Fie adalah ketua keceriaan kelas, semua ketua keceriaan kelas diarahkan untuk mencantikkan kelas masing masing, kelas yang paling cantik akan memenangi hadiah setiap hujung bulan.
Disebabkan Fie seorang yang pemalu, membuatkan dirinya tidak tegas untuk memberi arahan, apa yang diarahkan kepada rakan rakan sekelasnya, ada yang mendengar kata dan ada yang tidak mendengar kata. Ada juga yang cuba mengusik dia kembali apabila diberi arahan.
"Boleh tak sapa sapa tolong Fieya, harini Daus kena buang sampah tapi dia takmau hmmm" kata Fie sambil menahan malu dan mukanya merah! Fie menggelarkan dirinya sebagai Fieya jika ingin bercakap dengan rakan sekelasnya tetapi sesetengah daripada mereka akan memanggil Fie dengan nama panjang iaitu Isyafiyana.
Idham iaitu rakan sekelasnya juga suka memerhatikan Fie jika mukanya merah sebab comel ! Dia tahu Fie seorang budak yang famous di Fac HAHAHA tapi bila di sekolah lain pulak perwatakan Fie tak sama macam dalam Fac dia. Malu apa pun taktau.
"Takpa satgi aku nak pi tandas aku buang" perlahan Idham bisik. Dia pun taknak lah orang ambik kesempatan atas kebaikan dia. Biarlah orang tak dengar apa yang dia bisikkan kepada Fie.
"Hang pi la buang Fieya....!" jerit Daus dari jauh.
Fie hembus nafas geram. Yela semua tahu dia tu kecil takkan la nak dia pergi buang dekat tong sampah yang tinggi dan besar tu, entah sampai ke tidak dia nanti.
Sebaik sahaja Fie berlalu dari tempat duduk lelaki, Fie terdengar suara garau seseorang menyanyi lagu 'Shae'
"Fieya...apa khabar dengan mu...disini ku merindukan kamu.....Isyafiyana hang silap kelas kaa bukan hang form 1 ka?" usik Amin sambil ketawakan Fie. Senang cerita ramai diantara mereka suka mengusik Fie hanya kerana nak tengok Fie malu sampai merah mukanya. Jahat kan?
"Daus.....hang pi la buang sampah, nanti awek pun lari takmau kat hang, pemalaih !" jerit Wani sampaikan semua mata tertumpu ke arah Wani. Memang sesuai dia dilantik sebagai ketua kelas, Wani agak besar dan suaranya juga lantang.
Daus hanya mendiamkan diri. Pemalas betul ! Harap je ada rupa tapi sangat pemalas. Daus ni dia geng budak budak hot disebabkan dia ada rupa ramai jugak peminatnya, tapi sayang PEMALAS !
Fie yang dari tadi mendiamkan diri menghembus nafas perlahan. Fie menyambung kerjanya menghias kelas supaya kelihatan lebih cantik.
Fie memang pandai bab menghias, meja pelajar dia memilih pembalut berwarna ungu termasuk meja gurunya juga berwana ungu. Semua kerusi berwarna putih, manakala, dinding kelas di cat berwana ungu juga dihiasi pula dengan renda berwarna putih keliling papan hitam. Di dinding dia tidak membiarkan kosong dia hiasi dinding dengan pelbagai pantun menarik dan lukisan menarik yang berwana putih.
"Cantik ! ni kalau masuk kelas memang nampak purple putih , arghhhhh nyamannyaaa....." jerit Fie seronok.
"Fie, aku rasa meja kita ni kena letak renda putih macam dekat papan hitam tu" ujar Zana. Hanya yang rapat dengan Fie sahaja memanggil Fie dengan nama paling singkat hehe
"Haa betoi jugak lagi cantikkk tak sabaqnyaa haqap kelas kita menang lagi laaa bulan ni" Nurul mengukirkan senyuman.
"Sapa sapa kena tolong aku la, harini kita kena balik lambat sikit lagipun renda tu lebih banyak, aku sengaja beli banyak. Ok la weh aku nak pi tandas sat na.." Fie berlalu pergi meninggalkan mereka.
-
Fie keluar dari tandas dan berangan memikirkan cara bagaimana untuk mencantikkan kelasnya lagi. Fie berjalan sambil menunduk ke bawah, ketika Fie ingin menaiki anak tangga Fie terlanggar seseorang sehingga menyebabkan Fie terundur ke belakang.
"Oiiii makk hang pelanting !!" melatah Fie akibat terkejut. Fie memandang orang yang dia terlanggar itu adalah seorang lelaki! Terus sahaja Fie membeliakkan biji matanya yang bulat itu sambil menahan malunya. Muka Fie mula menjadi merah menyala!! MALU
Fie terkejut sampai tak berkelip mata dia, badannya keras! Keras macam patung cendana! Mukanya merah sangat !
"Er......ok tak ni? sorry tak tahu pulak ada orang nak naik tangga, tak tengok depan tadi" ujar lelaki itu sambil simpan senyum apabila melihat muka Fie yang merah menyala tu, comelnyaaaaaa dia ish! Lelaki itu adalah Mal.
"Helloooo? ok tak...? ke....nak kena cubit pipi yang merah tu baru ok?"usik Mal sambil ketawa kecil apabila persoalannya tadi tidak dijawab.
Dengar sahaja perkataan 'cubit pipi' terus sahaja Fie tersedar dan tergesa gesa menaiki anak tangga dan terus berlari.
Mal senyum nakal. Comel betul si kecik ni! Kelakuan Fie membuatkan Mal berfikir sejenak, tiba tiba Mal dapat satu cadangan bagaimana cara hendak mendekati si kecik molek tu.
Reen yang berada di dalam kelasnya terkejut melihat Fie lari macam kena kejar hantu dengan mukanya yang merah menyala. Ni mesti dia tengah malu !
Sebaik sahaja Fie tiba di hadapan pintu kelasnya, nafas Fie tercungap cungap dan mukanya masih lagi merah menyala! Semua mata tertumpu ke arah Fie! Fie berjalan perlahan lahan ke arah mejanya lalu dia menarik kerusi dan meletakkan mukanya di atas meja. Mana tak malu, dah la terlanggar lelaki! melatah pulak tu! lepastu boleh pulak keras macam patung cendana! Siap lelaki tu cakap nak cubit pipi Fie! Malunyaaaaa
Nurul dan Zana memandang satu sama lain. Mereka semua dah tahu ni mesti kalau tak bukan dia tengah malu. Malu apa pun tak tahu lah. Nurul yang berada di sebelah Fie menegur Fie
"Hang dah kenapa weh? hang pi tandas ka hang merentas desa? tercungap cungap ja tadi aku tengok" Nurul ketawa kecil.
Fie mengangkat mukanya lalu memandang Nurul dan Zana bersilih ganti. Tak tahu nak cerita macam mana.
"Satgi laa aku cerita Cikgu Mas dah mai dah tu.." ujar Fie lalu memerhati Cikgu Mas yang sedang berjalan menuju ke kelas mereka.
Selesai sahaja pembelajaran bersama Cikgu Mas. Cikgu Mas memberi kerja sekolah kepada semua pelajarnya dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Nurul dan Zana terus menoleh ke arah Fie
"Cerita laaaa.. kenapa???" tanya mereka.
"Hmmm tadi....aku terlanggaq laki mana entah..aku betoi betoi taktau ada orang nak turun tangga.." beritahu Fie.
Nurul dan Zana saling berpandangan, kemudian mereka berdua senyum.
"Handsome dak?"
"Dia kata apa weh dah hang terlanggaq dia?"
"Kat mana hampa dua terlanggaq?" bertubi tubi soalan yang mereka berdua tanya.
"Kan aku dah cakap tadi, aku tatau pulak ada orang nak turun tangga.. mestilah dekat tangga, hmmm yang jadi malunya sebab dia handsome, arghhhhhhh malunyaaa dah laa tukar topik lain. Ehh sat! tapi aku tak pernah tengok dia laaa.. mungkin form5 kot" fikir Fie sambil mengerutkan dahi.
"Hang ingat muka dia?" tanya Zana
"Hmmm rasanya dak.." sengaja Fie tak mahu beritahu yang dia ingat, dia kenal Nurul dan Zana macam mana, kalau mereka berdua tahu habislah kecoh. Sebab itu Fie lebih selesa cerita apa sahaja pada Reen. Reen sahajalah yang pandai simpan rahsianya.
Share this novel