Hari ini,Cinta bekerja tanpa ada Maya, kerana Maya masih bercuti selepas Maya nikah. " Bosan la pulak kerja hari ni tak ada Maya, selalu nya ada Maya boleh jugak aku menyakat dia,tak ada la hari-hari kerja aku bosan macam ni,ishh baru sehari kerja Maya cuti,kalau hari-hari tak tahu la.", Omel hati Cinta sorang -sorang sambil tengah tengok-tengok stok barangan haiwan.
" Itulah,bila orang tu ada kerja sekali tahu nak mengusik je kerja nya,bila orang tu dah tak ada tahu pulak rindu tahu pulak bosan kan.", kutuk hati Cinta lagi.
Hari ni, seperti biasa customer datang mencari makanan dan aksesori haiwan dan Cinta yang bagi penerangan mengenai nya. Tetapi, pada hari yang sama jugak la ramai yang datang bertanyakan mengenai perihal makanan dan perihal aksesori haiwan tersebut,tak menang tangan Cinta di buatnya.
" Ya Allah,boleh tahan ramai jugak hari ni yang datang membeli, Alhamdulillah rezeki hari ni.", ucap Cinta dalam hati. Seperti biasa habis waktu bekerja Cinta pulang ke rumah.
Selepas Isyak,Cinta ke ruang tamu dan macam biasa la dengan air coklat nya di tangan, Cinta dengan air coklat berpisah tiada,itu lah Cinta.
Sambil-sambil Cinta tengah ralit dok tengok tv di ruang tamu, Ibu nya datang menyapa. " Hari ni ramai orang ke dekat kedai tu, Cinta? ", tanya Ibunya. " Ramai orang ibu,tak menang tangan Cinta dibuat nya, Alhamdulillah lah ibu, rezeki hari ni,tu yang penat sikit hari ni Ibu ", jawab Cinta. " Halahh kesian nya anak Ibu penat ya,tak apa penat bekerja tu biasa la tu. Cinta Ibu nak tanya boleh ?? ", respon Ibunya lagi.
" Haaa boleh,Ibu nak tanya apa tu ?,tapi kan dari segi gaya Ibu ni kan,Cinta macam tahu je apa yang Ibu nak tanya kan tu... ", jawab Cinta sambil buat muka serius.
Ibunya buat-buat muka tak bersalah dan tersengih-sengih kepada Cinta. " Halah,tak payahlah nak buat muka serius sangat,amboii..... kemain ya,Cinta dah tahu ya apa soalan Ibu?", balas Ibunya lagi.
" Ibu nak tanya bila Cinta nak nikah kan??,betul tak ?, yela Maya pun dah nikah, mesti Ibu nak tanya pasal ni kan?, macam la Cinta tak tahu kan kan Ibu ?", tanya Cinta lagi. " Haaaaa,tahu pun kau ya,kalau Cinta dah tahu tak ada lah Ibu tanyakan lagi dekat Cinta.",balas Ibunya.
" Halahhh Ibu,asyik tanya soalan ni je?, tak ada soalan lain ke Ibu ?, Ibu tak penat ke asyik tanya kan soalan yang sama je dekat Cinta ni ? ", tanya Cinta lagi dengan muka tak puas hati. " Habis kau nak Ibu tanya kau soalan apa lagi?, tanya pasal anak kau??? ,tanya pasal anak kau pun tak nikah lagi. ", jawab Ibunya yang tak nak kalah dengan Cinta.
" Ibu ni kenapa,macam tak suka je Cinta duduk dengan Ibu, balik-balik Ibu tanya Cinta soalan ni dekat Cinta. Ibu,biarlah dulu pasal tu,kalau ada jodoh Cinta nanti ada lah, Cinta tak puas lagi nak bermanja,nak jaga Ibu. Esok-esok nanti bila Cinta dah nikah,siapa yang nak jaga nak tengok-tengok kan Ibu ?.", luah Cinta dengan rasa sebak tiba-tiba.
" Cinta, Ibu minta maaf ya,Ibu bukannya nak buat Cinta tertekan,bukan apa Ibu cuma bosan,Ibu pun nak merasa ada cucu sendiri, sebelum Ibu tutup mata, nanti kempunan pula tak dapat merasa ada cucu sendiri,asyik tengok anak cucu orang lain je. ", luah Ibunya lagi.
" Haaa, tengok tu, nak mula la tu drama sedih Ibu tu,Ibu jangan la buat Cinta macam ni, Cinta bukannya apa Ibu,jodoh Cinta tak sampai lagi nanti ada lah tu,ya Ibu? , Ibu banyakkan doa yang baik-baik tau dekat Cinta.", balas Cinta sambil memeluk Ibunya. Ibunya membalas pelukan Cinta sambil tersenyum kepadanya.......
" Ibu sabar ya, InshaAllah nanti adalah tu jodoh Cinta,cuma cepat dengan lambat je, Cinta tak puas lagi nak duduk dan jaga Ibu,mana taknya nanti bila dah nikah tak dapat dah nak bermanja,nak jaga Ibu, Cinta nak kena ikut duduk dengan suami dah.Sebenarnya kalau Ibu nak tahu Cinta risau kan ibu, kalau Cinta nikah tak ada yang nak tengok-tengok kan Ibu....", kata hati Cinta.
Di samping itu,pagi itu Cinta pergi kerja dengan tak semangat,dan dengan tak ada mood.....
"Mana nak ada mood nya, kalau asyik kena tanya soalan yang sama je.", jawab hati Cinta lagi
" Aku pun tak tahu la, kenapa dengan Ibu aku ni, sebelum ni tak ada lah macam ni sangat. mungkin salah satunya disebabkan oleh faktor umur ?,siapa tahu kan ?, tambah-tambah lagi kebanyakan kawan-kawannya sudah ada cucu dan dia pun mungkin nak merasakan perasaan yang sama. Nak rasa ada cucu sendiri,dan dukung cucu sendiri kan,hurmmm sedih pula tiba-tiba bila fikir balik semua ni, Ibu Cinta pun nak minta maaf juga sebab tak dapat lagi nak tunaikan impian Ibu.... Impian Ibu yang nakkan cucu sendiri. ", luah kata hati Cinta lagi dan tanpa Cinta sedar air mata nya tumpah dengan tidak sengaja.....
" Dan dengan itu,eh kenapa dengan aku sekali yang emo pula ni, sebelum ni bukan ke aku ni hati batu bila cakap pasal topik ni dan kenapa pula sekarang aku cepat tersentuh,haishhhh hati ni pun satu lah haihhh.", kutuk hati Cinta.....
BAB 16 Hari ini,Cinta bekerja tanpa ada Maya, kerana Maya masih bercuti selepas Maya nikah. " Bosan la pulak kerja hari ni tak ada Maya, selalu nya ada Maya boleh jugak aku menyakat dia,tak ada la hari-hari kerja aku bosan macam ni,ishh baru sehari kerja Maya cuti,kalau hari-hari tak tahu la.", Omel hati Cinta sorang -sorang sambil tengah tengok-tengok stok barangan haiwan. " Itulah,bila orang tu ada kerja sekali tahu nak mengusik je kerja nya,bila orang tu dah tak ada tahu pulak rindu tahu pulak bosan kan.", kutuk hati Cinta lagi. Hari ni, seperti biasa customer datang mencari makanan dan aksesori haiwan dan Cinta yang bagi penerangan mengenai nya. Tetapi, pada hari yang sama jugak la ramai yang datang bertanyakan mengenai perihal makanan dan perihal aksesori haiwan tersebut,tak menang tangan Cinta di buatnya. " Ya Allah,boleh tahan ramai jugak hari ni yang datang membeli, Alhamdulillah rezeki hari ni.", ucap Cinta dalam hati. Seperti biasa habis waktu bekerja Cinta pulang ke rumah.
Share this novel