Chapter 11- Layanan istimewa

Romance Completed 8293

Fie mencium tangan ibunya terlebih dahulu sebelum meninggalkan ibunya dan kemudian Fie berjalan kaki bersama Reen untuk menunggu bas sekolah di hadapan taman mereka.

Sewaktu Fie dan Reen berjalan di lorong yang sunyi. Reen ternampak seekor anjing yang datang dari arah tepi mereka terus sahaja Reen memberhentikan langkahnya. Wajah Reen kelihatan takut.

"Reen.....tolong....kalini tolong jangan lari.....!" beritahu Fie apabila melihat Reen hendak melarikan diri.

Reen tidak memperdulikannya dan terus melarikan diri. Fie terkejut melihat anjing itu mula mengejar mereka apabila Reen melarikan diri. Jadi, Fie juga terpaksa melarikan diri.

"Reen...! kan aku dah cakap jangan lari..kan dia dah ligan kita tu..ya Allah...!" jerit Fie sambil melihat ke arah belakang.

"Ambik batu weh.....cepat..cepat..!!" jerit Reen pula.

Tiba tiba ada sebuah kereta berhenti di sebelah mereka. Aunty Maria membuka tingkap dan menyuruh Fie dan Reen naik keretanya. Tanpa berlengah lagi, Fie dan Reen terus menaiki kereta itu.

"Hampa dua ok dak ni..? tu..anak teruna aunty dah halau dah anjing tu...." aunty Maria memuncung mulut ke arah anaknya.

"Lah...aunty Maria rupanya....ingatkan orang lain..aunty Maria buat apa dekat sini..?" tanya Fie.

"Beli nasi lemak la... dekat rumah Cikyah..sedap nasi lemak dekat dia.." balas aunty Maria.

"Eh..mak saya tu...hehe.." Reen ketawa kecil.

"Oh.....yaka...kebetulan noh..sedap sungguh aunty suka sangat beli dekat taman ni..." aunty Maria memberi segaris senyuman.

Fie terkejut apabila melihat anak aunty Maria mula masuk ke dalam kereta yang dinaiki mereka. Oh ya tak ya, lupa pulak yang dia ni anak aunty Maria !

Mal menoleh ke arah belakang dan melihat Fie dan kemudian dia menoleh ke arah depan semula.

Reen yang dari tadi tersengih sengih macam kerang busuk mula menyiku Fie.

Fie menjeling tajam ke arah Reen dan memberi isyarat agar Reen berhenti menyiku Fie.

"Hampa dua nak naik bas jugak ka..?" tanya aunty Maria.

"Dah alang alang naik sini.. aunty Maria hantaq hampa sekali la noh..?" sambung aunty Maria.

Belum sempat Fie membuka mulutnya, Reen menekup mulut Fie.

"Haa...! ok sangat la tu..aunty Maa ma..ria..kan? hehe.." Reen memandang Fie untuk memastikan nama yang disebutnya betul atau tidak.

"Bukan Mamaria.. Maria lah..." bisik Fie perlahan.

"Oh..ahaha aku silap la ni.." bisik Reen pula.

Kemudian Reen menyiku Fie semula untuk menunjuk anak aunty Maria yang sedang membetulkan rambutnya di hadapan cermin.

"Wangi.....gila......beb..!" bisik Reen sambil membeliakkan biji matanya.

Fie menampar paha Reen dan menyuruh Reen mendiamkan dirinya. Setelah itu, Fie mengerling Mal yang sedang membetulkan rambutnya.

-

Apabila sudah sampai di sekolah, Reen sengaja tidak mahu berjalan bersama Fie. Reen berpura pura menunggu seseorang di pondok.

"Mana kawan awak..?" tanya Mal.

"Err..itulah...tiba tiba ja dia pi duduk dekat pondok tu..tak pernah pernah pulak dia nak tunggu orang.." ujar Fie.

"Oh..ok apa dia tunggu situ..boleh la kita jalan berdua.." balas Mal selamba.

Terus Fie memandang Mal. Fie mengerutkan dahinya, perlu ka dia berjalan bersama Mal ? tapi mama dia dah tumpangkan Fie tadi. Apa pulak kata dia nanti aish !

Fie yang dari tadi berdiri tegak, diajak oleh Mal untuk berjalan bersamanya dan Fie terpaksa menurutinya juga.

Sewaktu mereka berdua berjalan memasuki pagar sekolah, semua mata tertumpu ke arah mereka berdua. Mal hanya mendiamkan diri dengan selamba Mal menolak beg galas Fie supaya berjalan bersamanya.

Fie hanya menunduk malu tanpa sedar muka Fie menjadi merah.

"Jom makan sekali..?" ajak Mal.

"Er............ok.." balas Fie ringkas.

"Muka awak merah tu..panas ke..?" sengaja Mal mengusik.

"Er....yaa..! panas..." Fie tidak tahu yang lelaki itu sudah mengetahui jika mukanya merah disebabkan malu.

Mal hanya ketawa kecil mendengar jawapan Fie.

-

Mereka berdua duduk bertentangan apabila sudah tiba di kantin kemudian mereka berdua membuka bungkusan nasi lemak yang sudah dibeli tadi.

"Nasib baik Nurul dengan Zana tak sampai lagi kalau dak mampus aku..!" gumam Fie.

"Termenung apa..? makan la.." tegur Mal.

"Er..yaa.." Fie memberi segaris senyuman lalu dengan lembut Fie menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kenapa tak sedap ke..? ke tak ada selera..?" tanya Mal.

"Ehh dak aih..sedap ja.." Fie mengukir senyuman manis.

Mal terpesona melihat senyuman manis Fie. Comel betul orangnya.

"Er...awak bukan orang utara ka?" Fie memberanikan diri untuk bertanya.

"Saya orang utara..saya menetap dekat KL sejak saya umur 7 tahun.." ujar Mal.

"Lambat betul la awak makan meh saya suap kot lebih berselera.." sambung Mal kemudian Mal mengambil sudu Fie yang masih ada nasi di atas sudu itu untuk menyuapkan Fie.

"Ehh..takpa takpa saya makan sendiri.." Fie menggelengkan kepalanya.

Mal mengangkat keningnya dan memberi isyarat agar Fie membuka mulutnya. Akhirnya Fie membuka mulutnya juga dan Mal mula menyuapkan nasi ke dalam mulut Fie hingga habis kesemuanya.

"Hah..tu..boleh pun....nak kena orang suap baru makan cepat ye.." sindir Mal.

Fie berpura pura ketawa sedangkan tahap malu dia tak boleh bawak berbincang lagi dah dengan mukanya yang merah lagi. Fie menundukkan kepalanya kembali.

"Saya mintak maaf ya...haritu.....sampai dua kali silap saya terlanggar awak and awak terlanggar tangan saya disebabkan saya..saya tau mesti awak marahkan saya kan....sebab awak terus jalan laju lepas awak terlanggar tangan saya haritu..." ujar Fie sambil memejamkan matanya. Yes ! Akhirnya dapat juga aku habiskan ayat aku untuk mintak maaf dekat dia ni fuhh !

"Awak nak saya maafkan awak ke tak..?" tanya Mal.

Terkejut Fie mendengar jawapan Mal, Fie mengangkat mukanya dan memandang Mal.

-

Sementara cikgu Zubir tidak datang lagi ke kelas Fie. Fie keluar dari kelasnya dan terus pergi ke kelas Reen untuk berjumpa dengan Reen. Ternyata kelas Reen juga tiada lagi guru yang datang mengajar.

"Reen....!" panggil Fie dari tepi tingkap kelas Reen.

Reen menoleh kearah Fie dan terus keluar. Kini mereka berdua berada di tepi pintu kelas Reen.

Fie mencekak pinggangnya sambil memandang tajam ke arah Reen.

"Ahahaha dah kenapa...?" Reen mengangkat keningnya.

"Reen...hang jangan dok buat buat taktau apa na...." sindir Fie.

Terus sahaja Reen ketawa melihat Fie sambil menepuk nepuk bahu Fie.

"Amacam..? seronok dak..? nama dia apa tau dakgi..? tapi sayang la aku tak ada sekali tadi.." Reen menghembus nafas perlahan.

"Ish malas la aku nak ambik tau nama dia apa...sekarang ni aku nak tau kenapa hang buat macam tu weh..nak ja aku cekik cekik hang tadi...tapi laju ja ea hang tinggai aku and terus pi duduk dekat pondok.." bebel Fie.

"Sebelum orang petik nama aku sekali, elok aku larikan diri dulu AHAHAH.." ketawa Reen.

"Yes..memang pun..! dah dua tiga orang tau dok mai tanya aku tadi pasal dia...takkan la sebelum ni orang tak pernah nampak dia dekat sekolah ni...huh..!" bebel Fie lagi.

"And....lagi satu aku tak ada kena mengena dengan dia tau...orang dok mai tanya aku dia tu boyfriend aku ka..ish nasib la Nurul dengan Zana taktau pasai benda ni..!" sambung Fie lagi.

"Kalau depa dua tau macam mana..?" tanya Reen.

"Tula....yang aku takut sangat tu..hmmm macam mana ni weh..?" tanya Fie pula dan riak muka nya kelihatan takut.

"Apa apa pun aku sentiasa ada untuk hang.." Reen memeluk Fie.

"Tapi kan..aku tak rasa yang Nurul dengan Zana akan kenal lelaki tu.." sambung Reen.

"Eh..hang tau dak..haritu depa dua nampak lelaki tu duduk depan aku dekat pondok..tapi nasib baik la depa dua tak sempat nak tengok depan depan..sebab bila depa dah sampai dekat aku ja...lelaki tu dah pi and terus naik kereta.." beritahu Fie.

Reen melepaskan pelukan apabila ternampak cikgu Zubir berada di belakang Fie.

"Kenapa ada kat sini..mana kelas kamu Fieya..?" tanya cikgu Zubir.

"Er......saya baru balik dari tandas hehe..." Fie menjawab dengan sopan.

"Dah jom pergi masuk kelas kamu..." ajak cikgu Zubir.

Fie menganggukkan kepalanya. Fie menghulurkan tangannya untuk menolong cikgu Zubir membawa buku buku yang dipegang oleh cikgu Zubir.

"Takpayah la berat ni...kamu tu dah la kecik..mati saya kalau berlaku apa apa pada kamu.." gurau cikgu Zubir.

"Cikgu Zubir...jangan la cakap kuat kuat..malu la saya.." ujar Fie dan mukanya merah apabila rakan sekelas Reen memandang Fie dan cikgu Zubir.

Cikgu Zubir hanya ketawa melihat Fie. kemudian mereka berdua berjalan memasuki ke kelas Fie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience