Chapter 13- Kenapa pakai facemask?

Romance Completed 8293

Fie, Nurul dan Zana berjalan bersama menuju ke arah dewan untuk berlatih koir. Sewaktu mereka berjalan di tapak perhimpunan Fie ternampak dua orang lelaki memakai facemask yang sedang berjalan untuk pulang.

Fie mengecilkan matanya dan melihat dengan lebih teliti ke arah dua orang lelaki itu.

"Kenapa aku rasa macam kenal..? Eh..! yang sorang tu bukan ka anak aunty Maria..? kenapa dia pakai facemask..? peliknya..." gumam Fie.

"Fie...kenapa..? lekaih la..." panggil Zana apabila melihat Fie berhenti berjalan.

"Eh ya..ya.." balas Fie.

"Hang tengok apa..?" tanya Nurul.

"Er......takdak apa pun..aku ingatkan tertinggal barang dekat kelas.." Fie memberi segaris senyuman.

"Fie...nanti kalau dah jumpa lelaki yang jalan dengan hang pagi haritu bagitau kami ok..kami pun nak tengok jugak..mana aci jadi time kami dua takdak.." pesan Nurul.

"Ish..apa ni..aku tak kenal la dia sapa..bukan ada urusan penting pun..cuma bagi duit baki ja dekat dia.." Fie berpura pura ketawa.

"Tapi ada orang bagitau kami..yang tu boyfriend hang betoi ka...? takpayah la nak sorok sorok dari kami..." sindir Zana.

"Haish....takdak apa nak sorok dari hampa la..macam la hampa taktau..orang nak ka dekat aku yang kecik macam ni ha..." marah Fie.

"Sebab tula kami nak tengok sapa dia..nak pastikan yang dia tu ada perasaan ka dak dekat hang...boleh ja dia nak tunggu hang dekat mana mana dulu kan...ni sampai nak kena ikut hang pi kantin sekali..." celah Nurul pula.

"Ikut hampa dua la...macam mana pun..malas nak ingat.." Fie mengeluh tanpa disedari oleh mereka. Menyampah kan ?

-

Tangan Fie yang lembut membuatkan ramai yang terpegun dengan kelembutan tangannya ketika menjadi konduktor koir.

"Best la tengok tangan hang Fieya..." tegur Iejah.

"Isyafiyana..kami paling suka part hang tepuk tangan lepas tu kira satu dua tiga tu..yang tu best...!" ujar mereka.

"Ahaha..apa la hampa ni...macam macam.." ketawa Fie.

Cikgu Suraya menghampiri mereka dan menepuk tangannya di hadapan mereka kerana berpuas hati.

"Syabas semua..! Cikgu nak semua buatkan yang terbaik nanti ya..cuma satu ja cikgu kurang berkenan...kenapa Nurul and Zana nampak tak seronok ja macam orang lain..? kamu berdua ada masalah ke..?" tanya Cikgu Suraya.

Tiba tiba Iejah mendekati Fie dan berbisik perlahan.

"Selalu orang yang paling rapat dengan kita la lebih banyak iri hati dengan kita berbanding dengan orang lain..hang kena hati hati na.." pesan Iejah.

Fie hanya mengangguk perlahan dan mengukirkan senyuman manis.

"Depa period kot cikgu..." gurau Wani ketua kelas Fie.

"Ada ada jelah Wani ni...lepas ni cikgu nak Nurul dengan Zana cuba ubah ye..cikgu nak kamu semua happy je jangan campurkan masalah peribadi dengan apa yang kamu tengah buat sekarang ni..." nasihat Cikgu Suraya.

"Faham semua..?" Cikgu Suraya mengangkat keningnya.

"Faham cikgu..!" jawab semua.

"Wani..nanti sebelum balik jangan lupa ya bagi kain batik yang cikgu bawak tadi tu..bagi kat depa.." pesan Cikgu Suraya.

"Haa..ok tapi nak buatpa tu..?" tanya Wani.

"Nak pakai la nak buatpa lagi...nanti hari persembahan cikgu nak semua pakai kain batik tu.." Cikgu Suraya memberi segaris senyuman.

Wani mengangguk perlahan. Kemudian mereka sambung berlatih.

-

Disebabkan semua sudah kepenatan, Cikgu Suraya membenarkan mereka untuk berehat seketika.

Fie mengajak Zira keluar dari dewan itu supaya jauh dari orang lain. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di luar dewan.

"Zira...tolong la bagitau aku sapa yang bagi surat tu dekat hang please...." rayu Fie.

Zira hanya menggelengkan kepalanya dan mengeluh perlahan.

"Cakap la Zira..kenapa diam ni.." Fie merayu lagi sekali.

"Haish...hang nak aku jawab apa lagi....? kot mana pun...benda yang sama jugak aku akan jawab....sebelum ni orang bagi surat tak dak pulak hang beria nak tau sapa yang bagi..semua surat yang hang dapat dulu...semuanya hang buang dalam tong sampah kan..?" sindir Zira.

"Kenapa sekarang tiba tiba ja....nak tau sangat ni...dah mula jatuh cinta ka..?" Zira mengangkat keningnya.

Terus Fie menoleh ke arah lain. Zira ketawa kecil melihat Fie.

"Tak dak masanya aku nak jatuh cinta la..!" marah Fie tanpa memandang Zira.

"Eleh...sampai bila nak tipu diri sendiri Fieya..? hang tu kecik macam tu pun ramai yang minat tau...tapi jenis takmau nak percaya langsung...semuanya hang anggap depa nak usik hang ja semata mata kan.." ujar Zira.

"Memang aku tak percaya langsung..sebab badan aku yang kecik ni la jadi bahan usikan depa.." Fie menjeling.

"Ish...apa la hang ni Fieya oi..cuba belajar yakin dengan diri sendiri..ni dak.." bebel Zira.

Fie hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa !

Zira menepuk bahu Fie dan mengajak Fie duduk bersamanya.

Fie mengangguk perlahan lalu terus duduk bersebelahan Zira.

"Andai saja kita mengetahui rencana indah Allah di balik takdir takdirNya, maka kita tidak akan pernah berhenti tersenyum.." Zira mengukir senyuman manis.

Fie menghembus nafas perlahan kemudian Fie memandang Zira. Lama !

-

Fie berjalan kaki seorang diri pergi ke kedai yang berada di hadapan tamannya untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya.

Setelah Fie memasuki kedai, Fie ternampak anak aunty Maria seorang dirinya sedang memilih barang di situ.

"Macam mana dia pun boleh mai beli dekat sini pulak..selama ni tak pernah nampak dia mai sini pun..peliknya.." gumam Fie.

Tiba tiba Mal datang menghampiri Fie tanpa dia menyedari kehadiran Fie di situ.

"Tolong ambilkan yang tu.." tunjuk Mal.

"Er...yang ni ka..?" Fie mengangkat tangannya dan menunjukkan barang yang baru diambilnya.

Mal tersentak apabila melihat orang yang berada di hadapannya adalah Nur Isyafiyana !

"Tak...yang ni.." selamba Mal menunjuk ke arah Fie.

Fie terkejut apabila dirinya ditunjuk, perlahan lahan Fie meletakkan kembali barang yang diambilnya tadi kemudian Fie menoleh ke belakang untuk melarikan diri tetapi sempat dihalang oleh Mal.

"Nak lari mana.."? Mal mengangkat keningnya.

"Nak balik.." jawab Fie ringkas.

"Bukan nak beli barang..?" tanya Mal semula.

Ya tak ya jugak ! Kemudian Mal membuka facemask yang dipakai olehnya di hadapan Fie. Terkejut Fie dibuatnya !

"Ke..ke..kenapa buka..?" Fie memberanikan diri untuk bertanya. Jantung Fie semakin rancak berdangdut apabila melihat wajah tampan milik Mal.

"Supaya senang awak nak lepaskan rindu bila tengok muka saya.." Mal mengukir senyuman manis.

Disebabkan Fie tidak dapat menahan malunya lagi, Fie tersenyum malu di hadapan Mal cepat cepat Fie menutup mulutnya dengan dua telapak tangannya.

Mal ketawa kecil melihat Fie. Alahai comelnya dah la muka merah culik baru tau !

"Tepi lah...!" Fie berpura pura marah untuk menahan malunya semula.

"Ye...silakan..." Mal memberi laluan kepada Fie.

Tanpa memperdulikan anak aunty Maria itu Fie terus sambung memilih barang yang dipesan oleh ibunya. Sesekali Fie mengerling Mal yang masih berada di situ.

"Kenapa dia tak pi lagi ni..barang dah beli pun..dok tunggu apa lagi.." gumam Fie.

Selesai membayar, Mal mengikut Fie keluar dari kedai itu. Fie berhenti, Mal juga berhenti. Fie berjalan, Mal juga berjalan.

"Kenapa ikut saya...?" tanya Fie sambil matanya terpejam rapat kerana risau tidak dapat menahan malunya apabila melihat wajah lelaki itu.

"Takut awak kena culik.." jawab Mal.

"Kena culik...? tak faham.." tanya Fie dan matanya masih terpejam rapat.

"Yela risau kalau penculik nampak awak....lagi lagi bila awak tengah malu macam ni...awak punya comel tu saya pun tak tahan...cuma saya ni orang baik je..kalau tak dah lama saya yang culik awak dulu.." balas Mal selamba.

Fie membuka matanya dan melihat Mal kemudian perlahan lahan Fie menoleh ke hadapan semula.

Mal simpan senyum dan mula mengira di dalam hatinya

"1.....2...........3..!" terus Mal ketawa melihat Fie melarikan diri dari Mal.

"Dah agak dah...sikit sikit nak lari..!" gumam Mal.

Apabila Fie sudah pun melarikan diri jauh dari situ. Mal menggelengkan kepalanya kerana teringatkan sewaktu Fie tergesa gesa menutup mulutnya kerana tersenyum malu di hadapan Mal tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience