BAB 3

Romance Completed 7293

"A'ah, Tini. Nama buku tu apa? Saya lupa lah," kata Aqillah buat pemanggil di hujung talian.

"Kejap nak salin. Dia terbitan McGraw kan?" dia mencatit sesuatu pada kertas di tangan sambil mengangguk-anggukkan kepala.

"Ok, nanti kalau jumpa, say- Ya Allah!" tangannya sempat bertahan pada rak buku di hadapan supaya tidak terjatuh.

Nasib baik tak jatuh. Kakinya terasa sengal akibat tersadung sesuatu. Matanya liar memandang sekeliling, takut ada mata yang melihat kejadian tidak membanggakan itu. Harap-harap tak ada orang nam- Dia terpempan saat terpandang muka seseorang yang sedang sinis sekali tersenyum padanya. Bahang mula terasa di hatinya. Dalam banyak-banyak kedai buku, kenapa dekat sini jugak dia nak datang?

"Ah, Tini? Saya ok. Tak, takde apa-apa. Nanti saya telefon awak balik? Ok, assalamualaikum," dia memutuskan talian.

"Kecilnya lah dunia ni, kan?" tenang dia bersuara seraya menyambung,

"Kalau dah berdendam tu, dekat mana-mana pun boleh, ya tak?" tangannya bermain pada buku-buku yang tersusun di rak kedai buku Kinokuniya.

"Oh, yang jalan tak pandang depan tadi tu kau ke? Ingatkan orang buta mana tadi. Heh," lelaki yang sedang duduk sambil memegang buku yang terbuka itu memulakan bicara, pedas.

"Hai, mulut tu kalau memang makan cili, orang tenyeh pun tak terasa pedasnya, ya?" dia membidas tenang walaupun hatinya sudah mula panas mendengar kata-kata biadap lelaki itu.

Dah lah dia yang nak curi buku aku, dia pulak yang nak berdendam bagai. Tak faham betul.

"Lah, ada orang yang terasa pedas ke? Tak cukup Melayu lah tu kalau tak tahan makan cili. Patutlah adab letak dekat longkang. Tak faham maksud siapa cepat, dia dapat agaknya."

"Tapi kalau siapa pandai, dia dapat pun boleh pakai. Siapa kurang cerdik, dia rugi," dia tersenyum di dalam hati.

Ingat kau seorang je yang pandai jawab? Diam-diam ubi berisi tahu? Walaupun dalam bab-bab macam ni. Heh.

"Mat bangla mana yang ajar peribahasa tu? Karam Singh Walia pun lagi bijak walaupun dia bukan bangsa Melayu. Kalau otak tu dah macam udang, benda yang keluar pun memang bodoh habis lah."

"Awak!!" Aqillah mengetap bibir. Dia yang mula terasa bahang Gurun Sahara memandang tajam pada lelaki itu yang hanya bergaya selamba. Amat menyakitkan hati. Tetapi dia tidak begitu jelas mengapa senang sekali dia marah pada lelaki itu memandangkan dirinya bukanlah seorang yang mudah mengendahkan pandangan atau kata-kata orang lain. Namun, lelaki itu berjaya menyakitkan hatinya setiap kali mulut itu dibuka. Dan perkara ini jugalah yang menyebabkan dia semakin geram. Bukan hanya pada lelaki itu, tetapi pada dirinya sendiri juga.

"Go. To. Hell," untuk sesaat dia terpaku apabila bisikan ditelinga hampir meluruhkan seluruh isi hatinya.

Jantung yang sedang berdegup itu hampir sahaja terhenti disebabkan tindakan mengejut lelaki itu sebentar tadi. Tidak ada seorang lelaki pun yang pernah mendekatinya dengan jarak yang sebegitu kecil. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membuka langkah silatnya yang masih setahun jagung. Buku berkulit tebal yang dipegang terlepas dari tangan akibat terlalu terkejut dan menghempap kaki Haikal.

"What the fuck? Hei!!" tengkingan lelaki itu membuatkan dia tersedar.

Dia gelabah. Sekali lagi dia telah membuatkan Haikal bengang padanya. Dan saat itu, hanya satu benda sahaja yang mampu difikirkannya. Iaitu menyelamatkan diri. Dengan segera dia melangkah meninggalkan lelaki itu. Namun, seperti yang dijangka, lelaki itu pantas mengekori sambil memanggil-manggil dirinya. Makin dipercepatkan langkah, makin laju pula tapak kaki dibelakang mengikuti arah langkahannya. Dia resah. Nak buat apa ni? Ah, masalah, masalah! Fikir, Qilah! Fikir!

"Ooww!" dia terjerit kecil apabila dia dicekik tali beg yang dipakai menyilang badan. Terhenti terus perjalanannya.

"Sakitlah!" dia memarahi Haikal yang sedang memegang kuat pada begnya. Segera ditarik kasar beg itu dan diurut-urut leher yang terasa pedih akibat tercekik sebentar tadi. Dia memandang tajam pada lelaki itu yang hanya melihat tingkah lakunya dengan muka selamba. Dia geram dengan perlakuan Haikal menyakitkan dirinya. Dengan pandangan terakhir, dia kembali menyambung perjalanannya. Ingin cepat meninggalkan kedai buku itu sekaligus menjauhkan diri daripada lelaki tersebut. Makin lama dia menunggu, makin panas hatinya nanti. Lega dirinya apabila lelaki itu tidak kembali mengekori. Nasib baik kau tak ikut. Pendendam sungguh! Hilang terus niatnya untuk mencari buku rujukan bagi tugasan yang perlu dihantar dua minggu lagi. Ah, cari dekat kedai lain je la. BIP! BIP! BIP!

Perjalanannya sekali lagi terhenti apabila dia mendengar bunyi bingit di telinga. Dia memandang sekeliling mencari arah datang bunyi tersebut namun lain pula bagi semua mata-mata disekelilingnya. Semua memandang ke arah tempat dia berdiri atau lebih tepat lagi, dirinya. Aku?

"Cik. Maaf, boleh saya periksa beg cik?" seorang lelaki memakai seragam pengawal menegur.

Dia yang bingung hanya menyerahkan tanpa sebarang pertanyaan. Namun terkesima apabila pengawal itu mula memunggah beg silangnya. Kenapa dia selongkar beg aku? Apa ni?? Pengawal itu kemudian mengeluarkan sebuah buku yang tidak pernah dilihatnya. Dia semakin keliru. Buku siapa pula dalam beg aku ni?

"Buku ni, cik dah bayar?"

"Err.. Ini bukan buku saya. Macam mana..?" dia mula panik.

"Sila ikut saya ke pejabat penyelia. Cik disyaki cuba mencuri," terkedu dia mendengar kata-kata pengawal tersebut.

"Mencuri?? Saya tak mencuri, encik. Saya sendiri pun tak tahu macam mana buku tu ada dalam beg saya."

"Habis, cik mahu kata yang buku ni masuk sendiri dalam beg cik? Atau ada orang yang letak dalam beg cik? Sila ikut saya berjumpa dengan pihak kedai," pertanyaan itu membuatkan dia terdiam.

Dia mengekori pengawal tadi dengan matanya meliar mencari dalam pandangan-pandangan orang padanya dan dia terhenti pada sepasang mata berwarna coklat yang penuh ejekan memandangnya. Lelaki itu kemudian membuat tanda bagus dengan ibu jari sebelum dihalakan ke bawah bersama senyuman paling sinis yang pernah dilihatnya di atas muka bumi ini. Memang sah! Asyraf Haikal sudah menjatuhkan maruahnya. Begitu dia kesal dengan sikap lelaki itu tetapi cuba disejukkan hati yang mendidih. Dia berulang kali beristighfar didalam hati. Moga ditenangkan hati yang marah.

Dia dibawa berjumpa dengan seorang wanita yang diperkenalkan sebagai pengurus kedai tersebut. Pengawal tadi menerangkan kepada wanita tersebut tentang kejadian yang berlaku. Setelah itu, dia ditinggalkan berdua dengan pengurus wanita itu.

"Jadi, beritahu saya cik.."

"Aqillah."

"Cik Aqillah, betul apa yang cik cakapkan? Cik tak cuba mencuri buku ni?" pedih ditelinganya mendengar perkataan 'mencuri' itu.

Dia menarik nafas dalam kemudian dihembus perlahan. Berusaha menyusun kata agar mudah difahami dan dipercayai.

"Saya tak mencuri buku ni dan saya akan bayar untuk buku ni kalau itu akan buatkan cik percaya pada saya," dia berkata dengan tegas dan tenang.

Pengurus wanita itu diam sebentar seolah membuat pertimbangan.

"Cik betul-betul pasti?"

"Ya, saya sangat pasti! Kalau pun saya nak mencuri, tak mungkin saya akan mencuri dekat kedai yang ada scan dekat pintu tu," wanita itu diam sejenak sekali lagi.

"Baiklah. Memandang cik Aqillah yakin dan saya percaya pada cik, saya tidak akan membuat sebarang repot. Saya minta maaf kalau ini kesilapan daripada pihak kami. Dan saya juga harap kejadian macam ni takkan terjadi lagi," wanita itu berkata tenang.

Dia tersenyum gembira mendengar kenyataan tersebut. Lantas mengucap syukur pada Ilahi kerana mempermudah urusannya.

"Terima kasih banyak-banyak sebab percayakan saya,"dia terasa maruahnya seperti dipulihkan semula walaupun tidak sepenuhnya.

"Saya akan pastikan kejadian macam ni tak jadi lagi. Assalamualaikum," dia menyalami tangan wanita itu sebelum berlalu pergi.

Sebaik keluar daripada pejabat tersebut, dia mula mencari orang yang mendajal dirinya sebentar tadi tetapi tiada kelihatan. Dia merengus geram. Teruk punya perangai! Sampai macam ni sekali dia balas dendam dekat aku! Dengan hati yang panas, dia melangkah pergi meninggalkan kedai buku Kinokuniya.

Teratak milik keluarga Aqillah petang Sabtu itu riuh-rendah dengan suara ibunya menyuruh Kak Hani dan adik-beradiknya yang lain menolong dalam membuat persiapan. Hari itu, keluarga rakan ibu dan ayahnya akan datang mengunjungi mereka sekaligus memperkenalkan dirinya dengan anak mereka. Dia membuat muka memikirkan perkara tersebut.

"Qilah, bawa dulang yang ada cawan-cawan kat dapur tu letak kat sini. Cepat, cepat," pekik ibunya dari ruang makan. Dia hanya mengeluh sambil menunaikan permintaan ibunya.

"Hisy, banyak lagi tak siap ni. Hani, gubahan bunga tadi dah siap? Cepat pergi letak kat ruang tamu," ibunya bertanya pula pada pembantu rumah mereka dengan tergesa-gesa.

"Sudah, puan. Semua dah beres dah. Tinggal makanan je lagi yang belum hidang. Tunggu tetamu sampai dulu. Puan pergi lah berehat dan siap-siap. Kejap lagi tetamu dah nak sampai. Ok?" Kak Hani menolak ibunya itu keluar daripada dapur dan ke arah tangga sambil menggeleng-gelengkan kepala memandangnya. Dia hanya tersenyum pahit sambil mengangkat bahu.

Aqillah mengeluh di dalam hati. Hari yang paling hendak dielakkan muncul jua. Hari pertemuan keluarganya dengan keluarga lelaki yang bakal dijodohkan dengannya. Anak teruna Auntie Ros yang tidak pernah dikenalinya. Nightmare!! Jerit hati kecilnya yang serabut. Disebabkan dia orang nak eratkan silaturrahim, dirinya pula yang dijadikan mangsa. Bukan salah untuk eratkan silaturrahim tetapi kalau begini caranya, siapa yang mahu?

Dia menuju ke biliknya. Rimas dengan keadaan di tingkat bawah. Mahu melepaskan diri dari semua yang menyesakkannya hari itu. Mahu mengosongkan minda sementara dia mampu.

Setengah jam berlalu, dia sudah siap mengenakan baju kurung warna ungu berserta tudung. Dia kemudian duduk di sofa untuk merehatkan diri setelah penat menolong ibunya sebentar tadi. Namun, duduk seorang diri mula membuatkan dia mengingati kembali perkara yang bakal berlaku sekejap sahaja lagi. Dia akan dikenalkan dengan anak kawan ibunya. Lelaki yang bakal dijodohkan dengannya. Mukanya sudah berkerut-kerut. Aaarghh!! Dia menampar-nampar pipinya, minta semuanya hanya mimpi tetapi tiada yang berubah. Dia masih berbaju kurung dan masih duduk di sofa yang sama. Mahu sahaja dia menangis saat itu.

Macam mana agaknya budak tu? Baik ke? Kuat agama ke tak? Cool dan baik macam aku ke tak? Hehehe. Dia tersengih sendiri. Hoi! Boleh pulak kau gelak. Tengah stress macam ni pun kau boleh merapu lagi! Kang tak memasal-masal dia anak mak, naya je! Eii, tak nak aku! Takpe,takpe. InsyaAllah, dia anak yang soleh. Amin.

"Qilah! Dah siap ke belum? Keluarga Auntie Ros dah nak sampai dah!" lantang suara ibunya memanggil dari tingkat bawah. Dia mula gelabah. Dia orang nak sampai dah! Nak sampai dah!! Dia melihat mukanya sudah semakin pucat pada cermin dihadapan. Hujung bibirnya menghala ke bawah.

"Dalam proses, bu," dia menjawab dari bilik.

Dia bangun berdiri untuk mengambil telefon bimbitnya tetapi apabila dibuka, duit yang dilihat. Apa kejadah? Bila pulak aku amik purse ni? Ah, sudah! Otak fikir lain, tangan capai benda lain. Dia sudah mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Diletak dompet tersebut dan diambil handphone yang berada di tepi bantal. Tok tok tok. Pintu biliknya terbuka sedikit dan muncul muka Kak Sara. Kakaknya memandang dengan pandangan tercari-cari. Nak scan riak muka aku la tu. Dia menggerutu.

"Qilah, ok?" soalan umum kakaknya meluncur keluar.

"Entah lah. Oklah kot kalau Qilah tak pengsan lagi," dia membalas, acuh tak acuh walaupun hatinya berdegup kencang.

"Tension," Kak Sara membuat kenyataan dan bukan pertanyaan. Dia hanya senyum kelat.

"Don't worry too much. You'll pull through this. Good luck," kakaknya memberi semangat. Dia mengangguk lagi, memandang lantai. Kesedihan yang mungkin jelas terpampang di mukanya telah membuatkan kakaknya meluru ke arahnya dan terus memeluk tubuhnya sambil berkata,

"Bagitau kita orang kalau Qilah dah lemas. Nanti pandai-pandailah kita orang buat. Just relax, okay? Qilahkan kuat. Better than Abang Amir yang lembik tu, ok?" kakaknya memberi kata-kata nasihat. Dia hanya tersenyum hambar. Tiada kata yang terluah.

"Apesal tadi abang macam dengar ada orang kutuk abang je?" Abang Amir berkata dari pintu yang terbuka.

"Hai, tajam je telinga tu dengar kalau orang kutuk. Cuba kalau orang nak minta tolong, haram lah telinga tu nak terbukak," Kak Sara mengenakan abangnya lagi.

"Diamlah! Dia tu yang mengada-ngada sangat. Lipas pun nak suruh orang tangkapkan. Macam lah lipas tu nak gigit dia. Tak macho langsung. Kan, Qilah?" Abang Amir membalas. Dia tergelak melihat gelagat mereka yang sentiasa bergaduh bak anak kecil itu.

"Abang, tengok! Qilah dah gelak. Rancangan kita berjaya!" Kak Sara mengujar gembira lantas high-fived dengan Abang Amirnya.

"Yes!" mereka berkata serentak. Dia hanya menggelengkan kepala.

"Dah, dah. Cepat siap. Nanti bising lagi ibu tu. Abang! Jangan buat-buat tak reti. Jom keluar, pervert," Kak Sara berkata sambil menarik lengan abangnya keluar daripada kamarnya.

"Orang tau lah! Huh!" Abang Amir memprotes walaupun abangnya membiarkan sahaja dirinya ditarik oleh Kak Sara.

Papp!! Kedengaran jelas buku dihempas oleh seorang pemuda yang sedang menahan geram. Leteran mamanya yang semakin kuat itu menaikkan amarahnya.

"I'm getting ready, mama! Just be patient!" jeritnya dari kamar yang berkunci.

Ingat ini tahun lima puluhan ke? Nak carikan untuk orang pulak. Bullshit!

Tubuhnya diangkat malas daripada katil lalu diheret ke almari baju yang gah besarnya. Di ambil baju yang paling teruk sekali untuk dipakai. T-shirt bergambar perempuan berbikini itu sengaja dibelinya untuk menyakitkan hati mamanya. Setelah itu, dikenakan pula seluar jeans koyak dan selipar jepun dari kamar mandinya. Dia keluar dari bilik yang berada di tingkat dua menuju ke ruang tamu ditingkat bawah yang sedang didiami oleh kedua orang tuanya yang sedang menanti.

"Ya Allah. Asyraf Haikal bin Hairi! Where do you think you're going in that? Where are the clothes that I told you to wear? Go to your room and change it, right now! We are already late," mamanya, Puan Rosila memarahi dirinya yang sengaja dinaikkan darah itu.

"Aw, mama. Thi-"

"NOW!"

Kakinya berat melangkah menaiki tangga menuju ke kamarnya semula. Kurang sedikit rasa bengang di hati apabila dapat menyakitkan hati mamanya. Dikerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 5.20 petang.

"Shoot!"

Pantas baju yang dipakai ditanggalkan dan baju yang disediakan mamanya disarung. Walaupun suka menyakitkan hati mamanya, dia masih mematuhi masa kerana masa adalah perkara yang paling penting bagi mamanya.

Kereta Mercedes-Benz Kompressor yang dipandu Haikal diparkir di halaman rumah banglo milik kawan orang tuanya. Enjin kereta dimatikan. Mama dan abahnya sudahpun keluar dari perut kereta tetapi dia hanya diam membatu. This is it. Kalaulah aku anak yang jahat, dah lama aku lari. Haikal mengeluh berat.

"Haikal buat apa lagi tu? Come!" abahnya, Encik Hairi memanggilnya turun.

Haikal kembali ke dunia realiti dan perlahan tangannya membuka pintu tempat duduk pemandu. Kakinya dijejakkan ke atas rumput yang menghijau. Dia mengikut kedua ibu bapanya yang sudah berjalan merentasi sebuah taman menuju ke pintu masuk utama banglo tersebut. Belum sempat mamanya memberi salam, pintu tersebut sudah dibuka dari dalam dan muncul seorang perempuan yang seusia dengan mamanya diikuti seorang lelaki berpangkat bapa.

"Assalamualaikum, Kak Lina, Abang Adib," mamanya memberi salam kepada wanita dan lelaki tersebut lantas memeluk erat tubuh Salina. Oops. Puan Salina? Auntie Salina? Abahnya pula berpelukan dengan Encik Adib sambil berbalas salam dan khabar.

"Oh, ya. Meet my son, Asyraf Haikal," lengannya ditarik dan dia dibawa ke sisi mamanya. Dia segera menyalami tangan Puan Salina dan suami wanita itu, menunjukkan rasa hormat pada orang yang lebih tua.

"Nice to meet you, uncle, auntie," katanya untuk menghilangkan rasa janggal yang berpaut di lubuk hati.

"Nice to meet you too, Haikal," Puan Salina membalas sambil tersenyum manis.

"Jemputlah masuk," Puan Salina mengajak mereka masuk.

Di dalam, Haikal terpegun seketika dengan bauan bunga segar yang seakan menyambut kedatangan mereka. Dia melihat dekorasi yang ringkas tetapi elegan mengisi ruang depan rumah itu. Warna putih dan hitam menjadi tema utama ruang tamu tersebut. Dua sofa hitam berbentuk unik mengisi kawasan tengahnya. Antara dua sofa tersebut, terletak sebuah meja kaca lutsinar yang bertingkat. Di atasnya, terdapat sebuah pasu yang diisi dengan bunga-bunga segar. Bau bunga yang menyambut mereka sebentar tadi. Di dindingnya pula tergantung kemas ayat-ayat suci Al-Quran dan gambar-gambar alam semulajadi yang indah. Dia dapat merasakan keluarga ini merupakan keluarga orang baik-baik. Dia juga perasan sebuah meja di penjuru ruang tersebut yang menempatkan beberapa bingkai gambar keluarga tetapi tidak dapat dikenalpasti siapa dari tempat dia berdiri.

"Duduklah dulu," Puan Salina menjemput mereka sebelum meminta izin untuk berlalu ke dapur.

Di dapur, Aqillah bersama Kak Sara dan Kak Hani sedang menyiapkan hidangan untuk tetamu mereka.

"Hahaha, Kak Hani sengal. Tak nak Qilah macam tu. Tak sanggup!" Aqillah berkata sambil menyusun gelas ke dalam dulang. Kak Hani dan Kak Sara pula menyusun kek lapis dan kuih keria ke dalam piring.

"Tau takpe, Qilah! Kalau budak tu nanti macam tu, memang awal-awal lagi lah Kak Sara dah tarik Qilah bawak lari!"

"Isy, sudah, sudah! Tak baik cakap buruk pasal orang. Kang dia anak soleh kang, menyesal kau orang mengata dia!"

"Eleh, Kak Hani. Padahal tadi dia yang mula dulu. Kan Qilah, kan?" Kak Sara berkata sambil mencebik bibir padanya. Dia hanya ketawa geli hati.

"Hani, bawa piring kuih ke depan. Tetamu dah sampai. Qilah, Sara, jom pergi depan," ibunya yang muncul tiba-tiba berkata pada mereka.

"Hah? Dah sampai ke, bu?" dia bertanya, terkejut dan takut. Jantungnya yang baru sahaja tenang, berdegup kencang semula.

"Dah. Jom, jom!" ibunya mengambil dulang berisi air dan berlalu ke ruang tamu semula.

Dahinya berkerut memandang kakaknya, tak keruan. Kak Sara hanya senyum simpati padanya dan dia mengeluh.

"Jom. Kang bising pula ibu kamu tu," Kak Hani berkata kepada mereka berdua.

Nak tak nak, dia hanya menurut dari belakang. Sampai di ruang tamu, dia segera menundukkan muka. Takut untuk melihat.

"Sara, Qilah. Salam dengan Auntie Ros," ibunya menyuruh.

"Mama! Abah!" mukanya automatik terangkat ketika Kak Sara mengujar terkejut kepada tetamu mereka. Dia dapat lihat Encik Hairi dan Puan Rosila juga mempunyai reaksi yang sama. Aik? Kak Sara kenal dia orang ke? Dia tertanya-tanya. Apatah lagi apabila kakaknya itu menggelar mereka berdua 'mama' dan 'abah'.

"Sara! What are you doing... Wait! Your daughter?" Puan Rosila bertanya kepada ibunya seakan mengerti situasi yang sedang berlaku. Dia sahaja yang masih keliru.

"Kamu kenal dengan anak saya?" ibunya membalas dengan pertanyaan.

"A'ah. Sara kawan dengan Nina, kakak Haikal."

Dengan anggukan kakaknya pada seseorang, dia bagaikan terkena kejutan elektrik ketika memandang ke arah anggukan itu. Apa kejadah? Apa ke halnya dia ada dekat rumah aku? Bulat matanya memandang lelaki yang duduk di sofa tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Ya, kau orang semua betul. Lelaki itu diberi nama Asyraf Haikal. Lelaki yang baru beberapa hari lalu menduga kesabarannya di kedai buku Kinokuniya. Asyraf Haikal bin Hairi. Lelaki itu memandangnya kembali dengan reaksi yang mencerminkan reaksinya ketika itu. Eeeh, kejap! Dia? DIA?? Lelaki yang ibu nak kenalkan tu?? Astaghfirullah. Dia bagaikan mahu pitam di situ juga. Tak mungkin... Dia menggeleng lemah, tidak dapat menerima.

"What a small world," Haikal berkata perlahan tetapi dapat ditangkap telinganya.

"Takkan kamu berdua pun kenal satu sama lain jugak?"

"Hah?" dia terkejut apabila ibunya bertanya pada dirinya dan Haikal. Mungkin kerana riak muka mereka yang serupa.

"TAK!!" Aqillah menjawab. Terlebih pantas. Dan kuat. Muka Haikal yang tadinya terkejut kini bertukar menjadi riak yang menggambarkan perasaan tidak percaya dengan jawapannya.

Kenapa? Memang betul pun kita tak kenal, kan? Baik kau jangan bagitau dia orang! Dia mengarah dengan mata dan lelaki itu hanya tersenyum sinis memandangnya. Dia gentar.

"Yup, we don't know each other. Maybe because of studying in the same university, we might have come across each other once in a while," Haikal bersuara. Aqillah melepas nafas lega.

"Oh, a'ah. Ibu lupa nak bagitau yang Haikal pun belajar dekat UIA juga. Haikal ambil bisnes, kan?"

"A'ah, Auntie."

"Oh, ya. Qilah sekarang dah tahun berapa?" dia yang hanya tunduk memandang lantai segera mengangkat muka.

"Qilah tak sihat ke?" Auntie Ros tiba-tiba bertanya.

"Hah? Tak, tak," dia malu. Teruk sangat ke muka aku? Rasanya tak kot. Aku terkejut je pun.

"Qilah!" dia tersedar apabila ibunya memanggil.

"Hisy, budak ni. Boleh lagi dia berangan. Auntie Ros tanya kamu tu," dia merah menahan malu. Ah, sudah! Qilah, Qilah..

"Auntie.. tanya apa tadi?" dia teragak-agak tetapi wanita itu hanya tersenyum dan dari ekor matanya, dia dapat melihat Haikal tersenyum sinis padanya. Mahu sahaja dia terjun lombong saat itu. Malunyaaa!

"Qilah belajar tahun berapa sekarang?" "Oh, dah tahun akhir."

"Dah last semester lah ni?"

"A'ah. Last sem."

"Mmm. Sama macam Haikal lah."

"Haikal intake Jun juga?" ibunya bertanya.

"Tak. Haikal intake Disember, Auntie."

"Budak ni selalu score, Kak Lina. Dia habis awal. Kata kalau sambung Master, buat setahun je tapi dia tak nak. Nak kerja terus."

"Mmm. Sekepala dengan kamu la ni, Abang Hairi. Otak bisnes," ibunya berkata dan mereka semua ketawa kecuali dirinya, hanya mampu senyum kelat.

Kata-kata mereka semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan. Masih belum dapat menerima kewujudan Haikal di rumahnya. Otaknya masih serabut dengan kejadian-kejadian yang baru sangat berlaku antara mereka berdua. Mana mungkin mereka dapat meluangkan masa bersama. Nak tengok muka masing-masing pun masih menyampah dan geram. Tengok sajalah senyum sinis lelaki itu padanya. Tidak mungkin untuk mereka. Nak bertunang? Dia sudah seram sejuk hanya dengan memikirkan tentang itu.

Tapi.. Macam mana ni? Dia orang semua nampak happy je. Budak tu pun sama. Apa kejadah? Tak kan dia nak terima kot? Isy, mesti tak punya lah. Dia mesti tak nak jugak. Dia pun tak suka aku jugak. Takpa, takpa. Dia mesti tolak dan aku dengan gembiranya menerima keputusan dia. Dengan hati terbuka, tangan terbuka siap! Tak payah lah aku fikir pasal bertunang, jodoh semua lagi. Wahahah. Hmm, bagus, bagus! Senang kerja aku. Dia mengangguk-angguk seorang diri.

Setelah lebih sejam bersuai kenal, Kak Hani datang memberitahu bahawa makan malam telah dihidangkan dan mereka semua berlalu ke ruang makan untuk menjamu selera. Selepas makan, mereka semua mengerjakan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di bilik solat yang terletak di aras satu. Solat mereka diimamkan oleh Abang Amir seperti kebiasaan. Usai solat, ibu bapanya serta Auntie Ros dan Uncle Hairi meneruskan perbincangan mereka di ruang tamu manakala dirinya dan yang lain berkumpul di bilik menonton televisyen. Masing-masing khusyuk menonton filem I, Robot yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

"Haikal, Faris dengan Nina mana? Kenapa dia orang tak ikut sekali? Jangan cakap dia ikut Nina main futsal?" Kak Sara memecahkan suasana sunyi antara mereka.

"Taklah. Dia pergi litar."

"Litar Sepang ke? Ada race ke sekarang? Bukan bulan depan ke start?" Abang Amir bertanya, ingin tahu.

Aqillah terpaksa mendengar walaupun tidak mahu. Apa yang dia mahu waktu itu hanyalah menyendiri di biliknya. Cuma kerana bersopan sahaja dia terus berada di situ.

"Yes, no, and yes. Ada training."

"Training? Racing?"

"A'ah."

"Hobi?"

"Yup. Tapi kalau ada game, masuk juga kadang-kadang."

"Serius? Pernah sampai mana? Baru start ke dah lama?"

"Biasa main dalam je. Kadang-kadang pergi luar kalau sampai final."

"Wow! Best gila. Abang Haikal sekali ke?" Amin yang memasang telinga dari tadi menyampuk.

Memang satu famili dia orang aktif lah ni. Aqillah membuat kesimpulan. Eh? Apehal aku sibuk-sibuk dengar ni? Dah, dah. Tengok tv!

"A'ah. Kau orang pun minat racing juga?"

"Mestilah! Tapi mahallah cost dia," Abang Amir menjawab.

"Oh. If you want to, next time training, you can join?"

"Set," Abang Amir menerima.

"Wah, bestnya!" Amin menyatakan kegembiraan.

"Abang Amir pakai kereta apa? Amin?"

"Abang pakai Mazda RX8. Amin takda kereta lagi. Tak habis sekolah lagi budak ni."

"Boleh tahan. Amin dah ada lesen ke belum?"

Tetapi pertanyaan Haikal tidak berjawab kerana Kak Hani muncul memanggil Abang Amir kerana ada panggilan telefon untuknya. Dan pada Kak Sara pula dia berkata, "Sara, laptop kamu tu dari tadi lagi bunyi telefon. Baik kamu pergi tengok."

"Alamak! Sara lupa yang Nita cakap nak call tadi."

"Kak Nita? Gila dah lama tak cakap dengan dia. Nak ikut," Amin bangun mengikut Kak Sara. Dia hanya mengekor dengan matanya sahaja.

Anita adalah sepupu mereka yang belajar di Rusia. Memandangkan Aqillah baru sahaja berborak dengan sepupunya itu beberapa hari yang lalu, dia tidak mengikut mereka berdua. Dia yang terlalu khusyuk menonton tidak menyedari bahawa tindakannya itu telah meninggalkan dirinya berdua dengan Haikal.

Suasana sunyi tanpa suara. Setelah hampir 10 minit berdiam diri barulah dia menyedari keadaan yang berlaku. Dia memandang sekeliling tetapi itulah kesilapan pertama yang dia lakukan. Matanya bertembung dengan mata tajam Haikal. Pantas dialihkan.

Sejak bila pula aku tinggal berdua je dengan dia ni? Apa jadi tadi...? Oh! Kak Hani datang panggil dia orang tadi. Ah, sudah! Nak buat apa ni? Blah? Isy, tak baik, tak baik. Nanti ibu marah tinggal tetamu seorang-seorang. Tapi.... Nak cakap apa dengan dia? Dia pun bukannya nak cakap dengan aku. Aku lagilah ta- Eh, kejap! Kena cakap kat dia jangan bagitahu orang lain pasal ni. Kalau tak, ha-

"Best guna buku rujukan hari tu?"

"Buku? Buku apa pul-," dia terhenti. Oh! Buku tu...

"Yang awak rampas tu. Takkan tak ingat?"

"Sejak bila pula saya rampas? Awak yang rampas bu-"

"Saya pula yang salah? Saya hanya menggunakan kemudahan awam."

"Kemudahan awam awak ca-"

"Ye lah. Buku kat library tu semua public pro-"

"Boleh tak kalau awak jangan pintas cakap saya? Tak bersopan tah-"

"Ok."

"Awak ni kan!!" Aqillah mengetap bibir.

Mukanya sudah merah menahan geram. Kurang asam punya budak. Astaghfirullahal'azim. Aqillah, sabar! Bawa bertenang. Dia saja je nak balas dendam tu. Tapi dia dah balas dah masa dekat kedai hari tu! Patutnya ak- Qilah! Biarkan. Yang penting, kau cakap apa yang kau nak cakap. Kalau orang lain tahu pasal ni, habis kau, Qilah. Famous free je. So, simpan dulu bengang kau tu. Ingat apa yang paling penting, Qilah.

"Ni. Boleh tak kalau awak jangan cakap kat siapa-siapa pasal benda ni?" "About what?"

"Pasal kita kena kenalkan ni lah!"

"Why? Wouldn't you proud to be known?"

"Sebab saya tak nak orang tahu lah, saya suruh awak simpan!"

"If I don't want to?"

"Look! Awak tak rasa malu ke kena gosip dengan saya?"

"Nope."

"Eeii!! Tapi saya tak nak, ok! Tak nak! Jadi, baik awak jangan bagitahu orang lain pasal ni!"

"Ada aku kisah?"

"Hiii!!! Suka hati awaklah!"

"Good," Haikal membalas.

Geram dirinya pada lelaki itu meninggi. Tak makan saman betul! Tetapi pandangannya pantas dialihkan semula ke arah lelaki itu saat mendengar tawa yang menyakitkan hati.

"Apesal gelak? Seronok buat saya marah?" Aqillah memandang geram tetapi Haikal melirikkan mata ke muka pintu.

Uh-oh! Dia yang tadi bersandar, duduk tegak secara automatik seolah sudah membuat satu kesalahan yang besar. Dipandang satu persatu muka adik-beradiknya yang terang-terangan terkejut dan tertanya-tanya. Dia menghela nafas dalam. Ah, sudah!

"Ko..kau orang kenal ke? Tadi kau orang cakap..." percakapan Kak Sara tergantung.

Muka kakaknya itu keliru. Dia mula panik dan rasa bersalah tetapi nyata sekali tidak bagi Haikal. Lelaki itu hanya tersenyum sinis memandangnya. Dia cuba mengabaikan senyuman yang menyakitkan hati itu.

"Ada lah sekali sekala jumpa. Rampas buku.. Curi buku.." jawapan selamba Haikal membuatkan dirinya tergamam. Bulat matanya memandang lelaki itu, tidak percaya.

"Ada benda jadi antara kau orang ke?" Abang Amir bertanya dan pantas Aqillah menoleh ke arah abangnya.

"T- tak! Takda apa-apa. Kita orang borak pasal cerita kat tv tadi," cepat-cepat dia mereka cerita. Tipu sunat. Takpa.

"Ya ke? Macam ada apa-apa je ni?" Amin pula bertanya dengan mata serong memandangnya. Dia menelan air liur.

Haikal membuka mulut untuk berkata sesuatu tetapi terhenti apabila mendengar hilai tawa yang sedang menghampiri. Semua mata melirik ke arah pintu yang terbuka. Lega jelas menyinari mukanya apabila orang tuanya muncul bersama orang tua Haikal.

"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.." tidak henti-henti dia mengucapkan kalimah suci itu.

Mensyukuri kedatangan ibunya dan ibu Haikal. Tidak disedari yang perbuatannya itu sedang diperhatikan sepasang mata yang membulat melihatnya, tertarik dengan apa yang dilihat mata kasar tersebut.

"Haikal, let's go. Dah lewat ni," Auntie Ros memanggil.

"Ok," lelaki itu menjawab tenang. Dan semua yang berada di bilik itu bingkas menuju ke luar rumah untuk menghantar tetamu pulang.

Di luar, Auntie Ros dan ibunya bersalaman dan saling mengucapkan terima kasih. Nyata gembira dengan pertemuan yang diberkati Yang Maha Esa.

"Haikal. Cepat salam dengan dia orang semua. Auntie and uncle sekali," Auntie Ros menyuruh.

Berkerut dahinya apabila lelaki itu turut menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Tetapi dengan segera pula ditarik tangan yang tidak bersambut apabila menyedari situasi yang berlaku.

"Thanks, Auntie. Seronok berborak dengan dia orang semua. Especially Aqillah," lelaki itu mengujar selamba. Aqillah mencebikkan bibirnya. Gedik! Desis hatinya.

"Ya ke, Haikal? Baguslah kalau macam tu. Nanti kalau free, Haikal datanglah sini lagi," ibunya tersenyum puas sambil memandang ke arah Auntie Ros dengan pandangan penuh makna. Mukanya terus masam mencuka. Dia cuba buat-buat tidak nampak.

Haikal memandu kereta keluar dari teratak tersebut dan dihalakan ke arah rumah milik keluarganya.

"So, Haikal. How was it?" mamanya membuka bicara dalam perjalanan pulang.

"Fine. It's good if we can go there again."

"See. I told you that you would like her. She's kind, right? I like her. She's very polite and pretty and quite shy and..." mamanya mula membuka cerita seperti kebiasaan.

Dia memandang abahnya yang berada disebelah sambil membuat muka. Abahnya hanya tersenyum. Sudah masak dengan sikap mamanya.

"Haaa," Aqillah mengeluh lega. Katil yang empuk dirasakan bagai syurga. Akhirnya, dapat juga dia berehat. Tetapi dia masih tidak percaya bahawa lelaki yang akan dijodohkan dengannya adalah Asyraf Haikal bin Hairi. Tidak pernah terfikir olehnya. Dia kembali bengang mengingati kejadian sebentar tadi.

Berdendam betul budak tu. Tapi bukan salah aku pun. Aku yang jumpa buku tu dulu. Tak cukup lagi ke dia nak balas dendam kat aku. Dekat Kinokuniya tu dah cukup melampau dah tu! Hisy, makin geram pula aku rasa. Dahlah sengaja buat baik dengan ibu. Orang macam tu ibu nak tunangkan dengan aku? Eeii, tak nak aku. Tak pasal-pasal je aku famous satu kampus. Uurrghh. Fikir je dah pening kepala aku. Belum jadi betul-betul lagi. Minta-minta la dia tak bagitahu orang. Amin. Eh, adik aku. He he he.

Tok tok tok. Pintu biliknya dibuka luas dan abang, kakak, serta adiknya menyerbu masuk tanpa meminta izin.

"So, care to explain?" abangnya bertanya setelah mereka menyelesakan diri di atas katilnya. Ah, sudah! Ingatkan keluar mulut harimau tu dah boleh rehat tapi jatuh masuk mulut buaya pula. Dia mengeluh kecil. Habis hilang masa rehatnya melihat setiap satu muka dihadapannya yang setia menanti dengan sabar.

"Ok, ok. Like I have a choice, right?"

"Pandai pun."

Dan dia pun memulakan cerita kejadian di perpustakaan dan Kinokuniya yang berlaku beberapa hari yang lalu. Selepas itu, diceritakan pula perkara yang baru sahaja terjadi sebentar tadi. Dia terpaksa menutup telinga dengan kedua-dua belah tangannya kerana bingit mendengar gelak tawa yang galak daripada adik-beradiknya. Dia sendiri pun rasa lucu apabila teringatkan kembali walaupun masih bengang kerana lelaki itu memalukannya.

"Patutlah dia baik semacam je cakap dengan ibu tadi. 'Best borak dengan dia orang semua. Especially Aqillah!'" adiknya mengajuk kata-kata Haikal. Dia yang ingin marah tidak jadi apabila Amin mengajuk gaya lelaki itu.

"So, what do you think about him? Despite the revenge thing," kakaknya bertanya.

"No way! Perangai macam tu? Tak nak Qilah."

"But he's kind, once you get to know him. Since I've been to his house quite a few times."

"Abang Haikal tu kat rumah macam mana, Kak Sara?" adiknya menyampuk.

"Friendly. Dia tu sayang gila dekat family dia. Boleh nampak dari cara dia layan dia orang. Kadang-kadang tu dia join sekali borak dengan kita orang. Yang dia buat dekat Qilah tadi tu, memang perangai dia. Suka sangat provoke orang. Akak pun banyak kali jugak kena dengan dia."

"Yang tu sebab dia confident," Abang Amir menyampuk.

"Betul, betul. Dia memang confident. Tapi dia tu kelakar walaupun nampak pendiam. Dan dia silat, tau. Well-built. Tapikan, tapikan, dia racing tu yang paling best, cool gila! Dah lah hensem," kakaknya bercerita sambil tersenyum.

Ah, sudah! Kakaknya sudahpun mengambil pihak Haikal. Ni baru hari pertama!

"Tahu takpa. Best gila kot dapat racing. Siap masuk game lagi. Gempak tu," adiknya menyatakan pendapat.

"Cool apa? Hampeh je," dia memintas, acuh tak acuh.

"Hey, cool okay!" abangnya menungkas semangat.

"Okay, racing itucool. Tapi kalau bagi kat dia, apa-apa pun tak cool!" dia menungkas kembali, tidak puas hati.

"Bagilah dia masa. Baru sekali je jumpa. Mana tau dah lama-lama kenal, Qilah rasa dia baik ke?" kakaknya memberi cadangan.

"A'ah. Abang pun tak kenal dia sangat lagi. Lagipun, mesti kita selalu habiskan masa dengan dia orang nanti, kan?" Abang Amir berkata dan Amin mengangguk-anggukkan kepala, menyokong.

"Fine. Tapi Qilah tak janji lah. Dah kalau jumpa je, dia nak cari gaduh. Siapa tahan?" dia beralah dalam aduan.

"Yeah! Boleh la Amin pergi tengok racing."

"Dah agak dah! Mesti ada udang di sebalik batu punya kalau Amin yang setuju. Kalau tak, selalunya ambil side Kak Qilah. Traitor!" Amin hanya tersengih.

"Ok lah. Jom blah. Bagi Qilah rehat. Jom, jom, jom," Abang Amir berkata dan mereka bertiga bangun meninggalkan kamarnya.

"Kak Qilah! Kak Qilah ok tau dengan Abang Haikal? Amin suka juga dekat dia. Tak sombong," Amin sempat berkata sebelum menutup pintu bilik.

Dia kembali berbaring sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh adik-beradiknya sebentar tadi. Give some time, huh? Amin pun suka dekat dia. Ni yang susah ni. Hmm. Well, let's just wait and see.

Dia memandang kosong siling biliknya. Kembali mengingati kata-kata Haikal sebentar tadi. Tidak henti-henti dia berdoa agar Haikal tidak membuka mulut mengenai hal ini kepada orang lain. Dia tidak mahu membayangkan apa yang akan terjadi jikalau kawan-kawan sekelasnya tahu mengenai mereka terutama sekali Tisya. Dia tidak sanggup berdrama dengan gadis itu. Prinsip hidupnya adalah elakkan masalah dan elakkan daripada mencari masalah. Berada di tengah-tengah perhatian ramai adalah perkara yang paling ingin dielakkan. Hanya tinggal kurang lebih dua bulan sahaja lagi sebelum dia menamatkan pengajiannya dan dia berharap agar dapat menghabiskan masanya di universiti dengan tenang. Telefon bimbit yang tiba-tiba berdering melenyapkan lamunannya. Dengan malas, telefon bimbit dicapai dan skrin dilihat. Nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum," dia menyapa orang yang menghubungi.

"Waalaikumussalam, sayang. Rindu Riq, tak?"

Dia terkesima. Telefon bimbit yang dipegang terlepas dari tangan. Tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana telefon tersebut hanya jatuh di atas katil.

"Sayang?" suara yang amat diingatinya memanggil lagi. Muhammad Fariq bin Zamri. Mimpi ngerinya datang kembali.

"Y..ya?" tergagap-gagap dia menjawab.

"Sayang rindu kat Riq tak? Siapa yang baru datang rumah sayang tadi?" Tersekat terus perkataan di kerongkongnnya. Nafasnya turun naik. Dia ada dekat luar? Dekat luar?? Pantas tangannya mematikan panggilan. Telefon bimbitnya juga dimatikan. Dia bingkas bangun dan menutup langsir tingkap. Duduk di tepi katil, dia memeluk lutut. Terasa seram sejuk seluruh badannya. Kedinginan malam itu terasa sampai ke tulang. Sabar, Aqillah. Dugaan, Aqillah. Dugaan.

"Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim. Allahuakbar. Allahuakbar," meluncur keluar kalimah-kalimah suci itu dari mulutnya. Al-Quran!

Pantas dia bangun mengambil wuduk. Telekung segera dipakai dan lantas Al-Quran diambil dan dibaca. Satu surah habis dibaca, ketenangan mula menyelubungi segenap ruang hatinya. Dia memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Dia bingkas bangun dan menyimpan Al-Quran dan telekung. Bantal peluk diambil dan dia keluar bilik. Masih takut untuk menyendiri, pintu bilik Kak Sara diketuk dan dia membuka tanpa menunggu jawapan dari dalam. Dilihat kakaknya sedang melayari internet. Tanpa sebarang kata, dia terus berbaring di katil kakaknya.

"Kenapa Qilah?" Kak Sara menyapa.

"Hah? Tak, takda apa-apa," dia berkata namun salah langkah apabila dia bertentang mata dengan kakaknya.

"Qilah! Apa jadi??" Kak Sara bingkas duduk di sisinya.

Dia segera memejamkan mata, menahan tangis. Sukar untuk dia bersuara. Banyak kali ditelan liur, dia tetap tidak dapat meluahkan sebarang kata. Dia dapat rasakan perasaan takutnya itu lebih daripada yang difikirkan.

"Dah, dah. Jangan nangis. Qilah tidur," Kak Sara berkata lembut sambil mengusap-usap belakangnya dan dia semakin sukar untuk menahan air matanya daripada mengalir.

"Fariq..." dia berkata perlahan.

"Apa dia Qilah? Fariq? Fariq man... Fariq?? Budak sekolah tu??" suara Kak Sara yang keliru bertukar terkejut. Dia hanya mengangguk sekali.

"Dia kacau Qilah lagi? Bukan dia dah pergi belajar oversea ke?"

"Dah.. " dia menelan air liur,

"Balik..."

"Astaghfirullah," dia mendengar Kak Sara perlahan beristighfar dan semakin laju air matanya mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience