BAB 10

Romance Completed 7293

Semua yang hadir sudah mengambil tempat duduk masing-masing di ruang utama Masjid Wilayah. Wali pihak perempuan sudah setia menunggu bersama saksi-saksi dan pasangan yang bakal dinikahkan. Asyraf Haikal bin Hairi duduk bersila bersama bakal ayah mertuanya. Muka yang sedikit gementar menemani hati yang gemuruh. Nur Aqillah binti Adib duduk bersimpuh tidak jauh dari situ ditemani ibunya, bakal mertuanya, adik-beradiknya, serta saudara-mara yang lain. Dia juga tidak kurang gentarnya. Muka yang tunduk memandang lantai menyembunyikan wajah yang muram.

"Assalamualaikum," suara garau seorang lelaki membuatkan suasana yang tadi hingar menjadi sepi.

Semua mata tertumpu pada sumber suara itu. Aqillah juga tidak terkecuali. Tetapi perbuatan itu telah menyebabkan dia semakin gementar dan berdebar-debar.

"Waalaikumussalam, haji," ayahnya membalas salam imam masjid tersebut sambil menyalami tangan lelaki separuh abad itu.

"Semua dah siap? Kalau dah, eloklah kiranya kita mempercepat perkara baik sebegini."

"Dah, dah. Semua dah siap haji. Tinggal akad," ayahnya membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Kadi itu lantas mengambil tempat duduk di hadapan Haikal. Diikuti ayahnya dan beberapa orang saksi. Kadi memulakan majlis dengan bacaan kalimah-kalimah suci Al-Quran dan memberi satu ceramah pendek. Pandangannya dibekukan ke lantai.

Dah tiba, dah tiba! Gila lah! Ingatkan lambat lagi! Huarghhh!

"Qilah, tok imam nak datang dah. Nanti Qilah kena baca apa yang dia tulis tu je. Ok?" ibunya yang dari tadi setia menunggu di sisi bersuara.

Mukanya diangkat dan dia melihat imam masjid itu sedang menuju ke arahnya. Dia menelan liur. Aa.. eerr..

"Nur Aqillah binti Adib?" dia mengangguk perlahan saat kadi menyebut namanya.

"Ya, saya."

"Sila bacakan lafaz yang ini," kadi menunjukkan lafaz yang tertera pada kertas yang disambutnya.

Perlahan dan penuh sopan, dia melafazkan ayat-ayat itu untuk pendengaran kadi. Setelah siap ditempatnya, kadi kembali duduk bersila di sisi Haikal, bakal suaminya. Erk! Tangan berjabat kemas antara ayahnya dan Haikal, suara di mikrofon itu kuat ditelinga.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Aqillah binti Adib, dengan mas kahwin 1000 ringgit Malaysia dibayar tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Aqillah binti Adib, dengan mas kahwin 1000 ringgit Malaysia dibayar tunai."

"Sah?" kadi bertanya dan memandang para saksi yang mengangguk setuju dengan ungkapan 'Sah' masing-masing.

"Asyraf Haikal bin Hairi dan Nur Aqillah binti Adib sudah sah diijabkabulkan. Alhamdulillah," kadi berkata lalu menadah tangan membaca doa kepada Yang Maha Esa.

Mengalir air mata Aqillah tatkala itu. Dia tidak pasti sama ada mutiaranya itu keluar sebagai tanda syukur ataupun tanda hiba. Solat istikharah yang selama ini ditunaikan sentiasa memberi ketenangan yang sama. Membawa dirinya kepada satu kepastian. Tetapi untuk dirinya berkahwin secepat itu sebelum mempunyai kerjaya sendiri membuatkan dia sukar menerima ketentuan yang telah dilakar. Perasaannya penuh campur baur saat itu. Aqillah menyapu tangan ke muka selesai kadi berdoa.

"Alhamdulillah," dia sedikit terkejut apabila bibirnya automatik mengungkap perlahan.

Dibiarkan perasan lega itu berlalu. Mukanya tetap ditundukkan walaupun Haikal sudah berjalan menuju ke arahnya dan duduk di hadapannya. Dia gugup. Lelaki itu memegang sebatang pen dan sekeping fail.

"Pen," Haikal berkata sambil menghulurkan pen yang disambut tangannya. Kemudian, fail yang dibawa, dibuka dan dihalakan juga ke arahnya.

"Sign dekat sini," dia membaca surat yang perlu ditanda tangan olehnya dan tergamam. Erk! Surat nikah.

"Kenapa? Taknak sign ke?" Haikal bertanya dan mahu sahaja dia berkata tidak tetapi tangannya terlebih dulu bergerak untuk mengisi ruang kosong di kertas itu.

Dia memulangkan kembali pen yang diberi tetapi Haikal menolak dengan berkata, "Ada lagi."

Setelah selesai menandatangani surat-surat berikutnya, Haikal bangun untuk berlalu, tetapi hanya selepas berkata, "I hope your tears are of joy."

Dia terkesima. Tidak tahu yang Haikal nampak dirinya menangis sebentar tadi. Haikal dilihat menyerahkan fail itu kepada seseorang kemudian berlalu ke belakang masjid. Aik! Mana pulak dia nak pergi? Dia tertanya-tanya sendiri. Dipandang tok kadi yang sedang berbicara dengan ayah dan abahnya tetapi mereka tidak kelihatan risau. Dia mencari ibunya yang sudah sedia memerhatikannya.

"Ya, sayang?"

"Umm, dia pergi mana?"

"Haikal?" dia mengangguk perlahan.

"Ambil wudhu' agaknya. Tu, dah datang balik."

Dia mengalih pandang pada Haikal yang berlalu ke satu sudut masjid dan mula menunaikan solat. Melihatkan itu, baru dia teringat akan solat sunat nikah yang dipelajarinya ketika menghadiri kursus kahwin tidak lama dahulu. Diperhatikan lelaki itu dari belakang. Pandangannya menyatakan bahawa Haikal yakin, dari gaya lelaki itu tegak berdiri ketika mendirikan solat. Bahu yang lebar itu tidak kendur mahupun tegang, hanya keselesaan yang dapat dirasakannya. Tangan yang Haikal tadah ke hadrat Ilahi usai menunaikan solat sunat juga kelihatan pasti. Bibirnya naik sedikit. Sekurang-kurangnya ada satu benda yang dia pasti. Haikal, sudah bersedia. Tetapi dirinya? Keluhan kecil tanpa sengaja terlepas daripada bibirnya.

"Qilah, lepas ni ada acara batalkan wudhu' dengan bergambar," ibunya tiba-tiba berbicara.

"Hah? Kena buat ke, bu? Tak boleh ke kalau tak buat? Malu," dia meminta simpati.

"Sekejap je, sayang. Ya?"

Keinginan untuk menolak terbantut apabila mama Haikal juga meminta dengan lembut. Nak tak nak, dia terpaksa bersetuju. Selepas mereka mengucapkan terima kasih kepada imam masjid yang menjayakan majlis nikah pagi itu, semua saudara-maranya mula beredar untuk pulang ke rumahnya. Sesi bergambar akan diadakan di rumah memandangkan pelamin mini sudah siap di pasang sejak dua hari yang lalu bagi tujuan tersebut. Kereta yang dinaiki Aqillah merupakan kereta terakhir yang meninggalkan perkarangan masjid Wilayah tersebut. Dia ditemani oleh rakan karibnya, Arissa.

"Qilah! Selamat pengantin baru!" Arissa berkata gembira sambil memeluknya.

Dia hanya memuncungkan bibir pada rakannya yang tergelak kecil dengan perbuatannya itu.

"Janganlah macam ni. Risa tengah happy gila ni tahu."

"Nanti Risa teman Qilah tau masa tangkap gambar? Malu laaa."

"Hahaha. Apa nak malu? Haikal kan ada."

"Risa!!"

Setibanya mereka di rumah, dia disuruh duduk di atas pelamin mini oleh jurugambar. Duduknya di situ ibarat cacing kepanasan sahaja kerana hampir kesemua ahli keluarganya dan Haikal menjadi penonton sesi fotografi itu. Merah padam mukanya menahan malu. Mahu saja dia berlari naik ke bilik dan memencilkan diri di bawah selimut.

"Haikal, pergi duduk dengan Qilah," dia terkesima apabila ibunya memanggil Haikal.

Segera dia memandang ibunya tetapi tidak dihiraukan. Jantungnya sudah berdegup kencang ketika Haikal sekali lagi menyelesakan diri di sebelah, begitu hampir sekali dengan dirinya.

"Dah ready?" jurugambar yang dari tadi membetulkan letak kamera bertanya.

"Dah, dah," ibunya semangat berkata dan jurugambar itu memulakan sesi penjelajahan gambar nikah dirinya dan Haikal.

"Cincin mana?" ibunya bertanya dan semua yang tadi tersenyum-senyum memandang mereka berdua mengalihkan perhatian kepada ibunya.

"Tadi letak mana?"

"Ibu suruh Sara pegang tadi. Sara mana?"

"Sara! Kak Sara!" masing-masing sudah berteriak memanggil kakaknya yang hilang entah ke mana.

Kak Sara, tak payah datang pun takpa. Memang Qilah alu-alukan sangat ketidakdatangan Kak Sara sekarang ni. Dia sudah berharap di dalam hati.

"Ya! Ya! Sara dekat sini," Kak Sara berlari-lari anak dari dapur sambil membawa bekas cincin nikahnya. Bibirnya menghala ke bawah.

"Ha, Haikal. Sarungkan cincin ni dekat Qilah," mamanya pula menyuruh sambil menyerahkan cincin itu kepada Haikal. Dia ingin pitam apabila Haikal disuruh untuk menyentuhnya. Peluh sejuk sudah mula menampakkan diri.

"Just relax, Qilah. It's only a photography session," Haikal berkata lembut padanya. Cakap memang senang! Dia menggigit bibir.

"Qilah! Tangan, tangan," ibunya berkata apabila dia masih kaku walaupun Haikal sudah menghulurkan cincin padanya.

Tangannya yang menggeletar diangkat perlahan. Janganlah menggeletar sangat! Dia sudah memarahi dirinya sendiri apabila tangannya semakin rajin bergerak semakin tangan Haikal menghampiri tangannya. Arghh! Stop shaking, Nur Aqillah! Belumpun sempat dia menggunakan tangannya yang lagi satu untuk menahan geletar, Haikal sudah terlebih dahulu melakukan itu. Dia kaku.

"Ceehh," semua yang berada disitu sudah membuat bermacam-macam bunyi.

Rasa mahu sahaja dia menutup mukanya dengan baldi. Tapi apakan daya, perkara itu tidak mungkin terjadi. Tangan panas Haikal meluruskan jarinya yang sejuk.

"Sejuknya tangan awak," Haikal berkata dan dia hanya diam membisu.

"Ok, stay macam tu," jurugambar mula memberi arahan.

"Ah, Aqillah tolong angkat muka sikit. Jangan tunduk sangat. Ha, ok, ok."

Klik. Klik. Klik.

"Ok, dah. Sekarang, Aqillah salam dan cium tangan Haikal." Dia terpempan.

Erk! Biar betik! Perlu ke? Tak perlu rasanya. Tak nak pun masalahnya!! Hatinya tidak keruan apabila diminta berbuat begitu. Hilang arah jadinya.

"Just pretend it's ibu's hand," Haikal bertutur perlahan padanya.

Dia memandang sekejap wajah Haikal yang sedang memerhatikannya. Cuba menerima ajaran Haikal, tangan yang dihulur Haikal teragak-agak disambut dan dijunjung ke dahi.

"Ok, cantik. Sekarang, bawa ke mulut," jurugambar masih tidak berputus asa menyuruhnya.

Dia buat muka ketika tunduk. Dapat didengari tawa kecil Haikal padanya, sudah biasa dengan Haikal yang senang membaca fikirannya.

"Cepat buat, cepat habis, Qilah," Haikal berkata lagi padanya.

Nak tak nak, dia menurut juga suruhan jurugambar tersebut dan semua penonton sekali lagi membuat pelbagai bunyi.

"Kejap, kejap. Stay macam tu dulu," jurugambar berkata dan dia dapat rasakan mukanya semakin lama semakin merah menahan malu pada Haikal apabila terpaksa statik dalam pergerakan.

Berapa banyak gambar nak ambil ni? Sikit-sikit dah lah. Bukan nak frame semua pun. Dia mengomel sendirian.

"Ok, cun," sepantas kilat dia mengangkat muka selepas jurugambar berkata begitu.

Haa, lega. Haikal dilihat hanya tersenyum manis. Dia segera membuat muka pada lelaki itu tetapi makin lebar pula Haikal senyum padanya. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Haikal, kiss dahi pulak!" salah seorang ahli keluarga Haikal mencadangkan. Bulat matanya mendengar saranan itu. Tolonglah jangan dengar cakap orang tu, Haikal. Aaaa! Tak sanggup aku!!

"Ok, Haikal. Sekarang, cium dahi Qilah pula," jurugambar berkata seterusnya.

Dia sudah menggeleng-gelengkan kepala pada Haikal sambil membuat muka kesian. Namun, Haikal hanya memandangnya tanpa kerdipan.

"Angah, come on," Faris turut menggesa. Ah, sudah!

"Haikal, tak payah pegang tangan dah. Sekarang, letak tangan dekat lengan Qilah," jurugambar itu terus-terusan memberi arahan.

Dia yang baru sedar tangannya masih berpegangan dengan Haikal segera menarik perlahan. Tetapi Haikal meletakkan tangan dilengannya pula sesudah itu. Segera dia memandang Haikal sambil membuat isyarat mata.

"Ok, cium dahi Qilah. Lightly." Haikal mengangkat bahu bersama muka tidak bersalah sebelum merapatinya.

Tahu dia tak dapat melarikan diri, Aqillah segera memejamkan matanya dan menundukkan mukanya ke bawah. Dia dapat rasakan hembusan nafas Haikal pada mukanya. Ya Allah, Ya Allah. Bantulah hambamu ini, Ya Allah.

"Qilah! Cepat! Kita dah lambat ni," ibunya menyuruh dalam kabut.

"Ala, bu. Sabarlah. Bukannya majlis tak boleh mula pun kalau Qilah takda. Lagipun, takda orang datang lagi ni," Kak Sara berkata tenang.

"Memanglah. Tapi goodies bag semua tak susun lagi, Sara. Susah kalau orang dah start datang nanti."

"Kan makngah, maklong, Ami, Ci, semua dah pergi sana dulu nak tolong-tolong. Tak payah risau lah."

"Tapi keluarga Haikal pun dah tunggu dekat bawah tu. Tak baik biar dia orang tunggu lama-lama," ibunya tungkas lagi.

Hatinya terasa pelik saat mendengar nama Haikal. Tiba-tiba saja keinginannya untuk melihat lelaki itu menggunung tinggi. Tidak sedar dirinya rindu pada lelaki yang baru tengah hari tadi dilihatnya. Isy, apa yang aku rasa ni? Pergi, pergi!

"Qilah dah siap dah, bu. Jom," dia cuba membuang jauh perasan itu sekaligus menghentikan bebelan mereka berdua.

Walimatul urus untuk pernikahannya diadakan pada sebelah malam. Dia yang sudah didandan oleh kakaknya tergesa-gesa menuruni tangga rumah dengan hati yang berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa perlu didandan dirinya walaupun majlis persandingan tidak diadakan. Apabila ditanya, ibunya hanya menjawab, "Kamu tu kan orang yang diraikan, kenalah pakai elok-elok sikit." Bila cuba dibangkang, "Sekali seumur hidup je kamu kahwin ni Qilah, bagilah ibu tengok anak ibu menyerlah sikit daripada orang lain." Ke situ pula ibunya pergi. Jadi, terpaksalah dia mengikut kehendak ibunya yang seorang itu.

Langkahannya yang tadi terkocoh-kocoh mengejar masa terhenti sebaik sahaja melepasi pintu utama rumah. Matanya terpaku pada seseorang yang segak berbaju Melayu putih tidak jauh daripadanya, terpegun melihat ketampanan lelaki tersebut. Hatinya tiba-tiba berbunga riang. Cuba disangkal perasaan itu tetapi tidak berjaya. Haikal dilihat sedang memandangnya atas bawah sebelum mata mereka bertemu. Haikal kemudian menghadiahkan sekuntum senyuman yang amat mempesonakan sehingga dia tidak pasti sama ada dia balas atau tidak senyuman itu. Tidak menyangka yang senyuman lelaki itu mampu melinglungkan dirinya.

"Qilah! Cepat, cepat."

"Aa?" dia blur mendengar suara ibunya.

"Jom," Haikal mengajak lembut sambil menunjuk ke arah kereta. Oh, a'ah. Lupa pulak aku kita dah lambat.

Sepanjang perjalanan dirinya masih tidak dapat melupakan senyuman lelaki itu sebentar tadi. Cuba disibukkan mindanya dengan perkara lain tetapi senyuman itu tetap juga muncul dari semasa ke semasa. Naik gila dia jadinya. Haikal yang berada disebelahnya hanya tenang berborak dengan Abang Hisyam yang sedang memandu. Matanya saja yang asyik sekejap-sekejap terlirik pada lelaki itu.

"Qilah, have you fallen in love with me?"

"Hah? Perasan!" dia membuat muka pada Haikal tetapi lelaki itu hanya tersenyum sinis padanya.

Urgh, perasan sungguh. Lupa terus ingatannya pada senyuman Haikal.

15 minit kemudian, kereta yang mereka naiki tiba di perkarangan dewan. Pintu kereta dibuka dari luar dan Haikal keluar mendahului dirinya. Namun, dia kaku di tempat duduk, tidak bersedia untuk menunjukkan diri kepada para tetamu. Majlis nikahnya hanya didatangi ahli keluarga, jadi dia tidak begitu kekok melayan mereka melainkan keluarga Haikal. Tetapi yang ini, ada rakan-rakannya terutama sekali rakan universitinya dan rakan-rakan adik-beradiknya yang lain.

"Qilah," Haikal memanggilnya.

"Berangan lagi?" dia hanya membuat muka pada Haikal.

"Janganlah takut. Let's go," Haikal mengajak lagi dan kali ini turut menghulurkan tangan yang tidak disambutnya.

Terasa amat asing dirinya dengan tindakan Haikal itu. Dia masih janggal untuk berbuat demikian walaupun sudah disentuh selepas akad nikah mereka pagi tadi. Agak lama dia memandang tangan Haikal dan Haikal memandang dirinya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyambut tangan yang sedang sabar menanti. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia kekok dan malu untuk melakukan itu. Akhirnya, Haikal mengambil inisiatif dengan memegang tangannya terlebih dahulu. Walaupun teragak-agak, dibiarkan sahaja perlakuan lelaki itu.

"Ha, keluar pun," mama berkata padanya yang tersipu malu. Mama membetul-betulkan duduk gaunnya sebelum berkata,

"Jom masuk. Dah ada dah tetamu yang dah sampai."

Dia kaku di depan pintu. Semua mata yang ada tertumpu pada mereka. Ni bukan 'dah ada tetamu yang dah sampai' tapi ni semua dah sampai dah ni. Dia terasa pipinya hangat menahan malu. Matanya menangkap wajah-wajah yang lebih ramai tidak dikenali berbanding yang dikenalinya. Segera lirikan dihalakan ke lantai saat matanya bertentang dengan mereka yang asing baginya. Kaki yang tadi seperti mencengkam lantai bergerak semula ketika Haikal menariknya bersama.

"Smile, Qilah," bisikan Haikal pada telinganya membuatkan dia terkejut.

Meremang bulu romanya buat seketika. Tajam dia menjeling Haikal di sebelah yang dilihat sedang tersenyum kepada para tetamu yang sedang menjamu selera. Ada juga yang mengeluarkan kamera masing-masing dan mula mengambil gambar mereka. Ingatkan takda majlis persandingan, takda lah orang nak tangkap-tangkap gambar semua, tapi ada jugak. Tu lah ibu, orang dah kata nak pakai biasa-biasa ja, tapi dia tak bagi. Kan free je jadi artis lagi sekali.

"Maktok!" Haikal berkata riang pada seseorang yang sedang duduk di sebuah meja tidak jauh dari mereka.

"Qilah, jom pergi jumpa Maktok."

"Eh, bukan nenek dua-dua belah dah takda ke?" dia keliru sekejap.

"Nenek saudara saya."

"Haikal. Dah kahwin dah cucu Maktok," wanita itu berkata sambil memeluk dan mencium lelaki itu. Dia hanya melihat kaku di tepi sambil tersenyum.

"Qilah, ya?" wanita itu berkata pula padanya lalu turut memeluk dan mencium dirinya. Dia terharu dengan kasih sayang yang ditujukan padanya.

"Comel Qilah ni, Kal," seorang lelaki yang duduk di sebelah Maktok sebentar tadi bersuara. Dia tersipu malu.

"Kenapa? Kamu nak kahwin juga ke, Burn?" dia segera berpaling ke belakang saat mendengar suara seseorang yang dikenalinya.

"Bro K!" dia tersenyum pada lelaki yang sedang mendekati mereka itu.

"Congrats, Qilah. On your wedding. Tapi saya kesian dekat kamu sebenarnya. Sebab kena kahwin dengan budak tak matang plus perasan ni,"Bro K berkata padanya dan Haikal menumbuk bahu Bro K.

Dia tergelak kecil. Tetapi dalam hati gelaknya besar tak ingat. Hahahaha. Budak tak matang. Perasan. Memang pun! Hihihi.

"Isy, kamu ni, Kamil. Mana ada Haikal macam tu."

"Kan, Maktok, kan. Haikal baik je kan, Maktok," Haikal berkata riang sambil memeluk bahu Maktok. Gedik!

"Qilah, baik ke tak Haikal dekat kamu?" sepupu Haikal yang dipanggil Burn itu tiba-tiba bertanya.

"Err.. aa.. baiklah kot. Tapi! Perasan tu tetap ada," dia berkata dan mereka semua ketawa.

"Isy, dia ni!" Haikal berkata dan pantas mencubit pipinya.

"Ow! Haikal! Sakiit," dia berkata dan pantas saja Maktok mengusap pipinya.

"Isy, kamu ni Haikal. Apa buat Qilah macam ni. Maktok tarik balik. Tak baik dah kamu ni," Maktok berkata dan Bro K serta Burn gila-gila mentertawakan Haikal. Dia juga tidak terkecuali. Tetapi bukan pada Haikal kerana geram pipinya didera. Sebaliknya, dia geli hati dengan tingkah Maktok yang comel.

"Asy!"satu lagi suara garau memanggil dan mereka yang sedang ketawa mengalih pandang untuk melihat tiga orang lelaki sedang berjalan ke arah mereka. Muka-muka tersebut seperti dikenalinya tetapi dia tidak ingat di mana.

"Amboi, tak lepas tangan tu," seorang lagi rakan Haikal berkata dan dia tergamam. Segera ditarik perlahan tangannya ketika mereka semua sedang bersalaman.

"Datang pun kau orang," Haikal berkata pada mereka bertiga.

"Mesti!! Hang lah! Nikah tak ajak mai. Dah kahwin, baru bagitau kami noh."

"Budak ni memang, Syif. Dari dulu macam tu," Burn berkata.

"Kamu bertiga dah makan ke belum?" Maktok pula bertanya.

"Dah, Maktok. Ni baru lepas makan lah ni," Affiq menjawab. Dia tidak tahu yang mereka semua saling mengenali. Dia saja yang diam di situ.

"Err, Aqillah kan?" rakan Haikal tiba-tiba bertanya. Dia hanya mengerdipkan mata pada lelaki itu.

"Ngong, Qim. Habis siapa lagi? Kau tanya soalan bagi lah logik sikit. Macam tak kenal je. Aqillah, kalau kamu nak tahu, ni lah budak yang hack laptop kamu tu. Haqqim namanya," Bro K berkata.

Bulat matanya mendengar informasi itu. Baru dia teringat akan rakan-rakan Haikal yang sentiasa bersama Haikal setiap kali dia terserempak dengan lelaki itu.

"Oo," dia berkata perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepala.

"Ta- Tapi, Asy yang suruh," Haqqim berkata.

"Err, siapa suruh kau terima?"

"Kureng kau!!"

"Asy? Siapa Asy? Bukan Affiq? Syifaq? Dengan Haqqim ke?" dia tiba-tiba bertanya sambil menunjukkan pada rakan-rakan Haikal.

Namun, tiada sesiapa yang menjawab soalannya. Dia memandang mereka semua tetapi masing-masing hanya berpandangan sesama sendiri. Semuanya kelihatan menahan mulut mereka. Tahan mulut? Dia orang tahan ketawa ke apa ni?? Dia keliru.

"Err, sa- saya pergi dululah," dia cepat-cepat berkata.

"Qilah!" Haikal segera memegang tangannya, menahan dia daripada berlalu.

Mukanya sudah merah menahan malu. Dia tahu kenapa mereka semua menahan tawa. Asyraf Haikal. Asyraf. Asy. Kau ni memanglah, Qilah. Lembap! Dia memarahi dirinya sendiri.

"Kita orang janji kita orang tak gelak," Haikal berkata dan membuatkan dirinya bertambah malu.

"Kita tak gelak pun. Apa yang kelakarnya?"Affiq pula berkata, membuatkan dia mahu lari sepantas kilat dari situ.

"Oh, lupa nak cakap. Selamat pengantin baru, Asy. Raf. Dan Qilah," Haqqim berkata sekaligus membuatkan tawa mereka terlepas.

Berdesing telinganya mendengar tawa yang galak daripada mereka berenam. Dia segera mencari Maktok tetapi Maktok dilihat sudahpun berada bersama ibunya dan mama. Bila Maktok beredar dari situ pun dia tidak sedar. Ah, sudah! Dia cuba memekakkan telinganya pada mereka yang masih ketawa. Matanya meliar memandang sekeliling, cuba menenggelamkan bunyi riang yang menyakitkan hati itu. Dia perasan seseorang sedang melambai-lambaikan tangan padanya dari jauh. Dia fokus dan melihat Arissa dan beberapa rakan sekelasnya sedang memandang ke arahnya. Senyuman segera sahaja muncul di bibirnya. Dia melambaikan tangannya semula pada mereka.

"Siapa tu, Qilah?" Haikal tiba-tiba bertanya.

"Hah? Tak, kawan saya. Boleh saya pergi dekat dia orang?"

"Kenaikanlah depa dekat kami jugak," Syifaq berkata. Erk!

"Ha'ah," Affiq mengiyakan.

"Weyh, kau orang tunggu jap. Jom, Qilah," Haikal berkata.

Dia yang pada mulanya mahu pergi seorang diri, terbantut apabila Haikal ingin mengikut sama. Nak tak nak, terpaksalah dia menurut kemahuan lelaki itu. Dia mengeluh kecil.

"Qilaaah!!" Arissa segera mendapatkan dirinya saat dia sampai di meja mereka.

"Risa! Atin! Kau oraaang. Ramainya yang datang. Ni mesti kerja si Risa ni kan?" dia berkata riang.

"Of course lah, Qilah. Siapa lagi kalau bukan si pemberita ni?" Fatin berkata dan mereka semua ketawa.

"Qilah, Qilah," Mainah, rakan sekelasnya tiba-tiba berbisik perlahan.

"Kenapa, Mai?" "Kenalkanlah Asyraf Haikal dekat kita orang," rakannya itu berbisik lagi.

"Oh, a'ah. Boleh lupa pulak," dia berkata dan pantas memanggil Haikal yang memang sudah berada dibelakangnya.

"Err.. ni Asyraf Haikal. Awak, ni kawan-kawan saya."

"Thanks for coming. Gembira Qilah tengok kamu semua datang," Haikal berkata sambil tersenyum pada kawan-kawannya. Dia sedikit gembira Haikal melayan mereka dengan baik.

"Semua dah makan ke?" Haikal bertanya lagi dan masing-masing hanya memandang Haikal kaku.

Apehal pula dengan kawan-kawan aku ni?

"Weyh, kau orang!!" dia melambai-lambaikan tangan pada mereka.

"Oh, ah, err, kami semua dah makan dah," Fatin berkata. Aqillah sudah menutup muka menahan malu. Kawan-kawan aku ni lah.

"Err, Haikal. Yang ni Arissa, kawan saya yang selalu dengan saya tu. Yang ni pulak Fatin, hacker yang lawan dengan Haqqim tu."

"Oh? Nilah yang kalahkan Qim tu? Kamu yang menang international competition tu, kan? Patut pun hebat."

"Er.. ha'ah. Thanks. Dan selamat pengantin baru."

"Oh, thanks to you too for coming," Haikal berkata.

"Lepas tu, yang ni Mainah, Aisyah, Sakinah, dan Asyikin."

"Hmm, nice to meet you all."

"Qilah, nak tangkap gambar,"Arissa menyatakan keinginan untuk bergambar bersama.

"Hmm, good idea. Let me take it for you all."

"Eh, tak, tak. Masuk sekali. Nak tangkap gambar pasangan pengantin."

"Laa, takkan kau orang tak masuk sekali kot?" dia sudah memprotes.

"Wait. Burn! Sini jap!" Haikal meminta tolong Burn yang lalu tidak jauh dari mereka.

"Weyh, Kal. Ni, uncle panggil. Nak kau jumpa dengan klien dia," Burn berkata usai mereka bergambar.

"Oh, ok. Qilah, awak nak ikut ke nak duduk sini?"

"Err, saya kena ikut ke?"

"Tak perlu pun. Takpa lah. Awak layan kawan-kawan awak. Saya pergi kejap," Haikal berkata sebelum menggenggam erat tangannya dan berlalu bersama Burn.

Dari jauh, dia melihat Haikal berjumpa beberapa orang lelaki yang sedang berborak dengan abahnya.

"Qilah!" Arissa memanggil dan segera dia mengalihkan pandangan pada rakan-rakannya yang sudah memerhatikan perbuatannya dari tadi. Erk!

"Baru pergi sekejap dah rindu ke?" Fatin mengusiknya dan dia segera membuat muka.

"Yang kau orang tu, tengok dia senyum terus tak boleh buat apa-apa kenapa?"

"Nak buat macam mana, hensem gila Haikal. Masa senyum tu lagi lah. Terpaku terus kita orang," Arissa berkata dan kawan-kawannya yang lain mengiyakan sambil ketawa.

"Kau orang lah. Isy, malu saya tadi. Haikal mesti dah pelik tengok kau orang pandang je dia masa tu."

"Hehehe. Sorry lah, Qilah. Bukan senang tengok orang hensem ni. Tu yang terpaku sekejap tu."

"Isy, ada-ada je lah kau orang ni."

"Eh, Qilah. Tadi yang tolong ambilkan gambar tu siapa? Tak pernah nampak pun? Siapa nama dia tadi? Burn ke apa entah Haikal panggil tadi."

"Waah, Mai. Ingat nama. Dah terpikat ke?" Fatin mengusik.

"Sepupu Haikal? Nak saya perkenalkan ke dekat Mai?" dia pula menambah.

"Eh, tak lah! Mana ada! Orang tanya je lah!" Mai menungkas dan mereka semua ketawa.

"Kau orang ni, tak habis-habis nak mengusik si Mai, ni."

"Eh, Kak Ati!!" dia berteriak gembira lantas menyalam dan memeluk Kak Ati.

"Bila Kak Ati sampai?" Arissa bertanya.

"Baru je. Kak Ati cari Qilah, lepas tu nampak kau orang semua."

"Eh, Abang Is mana? Tak ikut sekali ke?"

"Ada. Tapi Kak Ati suruh pergi duduk dulu."

"Lah, Kak Ati ni. Kenapa tak bawa kita orang jumpa dengan Abang Is?" Mainah semangat memprotes.

"Dia dah lapar sangat tadi, tu yang Kak Ati teman dia ambil makanan dan suruh dia duduk makan dulu."

"Oo."

"Kenapa, Mai? Abang Is pun awak terpikat juga ke?"

"Mana ada lah! Kak Ati ni!!"

"Hahaha."

"Qilah, selamat pengantin baru!"

"Terima kasih, Kak Ati."

"Kau orang agak-agak lepas ni siapa pula yang kahwin?"

"Mai lah!!" semua menjawab serentak.

"Kau orang!!!"

"Hahahahaha."

Aqillah keluar daripada perut kereta. Dia berdiri tegak di perkarangan rumah Haikal. Dia akan tinggal di situ mulai malam itu atas persetujuan kedua-dua keluarga. Tanpa meminta pendapatnya! Tak aci betul! Dia mengeluh berat. Tidak tahu bagaimana perasaan tidur di rumah orang lain. Rumah itu tidak asing baginya kerana sudah banyak kali diziarahi tetapi tidur di situ yang membuatkan dirinya tidak selesa.

Keadaan halaman rumah banglo itu masih seperti dulu. Walaupun sudah menjelang tengah malam, cahaya dari lampu-lampu taman memampukan dirinya untuk melihat kawasan sekeliling. Dirinya yang ada rabun malam bersyukur. Dia memandang langit. Malam itu langit mendung, jadi tiada satu bintang pun yang dapat dicarinya. Bulan juga gagal memunculkan diri. Dia mengeluh lagi. Pintu rumah yang tadi tertutup rapat sudah dibuka. Dia melihat dua orang pembantu keluar menyambut mereka sebelum mengangkat beg-begnya masuk. Melihatkan itu, segera dia melarang.

"Takpa, takpa. Saya angkat sendiri," serba salah dirinya apabila diperlakukan begitu.

"Tak apa, Puan. Memang kerja kami," kata salah seorang daripada mereka. Terhenti dirinya ketika pembantu itu menggelar dirinya 'Puan'.

"Mari masuk, Puan," tegak bulu romanya ketika Haikal berbisik pula pada telinganya.

"Haikal!!" marahnya pada lelaki itu tetapi hanya disambut dengan tawa yang riang.

"Hisy, kamu ni Haikal. Ada ke patut buat Qilah macam tu. Mari masuk, sayang," mama mengajak dan dia menurut.

Hiasan dalaman rumah itu sama seperti dulu. Tiada yang berubah kecuali langsir yang sudah bertukar tema kepada biru lembut, warna kesukaannya. Dia melihat mama memapah abahnya naik ke bilik.

"Mama dengan abah ke bilik dulu, ya? Selamat malam," sempat mama berkata sebelum hilang disebalik anak tangga paling atas.

Dia memandang kosong tempat mama dan abahnya berdiri tadi. Apa pula sekarang? Dia mula berjalan tanpa arah apabila lampu tiba-tiba ditutup. Erk! Terpaku dirinya di tempat dia berdiri.

"Haikal?? Awak kat mana?" dia berkata cemas.

Keadaan yang gelap gelita itu membuatkan dirinya sedikit takut. Mamat ni takkan dia nak tinggal aku seorang-seorang kat sini kot? Aku dah la rabun malam ni.

"Jom naik. Bilik kat atas," Haikal berkata dari arah yang dia tidak pasti.

Meraba-raba dirinya merasa kawasan sekeliling. Bunyi tapak kaki Haikal berjalan didengarinya tetapi semakin menjauh. Dia mula gelabah.

"Haikal!!" kuat dia berkata.

"Shh! Kenapa ni? Cepatlah naik," Haikal menyuruhnya. Ei, laki ni. Ni yang aku hangin ni.

"Awak dekat mana??" dia menahan berang.

"Saya dah naik tangga dah. Takkan awak tak nampak kot tangga depan awak tu?" kata-kata Haikal menyedarkannya.

"Err. S- Saya ada rabun malam. Tak nampak!"

"Oh, la. Kenapa tak cakap? Tunggu kejap," Haikal berkata. Bunyi tapak kaki yang menguat memberitahunya yang Haikal semakin hampir dengannya. Badannya yang tiba-tiba terangkat ke udara membuatkan dia terjerit kecil.

"Haikal! Apa yang awak buat ni? Turunkan saya!" pantas dia mengarah. Terkejut dirinya apabila Haikal mendukungnya tiba-tiba.

"Lah, awak kata awak rabun malam? Ni saya nak tolonglah ni," Haikal berkata sambil mula berjalan.

"Berhenti! Saya tak suruh awak angkat saya! Bukakan lampu!" dia berkata sambil meronta-ronta minta diturunkan.

"Baiklah, tuan puteri," Haikal menurunkannya perlahan-lahan dan mula berjalan jauh darinya.

Beberapa ketika berlalu dan bunyi derap kaki Haikal tidak lagi didengari. Dia menunggu tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Lampu tidak dinyalakan. Bunyi tapak kaki tidak lagi menemaninya. Hai, jauh sangat ke suis lampu? Dia mengomel sendirian.

"Haikal?" dia memanggil tetapi tiada balasan. Ei, budak ni. Nak kenakan aku lagi lah ni.

"Haikal! Janganlah main-main. Saya betul-betul tak nampak ni," dia berkata lagi tetapi masih tiada jawapan.

Selang beberapa minit, dia mula berjalan sambil meraba-raba kawasan sekeliling. Malas ingin mengharapkan lelaki itu lagi. Sakit hatinya dimain-mainkan begitu. Dia yang asyik tersadung, terasa ingin berputus asa. Ingin menangis pun ada.

Akhirnya, tangan Aqillah menyentuh tangga. Dia lega apabila usahanya membuahkan hasil. Berhati-hati dia menaiki tangga itu tetapi terhenti tatkala sesuatu membelai belakang kepalanya. Meremang bulu romanya saat itu. Peluh dingin juga mula timbul di dahi.

"H-haikal?" perlahan dia bersuara.

"Yes?" ketenangan Haikal menjawab di belakangnya membuatkan dia tersangat bengang.

"Awak ni!!" terkuat dia berkata. Segera dia menekapkan tangan ke mulut.

"Memang.. huh!" dia menahan geram yang amat sangat.

Pantas dia menaiki tangga tetapi asyik tersadung kerana tidak nampak. Lampu yang tiba-tiba menyala di kawasan tangga itu membuatkan dia sekali lagi terhenti. Dia menoleh ke belakang dan melihat Haikal sedang memerhatikannya. Kerana marah yang masih berbaki, segera dia berpaling dan sambung menaiki tangga ke tingkat dua. Sudah berjuta kali dia terhenti kerana Haikal tetapi kali ini dia terhenti atas sebab yang lain pula. Dia tidak tahu mahu ke mana sebaik sahaja kakinya memijak lantai aras dua banglo itu. Keadaan kembali gelap apabila lampu tangga ditutup.

"Kenapa awak tutup lampu?"

"Sebab.. saya buka lampu ni?" Haikal berkata di tepi suis lampu ruang tamu aras dua. Dia hanya diam.

"Jom. Pergi bilik kita," ngeri dia mendengar ayat itu. Haikal yang sudah berjalan meninggalkannya tidak dihiraukan. Masih terngiang-ngiang 'bilik kita' di telinganya.

"Qilah, apa ada kat belakang awak tu?" kata-kata Haikal membuatkan dirinya terus saja berjalan mengikuti lelaki itu.

Cis.

Haikal membuka pintu sebuah bilik tidak jauh dari tangga. Dia berhenti di muka pintu yang dikenalpastinya sebagai bilik Haikal. Teragak-agak untuk masuk ke dalam. Dia pernah sekali sahaja melihat bilik lelaki itu ketika disuruh memanggil Haikal makan. Itupun hanya seimbas lalu.

Memerhati dengan lebih jelas, bilik Haikal diagaknya dua kali ganda besar bilik ibunya. Bilik itu mengundang tetamu dengan dua sofa berwarna putih yang ditemani dengan meja bulat berwarna hitam. Permaidani bercorak ringkas melengkapkan kawasan sofa tersebut. Sofa itu juga menghadap sebuah televisyen yang tergantung di dinding. Di bawahnya terletak sistem stereo berteknologi tinggi yang pertama kali dilihatnya. Apa yang menarik minatnya ialah sebuah almari cermin yang terletak bersebelahan dengan televisyen tersebut. Almari itu menempatkan cakera padat yang tidak terbilang jumlahnya. Dia menghampiri almari tersebut dan meneliti cakera padat yang tersusun rapi. Cakera-cakera itu disusun mengikut abjad dan dibahagikan mengikut jenis. Setiap bahagian penuh dengan filem, drama, muzik, dan dokumentari. Dokumentari? Ergh. Bosan gila! Dia menajamkan penglihatan pada cakera drama. Ada drama Supernatural. Drama seram kegemarannya lakonan Jensen Ackles. Dia juga mendapati terdapat koleksi filem-filem P. Ramlee memenuhi rak filem lelaki itu. Dia suka tengok cerita lama rupanya. Katanya pada diri sendiri.

Beralih dari almari itu, dia menangkap beberapa buah rak buku diatur bagi memisahkan kawasan sofa tersebut dengan kawasan di sebaliknya. Ingin tahu, dia berjalan melepasi rak- rak tersebut dan mendapati sebuah meja komputer dan meja belajar di letak sebelah-menyebelah. Dia menghampiri meja tersebut saat matanya menangkap satu objek yang terlalu diingininya.

"Saya mandi kejap," dengan berat hati, dia mengalihkan pandangannya dan dihalakan ke arah Haikal tetapi lelaki itu sudah menghilang di sebalik kamar mandi. Dia geram.

Kembali mengamati objek tadi, matanya bersinar pada set komputer Mac yang tersergam indah di atas meja tersebut. Begitulah penglihatannya ketika itu. Komputer jenama pujaannya sudah menjadi milik Haikal. Terbit rasa cemburu pada lelaki itu. Dia mengusap lembut skrin komputer. Kerusi roda ditarik dan dia duduk menghadap alat teknologi itu. Tangannya secara tidak sedar menghidupkan mesin itu. Kelam-kabut dirinya tatkala menyedari kesilapannya saat itu. Nak buat apa ni? Nak buat apa ni? Dia cemas. Dia memandang sekeliling dengan wajah yang takut. Saat skrin komputer itu menghasilkan gambar, dia terpaku. Tangannya mula memegang tetikus yang tersedia. Dia mula mengklik tetikus itu. Eh, apa aku buat ni? Ni dah ceroboh privasi orang ni. Tak baik. Tak baik. Walaupun amaran pada dirinya dikeluarkan, tangannya masih lincah bergerak ke sana sini dan mengklik sekejap-sekejap. Sistem operasi berbeza yang digunakan komputer itu telah lama mahu diterokainya. Ingin mencari kelebihan dan kelainan sistem itu, khusyuk dia menelaah ciri-ciri komputer tersebut.

Pintu kamar mandi yang tiba-tiba terbuka mematikan pergerakan tangannya. Dia berpeluh. Takut disalah anggap sebagai menceroboh privasi orang. Suara Haikal yang ingin berkata sesuatu segera dipintasnya.

"Saya tak sengaja. Dia tiba-tiba terbuka sendiri. Lepas tu, lepas tu, saya macam kena tarik suruh tengok dia. Saya bukan nak ceroboh privasi awak ke apa. Serius! Saya tak tengok apa-apa pun. Saya cuma tengok properties dia je. Sorry!" sepantas kilat Aqillah menerangkan situasi itu.

Dia yang sudah berdiri, mengangkat tangan membuat gaya meminta maaf. Suasana hening. Perlahan-lahan dia mengintai wajah Haikal. Lelaki itu sedang mengangkat kening memandang dirinya.

Ei, budak ni tak faham ke apa yang aku cakap?

"Okay, apology accepted. Tapi saya cuma nak cakap yang kalau awak nak mandi, awak boleh pergi mandi sekarang," Haikal berkata sambil merenungnya. Dia tersipu.

Tu la kau, Qilah! Lain kali dengar dulu apa yang dia nak cakap. Kan dah memalukan diri sendiri!

Dengan muka yang masih memandang lantai, dia segera berjalan melepasi Haikal dan masuk ke kamar mandi. Pintu dikatup rapat dan dikunci. Dia menarik nafas lega. Tetapi apabila teringatkan kejadian tadi, dia dengan spontan mengetuk-ngetuk kepalanya pada pintu kamar itu.

Kau ni kan, Qilah! Hisy, tak tau aku nak cakap apa dengan kau dah! Dia meleteri diri sendiri.

"Oh, mak kau!" terkejut dirinya memandang refleksi mukanya sendiri.

Di hadapannya, tergantung sebuah cermin besar yang memenuhi ruang dinding kamar itu. Dia mula memandang keliling.

Hai, bosar bonar ah bilik mandi dia. Cantik nak mati pula tu. Bilik air aku ciput je. Nak berjalan pun susah. Kalau kat rumah, ni dah buat bilik tidur dah. Bukan bilik air lagi.

Dia mengeluh. Baju ditanggalkan dan dia membersihkan badan yang sengal-sengal kerana terlalu letih. Sesudah mandi, dia mengelap badan yang sudah kembali segar. Dia yang siap berkemban, keluar dari kamar mandi tetapi melompat masuk semula saat menyedari perbuatannya itu.

Astaghfirullah! Apa yang aku baru buat tadi? Aaaaaaaagrhh!! Batinnya menjerit. Setengah nyawanya melayang ketika ternampak Haikal. Namun lega kerana lelaki itu sedang menunaikan solat dan membelakangi dirinya.

"Alhamdulillah," dia memanjatkan kesyukuran.

"Qilah," suara Haikal di sebalik daun pintu membuatkan dia terloncat.

"Y- ya?"

"Saya nak keluar bilik ni. Saya tahu awak tak selesa. So, better saya masuk time awak dah tidur. Saya nak buat kerja dekat pejabat. Bilik hujung sekali. Okay?"

"O- Ok. Err.. Terima kasih."

"You are welcome. Dan, komputer tu untuk awak. Good night, wifey." Aqillah beku, tidak percaya. Komputer tu untuk aku? Untuk aku??

"U- Untuk s- saya??" dia bertanya. Tetapi tiada jawapan. Mungkin Haikal dah pergi. Fikirnya. Dia mahu membuka pintu.

"Yes. For you. Saya pergi dulu," Haikal menjawab dan dia tergerak ke belakang. Bersyukur kerana tidak sempat memulas tombol pintu. Dia mengurut-urut dada tanda lega.

Lama Aqillah duduk di dalam kamar mandi. Tidak berani untuk keluar dari situ. Dia yang terlupa mengambil baju tidurnya masih lagi berkemban. Ingin memakai semula baju tadi, baju itu entah kemana hilangnya saat dia meletakkan baju itu di dalam ruang yang bertulis 'Used clothes'. Dia cuba menolak lantai ruang itu dan ternyata lantai itu terbuka dan menghasilkan lorong terus ke bawah. Masalah juga rumah canggih sangat ni. Dia mengomel sendirian.

Akhirnya, dia bangun dari duduknya setelah sekian lama menunggu. Yakin yang Haikal sudah tiada, dia menguak daun pintu dengan berhati-hati. Matanya mengakses kawasan sekeliling dan tiada bayang-bayang Haikal kelihatan.

Sudah lebih dua jam dia berbaring tetapi matanya masih belum mahu lelap. Dia juga telah banyak kali berdoa dan mengira biri-biri tetapi tidak juga berjaya. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Dia geram kerana tidak dapat tidur. Badannya amat penat kerana sibuk sepanjang hari. Dia bangun dari pembaringan dan menuju ke pintu bilik. Walaupun tidak tahu ke mana arah tujunya, dia menguak daun pintu untuk melihat kegelapan malam. Lampu di ruang tengah dinyalakan. Dia memandang kawasan sekeliling dan matanya terhenti pada pintu bilik hujung yang sedikit terbuka.

Teringatkan Haikal, rasa ingin tahu mula menyelubungi dirinya. Terjingkit-jingkit dia berjalan menuju ke bilik itu. Mengintai ke dalam bilik tersebut, Haikal dilihat sedang duduk di meja kerja yang tersedia. Lelaki itu kelihatan sibuk menelaah dokumen-dokumen di atas meja. Simpati mula dirasainya saat melihat wajah letih Haikal. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana lelaki itu boleh bekerja dan belajar dalam waktu yang sama. Pekerjaan yang sukar pula tu. Dia yang hanya seorang pelajar pun mudah penat dengan tugasan harian. Rasa hormatnya pada Haikal meningkat sedikit. Dengan berhati-hati, dia berundur ke belakang dan mula bergerak semula ke bilik tidur.

"Qilah. Qilah, bangun! Solat subuh," suara ibu mengejutkan dirinya daripada tidur seperti kebiasaan.

"Kejap, bu. Lima minit lagi, lima minit," dia berkata dalam keadaan mata yang masih terpejam.

"Dah cerah dah. Nanti tak sempat solat," suara ib-

Eh? Haikal? Apa dia buat dalam bilik aku?

Matanya terbuka luas saat mendengar suara lelaki itu yang sudah berada di depannya. Segera dia menyelubungi tubuhnya dengan selimut. Terkejut bukan kepalang dirinya melihat Haikal.

Apa dia buat dekat sini? Siapa yang bagi dia masuk bilik? Gila ke? Dah lah aku tak pakai tudung ni!

"Ap- apa awak buat dalam bilik saya? Baik awak keluar cepat!" dia mengarah lelaki itu.

"Hah? What are you talking about? Ini. Bilik kita."

"Ap? Bilik kita?? Sejak bila pulak..." perkataannya terhenti ketika mindanya mengingati majlis semalam.

"Erk!"

"Awak tak ingat?"

"Man- mana ada! Dah lah. Saya nak pergi ambil wudhu'," dia berkata dan lantas berlalu ke kamar mandi.

Ya Allah! Apa yang baru jadi tadi? Malunyaa. Dah lah baru je semalam majlis nikah tu. Boleh pulak kau lupa? Ai, apa ke lembap sangat kau ni Qilah? Malu free je dekat Haikal. Aqillah mengeluh kecil.

Usai mandi, Aqillah turun ke dapur banglo itu. Dilihatnya pembantu-pembantu rumah Haikal sedang menyediakan sarapan pagi. Hatinya tergerak untuk menolong memandangkan dia sudah biasa menolong Kak Hani serta ibunya memasak jika mempunyai masa terluang.

"Assalamualaikum," dia menyapa lembut dan mereka beralih memandangnya.

"Waalaikumussalam, Puan Aqillah. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" salah seorang daripada mereka menjawab.

"Oh, panggil saya Qilah je. Tak payah berpuan-puan. Rasa macam tua pulak. Hehe."

"Err, takpa ke Puan?"

"Amat dialu-alukan. Qilah cukup."

"Baik, p- err.. Qilah. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?"

"Sebenarnya, saya terfikir kalau ada apa-apa yang SAYA boleh bantu?"

"Oh. Takpa, pu- Qilah. Biar kami yang masak. Qilah berehat dekat ruang tamu. Nanti dah siap, kami panggil."

"Tapi! Saya nak tolong. Saya rasa tak sedap hati kalau makan je."

"Takpa, Qilah. Memang dah kerja kami. Mari saya bawa Qilah ke ruang tamu."

Dia di bawa keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu. Ruang itu kelihatan sedikit berbeza pada siang hari. Mungkin kerana pencahayaan semulajadi membuatkan ruang itu tampak lebih menarik.

"Qilah tunggu sini, ya? Nanti sarapan siap, saya panggil," pembantu bernama Rita itu berkata dan dia akur.

Aqillah duduk di sofa. Dia memandang sekeliling dengan bosan kerana tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Kalau di rumah, ibunya pasti sudah memarahinya kerana tidak menolong di dapur. Memberi leteran kepadanya mengenai perkara yang perlu dilakukan seorang anak gadis.

Walaupun baru semalam berjumpa, dia mula berasa sedikit sedih mengingati ibunya. Dia mengeluh kecil. Bingkai-bingkai gambar yang berada di meja hiasan tidak jauh dari sofa tempatnya duduk menarik minatnya. Segera dia mendekati meja tersebut. Setiap gambar di situ diamatinya. Gambar-gambar percutian keluarga tersebut memenuhi meja hiasan itu. Dia tersenyum sendiri melihat gambar adik-beradik Haikal sewaktu kecil. Haikal diagaknya berusia lebih kurang lima tahun. Ketembaman Haikal membuatkan lelaki itu sangat comel bagi pandangan matanya. Dia beralih ke gambar yang seterusnya dan tergelak besar melihat Haikal yang memakai skirt berwarna pink. Sebijik macam budak perempuan! Aqillah menutup mulut untuk menahan gelak. Itu memang menakjubkan. Gelaknya meledak tiap kali matanya melihat gambar itu.

"Apa yang Qilah tengok tu? Happy je?" suara mama menyapanya tiba-tiba. Dia segera berpaling ke arah mamanya, sedikit bersalah.

"Oh, ah, assalamualaikum, mama," dia tergagap-gagap tetapi masih menghampiri wanita itu dan menyalami tangan yang sudah dihiasi garis-garis tua itu.

"Waalaikumussalam, Qilah. Dah makan?"

"Ah, belum. Err," dia tidak tahu mahu berkata apa. Sudahlah dia tidak membantu di dapur, apa pula yang akan difikirkan mamanya nanti.

"Kenapa ni? Qilah nampak takut je. Dah, mari makan. Sarapan dah siap dah."

"Ah? O- ok. M- minta maaf sebab tak tolong masak," dia berkata perlahan dan ibu Haikal memandangnya hairan.

"Oh, takpa. Mama tahu yang dia orang tak bagi kamu masak. Dia orang memang macam tu. Kadang-kadang mama suka kalau dia orang cuti. Boleh mama masak sendiri," mamanya tergelak dan penjelasan itu membuatkan dia sedikit lega.

Mereka tiba di ruang makan dan perutnya terus berkeroncong saat melihat makanan yang terhidang di atas meja. Terdapat pelbagai jenis juadah mengisi ruang meja di hadapannya. Ada mee goreng, nasi lemak, dan roti telur. Dia menelan liurnya.

"Duduklah, Qilah. Menung apa lagi tu?" mamanya menegur.

Dia duduk dalam segan dan mula menjamu selera. Begitu khusyuk sekali dia makan sehingga tidak sedar yang abahnya sudah pun duduk di hadapan.

"Senang hati abah. Barulah dapat tengok orang yang makan banyak," dia tersedak mendengar kata-kata abahnya.

"Ya Allah, Qilah. Kamu ok? Nah, minum air ni cepat," mamanya menghulurkan cawan berisi air milo yang automatik dicapainya.

Pedih pada tekaknya kurang sedikit dan dia menarik nafas lega. Hai, kau ni lah Qilah. Tak boleh ke kalau tak gelojoh?? Kan dah terima balasan. Nabi dah cakap kunyah 40 kali sebelum telan. Berhenti sebelum kenyang. Tengok, nilah jadinya kalau lahap sangat makan. Kan dah malu dekat mama dengan... mama? Abah?

Dia tersedar. Mukanya didongakkan dan dia memandang pada mereka yang sudah memandangnya kembali. Dia dapat lihat mereka sedang menahan gelak melihat telatahnya. Terus merah padam mukanya saat itu. Tangan yang sedang bergerak-gerak kerana memarahi diri sendiri terhenti. Dia kembali tunduk memandang riba. Perasaan malunya berganda-ganda. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya.

"It's okay, Qilah. It's a secret between both of us," abahnya berkata dan dia mula membuat muka.

Kita dua orang? Habis, saksi yang lain tu nak letak mana?

"Kita orang janji takkan cerita dekat siapa-siapa terutama sekali Haikal, kan?" abahnya menyambung lagi dan memandang muka-muka di situ yang sudah mengangguk-angguk setuju.

"Mama tak janji," mamanya tiba-tiba menyampuk.

"Mama!" abahnya menegur.

"Ala, mama mana tau kalau mama tiba-tiba tercerita ke? Nanti dah mama mungkir janji dekat Qilah. Abah pun tau kan mama ni macam mana?"

"Memanglah abah tau mama ni macam mana tapi ni Qilah! Kalau dia merajuk nanti macam mana? Mama nak dia merajuk?"

"Sebab tu mama tak janji, bah. Takde lah mama rasa bersalah sangat kalau mama tercakap apa-apa. Hisy, abah ni. Macam tak faham je mama ni!"

"Memanglah abah faham tapi ka-"

"Tuan. Puan," salah seorang pembantu di situ menegur kedua orang tua itu.

Dia pula terpegun melihat mereka berdua. Kemesraan suami isteri itu dapat dirasainya walaupun dalam bentuk pergaduhan mulut. Dia tersenyum.

"Oh, sorry, Mel," abahnya berkata kepada pembantu rumah itu.

"Tapi abah yang mulakan dulu, Mel!" mamanya menyampuk.

"Tuan. Puan," pembantu yang bernama Mel itu berkata lagi dan membuat signal mata ke arahnya. Dia sedikit terkejut. Aku ke?

"Ah, sorry, Qilah. Bagi kamu tengok benda ni pula. Abah ni ha, pantang tengok mama senang sikit."

"Eh? Abah yang kena? Mama kamu ni yang degil, Qilah."

"Mana ada mama degil!"

"Puan."

"Ah! Sorry, Mel. Ni, Qilah. Haikal dah beritahu kamu pasal pergi London tu?" mamanya bertanya.

"Pergi London?" dia keliru. London apa pula ni?

"Dia tak beritahu kamu lagi lah tu. There's some urgent business that needs to be taken care of so he needs to go there. And we're thinking of making you accompany him since this is his first business trip alone without his father," mamanya menyambung lagi.

"Sebab dia yang tak bagi abah ikut!" abahnya menyampuk.

"Memang patut pun dia tak bagi. Abah kan tak sihat. Hisy! Boleh tak, Qilah? Mama risau juga kalau dia pergi seorang-seorang. Kalau Qilah ada, boleh juga tolong tengok-tengok kan dia. Dia makan ke tak apa semua. Boleh eh?" dia terdiam.

Pergi dua orang dengan Haikal? Gila apa! Takut aku. Dah lah jauh pula tu. Walaupun dia memang teringin nak pergi sana tapi bila teringatkan Haikal, terujanya sedikit kendur.

"Tapi, Qilah takut Qilah yang jadi beban dia," dia cuba memberi alasan.

"Tak punya, Qilah. Mama rasa tenang sikit kalau kamu ikut sebab dia tu kalau sibuk sikit, start lah tinggal makan minum. Mama takut dia jatuh sakit je nanti. Qilah fikir lah dulu, eh?" mamanya menerangkan dan menyukarkan lagi dirinya itu menolak.

Nak buat apa ni? Takkan aku nak pergi dua orang dengan dia kot? Dah lah baru semalam- Aaargh! Ah! Haikal! Mana dia? Kalau aku boleh minta kat dia, mungkin dia akan tolak cadangan mama supaya aku ikut dia pergi London. Walaupun peluang dia nak setuju dengan aku tu susah, tapi lebih baik cuba kan?

"O- ok. Nanti Qilah fikirkan. Aaa, Haikal mana?" dia bertanya.

"Dia dah keluar awal-awal pagi tadi. Ada exam hari ni," mamanya menjawab membuatkan dirinya teringat peperiksaan terakhir untuknya dua hari lagi. Ah, sudah!

"Pergi London tu bila mama?" dia bertanya dan meminta di dalam hati.

"Bila kamu berdua start cuti nanti," mamanya menjawab dan semangatnya kendur semula. Nampaknya dia perlu juga berunding dengan Haikal. Bila mamat ni balik rumah ha?

"Oo. Haikal, bila dia balik rumah?" dia bertanya lagi.

"Mama pun tak pasti sebab dia kata dia singgah pejabat lepas exam," semangatnya semakin jatuh mendengar jawapan mamanya. Dia mengeluh kecil.

Aqillah mematah-matahkan jari yang lenguh kerana mengulangkaji pelajaran untuk kertas terakhirnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tetapi kelibat Haikal masih tidak kelihatan. Aqillah sudah mula bosan menunggu kepulangan lelaki itu. Dia mahu segera membincangkan mengenai hal London itu kerana hatinya tak tenang selagi perkara itu tidak diselesaikan. Perutnya tiba-tiba mengeluarkan bunyi. Dia mengeluh. Kali terakhir dia makan ialah jam enam petang tadi. Makan malam di kediaman itu lebih cepat berbanding di rumahnya jadi laparnya kembali datang sekitar tengah malam sekiranya dirinya masih belum tidur.

Aqillah turun menuju ke dapur. Ingin mencari apa-apa yang boleh dikunyahnya sebelum masuk tidur. Lampu dapur dinyalakan dan hatinya seperti disentap ketika matanya menangkap satu lembaga yang sedang duduk di situ.

"Haikal!!" dia terkejut melihat lelaki itu sedang makan dalam gelap.

"Terkejut saya! Kenapa tak buka lampu?" dia bertanya pada Haikal yang juga sedikit terkejut melihatnya.

"Entah. Saya dah biasa makan dalam gelap. Awak, kenapa turun?" lelaki itu bertanya kembali padanya.

Dia melihat Haikal memegang kotak bijirin Koko Crunch. Dia teringat kata-kata mamanya pagi tadi dan mengeluh kecil.

"Awak lapar?" pertanyaannya dibalas dengan bahu yang di angkat tanda tidak tahu.

"Tak kan awak tak tahu awak lapar ke tak kot?"

"Saya dah makan ni. Ok la kot."

"Last awak makan bila?" dia mula menyoal apabila nampak maksud mamanya.

"Sekarang."

"Proper meal!"

"Erm, I don't know. Pagi tadi? Why? Awak nak masak untuk saya?"

"Pagi tadi?? Isy, dia ni! Awak nak makan apa?"

"Maggi?"

"Tak sihat."

"Yang cepat?"

"Tunggu kejap," dia berkata dan merampas kotak Koko Crunch dari tangan Haikal.

"Hey," teguran Haikal dibalas dengan segelas susu. Lelaki itu mengambil tanpa banyak soal.

Dia segera mengeluarkan kentang, telur, ayam goreng segera, dan beberapa bahan lain. Dengan mahir dia mengupas kentang tersebut. Dipotong kecil-kecil dan segera direbus bersama telur.

"Awak tahu kupas bawang?" dia bertanya pada Haikal yang sedang memerhatikan segala pergerakannya.

"Nah. Kupas ni," dia memberikan sebiji bawang besar dan sebelah pisau pada Haikal. Dia memanaskan minyak dan mula memasukkan dua ketul ayam goreng segera itu.

"Mangkuk simpan dekat mana?" dia bertanya sambil tangannya pantas mencari di dalam kabinet-kabinet tersebut. Banyak sangat sampai dia tidak tahu di mana mahu mencari.

"Dekat situ," Haikal berkata dan menunjukkan ke arahnya. Dia berpaling ke belakang dan membuka kabinet tersebut tetapi hanya terdapat jag-jag air. Dia kembali beralih pada lelaki itu.

"Siapa suruh awak suruh saya kupas bawang," lelaki itu berkata dan baru dia menyedari yang mata Haikal merah. Dia tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Dah. Meh sini saya kupas. Awak pergi ambil mangkuk," dia berkata dan Haikal akur.

"Awak makan mayonis tak?" dia bertanya saat teringat ramai juga kawan-kawannya tidak makan mayonis walaupun kebanyakannya kerana diet.

"Makan. Kenapa?"

"Takda apa-apa," dia menjawab ringkas.

Selesai memotong bawang, dia beralih pula pada rebusannya tadi. Kentang yang direbus sudah mula lembut. Ayam goreng yang sudah masak diangkat. Api ditutup dan dia memotong ayam itu kepada ketulan-ketulan kecil.

"Lama lagi ke?" bisikan ditelinganya membuatkan bulu romanya meremang.

"Haikal!!" dia berang.

"Baik awak duduk diam-diam!" dia berkata pada Haikal yang sudah mengangkat tangan.

Mata lelaki itu memandang pada sesuatu di tangannya. Dia turut melihat dan terkejut sendiri melihat pisau yang sudah dihalakan pada Haikal. Segera dia menjatuhkan tangannya.

"Astaghfirullah. Sorry," dia meminta maaf.

"It's okay. Saya yang patut minta maaf. Saya tak kacau dah," Haikal berkata.

Dia mengangguk dan segera menyambung kerjanya. Dia tersenyum sendiri. Habis memotong, dia memasukkan ayam-ayam itu ke dalam mangkuk yang sudah diambil Haikal. Kentang dan telur yang siap direbus segera di tos. Telur itu dikupas dan juga dipotong kecil-kecil. Dia mencampurkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk dan mula meletakkan mayonis sedikit demi sedikit. Pasti dengan kesebatiannya, dia mengambil garfu dan di hidangkan pada Haikal.

"Bon appetit'," dia berkata.

"Potato salad?" Haikal bertanya dan dia hanya mengangguk.

"Selamat ke ni? Awak tak masukkan ra-"

"Tak nak sudah," tangannya ditepis saat dia mahu mengambil semula mangkuk itu.

"Saya makan," Haikal berkata dan mula memegang garfu yang ada.

"Baca bismillah dulu," dia mengingatkan.

"I know!" Haikal berkata. Dia hanya tersenyum.

"Okay tak?" dia bertanya saat Haikal menelan suapan pertama.

"If I say not okay, what would you do?"

"Saya ambil balik dan makan sendiri la," jawapan selambanya membuatkan lelaki itu ketawa.

Malas ingin melayan, dia segera mengemas dapur. Setelah pasti yang dapur itu kembali kepada keadaan sedia kala, dia beralih memandang Haikal. Haikal dilihat sedang merenung dirinya.

"Kenapa?" soalan biasanya apabila Haikal membuat sesuatu yang tidak diselesainya.

"Nothing. Ni, saya tinggal untuk awak," Haikal menunjukkan pada mangkuk yang masih berisi setengah itu.

"Awak makanlah. Saya dah makan," dia berkata.

"Tapi awak lapar balik sebab tu awak masuk dapur."

"Ma- mana ada. Saya turun sebab nak minum," dia mereka cerita.

"Saya dah tak nak dah. Buang je lah yang lebih ni," Haikal berkata dan mula bangun membawa mangkuk itu ke sink.

"Eh, tunggu! Biar saya habiskan. Cakap je lah dah kenyang tadi. Tak baik membazir," dia masih tidak mengaku. Aqillah menghabiskan salad kentang itu. Mereka duduk dalam kesunyia beberapa ketika.

"Aaa," mereka serentak berkata.

"Ladies first."

"Apa yang awak nak cakap?"

"Awak dulu."

"Aaa, macam mana exam awak tadi? Ok?" lain yang ingin ditanya, lain yang keluar. Aqillah memarahi dirinya sendiri.

"Ok."

"Hmm, ok. Awak pulak."

"Awak tak cakap lagi pun. Awak la dulu."

"Dah. Saya dah tanya awak tadi tu kan?"

"That's all?"

"Yup."

"No. Ada benda lain yang awak nak tanya. Yang tadi tu awak tak berniat nak tanya pun. So, spill."

"Mana ada. Yang tadi tu la ya-"

"Qilah! Tanya je la."

"Um, ok. Yang p- pasal pergi L- Lo- aaa, takde apa-apa lah."

"Yang pasal pergi London tu betul ke? Bukannya susah pun nak tanya. Yes, it's true."

"Jadi, betullah? T- tak boleh ke kalau saya tak pergi??" dia meminta simpati.

"Up to you. Awak cakap dengan mama."

"Awak tolonglah cakap kan. Saya ta-"

"None of my business. Awak yang tak nak pergi, bukan saya."

"Tapi! Sebab awak saya kena pergi!"

"Saya tak suruh awak ikut pun. Mama yang suruh."

"Jadi awak cakaplah dekat mama yang awak tak nak saya pergi!"

"Saya tak cakap pun yang saya tak nak awak pergi. Saya cakap bukan saya yang suruh awak pergi, so, anything is fine by me."

"Awak ni!!"

"Cool? Thank you."

"Perasan!!" Haikal ketawa dengan kemarahannya. Dia yang geram, tidak mempedulikan lelaki itu. Salad yang masih berbaki dihabiskan.

"Oh, ya. Apa yang awak nak cakap tadi?" dia bertanya setelah teringat kembali yang Haikal juga ingin berkata sesuatu padanya sebentar tadi.

"Ah! Saya nak tanya kenapa awak tiba-tiba baik tolong masakkan untuk saya?"

"Oh. Yang tu. Dah awak lapar, saya tolong je lah."

"Sebab awak isteri saya?"

"Hah? No-"

"Bestnya dapat isteri. Kalau saya suruh awak buat benda lain sekali, awak buat tak?"

"Mama cakap awak kalau sibuk, tak reti jaga pemakanan! Sebab tu saya tolong masakkan! Tengoklah awak makan apa tadi. Itu je sebab dia!"

"You don't answer my question."

"Hu? Soalan apa?"

"Would you do something else for me if I ask you to?"

"Ikutlah. Buat apa?"

"Kiss me."

"Apa?? Gila!!" dia berkata lantas bangun menuju ke sink. Dia dapat rasakan mukanya merah menahan marah.

Eh, tak. Tak marah. Ah, sudah! Tak kan aku malu kot? Tak mungkin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience