Hari cuti Fie meluangkan masa bersama sama Reen. Fie dan Reen berpakaian sukan di waktu pagi. Walaupun Fie, Reen dan Nurul tinggal di satu taman yang sama tetapi jika ingin bersenam di waktu pagi Fie lebih selesa tanpa kehadiran Nurul.
Reen yang sudah kepenatan menoleh ke arah Fie
"Fie..disebabkan aku letih harini, kita makan kat luar nak?" tanya Reen.
"Aikkk...dah kenapa? malas masak latuuuu kan?" perli Fie.
"Ahahaha dak la, ish hang ni..family aku semua tak ada dekat rumah, baik tak payah masak.." sengih Reen.
"Elehh..yalatuuu padahal...." tak sempat Fie habiskan ayatnya Reen menutup mulut Fie.
"Shhhh...diam laaa...sengaja noh hang cakap kuat kuat? nanti orang dengaq malu la aku.." Reen menjeling.
Fie ketawa seronok melihat Reen. Reen cuba untuk memicit hidung kecil Fie tetapi gagal kerana Fie sempat melarikan diri dari Reen.
-
Seperti yang diminta oleh Reen, kini mereka sudah pun berada di dalam bas. Apabila, bas sudah berhenti. Fie mengekori langkah Reen menuruni anak tangga bas awam itu.
Fie mengenakan pakaian yang sangat cantik iaitu bajunya yang berwarna putih dan skirt kembang berwarna putih juga. Selendang Fie yang berwarna kuning membuatkan wajah Fie nampak sangat comel ! Sememangnya warna kegemaran Fie adalah warna putih ! hihihi
"Cantiknyaa kawan aku ni.. bila laa aku nak jadi cantik macam hang?" Reen mengeluh.
"Dah laa..jom.." Fie mengukirkan senyuman yang manis.
Sewaktu Fie dan Reen berjalan sambil mencari kedai makan yang diinginkan mereka tiba tiba Mal muncul di hadapan mereka. Mal menunjukkan ke arah bawah. Kulit pisang berada di tepi kaki Fie yang baru sahaja dibuang oleh orang lain tadi.
"Jalan tu tengok bawah nanti tak pasai pasai nak kena jadi tukang sambut.. sambut awak takpe, takut tersilap sambut hati awak je.." beritahu Mal sambil memandang Fie.
Fie melihat tepi kakinya lalu Fie menoleh ke arah orang yang menegurnya. Zuupppp! terasa macam kena panahan petir, jantung Fie mula berdangdut sakan! Fie dan Mal saling berpandangan antara satu lain. LAMA!
1 saat
2 saat
3 saat...
Reen terkebil kebil melihat mereka saling berpandangan dan muka Fie pula dah mula menjadi merah! Terus sahaja Reen menepuk tangannya di hadapan muka Fie dan juga Mal.
"Oi ! sempat lagi ea? ni bukan drama cinta la, aku tengok hang, hang tengok aku.." Reen memandang kedua duanya bersilih ganti.
Fie dan Mal terkejut ! masing masing terus mengalihkan pandangan ke arah lain.
Fie memusing ke kiri lalu meninggalkan Reen dan Mal di situ sambil dua telapak tangan Fie yang dingin memegang pipinya. Kemudian Mal pula memusing ke kanan meninggalkan Reen seorang diri.
"Lahh? er er er..apa ni... tak paham arhhh.." Reen menoleh ke arah Fie dan juga Mal kemudian Reen menggaru kepalanya.
"Ehh.. Fie..! tunggu la aku...!" jerit Reen apabila melihat Fie sudah pun jauh tinggalkan dia.
Mal yang sudah pun berjalan jauh dari tempat tadi mula menghentikan langkahnya dan memejam mata seketika.
"Hmmmm...cantiknya awak Fieya....." bisik Mal perlahan. Mal teringatkan Fie yang memakai selendang berwarna kuning tadi, dia terlihat SUNGGUH CANTIK di mata Mal !
"Kenapa yaa...aku rasa lain tengok dia..rasa macam....tenang..tenang sangat.." gumam Mal.
Setelah Fie dan Reen memesan makanan mereka, Reen bangun dari tempat duduknya dan kemudian dia duduk di sebelah Fie.
"Macam mana?" Reen mengangkat keningnya. Pertanyaan yang ringkas tapi ada makna!
Fie mengerling Reen lalu perlahan Fie hembuskan nafas.
"Macam mana apanya.. kulit pisang tu dekat tepi kaki aku, BUKAN DEPAN..!" Fie menjeling.
"KALAU DEPAN...macam mana?" sengih Reen.
"Reen...! jangan laa...aku malu tau!" jerit Fie mukanya merah.
"Pelik jugak aku, kalau ya pun aku takkan terpijak punya kulit pisang tu..bukannya ada depan kaki aku pun..!" sambung Fie.
"Tapi kalau terpijak..aku dah boleh tengok satu babak sweet depan mata aku.. auchh..! AHAHAH" Reen ketawa seronok.
"Banyak la hang punya sweet.. tapi kenapa weh..setiap kali aku jumpa dia mesti seram.." ujar Fie.
"Seram tengok dia lah....seram dengar ayat dia lah apa lah..." sambung Fie.
"Alah....tak payah nak seram sangat la..tu maknanya hang suka kat dia..hihihi" Reen menyiku lengan Fie.
"Ehh...mana ada..!" muka Fie jadi merah.
"Hahh..! Hahh..! Tu.....muka merah tu tak dapat nak tipu aku la, macam la baqu hang kenai semalam..tapi dia handsome sangat la..untung sapa dapat dia tau.." Reen mengukir senyuman.
Fie hanya mendiamkan diri.
Sebaik sahaja Mal tiba di rumahnya, Mal terus mencapai handphone lalu mebuka messenger Fac. Dia melihat pesanan dari Nur Isyafiyana yang sengaja dia tidak membalas haritu.
Nur Isyafiyana : Bro ?? perempuan lah...
Mal menarik nafasnya dan menghembus perlahan lalu dia mula menaip
Putera Ikhmal : Hahaha sama latuu Nur Isyafiyana oii..suka hati lah nak panggil apa pun kan?
Kemudian Mal melihat gambar gambar Fie di Fac.
"Cantik..kecik je orangnya comel sangat.." Mal simpan senyum.
"Paling aku suka bila muka dia merah..ahaha comel gila..!" sambung Mal dan ketawa kecil melihat gambar Fie.
"Lahh.. balik dah anak mama..kenapa macam sat sangat Mal pi jumpa Irfan..?" soal mama Mal.
"Malas la nak kacau dia..harini dia tak sempat nak layan Mal..ramai pulak harini dekat kedai dia.." balas Mal. Apabila cuti sekolah, Mal selalu berbual dengan Irfan di restoran milik ayah Irfan.
"Oh..Mal dah siap ka kerja sekolah?.." tanya mamanya lagi.
"Ada..sikit lagi..nanti Mal sambung.." Mal mengukir senyuman manis.
"Mal....besok ikut mama..?" mamanya mengangkat kening.
"Alaa nak pi mana pulak.." Mal memandang mamanya.
"Kawan baik mama..dia ada buat makan makan sambut birthday anak dia..kot mana pun Mal kena ikut jugak, dia tak pernah tengok Mal lagi.." beritahu mamanya.
"Tapi....bukan ikut saja tau.." Mamanya mengukir senyuman manis.
"Mal kena bawakan hadiah untuk anak kawan mama tu..mama dah beli dah..teddy bear besar tau!" sambung mamanya lagi.
Belum sempat Mal membuka mulut, mamanya bangun tinggalkan Mal.
"Maa...apa ni..!" jerit Mal.
"Hah..! lagi satu...Mal kena pakai baju warna biru muda tau! Esok tema biru muda.." jerit mamanya dari jauh.
"Macam macam la mama aku ni....kalau aku tak ikut merajuk sampai makan pun taknak..hmm takpelah..aku bagi teddy bear tu..lepas makan je aku belah..perempuan mana tah memang tak arr aku nak layan.." bebel Mal.
Mal membuka kembali handphone nya, kemudian dia melihat gambar Fie.
"Kalau lah perempuan tu..budak kecik ni..mesti best..! Boleh la aku tengok muka dia yang merah tu" Mal simpan senyum.
Mal meletak kan handphone nya di atas meja lalu dia berjalan ke arah dapur untuk meminum air.
Mamanya yang baru keluar dari tandas senyum melihat anaknya.
"Jangan lupa ya anak mama yang handsome.." mamanya ingatkan Mal.
Mal menghembus nafas perlahan sambil memandang mamanya.
Share this novel