“Amboi, jauh termenung nampak tu, teringat dekat bakal suami ke tu? ", usik Cinta kepada Maya yang tengah ralit termenung itu. “ Halah,kau ni kan Cinta,tak boleh tengok aku senang sikit kan?, ada je kerja nak menyakat aku kan,nanti kau jugak akan rindu aku lepas ni,haa baru kau tahu masa tu betapa sunyinya tak boleh nak sakat aku dah“, jawab Maya.
“Halah,kau ni pun agak-agak la nak buat ayat sedih pun,lepas kau nikah tu,macam la kau dah tak kerja dekat sini lagi kan,kau tetap kerja sini jugak dan apa maknya kat situ?? , maknanya aku masih boleh sakat kau lagi la kan ? hahaha ”, Cinta gelak jahat dengan muka tak bersalah nya kepada Maya.
“ Haaa, kau memang,bab kenakan orang memang kau lah juaranya kan, asyik nak menang je kan, bukan nak bagi aku menang, sekali dua tu bagi la aku pulak yang menang”, jawab Maya yang masih tak puas hati dengan Cinta.
“ Halahh kau ni tu pun nak merajuk,amboi sejak bergelar darah manis ni bukan main lagi kau kan nak mengada, sebelum ni okey je,saja la tu kan? ", usik Cinta lagi....
" Ishh,tu sebelum ni tapi sekarang ni aku dah tak macam dulu dah okey haha", jawab Maya sambil tergelak terkekeh-kekeh. " Iya lah,kau nak menang sangat kan haaa ambik la kau punya menang tu", jawab Cinta yang terpaksa mengalah dengan kawan sekerja nya itu.....
" Eh,kejap-kejap lupa pulak aku nak tanya kau ni?", Tanya Cinta. " Haaa,apa dia yang kau nak tanya aku tu ", respon Maya lagi.
" Bila tarikh nikah kau tu?,aku lupa la", jawab Cinta. " Kau kalau tak lupa memang tak boleh kan,itu lah selalu kau macam tu, ingatkan apa la yang nak di tanya kan tadi, rupanya tanya tarikh nikah aku bila,haih la Cinta ni kan,lagi 3 bulan masanya aku nak nikah. Tapi, apa-apapun,kau jangan lupa doakan untuk aku tau, semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan nikah aku tu tau. ",balas Maya lagi.
" Owh,3 bulan lagi,masih ada masa lagi lah kau nak berlatih jadi isteri mithali nanti haha, InshaAllah ye lah aku doakan untuk kau,kau kan kawan aku mesti la aku doakan untuk kau,yang tu kau jangan risau okey , yang penting kau kena belajar jadi seorang isteri yang baik dan menantu yang baik gituww haha", jawab Cinta lagi...
" Amboi,sempat lagi tu nak bahan aku,aku ni dah nak nikah. Kau tu bila pulak? ,tak kan la nak tunggu aku beranak-pinak kau baru nak cari calon hahaha", balas Maya yang tak nak kalah dengan Cinta
" Eh,ni dah lebih ni,apa kata orang tua dulu-dulu cakap?, belum ada jodoh lagi haa macam tu la, kalau ada jodoh aku,aku nikah la kalau tak jodoh aku,aku tak nikah,haaa macam tu je lah,kau pun tak payah nak pusing-pusing kan fikir pasal aku,aku okey je la,kau tak payah risau pasal aku ya", respon Cinta lagi kepada maya.
" Kau tu tak payahlah nak memilih sangat,aku kesian dekat kau tu tak ada yang nak jaga kau dan yang paling penting teman yang boleh jadi mangsa sakat kau kan", jawab Maya lagi
" Eh, mestilah la nak kena pilih siapa cakap tak payah pilih bakal suami,orang yang nak hidup dengan kita kot,bukannya kita nak ngadap muka dia sehari dua je tau ,kasut yang nak letak dekat kaki pun orang pilih,ni kan pulak orang yang nak duduk satu rumah dan nak tidur sebantal dengan kita, walaupun aku tak ada calon lagi,tapi aku ni tak adalah kolot sangat tau", balas Cinta lagi kepada Maya.
" Kau ni kan,ada je lah jawapan yang nak jawab kan,ada je jawapan yang kau nak mengelat daripada aku kan,dah lah nanti kau jangan buat-buat lupa tak datang pulak majlis aku nanti. Kau tu jadi pengapit aku masa aku nikah nanti tau", jawab Maya lagi.
" Iya -ingat aku ingat la bukannya aku tak ingat,takut sangat aku lupa eh,risau tak ada pengapit yang nak sakat, yang nak hiburkan dia la tu kan kan?? ", tambah Cinta lagi
“ Sudah-sudah malas aku nak layan kau kan nanti tak siap-siap kerja aku tu, layan kau esok pun belum tentu lagi habis,kau tau? ", jawab Maya yang cuba nak larikan diri daripada bersoal jawab dengan Cinta. " Haaa iya lahh,kau lari la Maya oii,nanti kau dah nikah, mesti kau akan rindu dekat aku jugak", jawab Cinta dalam hati dan untuk tutup sebak yang dirinya tak ada calon lagi......
" Haih,hati ni pun time-time macam ni lah kau nak emo ye,orang tu belum lagi nak akad nikah kau dah nak sedih-sedih bagai",kata hati Cinta lagi dan dalam erti kata lain untuk sedap kan hatinya sendiri juga daripada sedih bahawa tak lama lagi yang kawan sekerja nya akan bertukar status isteri orang. Aku pun satu,yang nak nikah si Maya tu dah kenapa aku tiba-tiba nak sedih pulak ?, mungkin aku sedih sebab aku pun belum ada calon lagi. Tak apa hati mungkin ada la tu jodoh kau datang, jawab hati Cinta lagi......
BAB 14 Assalamualaikum semua pembaca,semoga terhibur ya.....jangan lupa komen tanda korang suka dgn novel ni ya :)
Share this novel