Fie bangun dari tempat tidurnya dan mencapai tualanya. Disebabkan dia tidak boleh solat harini, Fie hanya mandi sahaja.
Selesai sahaja Fie membersihkan dirinya. Fie ternampak satu nota kecil ditampal pada pintu almari pakaiannya.
'Happy Birthday Sayang Ibu.. Satu satunya anak perempuan yang ibu ada..Ibu ada belikan dress untuk adik..adik pakai ya..'
Fie terasa sebak setelah membaca nota dari ibunya. Selepas permegian arwah ayahnya, ibu lah seorang ayah ibu lah seorang ibu dan jugalah seorang kakak buat dirinya.
Dulu setiap kali hari lahir Fie tiba, yang selalu belikan dress untuknya ialah arwah ayahnya tetapi sekarang ibunya pula yang menggantikan kebaikan arwah ayahnya.
Tanpa sedar air mata Fie mula membasahi pipi apabila teringatkan arwah ayahnya. Fie membuka pintu almarinya dan melihat dress berwarna biru muda yang disangkut oleh ibunya lalu Fie mengambilnya perlahan.
Setelah Fie memakai dress itu Fie melihat dirinya di cermin. Air matanya mengalir sekali lagi membasahi pipi.
"Terima kasih ibu...terima kasih ayah..beruntung adik jadi anak ibu ayah..adik sayang ibu...adik sayang ayah..miss you ayah...." gumam Fie.
-
Ibu Fie melihat abang Fie yang sedang memakai kasut untuk keluar.
"Hmm bertuah la budak ni nak tolong aku lama lama..takdan nak panas punggung dah nak keluaq.." bebel ibu Fie.
Abang Fie menoleh ke arah ibunya dan hanya menayangkan giginya.
"Hang pi panggil adik hang..siap dakgi..kawan kawan ibu nak mai dah ni.." suruh ibu Fie.
Abang Fie menganggukkan kepala lalu dia membuka kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah semula.
Tupp!! Tupp!! Tupp!! Abang Fie mengetuk pintu Fie, kuat! Fie membuka pintunya dan memandang tajam.
"Ish along ni..kalau ketuk pintu bilik adik..tak sah kalau tak kuat..! silap silap boleh runtuh rumah ni nanti.." marah Fie.
"Hang la lambat sangat bersiap..ibu dok marah hang tu..LAMBAT.." beritahu abangnya.
"Bohong..! Ibu marah hang kan along? sebab tu hang nak cari pasai dengan adik.." Fie mengangkat kening.
"Tak percaya pi la kat ibu.." ujar abangnya. Abangnya berlalu pergi tinggalkan Fie.
Fie mengeluh perlahan.
"Nak tipu pun agak agak lah..harini kan hari lahir aku, takkan ibu nak marah aku kot.." gumam Fie.
Fie keluar dari biliknya dan mendekati ibunya. Teragak agak Fie ingin menegur ibunya, manalah tahu kalau betul ibu marahkannya. Yelah, Fie dah siap lama..cuma dia sakit perut kerana senggugut sebab tu dia tak dapat nak bantu ibunya.
"Er....ib..bu......dah siap ka? sorry adik senggugut tadi.." tanya Fie teragak agak.
"Dah..takpa aih..ibu pun tau hang mai bulan kan harini..selalu kan hang senggugut sebab tu ibu suruh abang hang yang tolong ibu tadi, tengoklah elok siap ja semua dan dan dia keluaq.." bebel ibu Fie.
"Oke dak tu..suka?" ibunya mengalihkan pandangan ke arah baju Fie.
"Suka.......suka sangat sangat.. terima kasih ibu..cantik sangat..adik sayang ibu.." Fie memberi segaris senyuman lalu memeluk ibunya.
"Hah..! Tu..kawan ibu sampai dah.." beritahu Ibu Fie. Fie melepaskan pelukan dan ibunya mula berjalan seorang diri ke arah pintu pagar untuk membukanya.
"Assalamualaikum.." mama Mal memberi salam sambil matanya melilau mencari kelibat Fie.
"Waalaikumussalam.. masuklah Isya ada kat dalam" jemput ibu Fie. Kesemua rakan baik ibunya akan memanggil Fie dengan gelaran Isya.
"Sorang ja..? Hang kata nak bawak anak teruna hang..dah besar panjang sebaya Isya pun aku tak pernah tengok dia lagi.." tanya ibu Fie.
"Hahaha..hang ni macam tak sabaq sabaq dah nak tengok anak teruna aku yang handsome tu.." mama Mal ketawa perlahan.
Sejak Mal berumur 7 tahun lagi, bapa saudaranya mengambil Mal tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur selepas penceraian mama papanya. Jika mama Mal ingin berjumpa anaknya sahaja, mamanya akan pergi ke sana. Tetapi sekarang, mama Mal membawa anaknya pulang semula ke Kedah kerana bapanya saudaranya sudah pun meninggal.
"Aku mai dengan anak aku lani.. satgi dia masuk..mana anak dara hang? mesti cantik kan.." mama Mal senyum seronok.
"Sat naa..ada orang mai lagi tu..satgi aku layan hang.." Ibu Fie memuncungkan mulutnya ke arah tetamu yang baru hadir lalu dia meninggalkan mama Mal.
"Haii.. aunty Maria.." sapa Fie kepada mama Mal.
"ya Allah cantiknya hang Isya..!" terkejut mama Mal melihat kecantikan Fie.
"Hehe..ibu yang belikan..Isya pun suka sangat dengan dress ni..pandai ibu pilih.." Fie mengukir senyuman manis.
Mama Mal juga senyum teruja melihat Fie.
Mal keluar dari keretanya dan memegang teddy bear besar yang dibeli oleh mamanya. Mal mula berjalan dan melihat keadaan sekeliling rumah itu. Mal tersentak, dia baru perasan semuanya berwarna putih! Termasuk tetamu yang hadir! hanya dia seorang sahaja memakai kemeja berwarna biru muda sambil memegang teddy bear besar yang juga berwarna biru muda!
Mal teringatkan apa yang dipesan oleh mamanya semalam.
"Oh ya tak ya! mama pun pakai baju putih kan tadi..? arghhh...mama ni...! memang saja nak kenakan aku.." Mal menepuk dahinya dan kemudian dia menuju ke arah pintu rumah tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhatinya.
Mama Mal menarik lengan Fie dan memberi isyarat agar Fie mengikutnya kerana dia ternampak Mal yang sudah pun datang membawa teddy bear besar.
Fie hanya menuruti sahaja tanpa mengetahui apa apa.
"Mama...apa ni...!" marah Mal perlahan kemudian matanya tertumpu ke arah Fie.
Muka Fie merah! Dan Mal memerhatikan baju Fie yang berwarna biru muda sama sepertinya!
"Mal..cepatlaa..tunggu apa lagi.." mamanya memberi isyarat. Kemudian mamanya berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Er..........Happy Birthday..?!" Mal memberikan segaris senyuman dan menghalakan teddy bear besar ke arah Fie sambil mata Mal tertutup rapat kerana malu. Entah betul ke tidak birthday Fie hentam sajalah Labu.
Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua. Fie rasa macam nak pengsan!, perlu ke dia pengsan sekarang?
"Apa dia buat kat sini..macam mana dia tahu harini birthday aku..dan kenapa baju kami sama colour..?!" gumam Fie.
Fie menelan air liurnya, dia teragak agak untuk mengambil teddy bear di tangan Mal. Kalau dia tak ambil nanti orang lain cakap apa pulak kan?
Mal cuba membuka sebelah matanya untuk melihat Fie. Akhirnya Fie mengambil juga, jadi betul lah harini birthday Fie. Mal menghembus nafas lega. Bukan apa, buat malu dia je kalau Fie tak mahu ambil teddy bear besar tu, nanti orang cakap harapkan muka je handsome tapi kena riject.
Orang ramai mula memberikan tepukan buat mereka berdua. Fie cuba berselindung muka disebalik teddy bear yang besar itu kerana dia mengetahui sudah tentu mukanya merah. Mal hanya mengukirkan senyuman untuk orang ramai dan sesekali Mal mengerling Fie.
"Mama aku ni bukan nak surprise kan dia, tapi aku..!" gumam Mal. Mal simpan senyum.
Fie cuba tenangkan dirinya disebalik teddy bear yang besar itu. Fie menarik nafas dan menghembuskan nafas perlahan lahan.
"Taknak jemput saya masuk..?" tanya Mal.
Fie memandang Mal hanya dengan sebelah matanya sahaja. Sebelah matanya lagi masih berselindung di sebalik teddy bear itu.
"Masuk arr..." bisik Fie perlahan.
"Apa..? tak dengar..?" Mal merapatkan telinganya di hadapan Fie.
"Ma...ma..masuk la.." teragak agak Fie bercakap. Mukanya merah semula. Sempat lagi Fie tercium satu bau yang sangat wangi dari Mal.
Mal senyum seronok melihat Fie yang masih lagi berselindung di sebalik teddy bear yang besar itu.
"Hahaha..kenapa laa comel sangat si kecik ni.." gumam Mal.
Mama Mal mengambil gambar Mal bersama Fie. Disebabkan dipaksa oleh mama Mal, Fie terpaksa menuruti kehendak mama Mal juga.
"Alololo..comelnyaa pasangan kekasih ni..SEPADAN..!" mama Mal senyum seronok melihat gambar mereka berdua.
"Gulpp! sejak bila pulak aku jadi kekasih.......dia? aku betul betul tak faham.." gumam Fie. Fie menelan air liurnya lagi.
"Isya...aunty Maria dah upload dekat Fac, aunty suka gila dengan gambar ni sweet sangat..." beritahu mama Mal lalu mama Mal meninggalkan mereka berdua.
Melopong Fie dibuatnya.
"Awak....jangan ambik hati dengan mama saya..? dia memang macamtu..tapi ok apa.....dia nak tunjuk dekat orang bakal menantu dia.." bisik Mal perlahan.
Fie memandang Mal dengan mukanya yang merah menyala lalu dia memijak kaki Mal.
"Arghhhh..!!" jerit Mal perlahan.
"Wow...bukan setakat kecik je ni, garang pun ada jugak ye.." bisik Mal lagi.
Fie tidak dapat menahan malunya lagi lalu dia berlari anak meninggalkan Mal. Mal simpan senyum dan hanya memandang Fie. Cantiknya dia dengan dress tu nampak lain sangat!
Fie tergesa gesa masuk ke dalam tandas, selepas menutup pintu terus sahaja Fie menghentakkan kedua dua kakinya lalu Fie menekup mulutnya.
"Eeeeeee....!! kenapa...kenapa...dan kenapa...?!!!!" jerit Fie perlahan.
Fie menghembuskan nafasnya dan memejamkan mata. Fie cuba menenangkan dirinya seketika di dalam tandas.
Share this novel