Chapter 4- Luahan perasaan

Romance Completed 8293

Setelah Fie menyiapkan kerja sekolah. Fie mencapai handphone lalu membuka Fac, dah jadi satu kebiasaan dia akan tekan 'terima' semua rakan yang ingin berkawan dengannya di Fac tanpa melihat nama dan siapa orangnya.

"Ramainya... orang add aku" gumam Fie.

Seperti yang dijanjikan, Fie membuka messenger lalu menghantar pesanan kepada Reen.

Nur Isyafiyana : Assalamualaikum, hang busy lagi ka?

Ar Reen : Waalaikumussalam dah siap semua dah, tak busy dah.. cerita la cepat apa dia??????????

Fie mengukirkan senyuman, dia ni kalau bab cerita no.1 laju jaaaa suruh orang cerita.

Nur Isyafiyana : Haritu aku tak sengaja terlanggaq lelaki ni dekat tangga, lepaihtu aku tengok muka dia memang aku malu gila, dia handsome do... aku rasa aku dah mula jatuh cinta ahahahahahahahahahahah

Ar Reen : Fieeee !!!! betoi ka ni ??? nanti tunjuk kat aku sapa dia.....dia tak kata apa apa ka lepas hang terlanggaq tu ????

Nur Isyafiyana : Haaa ! tu yang aku malu sangat dengan dia ni, hang pun taukan muka aku boleh jadi merah menyala kalau malu sangat, dia cakap nak cubit pipi merah aku sebab aku keras macam patung cendana masa tu aduhhh maluu !!

Ar Reen : Ahaha kalau aku jadi hang, aku dah tanya dia nama apa form berapa and kelas mana...aku tau mesti hang tak tanya kan ?

Nur Isyafiyana : Emm dak, tapi aku ingat muka dia cuma aku tak pernah nampak dia, form 5 agaknya ..

Ar Reen : Ni mesti jadi masa aku nampak hang lari macam kena ligan dengan hantu haritu kan ? Aku dah agak dah.. ada sesuatu jadi, sebab tengok muka hang merah semacam ja hmmmm

Fie ketawa kecil sebaik sahaja membaca pesanan dari Reen. Tiba tiba pintu rumah terbuka perlahan, muncul abang Fie di balik pintu. Abang Fie hanya memerhati adiknya yang tersengih sengih macam kerang busuk.

"Hang dah kenapa?" tanya abang Fie.

"Takdak apa lahh, tak payah sibuk la.." balas Fie

"Adik beli kek tu ada dalam peti ais..satgi habiskan" sambung Fie sambil muncungkan mulutnya ke arah dapur.

Abang Fie menganggukkan kepalanya. Tak bagitahu pun dia akan makan jugak, sejenis pantang ada makanan dalam peti ais semua dia habiskan.

Mal membuka Fac nya lalu tersentak.

"Ehh? lajunyaa dia accept aku, baru ja balik sekolah tadi aku add dia..Ohh! ya, budak hot kan... mesti laa dia selalu aktif.." gumam Mal.

Mal membuka messenger lalu dia menghantar pesanan kepada Fie

Putera Ikhmal : Thanks bro..

Fie tersentak apabila mendapat satu pesanan dari Fac yang bernama Putera Ikhmal.

"Bro? apa masalah dia ni buta ka? Dah terang terang nama fb aku Nur Isyafiyana.." Fie mengerutkan dahi lalu Fie membalas

Nur Isyafiyana : Bro ?? perempuan lah...

Setelah beberapa minit berlalu, Putera Ikhmal itu tidak membalas semula pesanan Fie, Fie menghembus nafas perlahan.

"Hmmm lantak dia lah.." gumam Fie.

Mal simpan senyum sengaja dia tidak mahu membalas.

Fie sambung membalas pesanan dari Reen.

Nur Isyafiyana : Aku pun taktau macam mana la kalau aku dengan lelaki tu terjumpa, macam mana la aku nanti ea? tak terpikiaq pulak

Ar Reen : Kan.. ? jangan lupa tau nanti tunjuk dekat aku, aku pun teringin nak tau la jugak, jejaka mana yang hang kata handsome tu.. hihi

Nur Isyafiyana : Yalah yalah... hang tu memang pun, pantang bagitau handsome sikit laju ja..

Ar Reen : Ahahaha biasa arhh.. ehh tapi hang jangan biaq Nurul dengan Zana tau pasai ni , kalau depa dua tau habislah hang, boleh jadi kecoh nanti , lagi lagi Nurul tu habis lah hang .. dia kan suka rampas nama ja kawan rapat tapi hmmm

Nur Isyafiyana : Memang takmau bagitau tapi depa dua desak aku suruh cerita sebab tengok muka aku merah semacam masa tu, aku dah taktau nak cerita macam mana kot ya boleh tipu, tup tup terlepas cakap jugak.. hmmm tak sampai hati nak tipu .. tapi jangan risau aku cakap aku tak ingat muka laki tu hihihi

Ar Reen : Hati hati ! k lah jom solat. dah masuk waktu ni bye..

-

Setelah selesai solat, Fie keluar dari biliknya dan menegur ibunya di dapur.

"Ibu... buatpa ni..? masak apa?" tanya Fie

Ibu menoleh ke arah Fie sambil memandang tajam ke arah Fie.

"Ibu nak buat kek la, sebab ada orang tu beli kek harini tapi tak simpan dekat ibu langsung.." ibunya menghembuskan nafas.

"Ya Allah..lupa..! adik suruh along makan perabih tadi" Fie menepuk dahi.

"Hmm yalahtu..mai tolong ibu buat kek ni.." ajak ibunya.

Fie menganggukkan kepalanya sambil sengih.

"Uuuuihh...bau sedap ni sampai ke bilik along...!" jerit along yang baru sahaja turun dari anak tangga biliknya.

"Hang lani along makan tak simpan kat ibu sikit" Fie mengerling.

"Ehh tolong sikit, hang yang suruh along perabih tadi kan?" abangnya mengangkat kening.

"Haish sudah sudah..satgi kek ibu jadi tak sedap, orang nak buat kek kena happy, hampa dua jangan dok hilangkan mood happy ibu" ibunya mencelah lalu mengukirkan senyuman. Dia tak marahkan anaknya pun sengaja dia mengusik anaknya, memang dia berniat nak buat kek pun.

Setelah kek siap, Fie mengemas dapur lalu berjumpa ibunya di ruang tamu.

"Sedap harini ibu masak.." tegur Fie.

Ibunya hanya mendiamkan diri seketika.

"Makan kenyang dah pi tidoq esok sekolah lagi kan..kerja sekolah semua siap dah?" tanya ibunya.

"Yaa dah..nak salam..?" Fie mencium tangan ibunya lalu menuju ke biliknya.

Fie membuka Fac lalu dengan ramahnya Fie membalas komen komen di gambarnya. Dia tidak rasa malu lansung untuk membalas walaupun komen itu dari orang lelaki. Sebab itu Idham kata bila dekat sekolah perwatakan Fie lain pulak, sikit sikit nak malu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience