Semua yang sudah memberi nama kepada Cikgu Suraya diarahkan berkumpul di dalam dewan apabila tiba pukul 3 petang.
Fie, Nurul dan Zana yang baru sahaja tiba di situ melihat orang lain yang juga mula berkumpul bersama mereka.
"Ok..semua dah cukup kan..?" tanya Cikgu Suraya.
Masing masing menganggukkan kepala.
"Semua diri sebelah sebelah.. Cikgu nak susun ni..yang mana tinggi duduk belakang ya..:" arah Cikgu Suraya.
"Ok Nurul dengan Zana kamu berdua berdiri sebelah sana.." Cikgu Suraya memuncungkan mulutnya untuk menunjuk arah.
"Alahai...Fieya..keciknya kamu..cuba kamu try berdiri dekat tengah ni.." Cikgu Suraya menarik lengan Fie lalu membawa Fie berdiri di bahagian tengah.
Fie senyum malu apabila dirinya diperhatikan sebaik sahaja Cikgu Suraya membawanya berdiri di bahagian tengah. Macam tak kena je..! Semuanya besar besar dari dia..
Cikgu Suraya mendiamkan dirinya sambil memandang mereka semua. Tiba tiba seorang daripada mereka bersuara.
"Cikgu konduktor koir kita sapa..?"
"Oh..! ya tak ya jugak..kamu boleh jadi ke..? tanya Cikgu Suraya kepada pelajar yang menanyakan itu.
"Takmau laa saya malu..Iejah kan berani suruh dia la.." dia memberi cadangan
"Kamu boleh ke Iejah..?" Cikgu Suraya mengalihkan pandangan ke arah Iejah.
"Taktau la saya cuba la tengok.." jawab Iejah. Dia seorang yang agak kasar nama je perempuan tapi perwatakannya macam lelaki. Sebab itu Fie sakit sangat apabila hidungnya dipicit oleh Iejah haritu.
Iejah cuba menghayunkan tangannya apabila mereka menyanyikan lagu 'Warisan' tetapi tangannya terlalu laju dan cepat..! kepala mereka yang sepatutnya digerakkan ke kiri dan kanan menjadi berterabur kerana mereka mengikut pergerakan tangan Iejah.
"Stop..Stop..Cikgu rasa Iejah tak sesuai la.." ujar Cikgu Suraya dengan nada sopan.
"Ahaha tulah..saya pun rasa tak sesuai dah la saya tangan keras.." ketawa Iejah.
Kemudian sesetengah daripada mereka cuba menghayunkan tangan masing masing. Kebanyakannya daripada mereka tangan keras juga..! hanya Fie seorang sahaja yang paling lembut tangannya.
"Wow..lembutnya tangan Fieya..!" jerit Zira kerana teruja melihat kelembutan tangan Fie menghayunkan tangannya.
Mereka semua memandang Fie apabila mendengar suara Zira yang mengatakan tangan Fie lembut. Zira ini adalah rakan sekelas Mal. Zira juga pernah memberi nama Fac Fie kepada Mal dan meminta Mal supaya merahsiakannya.
Disebabkan mereka juga teruja melihatnya, mereka semua merayu kepada Cikgu Suraya supaya jadikan Fie sebagai konduktor koir.
"Boleh...bukan taknak bagi..cuma Fieya ni kecik molek orangnya..kamu semua ok ke boleh nampak Fieya dari jauh ke..?" usik Cikgu Suraya.
"Ahaha, Cikgu pun sama nakal noh..tengok la muka Fieya tu dah merah la ahahaha.." balas Iejah.
Mereka semua ketawa melihat Fie. Fie hanya menunduk malu.
"Alah..jangan ambik hati..kamu kecik pun tapi kamu comel orangnya..Cikgu pun geram dengan kamu rasa nak picit je hidung kecik kamu tu..!" Cikgu Suraya mengangkat tangannya berpura pura mahu memicit hidung Fie.
Fie ketawa kecil melihat Cikgu Suraya.
Disebabkan mereka sudah kepenatan kerana berlatih tanpa berhenti Cikgu Suraya membenarkan mereka berehat seketika.
Sementara itu, Nurul dan Zana pergi membeli makanan. Fie pula hanya duduk berehat bersama Zira.
"Fieya..aku ada benda nak bagitau hang.." Zira mengukirkan senyuman.
"Hmmm..apadia..?" Fie mengangkat keningnya.
"Ada orang suka dekat hang tau dak.." Zira memandang Fie.
"Haishh..aku malas la nak percaya..mustahil ada orang nak dekat aku yang kecik macam ni ha.." Fie mengangkat tangannya dan menunjuk dirinya sendiri.
"Hmmm..tulah hang..susah kalau tak ada keyakinan diri." Zira menjeling. Dah tahu dah, apa jawapan Fie jika diberitahu mengenai perkara itu. Susah kan?
"Apa apa jalah..nah ambik ar..kalau takmau baca, buang dalam tong sampah.." Zira menghulur kertas yang dilipat kemas.
"Benda apa pulak dah ni.." Fie mengambilnya.
"Surat cinta la takkan surat mati pulak, tulah hang..sampai surat cinta pun tak kenai..semua yang aku pernah bagi dulu..semuanya hang buang kan..?" perli Zira. Zira beranggapan entah entah kalini mesti surat itu dimasukkan ke dalam tong sampah juga.
Zira memerhatikan gerak geri Fie untuk memastikan sangkaannya betul. Ternyata Fie tidak membuangnya malah dia membuka lipatan surat itu untuk membaca. Zira menghembus nafas lega. Ehh jap tapi pelik lah..BIAR BETUL NI..?!
"Weh..hang demam ka..?" Zira memegang kepala Fie. TAK PANAS PUN..?!
"Ish..apa ni..dah kenapa dengan hang ni.." Fie mengerutkan dahinya.
"Apa..? hang tu lah kenapa..? tak pernah pernah aku tengok hang buka surat cinta yang pernah aku bagi dulu..tapi sekarang..?" tanya Zira terkejut.
"Dah la..pi sana jangan kacau aku, nanti nampak pulak aku baca apa.." ujar Fie lalu Fie sendiri yang meninggalkan Zira.
Terbeliak biji mata Zira melihat Fie meninggalkannya. Zira senyum seronok.
"Wah ada harapan la hang Mal..!" gumam Zira.
Fie membuka lipatan surat itu kembali dan terus membaca.
'Heheh terima kasih sudi terima surat dari crush awak, awak nak tahu tak sapa saya ? start dari sekarang awak akan terima lagi surat surat dari saya lepas ni, dengan syarat awak kena ikut apa yang saya suruh..lepastu awak akan dapat jawapan yang awak cari selama ni..'
"Jawapan yang aku cari selama ni..? pelik.." Fie mengerutkan dahi.
"Oh..! aku rasa dia ni........ mesti yang perasan putera katak la sangat tu kan..!! Ish kalau betoi ni orangnya dia memang melampau..!! macam macam pulak syarat dia nak letak ea..cari tali kasut lah apa lah.." bebel Fie.
Fie sambung membaca surat itu lagi.
'Awak nak tahu sapa saya ke tak..? rugi kalau taknak tahu.. kalau nak tahu juga syaratnya esok lepas balik sekolah awak terus buka buku buku awak salah satu buku awak akan terselit surat cinta dari crush awak ni..'
Fie menoleh ke belakang dan terus kembali ke tempat yang dudukinya tadi. Fie memerhatikan Zira yang masih lagi berada di situ.
"Baik hang mengaku cepat..sapa yang bagi dekat hang.." tanya Fie serius.
"Err........haa..!! memang dari dulu lagi kan sapa yang bagi surat...depa terus letak ja bawah meja aku..aku pun dapat surat tapi bukan surat cinta la..dalam surat tu pun dia cuma arahkan aku untuk bagi dekat hang..hehe" tipu Zira dan dia berpura pura senyum.
"Oh ya..!! sebelum hang tanya lagi, surat yang aku dapat tu pun dah selamat mendarat ke dalam tong sampah.." sambung Zira cuba meyakinkan Fie.
Fie memandang tajam, Zira pula berpura pura tidak tahu siapa pemberi surat itu.
-
Selepas Fie tiba di rumahnya, Fie masuk ke dalam biliknya dan mengambil handphone terus sahaja Fie membuka messenger Fac lalu menghantar pesanan kepada Putera Ikhmal.
"Aku yakin sangat mesti dia ni punya kerja..hang tunggu sat.." gumam Fie.
Nur Isyafiyana : Awak nak apa lagi ea..? cukup cukup la suruh saya cari tali kasut awak tu supaya awak batalkan niat awak masuk meminang saya lepas SPM tahun depan... ni siap awak bagi surat dekat saya ni apa masalah dengan bersyarat bagai...?
Sesudah mandi, Fie mencapai handphone nya semula dan melihat pesanannya tadi sudah dibalas oleh Putera Ikhmal.
Putera Ikhmal : Aik..? awak salah orang ke ni..? awak yang cari saya pun tak jumpa jumpa lagi kan..? macam mana saya nak bagi surat dekat awak..Ha...! lagi satu, buat apa saya nak bagi surat sedangkan dekat Fac pun boleh chat awak..
Nur Isyafiyana : Awak jangan main main dengan saya kalau betul yang bagi surat tu awak orangnya siap awak..! saya kerat awak 14..!!
Putera Ikhmal : Kalau bukan..? AHAHAH malunya....! sayang jangan lupa ok, kalau tak jumpa saya jugak saya masuk meminang awak AHAHA
"Ish...geli geleman aku kenai hang pun dak ish takmau la aku kahwin dengan orang yang tak kenai.." bebel Fie.
"Hmm perlu ka aku bagitahu ibu..? tapi aku tak berani.." fikir Fie.
Setelah ibunya pulang dari tempat kerja, Fie menghidangkan makanan untuk ibu dan abangnya kemudian mereka makan bersama sama.
"Tak kerja ka harini..?" tanya ibu kepada abang Fie
"Ibu pening ka, baru ja balik kerja pukul 3 petang tadi.." ujar abang Fie.
"Bukan kata ibu ja pening, adik lagi pening..masuk kerja ikut dan hang ja pukul berapa pun..." Fie mencelah.
"Ahaha..mana ada ikut dan.. memang selalu macam tu pun...8 jam ja kerja kan..minggu depan masuk pulak pukul 3 petang.." balas abang Fie.
Ibu dan Fie hanya menggelengkan kepala, PENING !
Share this novel