Chapter 15- Jangan risau perihal takdir

Romance Completed 8293

Seperti biasa Fie nampak sangat comel dengan uniform kadet polisnya. Ramai juga ingin melihat Fie yang sedang mengajar orang berkawad di tapak perhimpunan itu. Comel betul si kecik ni ya !

"Squad...! senang diri...!" Fie menganggukkan kepalanya kerana berpuas hati.

"Bagus...! nanti akak Fieya nak ajar waktu petang pulak ya..kita start pukul 3...yang nak balik dulu boleh balik....makan bagi kenyang apa dulu...lepastu mai sekolah balik na..." Fie mengukir senyuman manis.

"Yeay...! bestnya...! petang ni ka akak Fieya..?" tanya mereka.

"Ehh..dak la.. kan akak Fieya kata NANTI..petang ni tak boleh lagi..akak Fieya sibuk berlatih untuk persembahan koir..nanti akak Fieya bagitau bila tarikhnya.." balas Fie.

"Hmmmm alaa...ingatkan petang ni...baru nak seronok..dah la best sangat belajar dengan akak Fieya.." ujar mereka.

"Lagi satu...Cikgu Zubir ada bagitau... kita nanti akan bertanding dengan sekolah lain tau.....yang tu akak Fieya taktau bila..jadi akak Fieya yakin sangat yang kita boleh..! janji hampa kena rajin la mai petang petang tu...ahaha.." Fie ketawa kecil.

"Kalau ada yang tak mai berlatih...?" tanya mereka.

"Akak Fieya nak mengamuk..!" Fie mencekak pinggang.

Mereka semua ketawa melihat Fie marah comel la....!

Mal yang juga berada di tapak perhimpunan itu tersenyum apabila melihat Fie marah sambil mencekak pinggangnya.

"Mal...! aku nampak ok..eleh tersenyum senyum...hang tengok budak kecik tu kan..?" sindir Irfan.

Mal memandang Irfan kemudian dia menghembus nafasnya perlahan. Kacau daun betul la Irfan ni !

"Tak payah la.......nak simpan hati kat budak kecik tu...semua orang tau yang dia tu jual mahal..tak percaya tanya la si Zira tu..semua surat cinta yang orang bagi dekat Zira suruh bagi dekat budak kecik tu semua dia buang tau dak..?" ujar Irfan.

"Aik...haritu aku tanya hang kenal ke tak nama Fieya..tapi hang buat buat tak kenal tu dah kenapa..?" Mal mengerutkan dahinya.

"Ahahahahahahah aku risau hang pun jatuh hati dekat dia..aku yang macho ni pun dia tolak apatah lagi hang..." ketawa Irfan.

"Lah...serius ar...? sebab apa yang hang boleh terjatuh cinta dekat dia...?" tanya Mal lagi.

"Sebab apa lagi...kalau bukan sebab muka merah dia...dia kalau malu tu fuhhh comel gila dengan muka merah dia..." balas Irfan.

Mal simpam senyum kerana Mal sudah mengetahui mengenai Fie ketika mukanya merah, memang benar Fie kelihatan sungguh comel ketika dia malu dengan Mal.

-

Ketika Fie menyiapkan kerja sekolahnya, Idham datang menghampiri Fie lalu Idham meletakkan bukunya di hadapan Fie. Perlahan Idham menarik kerusi untuk duduk di hadapan meja Fie.

"Nak apa...?" Fie memandang Idham. Fie sudah mengetahui jika Idham datang kepadanya tak lain kalau tak bukan nak meniru !

"Hai Nur Isyafiyana polis kecik... perghhh budak hot kat fb ni.... alaa...macam biasa la benda yang aku tak reti ja aku akan tiru hang ahahaha boleh..?" Idham mengangkat keningnya.

"Tak payah tiru.... mai aku ajar..." Fie menjeling.

"Ok Nur Isyafiyana..! satgi aku belanja hang makan nak ..?" tanya Idham.

"Ahahaha betoi ni...?" ketawa Fie.

"Amboi..... belanja Fieya ja..? Aku dengan Zana ni macam mana pulak..?" tanya Nurul.

"Hampa dua aku belanja habuk ja.. Nur Isyafiyana ni aku belanja makan nasi sebab dia sorang ja yang nak bagi jawapan dekat aku pun...hampa dua bagi apa..?" sindir Idham.

"Eleh... tau la ada hati dekat Fieya pun.." bisik Zana perlahan.

"Hah..? apadia Zana tak dengar..?" serentak Fie dan Idham tanya.

"Ahahaha... takdak apa la..." ketawa Zana.

"Nur Isyafiyana hang nak makan apa satgi..?" tanya Idham.

"Macam macam...!" Fie memberi segaris senyuman.

Terbeliak biji mata Idham mendengarnya.

"Nak belanja sangat kan..." gumam Fie.

"Hai Isyafiyana kecik....!!!!" sergah seorang lelaki di tepi tingkap bersebelahan Fie. Lelaki itu menayang giginya.

"Oiii.....!!! ya Allah..,.." terkejut Fie dibuatnya.

Fie mengerutkan dahi dan memandang lelaki itu yang sudah pun berlalu pergi.

"Kenapa tu..?" tanya Idham.

"Ala... dia tu memang macam tu...pantang nampak Fieya pakai baju ni.." ujar Nurul sambil menunjukkan ke arah baju Fie.

"Itula pasai tu.....asal Fieya pakai baju kadet polis ja..lelaki tu muncul..." Zana mencelah.

"Dah gila agaknya..selalu lepas rehat dia tegur aku.. takdak la terkejut sangat.. ni rehat pun dak lagi...haish macam macam la.." gumam Fie.

Mereka berempat terkejut apabila melihat Sir Nathan sudah berada di hadapan pintu kelas mereka. Cepat cepat Idham bangun dan terus pergi ke tempat duduknya.

Sir Nathan menggelengkan kepalanya sambil melihat Idham.

"Kamu buatpa tadi Idham...?!" tanya Sir Nathan.

"Er...hehehe" sengih Idham.

Sir Nathan mengambil buku Fie dan melihat apa yang ditulis Fie. Lama !

"Er...kenapa Sir Nathan....?" Fie mengangkat keningnya.

"Tulisan kamu ni kan...saya dapat rasa yang kamu ni nanti akan muncul sesuatu masalah dalam hidup kamu...saya tak tahu nak cakap macam mana saya cuma nak kamu boleh hadapi masalah kamu tu nanti.." ujar Sir Nathan sambil membetulkan kaca matanya.

Fie mengerutkan dahinya. Mengarut ! Dengar boleh percaya jangan kerana Allah lah yang paling tahu tentang kita dan masa depan kita. Berserahlah dan percaya takdir Allah itu semuanya baik baik belaka.

-

Mal melihat Fie mengambil nasi yang sudah dibeli dari seorang lelaki. Lelaki itulah yang pernah berbual dengan Fie yang menyatakan Fie budak famous di Fac.

Mal mengeluh perlahan terbit satu perasaan cemburu. Alangkah bagusnya jika Fie tidak malu dengan Mal. Mungkin mereka berdua sudah lama mengenali jadi Fie tidak malu seperti mana Fie malu dengan Mal.

"Bersabarlah, kerana keindahan sesebuah takdir itu hanya akan dirasakan di saat akhir..." tegur Zira yang baru muncul.

"Eh..hang Zira terkejut aku.." Mal memberi segaris senyuman.

"Sedang tidak menanti, menggenggam atau menjaga sesiapa pun. Namun tidak juga menolak takdir. Jika sudah waktunya, semuanya akan berjalan mengikut aturanNya..." ujar Zira.

"Macam mana..? masih bagi surat..?" tanya Zira.

"Hmmm...tak.." Mal menggelengkan kepala.

"Eh..kenapa pulak..?" Zira mengerutkan dahinya.

"Ada la apa yang aku nak buat nanti...betul ke Irfan pun pernah suruh hang bagi surat..?" Mal mengangkat kening.

"Ahahahahaha pernah tapi aku sendiri yang buang..." ketawa Zira.

"Lah....kenapa buat macam tu..?" tanya Mal.

"Mesti la...kawan baik mesti nak kan yang terbaik untuk kawannya kan.." Zira memberi segaris senyuman.

"Dah la...jangan risau perihal takdir... semua sudah terlakar dan tidak akan tertukar.." sambung Zira.

"Zira... Fieya tu orangnya macam mana..?" tanya Mal ingin tahu.

Zira menarik nafasnya dan menghembus perlahan.

"Menemukan yang baik tak sama dengan menemukan yang selesa. Semua orang boleh baik, tapi tak semua orang boleh buat kita rasa selesa..." balas Zira.

"Jadi hang rasa selesa dak dengan dia...?" sambung Zira.

Mal simpan senyum. Mal sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Zira. Kemudian Mal melihat Fie semula dari jauh. Fie masih lagi berbual dengan lelaki yang memberi nasi kepadanya tadi.

Zira mula meninggalkan Mal setelah melihat Irfan menghampiri Mal.

"Hang sembang apa dengan Zira..? jangan cakap yang hang suruh Zira tolong hang untuk dapatkan budak kecik tu.." sindir Irfan.

"Aku tolong dapatkan dia untuk hang nak..?" tanya Mal.

"Ahahah hang buat lawak apa ni Mal..?" ketawa Irfan.

"Tak kelakar ok...aku serius ni.." Mal mengangkat kening.

Irfan memandang pelik dan mula melihat Mal atas bawah. Mal lagi handsome ! Mustahil budak kecik tu nak pandang Irfan walaupun Irfan macho macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience