada Maya.
" Hahaha kadang-kadang kau pun lawak jugak eh", kata Maya kepada Cinta. " Eh mestilah kau je yang tak tahu, yang kawan sekerja kau ni sebenarnya seorang yang kelakar,tahu ? ", jawab Cinta lagi kepada Si Maya.
" Cinta,dah lama dah ni kita dok layan perasaan dekat pantai ,tadi kau ada cakap sebelum balik kita nak pergi makan dulu kan?", tanya Maya kepada Cinta. " Aah iyelah aku lupa pulak nak pergi makan dulu sebelum balik kan?, biasa lah bila dok layan perasaan sambil kena angin pantai macam ni lah aku hahaha, okey jom lah nanti lambat pula kita nak balik nanti", jawab Cinta kepada Maya.
Begitulah, bila kita dekat dengan Ciptaan Allah dan cuba untuk mensyukuri selalu apa yang telah diberikan kepada kita, InshaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah.Aamiin.
Selain itu juga,bila kita cuba untuk memudahkan atau untuk membantu, InshaAllah, Allah akan membantu dan mempermudah kan segala urusan kita. InshaAllah........... harap-harap begitulah hendaknya.......
BAB 6 Seterusnya, pada keesokkan harinya, selepas solat Zohor seperti yang sudah di janjikan oleh kedua kawan itu untuk berjumpa. Usai solat Zohor , Cinta tengah bersiap -siap untuk ke rumah Maya si kawan sekerjanya itu. " Assalamualaikum Maya,aku dah sampai ni. Kau dah siap ke ?", Cinta memberi salam kepada Maya setibanya di rumah Maya tersebut. "Iya waalaikumussalam haaa aku dah siap dah, sekejap ya aku nak bagitahu emak aku dulu, tunggu sekejap ya", jawab Maya. "Hurmm ", balas Cinta pendek. Dalam perjalanan masing-masing senyap dan fikir-fikir topik apa yang nak dibualkan. Dalam masing-masing tengah melayan perasaan tu,Maya yang dahulu bertanyakan soalan kepada Cinta yang tengah khusyuk memandu di sebelah kanan dia itu. " Cinta , kita nak pergi jalan-jalan ke mana hari ni ? ", tanya Maya kepada Cinta. " Sebenarnya,aku pun tak tahu nak pergi ke mana,kau ada idea tak ?, ke kau ada na
Share this novel