Chapter 16- Sesuatu sangat !

Romance Completed 8293

Fie menjeling tajam ke arah Daus. Seperti biasa apabila tiba giliran Daus, Fie terpaksa memaksa Daus untuk menyuruh dia pergi membuang sampah. PEMALAS BETUL !

Fie menarik nafasnya dan menghembus perlahan. Nak tak nak Fie sebagai ketua keceriaan kelas kena arahkan Daus jugak. Sudah berkali kali orang lain yang tolong buangkan untuk dia.

"Please Daus...nanti aku yang kena marah dengan Cikgu Suraya.." perlahan Fie bersuara.

"Hang rajin kan..? pi la buang.." balas Daus.

"Tak guna kalau ada rupa tapi...ya Allah kenapa wujud orang pemalas macam ni...tengok la bawah meja dia tu...! buat letih ja aku sapu sampah tadi...!" gumam Fie.

Fie menggelengkan kepala. Tak tahu nak memaksa macam mana lagi. Disebabkan dah letih memaksa Fie terus pergi mengambil sampah itu.

"Ha....boleh pun...!" jerit Daus sambil melihat Fie.

Kemudian Amin dan Asri datang menghampiri Fie.

"Mai kami buang..kami nak keluar ni.." ujar Amin.

"Tak payah.." balas Fie perlahan.

"Alolololo merajuk ka..Fieya..." Asri mengangkat tangannya ingin mencubit pipi Fie namun Fie sempat mengelak.

"Ha...tengok...! merah dah muka...ahahahaha" ketawa Amin.

"Cepat bagi Fieya...! kalau dak........" Amin juga mengangkat tangannya ingin mencubit pipi Fie.

"Nah nah nah...!" jerit Fie.

Amin dan Asri ketawakan Fie. Setelah mengambil sampah itu mereka berdua terus keluar meninggalkan Fie di situ.

Fie menghembuskan nafas. Lega ! Kemudian Fie juga keluar dari kelas untuk pergi ke tandas.

Fie berselisihan dengan Mal ketika menuruni anak tangga. Sempat lagi Mal membuka facemask dan mengukirkan senyuman manis. Terbeliak biji mata Fie lalu Fie terus memegang dada. APA NI..!

"Awak..." panggil Mal.

Fie melihat kiri kanannya kemudian Fie menoleh ke arah belakang dan memandang Mal.

"Saya...?" tanya Fie.

Mal mengangguk perlahan.

"Awak ok tak tu...?" Mal mengangkat keningnya.

"Er...er..kenapa dengan saya..?" tanya Fie pula.

"Mata awak tu...?" Mal mengerutkan dahinya.

"Jom pergi klinik nak...?" sambung Mal.

"Hah...? nak pergi klinik buat apa..?" terlebil kebil Fie memandang Mal.

"Nak suruh doktor check dalam mata awak....mesti ada saya.." Mal simpan senyum.

Fie tersenyum malu di hadapan Mal. Fie tidak dapat menahan malunya lagi cepat cepat Fie menutup mukanya dengan dua telapak tangannya.

"Merah terus ye...!" gumam Mal.

Fie menurunkan tangannya kemudian Fie terus mendekati Mal dan menumbuk perut Mal bertubi tubi.

"Awak....!!! kenapa kenapa kenapa....buat saya macam ni....!!!" jerit Fie. Muka Fie merah sangat !

Terkejut Mal dibuatnya tak sangka ! Mal cuba mengelak tetapi tak boleh laju betul tangan Fie menumbuk perut Mal. Kemudian Mal terpaksa menepis dengan tangannya. Fie jerit kesakitan kerana tertumbuk tangan Mal.

"Aduh....!!! sakitnya ni tangan ka besi..?!" jerit Fie lagi.

"Tangan nilah yang nak salam tok kadi nanti.." Mal memberi segaris senyuman.

"Sakit ke...? meh saya tengok..." sambung Mal.

"Soalan apa ni...? mesti la sakit...dah dok aduh aduh dari tadi... lain la kalau saya kata wahh wahh...hah...! yang tu dah terang terang memang tak sakit.." bebel Fie.

Fie tersentak sepatutnya Fie malu dengan anak aunty Maria ni, kenapa tiba tiba Fie berani cakap macam tu pulak. Alamak ! Fie menoleh ke arah lain. MALU !

Mal senyum seronok melihat Fie lalu Mal mendekati Fie.

"Saya pelik dalam seminggu ni asyik mimpi orang yang sama je.. awak tau tak kalau kita mimpi seseorang tu maksudnya apa..?" Mal berpura pura tak tahu.

"Tu maknanya orang tu akan cincang awak 14...!" balas Fie.

"Eh...bukan sebab awak rindukan saya ke..?" Mal mengukirkan senyuman manis.

Fie menarik nafasnya dan menghembus perlahan kemudian Fie memandang Mal. Debush !! satu tumbukan hinggap di pipi Mal.

-

Handphone Fie berbunyi lalu Fie mencapai handphone dan melihat satu pesanan dari Reen.

Reen : Oii Fie..kenapa tak online..? online la..

"Ni tak lain kalau tak bukan nak suruh aku cerita pasai surat haritu..." Fie menggelengkan kepalanya.

Fie membuka messenger Fac dan membuka chat Fie bersama Reen lalu Fie terus menaip

Nur Isyafiyana : Apadia...? hang ni tak reti reti sabar noh..

Ar Reen : Hmmmm hang nak suruh aku sabar lama mana lagi Fie..? sampai tahun depan ka..? ni aku nak tunggu hang cerita pun dah macam tunggu 5 bulan..

Nur Isyafiyana : Amboi... sabar la.. aku bukannya duduk rumah goyang kaki macam hang.. ibu dengan abang aku kan kerja.. sapa lagi nak buat kerja kalau bukan aku.. hang takpa la nak tidur meleleh air liur basi pun boleh..!

Ar Reen : Ahaha cepat la cerita Fie..! tak sembang depan depan dengan hang pun dah berasa macam bernanah telinga aku ni walaupun tak dengar hang beletiaq depan aku...

Fie ketawa kecil membacanya. Tahu pun tak boleh tengok Fie bebel !

Nur Isyafiyana : Ok cerita dia macam ni.. hang pun taukan.. sebelum ni Zira jadi orang tengah tolong bagi surat dekat aku.. orang yang suruh dia bagi.. tapi aku tak pasti dia tau dak sapa yang bagi.. sebab dia kata orang letak bawak meja dia.. Jadi surat tu aku dapat dari Zira..

Ar Reen : Habis tu... macam mana pulak yang hang boleh mai perpustakaan cari 'surat cinta' hang tu.. Ish tak faham la....tolong aku Fie...! sebelum aku hempuk kepala aku dekat dinding baik hang teruskan cepat.. aku ni haa bukan boleh pening pening hihihi

Nur Isyafiyana : Haish hang ni... Zira yang bagi dulu...dalam surat tu orang tu suruh aku ambik surat kedua dia dalam beg aku.. lepas tu dia suruh aku ambik dekat perpustakaan pulak..ada dekat rak nombor 3 katanya..

Ar Reen : Jadi untuk apa dia bagi surat tu dekat hang..?

Nur Isyafiyana : Dah nama pun 'surat cinta' kan... untuk apa lagi.... tapi yang peliknya... orang tu tulis aku akan dapat jawapan yang aku cari selama ni.. lepastu last aku ambik surat tu dekat perpustakaan...ingatkan dia dah nak bagi jawapan tapi hampeh... hang rasa jawapan apa aku cari selama ni..? kalau bukan pasai tali kasut yang perasan putera katak tu..

Ar Reen : Ya tak ya jugak noh... kalau bukan pasai tali kasut yang hang kena cari tu... pasai apa lagi...? Hmmm hang ni....diri hang sendiri ada patut tanya aku... jawapan apa yang hang cari selama ni..? takkan taktau kot..

Fie mengerutkan dahinya. Sesuatu sangat !

Nur Isyafiyana : Nanti aku tunjuk surat tu dekat hang.. macam mana ni Reen susah betul nak cari tali kasut lain dari yang lain tu... aku ni dah la pemalu.. ada patut suruh aku buat macam tu... takkan nak kena pi terpa sorang sorang nak tengok tali kasut punya pasai...

Ar Reen : Ahahaha hang nak buat macam tu..? kirim salam la.. kalau tak jumpa jugak alamatnya hang kena la menikah awai ahahaha

Nur Isyafiyana : Reen...!! jangan la kata macam tu... hang nak ka tengok kawan rapat hang ni khawin dengan orang tak kenai..?

Ar Reen : Apa susah sangat bagitau la ibu hang.. yang takut sangat kenapa...?

Nur Isyafiyana : Aku tak biasa la benda benda yang melibatkan orang lelaki nak kena pi cerita dekat ibu aku memang dak ar... nanti dia cakap aku pi sekolah bukan belajar tapi bercinta...hah..!! takmau la aku cerita dekat ibu aku.. jenuh tadah telinga..!

Ar Reen : Eleh macam anak dia la..kalau beletiaq......hmmmmm

Fie ketawa seronok kemudian Fie mengerling jam di dinding sudah masuk waktu solat. Fie meninggalkan handphone dan terus keluar dari biliknya.

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-04-26 14:44:19 

hahaha....teringat lak zaman sekolah dulu kala...nnt sambung lagi eik ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience