Chapter 5- Kesilapan kali kedua

Romance Completed 8293

Sir Nathan tidak dapat mengajar kerana ada tugasan lain, Sir Nathan hanya meninggalkan kerja sekolah sahaja kepada pelajarnya dan Zana juga tidak hadir ke sekolah harini. Oleh itu, Cikgu Hanani meminta Fie untuk menolong Reen menyusun buku di perpustakaan memandangkan Zana tidak ada.

Setelah Fie dan Reen berada di perpustakaan. Fie dan Reen mula melakukan kerja yang diarah oleh Cikgu Hanani. Bukan buku sahaja yang disusun, malah mereka juga mengemas perpustakaan bersama sama.

Fie yang sedang membersihkan habuk habuk di rak, mengeluh kepenatan.

"Reen tolong ambik ayaq dalam peti sejuk..dahaga la" pinta Fie. Nasib baik Cikgu Hanani menyediakan peti sejuk di dalam perpustakaan kerana dia yang sering berada di perpustakaan dan dijaga olehnya.

"Sedap laa kek ni Isyafiyana..terima kasih la sudi bawak bagi kami merasa..kamu yang buat ke?" celah Cikgu Hanani.

"Ehh dak aih, saya tolong makan ja hehe, Ibu saya yang buat.." Fie memberi segaris senyuman.

"Oh..nanti bawak la lagi..sedap ni" balas Cikgu Hanani lalu menyuap kek ke dalam mulutnya.

"Nak sikit.." Reen mencapai kek di meja Cikgu Hanani.

Fie dan Reen sambung mengemas perpustakaan. Setelah siap menyusun buku buku di rak. Fie mencuci tingkap manakala Reen mengemas kotak kotak yang sudah digunakan tadi lalu menyapu sampah pula.

Setelah selesai perkerjaan mereka, Fie dan Reen duduk berehat seketika di luar perpustakaan.

"Fuhhhh penat jugak noh.." Reen mengeluh.

"Satgi rehat dengan aku nak? kot laa aku terjumpa lelaki yang aku terlanggaq haritu boleh la aku tunjuk dekat hang.." Fie senyum seronok. Rasa macam tak sabar pulak nak tengok lagi sekali. Kalini Fie nak tengok betul betul muka dia.

Reen membeliakkan biji matanya. "Serius la...? Kalau macam tu aku on la..!" Reen ketawa kecil.

"Hang tau dak..aku betoi betoi malu gila dengan dia, sebab aku terlanggaq dia kuat jugak la haritu, kalau aku jumpa dia, aku nak try mintak maaf dekat dia.." Fie menghembus nafas perlahan.

Tiba tiba sahaja Reen ketawakan Fie.

"Hang nak mintak maaf...? hang jangan buat lawak boleh....? takdan nak buka mulut pun muka dah merah, aku berani jamin !" Reen sambung ketawakan Fie.

Fie memandang tajam ke arah Reen lalu Fie bangun dari duduknya dan mendepakan tangannya.

"Apa....? kalau betoi betoi aku mintak........"

Tiba tiba sahaja seseorang terlanggar tangan Fie kerana Fie menghalang laluannya. Fie menoleh ke arahnya lalu Fie tersentak.

"Err er err...so so so....." muka Fie mula menjadi merah dan tak dapat nak habiskan percakapannya kerana terlalu malu.

Lelaki itu adalah Mal, orang yang Fie terlanggar ketika ingin menaiki anak tangga. Terus sahaja Mal memandang ke arah Fie. Oh! dia ni.. alahaiii comelnyaa muka dia dah mula merah la.....Mal simpan senyum dan tergesa gesa berlalu pergi tanpa bersuara.

Reen menyiku Fie.

"Hoiii.. hang ni kenapa laaa adoii..orang nak lalu takkan hang tak perasan?" lagi kuat Reen ketawakan Fie.

"Reen....!!! jangan laa.. dah la haritu aku terlanggaq dia, harini aku terhalang laluan dia pulak.." Fie menutup mukanya dengan dua telapak tangannya.

Reen tersentak lalu menoleh ke arah Fie.

"Hahhh? jadi....dia laaa...orang yang hang maksudkan tu.....?" Reen mengerutkan dahinya.

Fie berhenti menutup mukanya dan menurunkan tangannya, lalu Fie angguk perlahan.

Reen menepuk dahinya.

"Aduhh hang ni buat hal la..aku tengok dia diam ja tadi, habislaa kalau dia tengah marahkan hang.. sebab aku tengok dia jalan cepat cepat ja tadi.." bebel Reen.

"Tapi kan...dia handsome nyaaaa..." sambung Reen sambil menyiku lengan Fie.

Fie yang masih lagi dengan mukanya yang merah menjeling tajam.

-

Sewaktu rehat, Fie rehat bersama Nurul sahaja. Reen terpaksa menjaga perpustakaan atas arahan Cikgu Hanani. Jadi, Reen sudahpun rehat lebih awal daripada mereka.

"Fie, aku pi beli pen merah sat.. pen merah aku hilang, hang pi la dok kat pondok tu dulu satgi aku mai kat hang.." beritahu Nurul.

Nurul berlalu pergi meninggalkan Fie seorang diri. Fie membuka langkah dan berjalan perlahan sambil menunduk ke bawah lalu Fie menyanyikan lagu kegemarannya. Suara Fie yang merdu membuatkan dia sangat suka menyanyi

"Haii pujaan hati......apa khabarmu.....ku harap... kau baik baik saaaja..." tiba tiba satu bisikan terdengar di telinga Fie

"Jalan tu tengok depan, takut takut nanti terlanggar hati orang pulak.." Mal memberi segaris senyuman dan berlalu pergi.

Fie menoleh ke arah suara tersebut dan terkejut, kakinya terhenti daripada melangkah.

"Ya Allah.. apa benda yang dia mengarut ni? arghhhhhh....." jerit Fie perlahan. Fie menggigit bibirnya dan tergesa gesa melarikan diri dari situ.

Mal menoleh ke belakang dan memandang Fie yang sudah pun melarikan dirinya.

"Ahahaha aik dah lari? malu latu...!" Mal ketawakan Fie dan menggelengkan kepalanya. Kecik kecik pun comel, lagi lagi bila muka merah !

Irfan berlari anak ke arah Mal dan menepuk bahu Mal.

"Hang buatpa kat sini? merata aku cari hang.." tanya Irfan.

"Baru lepas dating.." balas Mal selamba.

Melopong Irfan dengar Mal beritahunya. Dating? uishh cepatnyaa baru ja pindah dah ada awek? lagipun tak pernah pula dia nampak Mal dating dan Mal juga sejenis tidak suka melayan perempuan yang cuba mendekatinya. Tak mungkin Mal ada awek.

"Hang ni biaq betoi? mana awek hang tu?" Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dia lari tinggal aku kat sini.." balas Mal, segaris senyuman diberikan.

"Lari? tengah dating elok elok pun lari? aku tak paham ni..hampa dua putus cinta ka?" Irfan memandang pelik.

"Dia malu tengok muka aku yang handsome ni..nanti la aku bawak jumpa hang haish tanya banyak pulak hang ni..." bebel Mal.

Irfan mengerutkan dahinya lalu menghembus nafas. Yelaa dah tadi cakap dating lepastu lari sebab malu, dating jenis apa macam tu?

-

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Mal dan Irfan mula berjalan menuju ke kelas mereka termasuk juga pelajar pelajar lain.

Sebaik sahaja Mal dan Irfan hampir tiba di kelas, Mal ternampak Fie bersama Nurul. Mal melihat muka Fie yang masih lagi merah sambil sambil Fie menutup mukanya dengan telapak tangan.

"Uishh.. teruknya dia punya malu, tapi comel tu yang tak tahan tu.." gumam Mal.

"Hang ni pasaipa ni..habaq laaaa, dari tadi aku tanya takmau cerita.." desak Nurul sambil menggoyangkan tangan Fie.

Perlahan Fie menggeleng kepala.. Mulut Fie terkunci rapat, nak bukak mulut pun jadi takut.

"Aduh...yang laki tu satu hal, yang si Nurul pulak satu hal..macam mana ni.." gumam Fie.

Nurul memandang Fie yang tidak menjawab pertanyaannya. Sesuatu betul !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience