Chapter 14- Mana jawapannya?

Romance Completed 8293

Sewaktu Reen mengemas buku buku di rak perpustakaan, Reen menjumpai surat yang dilipat kemas terselit di celahan buku buku itu kemudian Reen terus mengambilnya.

Reen tersentak apabila melihat nama rakan baiknya 'Nur Isyafiyana' ditulis pada hadapan surat itu.

"Buatpa tu...?" tegur Cikgu Hanani yang baru masuk ke perpustakaan itu.

"Eh..! er...ni tengah kemas buku..." terkejut Reen dibuatnya. Reen berpura pura ceria.

"Oh...rajinnya..tak suruh pun, kamu buat...ada apa apa ka...nak bodek cikgu ni..?" Cikgu Hanani ketawa kecil.

"Ahahah...ya saya nak bodek cikgu la ni... cikgu yang cantik lagi jelita...boleh dak cikgu belanja saya makan lagi..." gurau Reen.

"Banyak cantik...! kamu la pulak belanja cikgu makan.." ketawa Cikgu Hanani.

Reen juga ikut ketawa kemudian cepat cepat Reen masukkan surat tadi ke dalam poket bajunya.

"Benda apa tu..?" tanya Cikgu Hanani apabila ternampak Reen memasukkan sesuatu ke dalam poket bajunya.

"Er...ha... dompet saya...saja laa nak kira pulus ada berapa..boleh belanja cikgu makan.." sengih Reen.

"Ish..kamu ni cikgu melawak ja kan.." Cikgu Hanani menggelengkan kepalanya.

Reen mengeluh perlahan. Fuhh selamat !

"Reen..cikgu nak keluar ni..kamu pun dah nak pi rehat kan...satgi Zana mai suruh dia jaga depan ni ok.." pesan Cikgu Hanani.

Reen menganggukkan kepalanya.

Selepas Cikgu Hanani keluar dari perpustakaan Fie mula melihat sekelilingnya untuk memastikan tiada siapa yang berada di situ kemudian perlahan lahan Fie masuk ke dalam.

Fie mula mencari surat di celahan buku buku yang berada di rak nombor 3 seperti yang ditulis dalam 'surat cinta' yang sudah dibacanya.

"Ehem..buatpa tu..?" tanya Reen.

"Oii...mak hang pelanting..!!" melatah Fie lalu dia menoleh ke arah Reen. Terkejut beruk Fie dibuatnya.

Reen ketawakan Fie sambil menunjukkan surat yang berada di tangannya.

"Hang cari ni kan Fie..?" Reen mengangkat keningnya.

Terus Fie bangun dan merampas 'surat cinta' yang dipegang oleh Reen itu.

"Aik...tak pernah pernah berahsia dengan aku pun....?" perli Reen.

"Bukan masa dia lagi lah nak bagitau hang..." Fie mengerling jam di dinding. Zana akan tiba tak lama lagi.

"Bagitau la...sapa tu...anak aunty Maria ka..?" Reen senyum seronok.

"Anak aunty Maria...? sapa tu...?" tanya Zana yang baru muncul.

Terangkat bahu Fie dan Reen terkejut mendengar suara Zana.

Belum sempat Reen membuka mulutnya Fie mencelah.

"Ahahahaha..anak aunty Maria tu anak kawan ibu aku la...hang bukan kenai pun..Nurul pun tak kenai...dia pernah jumpa Reen sorang ja kan Reen kan..." Fie berpura pura ketawa lalu Fie memandang Reen.

"Er...ya....ahahahahaha tu la kan...lama aku tak tengok dia.." Reen juga berpura pura ketawa.

Zana hanya mendiamkan dirinya lalu dia mengambil buku buku yang berada di atas meja Cikgu Hanani tadi dan menyimpan semula di tempatnya.

Fie mengikuti Reen keluar dari perpustakaan, kemudian mereka berdua berjalan bersama untuk pergi ke kantin.

"Reen..hang rasa dia nampak and dengaq ka..?" tanya Fie.

"Mana la aku tau..mata aku ada dua ja Fie oi..." Reen memberi segaris senyuman..

"Ish...! hang la ni...kalau hang tak hingaq tadi Zana takkan dengaq tau..." bebel Fie.

"Eh..tolong sikit sapa suruh hang tak cerita dekat aku..kalau hang cerita benda ni takkan jadi.." Reen menjeling.

"Zana diam ja tadi...aku takut la Reen.." Fie berjalan menunduk.

"Benda apa yang hang takut sangat ni Fie..? aku tak faham la.." Reen menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haish...pasai surat tula...tu 'surat cinta'.." balas Fie.

Melopong Reen dibuatnya. Reen menghentikan langkahnya dan memandang Fie.

"Jadi betoi la...anak aunty Maria yang bagi..?" teka Reen.

"Apa hang ni...! suka suka nak petik anak orang.." Fie menjeling.

"Lah..habistu....sapa lagi kalau bukan anak aunty Maria tu...dia ja kan yang aku nampak ada perasaan dekat hang...dah la handsome...untungnya hang..!" Reen ketawa kecil.

"Tapi kan aku tak pernah nampak dia pun..hang kata dia form 4..." sambung Reen.

"Reen..tolong jangan merepek boleh..? aku kecik macam ni mustahil orang ada perasaan dekat aku..jangan buat lawak ok..! and lagi satu bukan dia yang bagi ok..!" bebel Fie.

"Yalah...macam mana nak jumpa..dia pakai facemask tau..rupa rupanya dia satu kelas dengan Zira...patut la orang ramai tak kenai dia..aku baru teringat yang dia tu baru pindah sini ibu aku cerita.." sambung Fie.

Fie menarik nafasnya lalu menghembus perlahan.

"Abaikan anak aunty Maria tu sat boleh..? yang jadi masalahnya sekarang ni...orang yang bagi surat tu pun aku taktau sapa..pening" Fie memegang kepalanya.

"Lah..pening pulak dah..macam macam la hang Fie..takkan taktau kot sapa yang bagi..? habis yang hang boleh mai perpustakaan tadi cari surat tu tau dari mana pulak..?" Reen mengerutkan dahinya.

"Haish banyak tanya pulak hang ni...nanti balik rumah aku cerita semua..buatnya Zana ka Nurul tetiba muncul mampus aku..!" ketawa Fie apabila teringatkan sewaktu di perpustakaan tadi.

Tiba tiba satu suara datang dari arah belakang mereka.

"Budak kecik duduk tepi sikit boleh..? nak sembang pun..jangan la sembang tengah tengah jalan orang nak lalu.." tegur Amin rakan sekelas Fie.

"Eh...hidung rupanya...hai hidung..." usik Izzuddin sambil melihat Reen.

"Ahahaha..hang panggil kat dia hidung...? kejam sangat hang ni.." ketawa Amin.

Izuddin juga ikut ketawa kemudian mereka berdua berlalu pergi.

"Tak guna punya Pakdin..! nak ja aku buka stoking aku tonyoh dekat muka dia..macam yang aku pernah buat dekat hang dulu Fie ingat dak..?" Reen memandang Fie.

"Ahahahahah ingat sangat...sebab kita dua gadoh kan masa tu...ahahaha lawak la..." ketawa Fie.

"Hah...kan.... Pakdin tu belum merasa lagi stoking aku..." Reen senyum sinis.

"Ish dah la.......Pakdin tu suka ganggu hang sebab dia suka dekat hang la...anak mamak kan...sapa takmau hidung mancung..? Nurul pun hidung mancung jugak...tapi dia tak ganggu Nurul..sebab dekat mata dia, dia hanya nampak hang sorang ja...ahahaha" ketawa Fie lagi.

Reen menjeling tajam kemudian Fie melarikan diri dari Reen kerana Reen ingin memicit hidung kecil Fie.

-

Perlahan lahan Fie menutup pintu biliknya kemudian Fie mengambil 'surat cinta' itu di dalam beg sekolahnya.

Apabila Fie hendak membuka lipatan 'surat cinta' itu Fie tercium bau seperti bau perfume yang pernah Fie bau sebelum ini.

"Kenapa bau ni macam bau perfume anak aunty Maria ea...? sebelum ni dapat surat takdak pulak bau macam ni...hmmmm ya tak ya jugak bukannya dia sorang ja yang beli kan..." fikir Fie.

Fie menggelengkan kepalanya. Kenapa anak aunty Maria tu selalu muncul dalam kepala otak sampaikan duduk rumah pun asyik asyik teringat anak aunty Maria !

Fie menghembuskan nafasnya dan mula membaca surat itu.

'Jika di akhir cerita memang bukan awak yang Tuhan tunjukkan untuk saya, paling tidak awak adalah masa masa yang tak akan pernah saya sesali dalam menjalaninya...'

Fie mengerutkan dahinya.

"Masa masa....? er....tak mungkin dia ni orang yang pernah aku jumpa...pelik...tapi sapa...Idham ka..? Ish takkan kot...ka anak aunty Maria..? Ish apa ni...tolong lupakan dia Fie...!" Fie menampar pipinya sendiri.

Kemudian Fie sambung membacanya semula.

'Jika Tuhan sudah menetapkan sesuatu untuk menjadi milik kita, ia tetap akan menjadi milik kita. Waktunya mungkin berbeza, bahkan jalan ceritanya juga berbeza. Yang pastinya, destinasi takdir itu pasti sama...'

"Eh...? setakat tu ja ka..? dah takmau bagi surat dah ka...? hmmmmm" Fie mengeluh perlahan.

"Haritu cakap aku akan dapat jawapan yang aku cari selama ni..mana jawapannya..?langsung aku tak faham..." bebel Fie.

"Kalau yang bagi surat ni bukan Putera Ikhmal...habis tu...jawapan apa lagi yang dimaksudkan dia..kalau bukan pasai tali kasut si budak yang perasan putera katak tu...! jawapan tu ja yang aku cari selama ni...huh...!!" bebel Fie lagi.

Fie melipat kembali 'surat cinta' itu dan menyimpan di dalam beg sekolahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience