Chapter 1- Pemalu

Romance Completed 8293

Selesai sahaja Fie menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim dia mula menyimpan telekung dan sejadahnya lalu Fie membetulkan kain sekolahnya di cermin.

"Hmm tahun depan aku dah form 5 badan aku memang takmau besar ka macam mana" gumam Fie. Yelah, dahlah pendek kecik pulak kan lagi lagi bila berhadapan dengan orang ramai terasa diri dia macam budak sekolah rendah.

Fie terdengar satu mesej masuk, dengan pantas Fie mengambil handphone, sempat Fie mengerling jam menandakan lagi beberapa minit bas sekolah akan tiba di hadapan tamannya cuma Fie perlu berjalan kaki terlebih dahulu untuk menunggu di sana.

Reen: Siap dakgi? aku nak pi rumah hang dah ni
Fie: Haa sat nak pakai kasut ja

Fie meninggalkan handphone lalu keluar dari biliknya dan mencium tangan ibunya, ibunya pula mencium dahi Fie dan usap lembut kepala Fie sambil membaca doa agar anaknya sentiasa selamat pergi dan balik. Itulah rutin harian mereka.

"Ambik dakgi duit? dompet bawak dah? botoi ayaq bawak dak?" bertubi tubi persoalan ibunya sambil melihat Fie memakai kasut.

"Hmmm ya...dah....Assalamualaikum ibu" Fie mengukirkan senyuman dan meninggalkan ibunya.
"Waalaikumussalam pi leklok" jerit ibunya sambil melihat Fie berjalan kaki bersama Reen.

-

Fie dan Reen adalah kelas berlainan, jadi mereka berdua pun berpisah setelah loceng berbunyi menandakan mereka harus beratur mengikut kelas masing masing. Sebelum mereka berpisah sempat lagi Fie bertanya kepada Reen

"Reen.....satgi hang rehat dengan sapa..?" tanya Fie.

"Nak rehat dengan aku ka...? boleh ja, tapi kalau aku lambat hang pi dulu la dengan Nurul, aku rehat dengan budak kelas aku pun takpa aih..."ujar Reen

Fie menganggukkan kepala dan mula beratur di belakang Zana, disebabkan terlalu lama beratur, sesetengah pelajar mulai mengganggu pelajar pelajar lain.

Fie terdengar orang berbisik dari arah belakang dan Fie merasakan dirinya menjadi bahan bualan mereka terus sahaja Fie menoleh kearah belakang.

"Hmm hang ni sedih aku tengok bila la nak besaq, kalau boleh bagi lemak, aku bagi dah lemak budak budak ni kat hang" ujar seseorang daripada mereka.

"Tulah...nak lambung tinggi tinggi pun boleh.." seorang daripada mereka pula bersuara dan ketawa melihat Fie.

Terus sahaja Fie menoleh ke arah depan semula sambil menahan geram. Fie menghembuskan nafasnya, muka Fie mula menjadi merah! Terserlah kecomelan dia! Sapa tak malu oi bila cakap macam tu depan orang ramai.

Selesai beratur di perhimpunan, semua pelajar berjalan menuju ke kelas masing masing. Fie yang dari tadi menahan geramnya dan masih lagi terasa malu berjalan laju tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Disebabkan muka Fie yang merah, Mal yang selalu perhatikan Fie dalam diam tersentak melihat muka Fie. Comelnya! dia sudah tahu kalau muka Fie merah mesti dia tengah malu, Mal simpan senyum.

-

Fie makan sambil memandang persekitaran di luar kantin. Lembut je tangan dia menyuapkan nasi ke dalam mulut. Tanpa sedar ada mata yang sedang memerhatinya dalam diam. Reen ternampak Fie yang sedang termenung jauh terus sahaja dia sergah Fie.

"Hoi....!" Reen ketawa kecil.

"Oiiiii...apadia meletup..!!" melatah Fie, sudah jadi satu tabiat pantang terkejut pasti melatah hihihi

"Hang ni pasaipa teringat crush ka..?" usik Reen.

"Ish hang ni...! saja la.....takdak mood" balas Fie.

"Ahahahah....tu dok kata tu, aku dengan Zana saja takmau kacau nak tengok sampai jauh mana termenung....orang lain makan nasi habih dah, dia dakgi" Nurul mencelah sambil ketawakan Fie.

Nurul ni seorang pengawas sekolah, manakala Reen dan Zana pula seorang pengawas pusat sumber. Bila mereka berempat bersama, akan nampak seorang berbaju biru dua orang berbaju maroon dan seorang lagi berbaju putih iaitu Fie. Memang senanglah nak cam Fie bila mereka berempat.

Mal yang sedang perhatikan Fie dan rakan Fie yang lain dari jauh menghembuskan nafas perlahan. Bila la agaknya dia berani nak mendekati Fie dan cuba berkawan dengan Fie. Senang cerita Fie ni crush dia lahh ! huhuhu kecik molek dan comel orangnya !

Reen menarik kerusi lalu duduk bersebelahan Fie. Reen menongkat dagu sambil merenung ke arah orang ramai yang berada di kantin itu. Kemudian Reen menoleh ke arah Fie lalu menyiku Fie sambil menunjukkan ke arah Izzudin.

"Fie...! tadi kannn aku selisih dengan dia, eee....malunyaa aku, hang tau dak sempat lagi Pakdin panggil aku hidung, mentang mentang la hidung aku ni mancung" beritahu Reen. Reen menggelarkan Izzudin sebagai Pakdin. Memang selalu mereka berdua menggelarkan orang sebagai 'Pak' jika mana mana lelaki sering mengganggu mereka.

"Hang selisih masa bila?" tanya Fie kepada Reen sambil melihat Izzudin yang ditunjuknya.

"Tadii....masa aku nak pi basuh tangan" sengih Reen. Elehh suka latuu! benci tapi mahu..

"Fie.....Reen....kami dua nak pi tandas nanti jumpa kat kelas ok" Zana mencelah. Zana dan Nurul bangun dan meninggalkan mereka berdua

Selesai sahaja makan, Fie dan Reen berjalan perlahan untuk menuju ke kelas masing masing. Tiba tiba datang satu suara dari arah belakang menegur Fie

"Haii budak kecik...makan habis dak tadi..?" sindir Iejah lalu dia mengukirkan senyuman. Iejah adalah rakan sekelas Fie, memang sengaja pun nak ganggu Fie kerana dia geram melihat muka Fie apabila merah, terus sahaja Iejah memicit hidung kecil Fie dengan kasar.

"Iejah....sakit laaa...!" jerit Fie sambil menahan sakit dan mukanya mula menjadi merah.

Iejah hanya ketawakan Fie sahaja. Begitu juga Mal yang memerhati dari pondok. Dia ketawa kecil melihat Fie apabila mukanya menjadi merah, malu latu kena picit hidung.

Irfan yang menyedari Mal yang tersenyum seorang diri itu terus melilau matanya mencari apa yang dilihat Mal sampai tersenyum senyum.

"Pasaipa weh?" tanya Irfan.

"Takdak apalah..." Mal simpan senyum.

"Eleh...usya awek latuuu..." Irfan memuncungkan mulutnya.

Mal hanya mendiamkan dirinya, tak tahu nak jawab apa.

-

Apabila tiba waktu pulang Fie, Nurul dan juga Zana berjalan kaki dari sekolah mereka hingga tiba di hadapan sekolah rendah cina.

Memang dah jadi satu kebiasaan, mereka lebih suka menaiki bas awam dari bas sekolah kerana bas sekolah di dalamnya terlalu sesak dan ada pelajar yang sering menghisap rokok di dalam bas. Oleh itu, mereka lebih rela berjalan kaki menunggu di sekolah rendah cina.

Bukan mereka bertiga sahaja yang suka menaiki bas awam, ada juga segelintir pelajar yang lain juga suka menunggu di sekolah rendah cina itu.

-

Fie memegang hidungnya yang masih terasa sakit akibat dipicit Iejah rehat tadi. "Aduhhh... sakitnyaa.." gumam Fie

"Fie.. hang naik dulu" suruh Nurul apabila bas awam sudah pun tiba.

Fie menganggukkan kepalanya.

"Fie...!" Zana yang sudah menjumpai tempat duduk melambai tangan ke arah Fie lalu memberi ruang kepada Fie untuk duduk di kerusi kosong bersebelahan Zana.

Fie duduk di sebelah tingkap dan memandang ke arah luar tingkap. Dia cuma memikirkan perbuatan Iejah yang memicit hidungnya waktu rehat tadi. Dia terasa malu dan Fie sedar dia deperhatikan ramai orang ketika Iejah memicit hidungnya. Fie terus mengusap mukannya kerana malu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience