Chapter 8- Misteri tali kasut

Romance Completed 8293

Fie terpaksa balik sekolah seorang diri dengan menaiki bas sekolah kerana Nurul dan Zana dijemput oleh ayah mereka manakala Reen pula tidak hadir ke sekolah. Kalau Fie seorang sahaja lebih baik naik bas sekolah, bahaya pulak nanti jalan seorang diri ke sekolah cina kan?!

Fie bernasib baik harini kerana bas sekolah yang dinaikinya tidak terlalu sesak seperti sebelum ini. Fie juga mendapat tempat duduk di bahagian belakang.

"Ehh..ada budak kecik duduk sini rupanya..tak nampak kecik sangat.." Idham mengusik Fie sebaik sahaja sampai di tempat duduk Fie.

"Idham..sebelum penumbuk ni lekat dekat muka hang..jangan panggil aku budak kecik boleh?" marah Fie mukanya merah kerana malu. Entah kenapa tetiba Fie jadi berani nak marah.

"AHAHA..dah berani marah ya budak kecik..? Tak padan dengan muka merah ada hati nak tumbuk aku....ahaha melawak ja..baik Nur Isyafiyana si budak hot kat Fb.." ketawa Idham lalu dia mencari tempat duduk yang lain.

Fie tersenyum malu, dia kenal Idham macam mana. Usikan Idham tak pernah mengguris hati Fie.

"Apa dah jadi ya dengan Reen..birthday aku pun dia tak mai, sekolah pun dia tak mai..dia tak sihat kot.." fikir Fie sambil memandang ke arah luar tingkap.

Sebelum bas mula bergerak Mal berlari anak lalu dia mula menaiki anak tangga bas sekolah. Mal mula mencari tempat duduk yang kosong, padangannya mula terhenti apabila ternampak Fie seorang diri dan di sebelah Fie ada tempat duduk yang kosong.

"Reen..aku perlukan hang..aku malu la dengan lelaki tu..sekarang ni mana mana ja aku pi mesti ada dia kenapa ea?" bisik Fie perlahan.

Tiba tiba seseorang bersuara di sebelah tempat duduknya.

"Tu maknanya...dia jodoh awak.."

Fie menoleh ke arahnya dan terkejut!!

"Oii..mak hang..!!!!" melatah Fie. Maknanya bisikan Fie masih lagi boleh didengari. Bila masa pula ada orang duduk sebelah ni?!

"Mana...?" melilau mata Mal mencari mamanya lalu Mal ketawakan Fie.

Fie memukul Mal dengan bukunya bertubi tubi kerana ketawakan Fie.

"Ehh....stop la kalau awak pukul lagi..saya panggil awak sayang kuat kuat nak..?" Mal menepis dengan tangannya.

"Stop la sa...." belum sempat Mal menghabiskan perkataan sayang Fie berhenti memukul Mal.

Fie memandang Mal dan nafasnya tercungap cungap.

"Muka awak tu merah kenapa? awak malu dengan saya ke? ke....awak sukakan saya..?" Mal mengangkat keningnya.

Terus sahaja Fie menoleh ke arah tingkap tanpa berbunyi suara.

Mal simpan senyum dan mengalihkan pandangannya.

"Kan aku dah cakap mana aku pi mesti ada dia ni.." gumam Fie.

Fie dan Mal hanya mendiamkan diri mereka. Sesekali Mal mengerling Fie yang masih lagi tidak mahu memandang ke arahnya.

Fie teringatkan sewaktu hari lahirnya disambut.

"Fie...potong kek tu pi bagi dekat anak aunty Maria..yang tadi pun dah habis tu haa ibu tengok berselera sungguh dia makan.." suruh ibunya.

Fie memotong kek itu lalu dia berjalan perlahan ke arah pondok yang diduduki Mal.

"Er....nah..makan la lagi.." Fie meletakkan kek di sebelah Mal.

Mal mengalihkan padangannya dari handphone lalu dia memandang Fie. LAMA!

1 saat
2 saat
3 saat..

Gelisah Fie dibuatnya apabila dipandang sebegitu, mukanya mula menjadi merah.

"Ehh....duduklah..semua yang ada kat dalam tu orang orang tua je kan..? yang muda muda duduk lah dekat luar ni.." tak sengaja Mal terpandang Fie begitu lama kerana dia terlihat sangat cantik mengenakan dress biru muda itu.

Fie mengangguk kepala perlahan. Selepas sahaja Fie duduk, Fie membuka handphone sengaja dia mahu menahan rasa malunya. Kalau tak duduk nanti kata apa pulak kan? dah dapat hadiah tapi sombong!

Mal mula menyuapkan kek ke dalam mulutnya tiba tiba Mal menghalakan garfu ke arah mulut Fie. Mal memberikan isyarat agar Fie memakan kek yang digigit separuh oleh Mal tadi.

"Aa...aa...apa ni..." terbeliak biji mata Fie.

"Kek laa.. takkan kasut saya pulak kot.." balas Mal sambil muncungkan mulutnya ke arah kasut.

"Awak....!!!" marah Fie.

Fie bangun dari tempat duduknya dan memukul bahu Mal bertubi tubi.

Mal ketawa seronok.

"Awak...?" panggil Mal.

Fie mendiamkan diri dan masih lagi memandang ke arah luar tingkap.

"Awak..?" panggil Mal lagi.

"Sayang..." Mal bisik lembut di telinga Fie.

Fie tersentak lalu terus memandang Mal. Kini muka Mal berada betul betul dihadapan muka Fie! Jantungnya berdangdut sakan!

"Taknak turun ke..dah sampai.." ujar Mal.

Tergesa gesa Fie bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Mal.

Mal senyum seronok.

-

Selesai Fie makan makanan yang dimasak olehnya tadi, Fie mengambil bukunya lalu duduk di ruang tamu. Fie membuka buku untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

"Adik..nanti ibu balik cakap dekat ibu...harini mungkin along balik lewat sikit.." beritahu abangnya yang hendak pergi kerja.

"Hang nak bawak bekai ka along..?" tanya Fie.

"Takpayah la..nak makan roti ja malam satgi..jaga diri tau bye.." abangnya melambai tangan.

"Hati hati.." Fie mengukirkan senyuman yang manis.

Fie mengambil handphone lalu membuka Fac. Kerja sekolahnya yang belum selesai dibiarkan begitu sahaja.

Fie membuka messenger Fac dan melihat satu pesanan dari Putera Ikhmal yang sudah dua hari belum dibaca olehnya lagi.

Nur Isyafiyana : Bro ?? perempuan lah...

Putera Ikhmal : Hahaha sama latuu Nur Isyafiyana oii..umur berapa makcik?

"Ehh..dia ni dah kenapa..." Fie mengerutkan dahi lalu Fie mula menaip

Nur Isyafiyana : Mana boleh sesuka hati.. 16..awat?

Selepas pesanan Fie dihantar, laju sahaja Mal membalasnya.

Puteri Ikhmal : Betul la tu makcik..AHAHA sama la kita..duduk mana makcik?

Nur Isyafiyana : Saya duduk dalam hutan, awak tu bukannya suami saya sesuka hati nak panggil saya makcik lah apa lah..jangan sampai saya tembak awak....

Putera Ikhmal : Eleh mana hutan dia duduk ada hati nak tembak kita..awak sekolah kat mana?

Nur Isyafiyana : Smk Kubang Rotan kenapa ?

Putera Ikhmal : Arghhhh..!! serius ar?!! kita pun sekolah situ jugak la makcik..!! baru je pindah situ..dah 3 bulan...AHAHA saya cari awak kat sekolah..!!

Nur Isyafiyana : Ehh..jangan laa..saya malu la..JANGAN CARI SAYA..!

Putera Ikhmal : AHAHAHA..malu? kalau malu tak payah khawin dengan saya ! dah malu kan?

Nur Isyafiyana : Bila masa saya cakap nak khawin dengan awak..?

Putera Ikhmal : Saya yang nak masuk meminang awak lepas SPM..!! AHAHA saya akan buat family awak terima saya..! tapi kalau awak tak nak saya buat macam tu awak kena cari saya dekat sekolah sampai jumpa..hihihi..saya tahu mana awak tinggal..taman awak tu sebelah taman saya je....AHAHAHA

Nur Isyafiyana : Ehh..sesuka hati awak ja nak paksa family saya terima awak..awak sapa pun saya tak kenai nak suruh saya cari awak..macam mana nak cari..!!

Putera Ikhmal : Senang je..tali kasut saya lain daripada yang lain..kalau awak jumpa saya awak kena sebut 'Alphabet' password kita. Terpulang pada awak kalau awak taknak cari saya..lepas spm terus saya masuk meminang awak AHAHA

"Ish..dia ni pandai pulak dok ugut aku..geramnya...kalau aku jumpa dia ni..aku nak tumbuk muka dia sampai lebam..!!" marah Fie.

Fie tidak membalasnya, kemudian Fie membuka profil Fac Putera Ikhmal gambarnya tiada yang ada hanyalah gambar katak.

"Apa..? hang ingat hang tu putera katak? PUTERA KONON.." bebel Fie seorang diri.

Fie terdengar suara orang memberi salam, dia menjawab salam dan terus bangun untuk membuka pintu rumahnya.

"Ehh..? Reen..hang ok dak ni..dah dua hari aku tunggu hang online Fac tapi tak online pun.." tanya Fie yang risaukan sahabat baiknya.

"Nah..hadiah..sorry la..birthday hang aku tak mai.." Reen mengukirkan senyuman manis.

"Thanks..kenapa weh..? hang ok dak ni?" tanya Fie lagi.

"Takpayah la risau..aku demam panas ja..Nurul dengan Zana mai dak birthday hang..?" tanya Reen pula.

"Hmm..malas la nak jemput..hang pun taukan depa dua macam mana..buat baik and rapat dengan aku pun bersebab.." balas Fie.

Yelah..Nurul dan Zana berkawan dengan Fie hanya mahu mengambil tahu lelaki mana yang cuba mengganggu Fie. Apa sahaja yang dirahsiakan oleh Fie pasti mereka cuba untuk korek rahsia itu. Bila dah dapat tahu nak dihebohkan pula, sengaja mahu malukan Fie.

"Fie..takdak ka cerita baru nak cerita dekat aku..?" tanya Reen.

"Haa..wehh ada..! ada..! ada..!!" jerit Fie.

Fie memulakan ceritanya tentang Mal hadir ke rumahnya pada hari lahirnya sehinggalah dia menerima pesanan dari Putera Ikhmal yang mengugut untuk meminangnya selepas SPM.

"Macam tulah kisahnya..aku tak pernah kenai dia sapa..dari mana dia..tiba tiba nak ugut aku macam tu.." cerita Fie.

"Ohh wait..!! apa nama lelaki tu..? alah yang selalu selisih dengan hang dekat sekolah tu..? yang dia mai rumah hang sambut birthday hang tu..?" tanya Reen.

"Hmmm ya tak ya jugak..tak pernah pulak aku terpikiaq pasai nama dia..taktau lah..malas lah aku nak ambik tau..! rasa macam naik rimas bila dia pun cuba ganggu aku sekarang ni.." bebel Fie.

"Ehh..tapi dia handsome tau..menyesal tau kalau hang tak pedulikan dia..tanya laa mak dia anak dia nama apa...." Reen menyiku lengan Fie.

"Ish..memang tak ar..nak tanya aunty Maria..aku tak rasa yang dia ganggu aku tu sebab sukakan aku..bukan setakat dia ja kan yang ganggu aku..ramai..semua tu saja nak ejek aku kecik..!" marah Fie.

Reen hanya menggelengkan kepalanya. Susah betul budak kecik ni..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience