BAB 14

Romance Completed 7293

"Assalamualaikum. Maaf lambat," Aqillah berkata perlahan sewaktu memasuki pejabat Haikal. Sudah hampir tiga hari dia berulang ke pejabat Haikal pada waktu petang. Dia tidak lagi memandu, sebaliknya meminta abang Daud menghantarnya memandangkan selepas berbuka, dia dan Haikal akan ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat isyak dan tarawih sebelum pulang. Haikal yang sedang sibuk membuat kerja mendongak memandangnya. Dia tersenyum sambil mengangkat beg makanan yang dibawa. Haikal menutup fail yang sedang ditelaah dan bangun dari kerusi.

"Waalaikumussalam," dia menyalami tangan Haikal yang sudah berada di sisinya. Lelaki itu mengucup dahinya sebelum sempat ditahan. Malas melayan, dia segera menghidangkan makanan di atas meja sambil dibantu Haikal.

"Sedap bau. Awak masak sendiri ke awak beli?"

"Masak sendiri la! Semua saya masak tau!" dia geram. Penat dirinya masak sebentar tadi. Haikal hanya menggelakkannya.

"Sedapnyaa. Dah boleh buat isteri ni," Haikal menyakatnya dan dia mencebikkan bibir.

"Gedik!"

"Eh, saya gedik? Saya manly la," Haikal berkata sambil menunjukkan urat lengannya. Dia membuat muka.

"Dah. Banyak bunyi. Ni tuang air dalam gelas," Aqillah menyuruh dan Haikal menurut. Pintu tiba-tiba diketuk dari luar.

"Ya, masuk," Haikal mengujar dan Kak Ju muncul di muka pintu.

"Haikal," Kak Ju menggamit suaminya.

Apehal pulak ni? Dia memasang telinga.

"Problem. Dia datang lagi," Kak Ju berkata perlahan.

Dia? Siapa dia?

"Baguslah kalau dia datang. Suruh dia masuk. Saya nak perkenalkan dia dekat isteri saya."

"Haikal!" Kak Ju memprotes.

"It's okay. I want to introduce her to everyone. And the reception this Saturday, have you done it?"

"Dah. Tapi..kamu pasti ke Haikal?"

"Ju. Saya pasti. Cepat, nak berbuka dah ni," Haikal berkata tenang dan lama Kak Ju meneliti muka suaminya itu sebelum mengalah.

"Baiklah. Saya panggil dia masuk sekarang."

Selang beberapa minit, seorang wanita muda masuk ke pejabat Haikal. Ketinggian wanita itu lebih kurang dirinya. Cuma kasut tumit tinggi yang dipakai membuatkan wanita itu hampir setinggi Haikal. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana orang boleh memakai kasut setinggi itu.

Berapa inci agaknya ha? Dia tak rasa nak terjatuh ke?

Wanita itu juga mengenakan skirt paras lutut dengan muka dimekap. Tampak moden sekali.

Cantik. Aku pun tak pandai mekap.

"Hi, Asy. Let's buka puasa together," wanita itu menyapa lantas memeluk lengan Haikal. Dia terpana dengan tindakan wanita itu.

Gila lah! Selamba gila dia pegang Haikal. Peluk siap. Ingatkan dalam tv je orang buat macam tu.

Haikal lembut melepaskan diri daripada wanita itu dan berjalan menghampirinya.

"Ana, this is my wife," Haikal memeluk bahunya.

Wanita berambut ikal mayang sehingga paras bahu itu kelihatan terkejut. Walaupun tidak mahu mencampuri urusan Haikal, dia tetap memberi salam pada wanita itu.

" tolong aku syuu . Kau je dapat tolong aku . " lelaki brusia 25 tahun itu sayu memandang aku . Tak mungkin aku menolak . Dia Muhd Haikal . Lelaki yang aku cintai sejak 5 tahun lagi merangkap sepupuku . Dalam terpaksa dia menerima juga pujukan Haikal menjadi bidan terjun bila Ainni lari tanpa khabar pada hari bahagia mereka . Dalam sekali lafaz Nur Syuhada Haifa sah menjadi isteri Muhd Haikal . Mampukah Haikal menerima Syuhada yg langsung tiada kelumit cinta buat sepupunya itu . Namun hati tidak boleh menipu bila Haikal terjatuh hati dgn prilaku Syuhada . Kenapa dia takpenah melihat Syuhada sbgai gdis ? Mampukah mereka bahagia ?

"Your wife? Since when? I thought they said she was your cousin?" suara wanita itu meninggi.

"They said."

"Asy, you are lying. Babe, there's no need for you to do this. I know, she's your cousin. How can you even be married, anyway? Dekat Thailand?"

"Ana! Please respect my wife," suara Haikal tenang tetapi punya nada tegas.

Aqillah mula rasa rimas. Dia tidak suka kekecohan.

Kenapa lah kau ni ramai sangat peminat Haikal? Tak cukup dekat UIA, sini pun ada juga? Aqillah mengeluh kecil.

"Ana, please. I told you I don't have any feelings for you. I'm married."

"No! That' not true! Awak tipu! Dia bukan isteri awak, kan? Dia sepupu, kan? Awak jangan nak kelentong saya!" habis keluar bahasa ibunda dari mulut wanita itu.

Aqillah menahan gelak. Isy, tak baik Qilah! Saya minta maaf! Dia memohon di dalam hati.

"You!" wanita itu tiba-tiba menuding jari ke arahnya.

Tangannya automatik cuba menepis jari wanita yang berdiri jauh dua meter daripadanya. Dia dapat rasakan badan Haikal bergegar menahan tawa. Dia mencubit peha lelaki itu. Haikal mengaduh kesakitan dan dia tersenyum sinis.

"Padan muka!" perlahan dia mengejek Haikal.

Haikal memicit hidungnya dan pantas saja tangannya menepis. Dia memegang hidung yang sengal dipicit lelaki itu. Serong matanya memandang Haikal, geram.

"Koraang!!!!" jeritan Ana membuatkan mereka berdua terkejut.

Lupa sebentar pada wanita itu. Timbul rasa bersalah di dalam diri Aqillah. Dia tidak tahu macam mana dia boleh terlupakan wanita itu.

Ni, Haikal punya pasal lah ni. Hisy!

"Saya minta maaf. Saya minta maaf," Aqillah berkata pada wanita itu.

"If you're sorry, you should get out of my sight! Eyesore!" lantang sekali suara wanita itu memarahinya.

Wajah cantik wanita itu dipandangnya bulat. Terkejut dengan kekasaran yang tidak nampak di muka.

"Ana! What the f- apologize to her right now!" Haikal memarahi wanita itu pula. Dia memegang lengan lelaki itu seraya menggeleng.

"No way! I won't! I want her gone!" wanita itu menjerit sambil meluru ke arahnya. Dia memandang tanpa kelip.

Dia nak serang aku ke ni? Biar betik! Habislah kau, Qilah. Tajam tu tumit kasut dia.

"Stop!" suara Haikal seperti ais. Begitu juga genggaman lelaki itu pada bahu Ana.

"Lepaskan I!" Ana meronta-ronta minta dilepaskan tetapi dia tidak tahulah betapa kuatnya lelaki itu kerana Ana jatuh terduduk apabila Haikal tidak melepaskan genggaman dibahu perempuan tersebut. Haikal menolak dirinya ke belakang dan duduk di hadapan wanita itu.

"Ana, listen. Go, Ana. You have to accept that I have a wife. And you shouldn't do this. Please protect your dignity, Ana."

"B- but. I love you, Asy! Please!" Ana mula merayu. Kasihan dia melihat wanita itu.

"Ana, do you want me t-"

"Yes, I want you, Haikal!" wanita itu memintas kata-kata Haikal.

Aqillah yang sudah duduk di sofa hanya memerhatikan drama antara mereka berdua. Tidak pernah terfikir yang dirinya akan terlibat dalam situasi seperti itu, dia bersyukur kerana tidak berada di tempat Ana. Dia minta dijauhkan dari situ dan berdoa agar Ana menerima dengan tenang. Walaupun bersimpati pada wanita tersebut, dia tidak dapat menolak perasaan malunya bagi kaum hawa. Allah tidak pernah melahirkan perempuan untuk menjadi seperti itu. Seorang perempuan seharusnya menjaga aurat dan maruah yang diberikan Allah. Apa yang dilakukan wanita itu sekarang seperti menghina ciptaan Allah yang Maha Esa. Tambah lagi pada bulan mulia ini. Dia mengeluh berat. Jam diteliti. Ada lagi 30 minit sebelum berbuka.

InsyaAllah.

"Do you want to go now or you wa-"

"I want you, Haikal! I swear!"

"An-"

"Haikal!" mulut Aqillah mengeluarkan suara.

"Boleh awak keluar kejap?" dia meminta.

"Qilah!"

"Please. I know what I'm doing," dia tegas meminta.

Haikal mengalah dan berjalan keluar dari pejabat itu. Ana juga berdiri untuk mengikut Haikal.

"Ana. Saya nak cakap dengan awak," wanita itu terkejut apabila dia berkata begitu.

"Hah? What do you want?"

"Cakap dengan awak," dia menyebut satu-satu sambil menutup pintu pejabat rapat-rapat.

"Kak Ju. Ada baju kurung lebih tak dekat sini? Seluar panjang ke?" muka Aqillah muncul di muka pintu pejabat Haikal 20 minit kemudian.

"Hah? B-baju? Aqillah nak buat apa? Kak Ju pun tak pasti.." Kak Ju berkata sambil tangan mencari-cari di laci meja kerja.

"Qilah! Awak ok tak?" Haikal yang sudah membelek-belek mukanya bertanya. Dia menolak lembut tangan lelaki itu.

"Ni, Qilah. Apa jadi, Qilah?" Kak Ju menghulurkan sepasang baju kurung dengan muka risau.

"Tunggu kejap," dia berkata sebelum menghilang kembali di sebalik pintu pejabat.

Selang lima minit, pintu pejabat di buka kembali. Aqillah muncul sekali lagi sambil memandang ke arah dalam pejabat.

"Jangan risau. Takde apa-apa," Aqillah berkata kepada Ana. Haikal dan Kak Ju menunjukkan reaksi yang sangat hairan dan ingin tahu.

"Takpe. Jangan takut," Aqillah berkata lagi.

Beberapa saat berlalu, Ana muncul di muka pintu dengan memakai baju kurung yang diambil sebentar tadi. Wanita itu hanya tunduk memandang lantai.

"S- saya minta maaf, Haikal. I'm so sorry," Ana berkata dengan nada yang perlahan. Aqillah memerhatikan wajah terkejut Haikal dan Kak Ju.

"I'll go. I won't bother you anymore. Thanks, Aqillah," Ana berkata lagi sebelum berlalu pergi.

Bulat mata Haikal dan Kak Ju mengekori Ana yang berjalan meninggalkan pejabat Haikal. Pantas saja mata mereka kembali memandangnya dengan muka tidak percaya. Dia tergelak.

"Allah Maha Kuasa," dia berkata dan masuk semula ke dalam pejabat Haikal.

"Haikal. Kak Ju. Jom buka puasa. Nak az- Ha, dah azan dah pun," dia memanggil apabila mereka masih berdiri kaku.

Haikal masih tidak dapat menerima kenyataan. Lelaki itu bertanya lagi kepadanya sewaktu dia membuat biskut coklat malam itu.

"Seriously, Qilah. Apa yang awak cakap dekat dia?" Haikal geram apabila dia hanya memberi jawapan yang sama.

"Allah Maha Kuasa, Haikal," dia menegaskan dalam keadaan tenang.

"Saya tau lah. Tapi awak jugak yang cakap, kalau tak usaha, tawakal tak guna."

"Haih. Benda perempuan. Lebih baik awak tak tahu."

"Kenapa? Awak cakap macam ni, lagi saya nak tahu."

"Saya nak cakap dekat awak pun malu, Haikal. Hal perempuan," dia berkata lagi.

Penat menolak permintaan Haikal. Mana mungkin untuknya menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi. Terlalu sulit baginya. Tepung tiba-tiba menghiasi pipinya.

"Haikal!" dia geram pada lelaki itu.

"Baik awak bagitahu, cepat," Haikal berkata sambil terus-terusan mencalitkan tepung pada mukanya.

"Stop! Haikal!" geram, dia membuat perkara yang sama pada Haikal.

Dia tergelak apabila yang dicalit pada Haikal bukan tepung, tetapi adunan biskut tersebut.

"Ni bukan tepung!" Haikal mengelap pipi yang berminyak dan dia kembali tertawa.

Begitu lucu muka Haikal dilihatnya. Lelaki itu memandang serong padanya. Seakan memahami pandangan tersebut, pantas dia berlari tatkala Haikal berkata,

"Hisy, nak kena budak ni!" habis satu rumah itu bising akibat pertelingkahan kecil mereka.

"Berhenti! Tunggu dekat situ! Aqillah!" lantang Haikal menyuruhnya.

Tetapi mana mungkin untuknya berhenti, malah makin laju kakinya berlari.

"Saya minta maaf! Saya minta maaf!" Aqillah tidak henti-henti memohon apabila Haikal semakin menghampirinya.

"Aaaaah!" dia menjerit kuat apabila kakinya tersadung pada permaidani di ruang tamu.

Selamat saja Haikal sempat menyambutnya sebelum terjatuh ke atas lantai tetapi nasibnya tetap kurang baik apabila dia tersembam ke atas sofa.

"Oooww!" dia memegang hidungnya.

"Awak ok tak, Qilah? Meh sini saya tengok," Haikal berkata sambil membelek-belek hidungnya.

Tangan lelaki itu sehabis boleh menyentuh seluruh mukanya.

"Hidung lah! Bukan dahi!" dia bertegas dan kembali menyentuh hidungnya.

Haikal tiba-tiba mentertawakannya dan dia mula terasa berminyak pada tangan.

"Haikaaaal!!" habis mukanya dicalit adunan biskut tersebut.

Cis! Aku kena tipu! Dia bengang.

"Dah lah! Tak nak kawan!" dia segera berlalu ke dapur.

Bau biskut hangit pantas menusuk hidungnya. Ah, sudah! Kelam-kabut dia mengeluarkan dulang daripada ketuhar.

"Ooow!" terlepas dulang dari tangan apabila dia memegangnya tanpa lapik.

"Kenapa Qilah?" Haikal sudah berada disisinya dalam masa sesaat.

"Hisy, budak ni kan! Clumsy!" Haikal berkata sambil menolak lembut kepalanya.

Lelaki itu bangun dan membuka kabinet-kabinet yang tersusun rapi di situ.

"Mana.. ah, jumpa pun," Haikal berkata seorang diri sebelum mendapatkan bekas ubat dari salah satu kabinet.

Lelaki itu kemudian menyapu ubat yang diambil pada jari-jarinya yang merah. Sejuk mula terasa apabila ubat disapu. Kurang sedikit pedihnya. Dia memandang lantai yang kotor dengan biskut hangit bersepah di sana sini. Habis hangus biskut yang ingin dibuat untuk hari raya. Dia hampa dan mukanya mula berkerut seribu. Dan dalam sekelip mata, satu ciuman hinggap didahinya. Dia memandang serong pada Haikal, geram kerana selalu mengambil kesempatan ke atasnya.

Tak makan saman!

"Awak pergi duduk sana. Biar saya kemas."

"Apa??" dia bertanya, tidak sempat menangkap kata-kata Haikal kerana geram dirinya dicium masih berbaki.

"Biar saya kemas yang bersepah ni. Dah, pergi duduk atas stool tu," Haikal mengarah lagi.

"Tapi.."

"Isy, dia ni. Dengar cakap sikit boleh?"

"Banyak lagi adunan yang belum bakar tu," dia berkata sambil memandang ke arah bekas adunan di atas kabinet.

Haikal turut sama memandang dengan pandangan kosong.

"Tak pe lah. Sebelah tangan je yang kena," dia mula menyambung kerjanya.

"Tunggu! Aaaa.. awak.. bagitahu apa yang kena buat. Saya tolong buatkan," Haikal mempelawa diri dengan wajah tidak pasti.

"Tapi.."

"Tak pe. Kata best student. Setakat bakar biskut je, pro dah," Haikal memuji diri sendiri dan dia mencebikkan bibirnya.

"Ikut awak la," Aqillah berkata dan duduk di kerusi kaunter dapur.

"Awak tolong kemas dulu yang dekat lantai tu. Nanti mama marah," dia meminta dan Haikal menurut. Aqillah memukul tangan Haikal setengah jam kemudian. Dia geram apabila Haikal meletakkan terlalu banyak adunan untuk sekeping biskut.

"Nanti besar lah biskut tu! Buang setengah. Hisy, kan saya dah cakap tadi. Buat kecik-kecik. Jangan besar-besar sangat! Nanti tak sedap!" Aqillah membebel lagi.

"Dah kecik la ni. Nak kecik mana lagi? Sama je nanti rasa dia. Adunan yang sama jugak," Haikal memprotes.

"Tak! Kalau besar, nanti tak sedap orang cakap! Isy, dia ni! Degil lah!" Aqillah menampar lagi tangan Haikal apabila lelaki itu masih membuat ketulan besar.

"Baik, mak," Haikal menyindir.

"Ni ikhlas tak ni? Kalau tak, s-"

"Ikhlas, ikhlas," Haikal memintas apabila dia mengugut untuk membuat sendiri.

Dia tersenyum gembira. Haikal di pandangnya kasih. Lelaki itu sudah banyak berubah sejak dia mula mendekatkan diri. Haikal kembali menyakatnya seperti selalu. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang Maha Agung.

"I know you love me. Right?" kata-kata Haikal yang tiba-tiba itu membuatkan dia tergamam.

"Apa menu kita pada hari ini, ya puan-puan?" Aqillah bermonolog sendirian dengan meniru gaya Chef Wan bercakap.

Dia sudah kehabisan idea masakan tentang apa yang ingin disediakan buat Haikal. Tetapi dia juga sudah berjanji untuk membawa makanan ketika lelaki itu meminta. Aqillah membuka peti ais dan meneliti bahan-bahan yang ada. Ada ayam, sotong, ikan kembung, daging, semua ada.

Mana satu yang nak buat ni? Dia keliru.

"Hmm, semalam ya puan-puan, kita sudah belajar cara memasak ayam. Kelmarin pulak, masak daging. Hari ni, apa kata kalau kita buat ikan bakar? Kak Nita tiba-tiba teringin pula nak makan ikan bakar. Kak Nita? Ah, lantaklah," omel Aqillah lagi sambil mengeluarkan ikan kembung yang masih berada di dalam plastik.

Direndam ikan itu dan dia kembali untuk memilih sayur pula.

Oh, a'ah. Semalam ada beli sotong. Nak buat kerabu sotong la. Haikal pun suka makan.

"Chef Wan nak buat kerabu sotong jugak lah hari ni," dia menyengaukan suaranya dan mengeluarkan pula bekas sotong lalu diletakkan di atas kabinet.

Diambil pula bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerabu tersebut.

Bawang, serai, lagi.. apa eh? Hmmm.. Macam mana aku boleh tiba-tiba lupa pulak ni? Kau ni, Qilah. Hisy! Dia mengeluh kecil.

Teringat pada ibunya, dia lantas mengambil telefon bimbit dan mendail nombor telefon rumahnya. Sedang menunggu panggilan di jawab, dia mendapat satu idea nakal. He he he.

"Hello, assalamualaikum," suara ibu kesayangannya kedengaran di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Puan Salina?" dia menukar intonasi dan bunyi suaranya.

"Ya, saya bercakap. Boleh saya tahu ni siapa?"

"Saya Farah dari Maybank. Puan, tujuan saya telefon ni sebab nak beritahu yang hutang puan pada bank masih belum berbayar. Jika tidak diselesaikan dalam tempoh sebulan, nama puan akan disenaraihitamkan," dia mula membuat cerita.

"Hutang bank? Pinjaman atas apa? Saya rasa saya tak pernah buat pinjaman di bank," suara ibunya terkejut. Dia menahan tawa.

"Ya. Puan telah menjadi penjamin untuk salah seorang peminjam kami bagi pembelian rumah bernilai satu juta ringgit Malaysia."

"Sejuta?? Astaghfirullah," ibunya semakin terkejut. Pantas dia mencekup mulutnya yang mahu tertawa.

"Ya, saya harap puan boleh membuat bayaran secepatnya," suaranya cuba ditegaskan.

"Isy, kamu salah orang ni. Saya tak pernah jadi penjamin sesiapa sebab saya bekerja pun tidak," ibunya menerangkan lagi.

"Saya tak salah. Nama puan, Salina Binti Ahmad, kan?"

"A'ah. Betullah, tu. Tapi, saya memang tak pernah jadi penjamin sesiapa. Cuba awak check balik."

"Puan jangan tipu saya. Situasi ni mungkin akan melibatkan polis sebab sudah ada perjanjian bertulis antara puan dan peminjam dengan bank. Puan boleh didakwa."

"Hah? Astaghfirullahalazim. Teruk tu. Siapa na-"

"Jika puan cuba tipu lagi, ini akan membawa kepada kes penipuan, puan. Boleh jadi lagi teruk kes ni," dia menakutkan ibunya lagi.

"Saya memang betul-betul tak pernah jadi penjamin. Benda ni serius. Saya pun tak berani nak menipu," kerisauan yang jelas kedengaran pada suara ibunya membuatkan dia tidak lagi dapat menahan tawa.

"Awak main-mainkan saya ke?" kegeraman ibunya membuatkan dia ketawa kuat.

"Ibu, ni Qilah lah," dia akhirnya memberitahu.

"Astaghfirullah. Kamu ni, Qilah! Main-main pula dia. Buatnya ibu sakit jantung tadi macam mana?" ibunya mula membebel.

"Sorry, sorry. Tapi ibu tak kenal pun suara anak sendiri. Sedih Qilah," dia buat-buat suara ingin menangis.

"Dah. Jangan nak mengada-ngada. Ni kenapa Qilah telefon ibu ni?"

"Ala, bu. Qilah telefon pun tak boleh ke? Ibu dah tak rindukan Qilah ke? Ni yang nak nangis ni," dia berseloroh lagi.

"Isy, budak ni. Ke situ pulak dia," dia hanya tergelak mendengar ibunya berkata begitu.

"Ni, Qilah nak buat kerabu sotong. Tapi, lupa nak masukkan apa. Yang Qilah ingat, bawang, serai. Apa lagi eh yang kena bubuh, bu?"

"Kerabu sotong? Kamu rebus tak sotong tu?"

"Isy, mestilah, bu. Yang tu mestilah Qilah ingat. Ni yang nak letak dalam kerabu tu nanti. Cuka last sekali, kan? Yang tambahan-tambahan dia tu yang Qilah lupa," dia berkata lagi dan ibunya mula menyenaraikan bahan-bahan yang dilupainya.

Dia mendengar dengan teliti sambil tangannya tangkas menyediakan bahan-bahan tersebut.

"Oo, ok. Ok. Qilah dah dapat dah."

"Qilah buat untuk Haikal ke?" ibunya bertanya. Dia terdiam sebentar.

"Untuk Qilah dan secara tak langsung untuk dia jugalah," dia menjawab.

"Ibu dengar Qilah pergi pejabat dia hantar makanan? Baguslah. Biar dia makan banyak sikit. Ibu tengok kurus je dia tu lepas arwah abah dia pergi. Dah ok ke Haikal tu, Qilah?"

"Hmm.. Qilah pun tak pasti lagi, bu. Kadang-kadang dia ok. Tapi kadang-kadang tu dia menyendiri juga. Memang lama lah kalau dia duduk seorang-seorang tu cuma sejak Qilah pergi pejabat dia hantar makanan hari tu, dia ada nampak sikit la berubah. Banyak sikit dia cakap. Tak serius sangat dah. Bolehlah Qilah borak-borak dengan dia," lebar Aqillah bercerita.

"Eloklah tu. Ibu pun tak sedap sangat tengok dia semacam je. Dah tak happy macam dulu. Nanti bila-bila, Qilah baliklah rumah bawa dia buka puasa. Ibu pun dah lama tak jumpa dia. Rindu pulak nak tengok menantu ibu yang hensem tu."

"Isy, menggatal!" dia berkata sambil ketawa geli hati mendengar kata-kata ibunya itu.

"Alah, menantu ibu jugak. Bosan dah ibu tengok muka ayah kamu tu tiap-tiap hari. Kadang-kadang dapat tengok laki hensem, seronok juga," ibunya menambah lagi dan dia ketawa kuat.

"Qilah bagitau ayah!" dia seraya berkata.

"Bagitau lah. Dah banyak kali dah ibu cakap macam tu dekat ayah kamu tu. Dia buat dek aje."

"Isy, isy, isy. Tak patut betul ibu ni. Kesian kat ayah ada isteri macam ibu."

"Alah. Ayah kamu tu pun sama je. Kalau tengok cerita, nak yang cantik je pelakon dia. Tapi kalau ibu bukak cerita laki hensem, cepat je dia tukar channel. Dengki betul!" makin gembira ketawanya mendengar cerita ibu.

Macam-macamlah mak, ayah aku ni.

"Eh, dah lah. Pergi sambung masak tu. Pukul berapa Qilah pergi pejabat Haikal?" ibunya bertanya.

"Biasanya dalam pukul enam tu Qilah gerak keluarlah, bu."

"Ya Allah. Ni dah pukul lima dah, Qilah. Lambat kamu nanti."

"Hah?? Ye ke??" pantas matanya melirik pada jam di dinding. Tetapi jarum jam tersebut baru menganjak ke angka empat suku. Jam tu rosak ke? Pemikirannya terhenti tatkala dia terdengar ibunya ketawa. Isy, ibu ni!,

"Ibu!!" dia memarahi ibunya.

"Ha, siapa suruh kenakan ibu tadi."

"Patutlah Qilah kenakan ibu. Ibu yang ajar Qilah rupanya. Ibu borek, anak rintik!" dia berkata dan disambut dengan ketawa daripada ibunya.

"Sudah. Pergi sambung masak. Lambat betul-betul nanti, baru kamu tahu," ibunya menyuruh.

"Hmm, oklah kalau macam tu, bu. Qilah gi sambung masak dulu."

"Ye lah. Kamu bu- Ah, baru ibu teringat. Kamu dah pergi jenguk ke belum Risa dekat hospital?"

"Hah? Risa masuk hospital ke??" terkejut dirinya mendengar berita itu.

"Lah. Kamu tak tahu ke? Risa cakap dia dah bagitau kamu?" ibunya meminta kepastian.

Bagitau aku? Bila masa pulak dia bagitau aku? Telefon tak. Jumpa lagilah tak.

Dia tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Sorokan Arissa mengenai kejadian itu membuatkan dia teringat pada sesuatu yang menakutkan tetapi cuba dilupakan. Pantas dibuang jauh andaiannya itu. Tak mungkin lah. Detik hati kecilnya.

"Qilah!!" kelantangan suara ibunya membuatkan dia terkejut beruk. Pantas dia mengucap.

"Ibu ni! Terkejut Qilah," dia mengadu.

"Lah. Dah kamu tak cakap apa-apa. Ni mesti tengah beranganlah ni, kan?" ibunya menduga.

"Mana ada! Isy. Ni, bu. Risa masuk hospital mana? Boleh bagi alamat dia tak?"

Setelah menyalin alamat tersebut, dia memberi salam lantas mematikan talian. Fikirannya berkecamuk saat itu. Macam-macam benda yang memasuki ruang mindanya. Bergenang air matanya ketika ibu memberitahu bahawa Arissa eksiden dengan motor dan tulang kaki kanannya retak serta tangan kirinya pula luka agak teruk. Arissa terpaksa menerima sepuluh jahitan di tangan dan kakinya disimen. Sekarang, Arissa masih lagi berada di bawah perhatian doktor kerana trauma yang agak ketara. Lama dia berdiri kaku memikirkan rakan baiknya itu apabila dia terdengar bunyi pintu dibuka.

Eh, Haikal balik ke?

Dia meletakkan handphone dan berlalu ke ruang depan.

"Haikal?" dia menyahut tetapi tiada jawapan. Mama ke? Kata Sabtu baru balik?

"Mama? Mama dah balik ke?" dia memanggil lagi tetapi dia melihat tiada orang di ruang tamu sesampainya di situ.

Pintu kunci kot.

Dia membuka pintu yang berkunci dan matanya meliar memandang sekeliling.

Takde kereta pun. Aku perasan lebih ke?

Tetapi bunyi kerusi di tolak yang datang dari dalam rumah membuatkan dia tersentak. Dia masuk semula.

Aku terlepas pandang ke?

"Mama? Haikal?" dia memanggil lagi.

Takkan abang Daud pula kot? Dia mana berani masuk rumah.

Pusing kepalanya memikirkan kemungkinan-kemungkinan tersebut.

"Abang Daud?" dia cuba juga memastikan.

Dia terasa orang lalu di belakangnya. Pantas dia berpaling tetapi kosong. Dia mula rasa tidak sedap hati. Jantungnya berdebar-debar.

"Haikal ke? Janganlah main-main, awak. Tak lawak ni," dia buat-buat marah.

Tiada jawapan.

"Haikal. Saya tak bagi awak makan nanti. Baik awak keluar cepat!" Aqillah berkata lagi sambil berjalan perlahan-lahan menuju ke arah telefon rumah.

Gagang diangkat dan dia segera mendail nombor Haikal.

"Cepatlah angkat Haikal. Cepatlah!" dia menggesa apabila talian tidak berjawab.

Bunyi kuat yang datang dari dapur membuatkan jantungnya luruh.

Nak buat apa ni? Nak buat apa ni?

"Assalamualaikum, Qilah," suara Haikal didengari sebelum talian terputus.

"Haikal? Haikal?" dia memanggil tetapi hanya sepi.

Pantas tangannya kembali mendail nombor Haikal. Daripada suara Haikal itu, dia tahu bukan Haikal yang berada di dalam rumah dengannya ketika itu. Dan sudah pasti bukan mamanya. Talian telefon tiada bunyi. Dia pasti wayar telefon sudah diputuskan. Cemas mengunjung dirinya kali ini.

Handphone! Handphone! Alamak, ada dekat dapur!

Perutnya kecut. Tidak mungkin untuknya ke dapur memandangkan bunyi kuat tadi datang dari arah situ.

Abang Daud! Macam mana aku boleh lupa dekat abang Daud!

Aqillah segera mengambil tudung di dalam almari tepi pintu dan bergegas keluar menuju ke pondok jaga. Baru beberapa tapak keluar ke halaman rumah, dia terhenti. Sebuah kereta yang amat dikenalinya terparkir kemas betul-betul depan pagar rumah. Dia tidak tahu macam mana dia boleh terlepas pandang sewaktu menjenguk tadi. Air mukanya berubah seratus lapan puluh darjah. Mukanya tidak lagi takut, tetapi ngeri. Perasaan traumanya kembali.

"Hai, sayang," suara ngeri itu memasuki telinganya bagaikan hilaian hantu.

Habis meremang satu badannya. Dan kakinya turut kaku. Dia tidak berani untuk berpaling.

Tenang, Qilah. Kau jerit je bagi abang Daud dengar. Cepat! Satu, dua, tiga!

"..." tetapi tiada apa yang keluar dari mulutnya yang dibuka.

Tekaknya terasa kering yang amat sangat. Dia tersentap apabila mendengar derap kaki melangkah ke arahnya. Kakinya tiba-tiba membuka langkah seribu menuju ke arah pondok jaga namun dia amat terkejut apabila melihat abang Daud terbaring lesu di lantai pondok dan terdapat kesan darah di dahi lelaki itu.

"Abang Daud! Abang Daud!" dia cuba mengejutkan pengawal itu tetapi tidak mendapat sebarang tindak balas.

Aqillah berlari pula ke pagar untuk melarikan diri tetapi pagar itu tertutup rapi. Dia teringat yang itu adalah pagar automatik.

Lembap, Qilah!

Lelaki itu dilihat sedang berjalan tenang ke arahnya. Degupan jantungnya begitu kuat sehingga membuatkan dia tenggelam dalam ketakutannya sendiri.

Mengucap, Qilah! Sabar!

Dia tahu perkara yang akan dibuat mungkin sia-sia tetapi tidak salah untuk dia mencuba. Dia dengan segera berlari semula ke pondok dan menekan punat untuk membuka pagar tersebut tetapi seperti yang dijangkakan, tidak berjaya. Semua punat yang ada di situ berkali-kali ditekan tetapi tiada satu pun pintu pagar yang terbuka. Dia mula berikhtiar.

"Ya Allah Ya Tuhanku," tidak henti-henti mulutnya berzikir minta diberi pertolongan dan petunjuk.

Panjat!

Berlari semula dirinya ke arah pagar dan dia cuba memanjat pula pagar tersebut. Kali ini, lelaki itu dilihat berlari laju mendapatkannya. Tidak sudah-sudah dia berdoa dalam cubaannya supaya berjaya. Yes! Dia bersyukur apabila kakinya sudah berada di tengah pagar. Cepat-cepat dia mengangkat kaki untuk melangkah keluar pagar namun dia terlambat. Jatuh terjelepuk dirinya ke atas lelaki itu apabila dia ditarik. Pantas dia bangun untuk menyelamatkan diri tetapi kakinya pula ditangkap membuatkan dia kembali terjatuh. Lelaki itu menggenggam erat pinggangnya dan mula menariknya ke arah rumah. Dia mula menjerit kuat meminta tolong. Nasibnya baik apabila lantang suaranya keluar tetapi bertukar malang ketika mulutnya ditutup. Kesempatan itu diambil dengan menggigit tangan, menyiku perut, dan memijak kuat kaki lelaki itu. Dan dia mula berlari laju ke tepi rumah. Memasuki taman mamanya, matanya meliar mencari tempat untuk bersembunyi. Tetapi dirinya hampa kerana tiada tempat untuknya di situ. Fariq yang dilihat sedang berlari mendapatkannya memaksanya untuk terus berlari ke belakang rumah. Dia lega kerana pintu belakang terbuka. Dia segera masuk dan mengunci pintu. Lelaki itu cuba menolak kuat daun pintu itu dari luar. Cemas, dia berlari ke dapur untuk mendapatkan telefon bimbitnya tetapi tidak dijumpai.

Mana pulak aku letak handphone ni!!

Dia bengang dan kecewa yang teramat sangat.

Dalam bilik kot?

Segera dia menaiki tangga menuju ke tingkat dua. Habis bersepah meja cerminnya mencari handphone miliknya tetapi masih tidak dijumpai. Diambil beg tangannya dan dicari namun tetap mendapat hasil yang sama.

Nak buat apa ni? Nak buat apa ni?!

Air matanya mengalir laju akibat terlalu takut.

Menyorok!

Dia senyap-senyap masuk ke dalam almari bajunya. Bilik kecil itu dikunci rapi.

Dalam mana pulak aku nak menyorok ni?

Dia bingung memandang sekeliling. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bersembunyi disebalik kot-kot Haikal yang besar dan tebal. Senyap dia duduk di situ. Kaku tanpa sebarang pergerakan. Dia juga terus-terusan berdoa ke hadrat Ilahi meminta Haikal pulang waktu itu ataupun supaya Fariq gagal menjumpainya. Jantungnya berdegup kencang bagaikan larian kuda. Akan tetapi, matanya mula terasa mengantuk. Dia menjegilkan matanya supaya tidak tertidur.

Apesal kau tiba-tiba mengantuk ni, Qilah? Sekarang bukan masa nak mengantuklah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience