Chapter 3- Jadi polis pun comel

Romance Completed 8293

Semua pelajar beruniform kadet pada hari Rabu. Fie dan Nurul beruniform kadet polis manakala Zana dan Reen pula beruniform pengakap.

Fie sedang berlatih kawad kaki sambil sambil mengajar pelajar lain juga berkawad. Hari Rabu adalah hari yang ditunggu tunggu oleh Mal kerana Fie kelihatan sangat comel dengan uniform kadet polisnya.

"Squad...! senang diri!" suara Fie lantang memberikan arahan.

"Squad....! Squad sedia!"sambung Fie.

Bukannya Mal sahaja yang curi curi pandang Fie, begitu juga dengan yang lain. Mereka seakan akan tertarik untuk tengok Fie mengajar orang berkawad dia nampak sangat comel dan menarik! mungkin sebab uniform polisnya?

Selesai sahaja kawad kaki, Fie kepenatan lalu dia menuju kearah tebing yang diduduki Mal. Fie juga tidak menyedari yang Mal juga berada di situ. Kasutnya yang berbunyi 'zapp zapp' membuatkan ramai mata tetumpu ke arahnya. Fie menahan malu, mukanya mula menjadi merah. Seram sejuk sahaja dia apabila diperhatikan.

Fie duduk seorang diri di tebing dan Mal pula duduk bersebelahan Irfan. Mereka berdua duduk berjarak dari Fie sebab itu Fie tidak perasan. Mal simpan senyum. Sememangnya dia sangat suka melihat Fie ketika malu. Idham yang berada di situ juga datang menghampiri Fie.

"Perghhhh Nur Isyafiyana... polis ka ni...? polis kecik ahaha budak hot kat fb ni...." perli Idham. Dia memang suka panggil Fie dengan nama Fac Fie.

Fie mengerling Idham. "Hang yang budak hot!" balas Fie.

Mal yang dari tadi memasang telinga terus tersentak. Budak hot? Dia memang tak tahu sangat tentang Fie, lagipun Mal baru 3 bulan pindah dan bersekolah di situ.

-

Sebelum guru memasuki kelas, Fie sambung membuat kerja sekolahnya di dalam kelas. Alangkah terkejutnya dia apabila disergah di tepi pintu. Fie duduk di bahagian depan betul betul tepi pintu masuk.

"Haiiiiiiiiii...Isyafiyana si budak kecik....! " lelaki itu menyua mukanya sambil sengih di hadapan meja Fie. Memang selalu macam tu setiap kali Fie beruniform kadet polis mesti dia diganggu oleh lelaki itu apabila lelaki itu lalu di sebelah kelasnya setelah selesai waktu rehat. Lelaki itu bukan lah sekelas dengannya, dia kelas belakang Fie.

Fie hanya mengukirkan senyuman. terkejut juga, cuma kali ni dia tidak melatah sebab setiap hari Rabu memang dia akan di sergah macam tu. Hihihi macam macam kan?

Mal memikirkan perbualan Fie dengan Idham awal pagi tadi.

"Budak hot? fb dia nama apa taktau hmmm" gumam Mal.

"Hang oke dak? dok pikiaq apa tu?" tanya Irfan rakan sekelas Mal.

"Hang kenai Fieya? yang kecik kecik tu....." tanpa menjawab Mal mula bertanya.

"Tak mungkin kalau dia tak kenai....budak hot kat Fac kot..." fikir Mal.

"Dakpun....sapa tu? budak kelas mana?" Irfan mengangkat kening. Haish lain macam kawan aku ni, baru pindah ja takkan dah sangkut kot.

Zira yang terdengar nama Fie terus sahaja mendekati Mal dan Irfan.

"Haiihhh hampa dua ni pandai nooo....dah kenapa sebut sebut nama kawan aku tu....?" Zira mula menyampuk perbualan mereka.

Mal tersentak, lah kawan Zira rupanya, lagi senang laaaa nak harapkan si Irfan tu budak hot kat Fac pun tak kenal. Mal simpan senyum.

Setelah diberitahu Irfan, Zira terus memberitahu nama Fac Fie.

"Hang chat la dia sendiri, tapi jangan bagitau kata aku yang bagi fb dia dekat hang tau..?" pesan Zira.

Mal hanya mengukirkan senyuman kepada Zira.

-

Fie, Nurul dan Zana berjalan menuju ke kelas Reen.

"Reen, hang balik naik bas kan harini?" tanya Fie.

Reen menganggukkan kepalanya.

"Reen harini hang nak online fb dak?" Fie mengukirkan senyuman kepada Reen ada sesuatu yang ingin dirahsiakan daripada Nurul dan Zana.

"Taktau lagi, lepas siap kerja sekolah kot" Reen juga mengetahui mesti ada sesuatu yang ingin diceritakan kepadanya. Mereka berdua sering bercerita apa sahaja yang berlaku tak kiralah tentang crush atau apa apa pasti akan diceritakan di messenger Fac. Hanya mereka berdua sahaja mengetahui rahsia masing masing.

Mereka berempat keluar dari pintu pagar sekolah dan sambung berjalan untuk pergi ke sekolah rendah cina sehinggalah tiba di sebelah kedai kek.

"Fuhhh...lapaqnyaaa aku kalau nampak kedai kek ni mesti lapaq, nak beli boleh..?" sengih Fie. Fie sangat menggemari kek, seminggu sekali dia pasti akan singgah di kedai kek untuk membelinya.

"Tak habaq pun dah tau.." perli Nurul dan Zana.

"Aku nak jugak lah..takut terlioq tengok hang makan sorang sorang ahahahah" ketawa Reen.

Nurul dan Zana hanya menggelengkan kepala mereka. Nurul dan Zana juga mengikuti mereka masuk ke dalam kedai, bukan nak beli pun saja nak rasa sejuk aircond hihihi kan panas jalan jauh jauh.

Mereka berempat menunggu bas di hadapan sekolah rendah cina. Fie dan Reen menikmati kek yang dibeli mereka tadi.

"Malasnyaaa nak buat kerja sekolah satgi, rasa macam nak tidoq ja satgi.." Zana menongkat dagunya lalu dia mengeluh.

Kasihan Zana, rumah dia agak jauh terpaksa berjalan kaki lagi sekali jika sudah sampai di kampungnya. Kalau bernasib baik orang kampung akan tumpangkan Zana jika ternampak Zana berjalan kaki.

Manakala Fie, Reen dan Nurul pula, mereka bertiga duduk satu taman yang sama. Kadang kadang sahaja Reen akan balik menaiki bas awam.

"Esok jangan lupa bawak nasi lemak dekat aku tau Reen..." pesan Nurul.

"Aku pun nak jugak.. macam besa nasi lemak ayam.." Fie mencelah.

"Hang takmau ka Zana?" soal Reen.

"Emm...takpayah la takut ayah aku bawak beli nasi lemak esok pagi.." balas Zana. Sewaktu pergi sekolah ayahnya akan hantar cuma balik sahaja dia akan menaiki bas awam.

"Mesti ada apa apa kan nak story dekat aku? sebab hang tanya aku tadi, aku online fb ka dak harini?" bisik Reen perlahan.

"Yes...dah laaa balik satgi aku story..nanti depa dua dengaq pulak..." Fie juga berbisik perlahan.

Fie menoleh ke arah Nurul dan Zana. Nurul dan Zana hanya mendiamkan diri mereka dan memandang ke arah lain.

"Fuhh...nasib tak perasan, malu pulak bila teringat pasai lelaki tu..harini aku tak nampak pulak dia..betul laa kot mesti dia budak form 5.." fikir Fie.

"Ehhh! Fie...tu bukan ka Pakdin?" beritahu Reen sambil mengangkat bukunya lalu tergesa gesa menutup mukanya dengan buku. Dia ternampak Izzudin berjalan menuju ke sekolah rendah cina untuk menunggu bas awam juga.

"Arghhhh..janganlaaa dia nampak aku..malu tauu dia suka panggil aku hidung.." sambung Reen.

Fie hanya ketawa kecil melihat Reen yang macam orang tak betul bila dia gelabah bewak.

"Haiii hidungg...balik naik bas awam jugak ka harini?" sindir Izzudin.

Reen menjeling tajam, geram !

Fie, Nurul dan Zana juga ketawa perlahan takut Reen terasa hati pula pada mereka. Nak buat macam mana benda lawak mesti la nak tergelak hihi

"Takpa...hidung mancung pun, hang comel sebab tu dia kacau hang.." Fie mengukirkan senyuman.

Reen mendiamkan diri dan menjeling tajam ke arah Izzudin yang sudah pun berlalu pergi. Menyampah !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience