Fie dan Reen bersembunyi di sebalik tiang besar. Fie mengecilkan matanya dan cuba melihat tali kasut seorang lelaki yang sedang berbual dengan rakannya.
"Yang tu ka..tali kasut dia sorang ja yang paling lain.." tanya Fie.
"Ish hang ni agak agak lah..kasut sekolah dia tu kan kotoq kuning ja semua..eee" geli Reen.
Kemudian mereka berdua ketawa bersama.
Mal yang sedang berjalan dengan Irfan ternampak kelibat Fie yang sedang bersembunyi di sebalik tiang besar bersama rakannya. Mal simpan senyum.
"Tak sangka menjadi jugak rancangan aku.." gumam Mal.
"Oii..apa benda yang seronok sangat..?" tanya Nurul yang baru sahaja tiba di situ.
"Hampa dua dok tengok apa..?" celah Zana pula.
"Tengah lari dari orang yang ganggu kami lah.." balas Reen. Sibuk je!
"Mana orang tu....?" tanya Nurul dan matanya melilau mencari.
"Dia ada kat depan kami.." jawab Reen penuh dengan maksud yang mendalam.
Fie menyiku lengan Reen. Reen senyum melihat Fie. Nurul dan Zana tidak tahu bahawa Fie dan Reen tidak sukakan mereka.
"Dia dah pi..takdak la kacau sangat pun saja ja dia usik kami dua.." Fie memutar belit cerita.
"Oh..kalau ada orang ganggu lagi..bagitau kami..taula kami dua nak buatpa kat orang tu.." ujar Zana.
Fie dan Reen saling berpandangan. Letih jugak ada bodyguard tak berbayar ni.
Kemudian mereka berempat berjalan memasuki ke kelas masing masing apabila loceng berbunyi. Ia menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Begitu juga dengan pelajar pelajar lain.
-
"Cikgu nak tanya sapa nak sertai persembahan koir sempena hari Merdeka..?" tanya Cikgu Suraya.
"Sapa yang berminat boleh bagi nama dekat Cikgu esok ya.." sambung Cikgu Suraya.
"Jangan lupa siapkan kerja sekolah kamu..esok cikgu nak tengok.. Assalamualaikum.." pesan Cikgu Suraya sebelum meninggalkan pelajarnya.
"Waalaikumussalam Cikgu.." semua pelajarnya menjawab salam.
"Budak kecik tidak dibenarkan untuk sertai hanya orang dewasa sahaja..." tiba tiba Amin menambah, sebaik sahaja Cikgu Suraya keluar dari kelas itu.
"Kanak kanak bawah umur tidak dibenarkan dan perlu bimbingan ibu bapa.." Asri juga menambah. NAKAL..!
Mereka berdua ketawakan Fie. Fie menunduk malu, mukanya dah mula menjadi merah.
"Hoi..hampa ni tak baik la buat macam tu..kesian Fieya ni.." marah Nurul.
"Baik kak pengawas.." balas Amin. Amin dan Asri saling berpandangan kemudian mereka berdua ketawa kecil. Sengaja mahu usik sebab nak tengok muka Fie jadi merah je.
"Hang buat taktau ja kat depa Fie....buat pekak telinga.." Zana memujuk Fie apabila melihat muka Fie masih lagi merah.
Tiba tiba Wani berdiri di hadapan Fie dan Zana sambil menghulurkan kertas senarai nama yang menyertai persembahan koir.
"Masuk lah..baru 2 orang yang bagi nama ni.. seeloknya kelas kita kena paling ramai sikit sebab Cikgu Suraya tu kan 'Guru Kelas' kita..nanti apa pulak Cikgu cakap.." ujar Wani ketua kelas mereka.
"Kalau tak cukup orang macam mana..?" tanya Fie. Dia memang berminat untuk menyertai, Fie kan suka menyanyi.
"Takpa Isyafiyana..kelas lain ada..bukan kelas kita ja..mana mana kelas pun boleh join..nanti tanya la sapa sapa.." balas Wani.
Fie mengambil kertas itu lalu menulis namanya. Fie memandang Nurul dan Zana lalu mengangkat keningnya.
"Boleh jugak..!" serentak Nurul dan Zana menjawab.
Nurul dan Zana juga menulis nama mereka berdua.
"Wahh..tak sabaq nya..." Zana senyum seronok.
Fie dan Nurul mengukirkan senyuman manis.
"Harini balik lewat sikit nak..? tolong aku hias kelas..dah hujung bulan ni..taktau la bulan ni menang dekat kelas mana.." ajak Fie.
"Tak kisah..boleh ja..lepas dah siap petang ni..kita nak makan dekat mana..?" tanya Nurul.
"Kita makan dekat kedai Pakcik Halim la..nak? lama tak makan dekat situ..sedap pun sedap..." balas Zana.
"Haa..la weh..sebut pasai Pakcik Halim..semalam aku mimpi kita makan dekat situ siap Pakcik Halim belanja kita makan AHAHAH.." ketawa Fie.
"Mana la tau kalau betoi mimpi aku tu, harini kita makan harini jugak dia belanja kita.." sambung Fie.
"Ehh..tersedak Pakcik Halim tu satgi dok sebut sebut nama dia.." beritahu Nurul.
Mereka bertiga ketawa seronok.
-
Jam loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu balik. Semua pelajar menggalas beg masing masing untuk pulang ke rumah mereka.
Memandangkan Fie masih lagi tidak boleh solat, Nurul dan Zana sahaja yang pergi ke surau. Fie hanya menunggu mereka berdua di pondok rehat. Bahaya kalau duduk seorang diri dalam kelas..!
Mal yang baru keluar dari surau, menuju ke arah pondok rehat. Harini Mal akan dijemput oleh mamanya. Jika dijemput mamanya, Mal akan pergi ke surau terlebih dahulu kerana mamanya suka datang lewat..!
Mal ternampak Fie yang sedang menongkat dagunya di pondok rehat. Perlahan Mal mendekati Fie. Nasib baik hanya ada Fie seorang disitu, ada peluang lah..!
Mal duduk dihadapan Fie. Mal meletakkan bukunya di hadapan Fie, Fie terkejut dengan kehadiran Mal terus sahaja Fie berhenti menongkat dagunya dan cuba memandang ke arah lain.
"ya Allah terkejut aku..! Ehh.. tapi buku dia tu....bukan ka buku form 4 punya...? aku ingatkan dia form 5 aduh mak aih.." gumam Fie.
Lama Mal mendiamkan dirinya begitu juga Fie. Sesekali Mal sengaja bersiul dan mengerling Fie..! Dia perasan muka Fie asyik merah ja dari tadi.
Perfume yang dipakai oleh Mal membuatkan Fie menggigit bibirnya. Arghhh...kenapa la WANGI SANGAT ni...!
Mal ternampak kereta mamanya yang baru sampai. Sebelum Mal bangun dari tempat duduknya, Mal mengambil bukunya dan tangannya mula mencari sesuatu.
"Alamak..!!! habis hilang...awak ambik ea..?" tanya Mal sambil memandang Fie.
"Ehh..er....ambik apa..?" Fie memandang pelik.
"Hati saya..." Mal bangun dari tempat duduknya dan berjalan perlahan meninggalkan Fie.
Merah menyala terus muka Fie dibuatnya..! Fie menggigit bibirnya dengan kuat..! MALUNYA.....!
"Apa yang aku dengaq ni..ya Allah..mana aku nak sorok muka aku.." gumam Fie.
"Ish...jangan Fie..! dia bukan suka hang pun..dia pun sama ja macam orang lain saja nak usik hang.." bisik hati Fie.
"Ehh..tapi aku rasa dia suka hang la Fie..!" bisik hatinya lagi.
"Ehh tak la aku rasa tak.....yaa dia suka hang......ehh tak la suka apanya macam tu.." Fie memegang kepalanya, PENING..!
Fie hilang keyakinan kerana saiz badannya yang kecil, memang ada orang yang sukakan Fie pun ramai jugak, tapi Fie sendiri yang tidak percaya. Semuanya dianggap hanya ingin mengusiknya.
Nurul dan Zana berhenti berbual apabila mereka berdua ternampak seorang lelaki yang baru beredar dari pondok rehat itu. Mereka berdua saling berpandangan kemudian mereka berlari anak menuju ke arah Fie.
"ya Allah Nurul dengan Zana dah mai..mampus aku..gulpp..!" Fie menelan air liurnya.
"Fie..sapa tu..?" tanya Nurul.
"Taktau mana lah kenai..punya banyak tempat kosong....dekat depan aku jugak dia nak duduk..!" Fie berpura pura marah.
"Dari jauh nampak macam handsome.." senyum Zana sambil melihat Mal menaiki kereta mamanya.
"Tulah..kita lambat sangat tidak dah boleh tengok muka dia tadi..hmmm" celah Nurul.
Dari tadi mereka asyik melihat Mal kemudian mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah Fie.
"Handsome ka dia Fie..?" serentak Nurul dan Zana tanya.
"Ehh..muka hang merah kenapa...dia ganggu hang ka..?" Zana baru perasan.
"Er...dak aih..Aa..aku kan memang pemalu..!" teragak agak Fie menjawab.
"Dah dia duduk depan aku, malu la aku pun..alah macam la hampa tak kenai aku.." sambung Fie.
Nurul dan Zana hanya memandang Fie dan mendiamkan diri.
"Dah la jom..satgi nak pi kedai Pak Halim lagi lah..nak tunggu bas lagi lah.." ajak Fie.
Nurul dan Zana mengikuti langkah Fie menuju ke kelas mereka.
-
"Zana haritu renda putih tu ada lebih lagi kan..?" tanya Fie.
"Hmmmm mana cukup ada pun pendek..kena beli lain.." ujar Zana.
"Ohh..ok..Nurul dah siap semua ka dekat belakang tu..? dok nganga ja pasaipa..?" Fie memandang Nurul.
"Siap dah aih..dok tunggu hampa dua la.." balas Nurul.
"Laa..tunggu buat apa..? mai la tolong kami ni aduhai.." Zana menepuk dahinya.
"Ka..hang teringat dekat mamat handsome tadi tu.." sambung Zana.
"Ahaha hang macam tau tau ja..handsome noh..kita cari dia sampai jumpa nak..?" cadang Nurul.
Fie tersentak dan berpura pura tidak mendengar.
"Hmmm..takpa lah dia bukan jodoh aku pun..yang nak sedih sangat kenapa.." gumam Fie, tiba tiba sahaja air matanya berlinang kerana memikirkan perkara yang tidak baik akan berlaku jika mereka sudah menjumpai lelaki itu.
"Fie..pen hang kan ni..?" tanya Zana sambil menghulurkan pen itu.
"Ehh..hang kenapa ni..?" terkejut Zana apabila melihat muka Fie, macam nak nangis.
"Ahaha ni....mata aku...masuk habuk lah.." Fie berpura pura ceria.
"Oh....terkejut aku tiba tiba ja.." Zana mengeluh perlahan.
-
Seperti yang dijanjikan, mereka bertiga singgah makan di restoran Pak Halim sebelum pulang menaiki bas awam.
Apa yang dimimpi oleh Fie ternyata ianya benar..! Pak Halim memberi mereka makan secara percuma. Mereka bertiga ketawa seronok apabila teringatkan cerita Fie mengenai mimpinya semalam.
"Betoi dak apa aku cakap AHAHAH.." ketawa Fie.
"Fie..tolong mimpi aku jumpa dengan lelaki tadi..mana la tau kot jadi kenyataan AHAHA" ketawa Nurul.
Terus sahaja Fie berhenti ketawa. Riak muka Fie yang ceria bertukar menjadi lain.
"Pastu kan..aku nak dalam mimpi tu....lepas aku jumpa dia..dia suka aku and aku pun suka dia.." sambung Nurul kemudian dia senyum seronok.
"Eh...mana aci...hang sorang ja habis aku ni nak lempaq mana..?" tanya Zana.
"Hang jadi pembatu rumah aku ja nanti nak..?" cadang Nurul.
"Alahai..banyak cantik muka hang...!" marah Zana.
Fie yang dari tadi mendiamkan dirinya, menjeling tajam tanpa mereka sedar. Terbit satu perasaan menyampah apabila melihat mereka berdua berbual tentang lelaki itu.
Share this novel