Chapter 12- Makin hari makin pening

Romance Completed 8293

*FLASHBACK*

Fie memandang Mal dan Mal juga memandang Fie.

1 saat
2 saat....

Kemudian Fie mengalihkan pandangan dan menelan air liurnya. Handsome nya dia..!

"Awak nak tahu tak...bahawa saya memiliki hati yang pemaaf...? dan saya tak akan membiarkan kebencian menghancurkan masa depan kita" ujar Mal.

"Benda kecik macam tu setakat awak langgar saya..saya langgar awak..apa la sangat.." sambung Mal lagi.

Kemudian Mal bangun dari tempat duduknya dan berdiri di sebelah Fie. Fie menggigit bibirnya kerana tidak tahan dengan bau yang sangat wangi dari lelaki itu.

Mal mendekatkan kepalanya di sebelah telinga Fie.

"Saya takut nak tengok mata awak..yang saya nampak bukanlah diri awak..saya cuma nampak.......hari ini...hari esok....dan..." belum sempat Mal menghabiskan ayatnya Fie bangun dari tempat duduknya dan melarikan diri dari Mal.

"Dan...masa depan kita....." sambung Mal tanpa didengari oleh Fie lalu Mal ketawakan Fie apabila melihat Fie lari tak cukup tanah dengan mukanya yang merah.

-

Apabila loceng berbunyi semua pelajar mula beratur di tapak perhimpunan. Fie mengecilkan matanya dan melihat ke arah pelajar pelajar lelaki. Matanya mula melilau mencari anak aunty Maria. TAK JUMPA PUN ?

"Ish...mana satu dia ea..? haritu aku nampak buku dia form 4 jugak..peliknya tak ada pun dia.." gumam Fie.

"Isyafiyana.." panggil Wani ketua kelas Fie.

"Ya...kenapa..?" Fie mengangkat keningnya.

"Betoi ka..apa yang aku nampak tadi... boyfriend hang ka..?" tanya Wani.

"Eh...bukan la...dia" belum sempat Fie menghabiskan ayatnya Wani memotong ayat Fie.

"Handsome gila dia..aku tak pernah nampak dia pun selama ni...form berapa..?" tanya Wani lagi.

"Eh bukan..bukan....! kami tak bercinta langsung....yang tadi tu.....kebetulan ja..tak sengaja pun jalan dengan dia er.....sebab dia nak ambik duit baki nasi lemak dekat aku..hehe" tipu Fie. AHAHA MENGARUT !

"Oh ok...form berapa..? aku rasa macam dah.....jatuh cinta dengan dia la.." Wani senyum seronok. Ingatkan bercinta, ADA CAN LAH !

"Oh....sorry yang tu aku taktau, jumpa dia pun masa beli nasi lemak tadi ja..itu yang nak bagi duit baki dekat dia.." Fie menjawab dengan tenang. Masuk ni, dah 5 orang tanya soalan yang sama. Semuanya tak pernah tahu yang lelaki itu form berapa and tak pernah nampak.

*END FLASHBACK*

Seperti yang diarahkan oleh si pemberi 'surat cinta' Fie mula mencari surat itu pada setiap buku bukunya yang sudah dibawa ke sekolah tadi. Bagus jugak cadangan si pemberi ni, disuruhnya Fie mencari waktu pulang ke rumah sahaja. Yela, kalau mencari waktu berada di sekolah sudah tentu ramai mata yang melihat.

"Eh...! tapi bila masa dia selongkar beg aku ea..? semata mata nak bagi surat tu ja..?" fikir Fie.

Fie tersentak apabila menjumpai surat cinta yang diselitkan pada buku notanya lalu Fie mengambilnya dengan perlahan.

"Biaq betul ni..? jadi memang wujud la orang ni. Eh..! apa aku merepek ni..takkan la hantu pulak kan yang tulis surat ni..!" Fie menampar pipinya.

"Eh sat..! aku pelik betoi la..sejak aku jumpa anak aunty Maria tu..kenapa benda pelik pelik jadi dekat aku ni...yang perasan putera katak tu satu hal..hantu mana yang bagi surat dekat aku ni pun satu hal....haish pening pening..!" Fie mengerutkan dahinya.

"Tapi...paling aku seram sekali..bila jumpa dengan anak aunty Maria..! arghhhhhhhhhhhh yang tu seram...!" jerit Fie sambil menutup mukanya dengan dua telapak tangannya.

Tiba tiba pintu bilik Fie diketuk berkali kali.

"Kenapa adik...?" tanya ibu Fie di luar biliknya.

"Er.......ni...ada lipas hehehe..." balas Fie. Ish tersilap jerit kuat la pulak !

"Hang ni...buat terkejut ibu la..! kuat sangat jerit ingatkan apa tadi..." jerit ibu Fie di luar biliknya.

"Ya...ya...sorry..." jerit Fie pula yang masih lagi berada di atas katilnya.

Fie mula membuka 'surat cinta' itu dengan perlahan dan mula membaca.

'Hai pujaan hati saya...AHAHA akhirnya awak cari jugak ea surat saya..'

Fie tersentak.

"Pujaan hati...? Eh....rasanya aku pernah nyanyi lagu tu sekali ja, masa tu pulak anak aunty Maria bisik dekat aku..ish...! takmau la ingat balik..!" Fie memejamkan matanya supaya melupakan anak aunty Maria.

Kemudian Fie membuka matanya dan menghembus nafas perlahan lalu Fie sambung membacanya.

'Senang je..awak nak jawapan yang awak cari selama ni, awak kena terima jugak surat dari saya..hehehe'

"Aku yakin sangat yang dia ni Putera Ikhmal yang perasan yang dia tu putera katak la konon...siap dia kalau aku dah jumpa dia nanti..!" Fie menjeling menyampah.

'Saya senyap supaya awak belajar rasa sunyi. Saya berlari supaya awak pandai mengejar dan saya hilang supaya awak pandai mencari sebuah perjalanan dimana ia selamanya dan tidak akan pernah berakhir.'

"Hah..? apa benda dia ni...aku tak faham la.." Fie menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'Jangan risau awak akan faham bila awak dah jumpa jawapan yang awak nak..lepas ni cari surat saya dekat perpustakaan pulak ye..saya selitkan dekat buku buku di rak nombor 3 paling bawah sekali..carilah !'

"Ish..apa benda la dia ni..main arah arah aku sesuka hati dia ja..aku buat ni semua sebab aku takmau khawin dengan putera katak tu ja..! siap la dia nanti.." bebel Fie.

Fie mengambil handphone lalu membuka messenger Fac untuk menghantar pesanan kepada Putera Ikhmal.

Nur Isyafiyana : Awak nak apa lagi..? cukup cukup la awak arah saya suruh cari tali kasut awak yang paling pelik sekali tu..! tolong jangan masuk meminang saya..! saya tak kenal pun awak sapa..!

Selepas beberapa minit, Fie mula menerima pesanan dari Putera Ikhmal.

Putera Ikhmal : Eh apa ni..apa ni..? awak cakap dengan saya ke..?

Nur Isyafiyana : Jangan buat buat tak faham..! putera katak konon..! puih

Putera Ikhmal : Ahaha apa kena mengena dengan gambar katak saya tu..? tu masalah awak ye..bukan masalah saya dan bukan masalah gambar katak saya..macam mana sekali pun kalau awak tak dapat jumpa saya..saya tetap akan masuk meminang awak lepas SPM ahahahahahaha

Nur Isyafiyana : Sah..! awak memang ada masalah mental..! orang gila ja yang akan buat benda gila..

Putera Ikhmal : Lah...memang la saya gila..nak masuk meminang awak kan ? kalau bukan sebab saya tergila gilakan awak..

Nur Isyafiyana : Daripada awak suruh saya cari awak..kenapa bukan awak ja cari saya..? dah awak kata awak tergila gilakan saya mesti awak ni dah pernah nampak saya kan..?!

Putera Ikhmal : Ahahaha tak best la kalau saya yang cari awak.. saya tetap nak awak cari saya.. gambar awak tu berlambak dekat fb kan..? memang senang la saya nampak awak dekat sekolah ahahaha

Nur Isyafiyana : Awak ni memang jahat..! sangat sangat sangat sangat jahat..!

Putera Ikhmal : Saya pun tak mengaku yang saya ni baik.. sebab saya penculik yang nak culik hati awak.. saya berani kerat kuku bila awak dah jumpa saya nanti...awak akan cair..! AHAHA

Nur Isyafiyana : Ish takdak masa saya nak cair dengan awak.. dah la guna gambar katak..

Putera Ikhmal : Kalau awak nak tahu saya dengan awak ni cuma ada dua waktu je tau...

Nur Isyafiyana : Dua waktu apanya.. takpayah nak merepek sangat ya..

Putera Ikhmal : Dua waktu iaitu sekarang dan selamanya..AHAHAHA semoga berjaya ye sayang..! kalau tak..awak tunggu la lepas SPM saya terus masuk meminang awak AHAHAHA

Fie tidak membalasnya semula kerana menyampah.

"Eee gelinya......pening la macam macam jenis perangai muncul sekarang ni...makin hari makin pening aku.." Fie memegang kepalanya.

Kemudian Fie meletakkan kepalanya di atas bantal dan memejamkan matanya seketika. Setelah beberapa minit Fie akhirnya terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience