BAB 16

Romance Completed 7293

Aqillah khusyuk memasukkan pulut ke dalam daun palas. Dia kemudian membungkus ketupat itu sebelum diikat dan dimasukkan ke dalam bakul. Diambil pula daun palas seterusnya. Dia mencelup tangan ke dalam bekas air kemudian menyapu permukaan daun palas itu sebelum membentuk dan mengisinya dengan pulut. Aktiviti itu diulangi supaya seperiuk pulut separuh masak itu habis dibalut. Kak Sara dan Kak Hani turut sama membantu menyiapkan ketupat daun palas mereka.

"Qilah, baju Qilah tahun ni warna apa?" Kak Sara bertanya.

"Eh, Kak Sara tak tengok lagi eh baju Qilah?"

"Bila masanya Kak Sara tengok. Akak kan baru je balik semalam."

"Oh, a'ah. Lupa pulak. Baju Qilah warna turquoise dengan biru. Kak Sara?"

"Dua je?"

"A'ah."

"Haikal!!"

"Hah?" Haikal yang sedang tekun membaca surat khabar sedikit terkejut disergah Kak Sara.

"Beli dua pasang je baju Qilah? Dia kurang-kurang pun tiga pasang setiap tahun kita orang beli."

"Erk! Kak Sara! Takpalah!" dia segera menyangkal. Tidak menyangka itu sebab Kak Sara memanggil Haikal.

"Eh, tak cukup ke? Hari tu tanya dia kata dah cukup."

"Mana cukup, Kal."

"Empat pasang baju kurung pun tak cukup lagi?"

"Empat? Qilah cakap beli dua je tadi?" Kak Sara memandang dirinya, hairan. Dia juga hairan.

Sejak bila pula baju kurung aku beranak lagi dua?

"Bila...?"

"Kan awak tempah dua, Qilah?"

"Oh, a'ah! Lupa pulak. Dua Qilah beli, dua lagi tempah. Hehehe."

"Isy, budak ni. Saya pulak yang kena."

"Er, sorry."

"It's okay."

"Ceeeyy," Kak Sara membuat bunyi sambil tersenyum-senyum pada mereka berdua.

"Apa yang ceey nya, Kak Sara?"

" Takda apa."

"Isy," dia membuat muka pada kakaknya itu.

Aqillah sukakan keadaan seperti ini. Lagu raya dipasang supaya satu rumah boleh merasa bahang hari raya yang bakal muncul pada hari esok. Tambahan pula hari itu hari sabtu, jadi semua ahli keluarga berada di rumah untuk sama-sama membuat persiapan untuk esok. Ayah dan abangnya sejak pagi-pagi lagi sudah berada di belakang rumah, membakar lemang dan membantu ibu memasak rendang. Suasana seperti ini dapat mengelakkan dirinya daripada memikirkan perkara yang tidak elok sekaligus menenangkan dirinya. Jika tidak, baru sekejap bersendirian, dia akan mula berfikir perkara yang menakutkan. Jadi, dia sentiasa perlukan teman, tak kira siapa. Yang penting berteman. Mungkin sebab itu juga dia semakin rapat dengan Haikal kerana suaminya itu tidak pernah jemu melayani dan menemaninya. Walaupun tidak berbicara, Haikal akan sentiasa berada di tempat yang boleh dia nampak. Ini mungkin hanya gerak hatinya tetapi dia dapat merasakan yang Haikal memahami situasinya walaupun tidak diungkapkan dengan kata-kata. Semuanya kerana Haikal sentiasa memberitahunya terlebih dahulu jika suaminya itu hendak ke bawah, ke dapur, ke ruang tamu, ataupun keluar rumah.

"Assalamualaikum," satu suara perempuan kedengaran dari pintu utama rumah yang terbuka sebelum terjengul kepala Makcik Zah, mematikan lamunannya.

"Ha, Zah! Sampai pun. Waalaikumussalam. Masuk, masuk," ibu yang mungkin mendengar dari dapur keluar ke depan menyambut Makcik Zah yang sudahpun masuk sambil memegang beberapa beg kertas.

"Amboi, Cik Zah. Sakan membeli?" Kak Sara menyapa sambil tersenyum.

"Hah, memang Cik Zah shopping pun Sara. Shopping langsir rumah kamu."

"Ooh."

"Haikal, mai ambil langsir ni. Hani, Amin mana? Pergi panggil dia kejap. Suruh dia tolong pasangkan langsir ruang tamu," ibu sudah mula memberi arahan dan masing-maisng hanya menurut.

"Baik, puan," Kak Hani menjawab sebelum bangun dan berjalan ke kamar Amin sambil memegang daun palas. Dia senyum sedikit melihatkan itu.

"Kak Hani, semangat sangat tu," dia berkata sambil menunjuk pada tangan Kak Hani ketika pembantu rumahnya itu kembali bersama adiknya.

"Oh. Ala, Qilah. Dekat je pun bilik si Amin ni ha."

"Kak Hani, cakuk langsirnya mana?" Amin bertanya.

"Hmm, tadi rasanya akak ada letak dekaaat....," Kak Hani menunjuk sekeliling sebelum berhenti pada Haikal yang sedang mengangkat satu beg plastik.

"Ha! Tu, dekat Haikal tu."

Adiknya mendekati Haikal dan mereka mula memunggah langsir dari beg kertas yang diambil daripada Makcik Zah sebentar tadi. Tema rumah mereka raya tahun ini ialah warna merah. Jadi, langsir yang ditempah juga berwarna merah dan amat menarik minatnya memandangkan merah memang warna kegemarannya.

"Qilah, warna awak," Haikal berkata padanya. Dia sedikit terkejut.

"Mana awak tau saya suka warna merah?"

"Hmm, let's see. Your car, your laptop, you shoes, your pencil, your baju kurung, your pyjama, your..."

"Dah, dah. Cukup! Hisy!" mukanya sedikit merah kerana malu.

"Your apa lagi, abang Haikal?"

"Takda your, your dah! Pergi pasang langsir cepat!" dia segera menyangkal.

Aqillah mengelap rambut yang basah usai sahaja mandi. Baju kotornya dimasukkan ke dalam bakul dan dia duduk di hadapan meja cermin. Haikal entah ke mana hilangnya dia tidak tahu. Sebelum dia mandi tadi, suaminya itu sedang menyiapkan kerja di sofa. Tetapi komputer riba yang digunakan suaminya sudahpun tertutup rapi di atas meja.

"Hmm. Biaulah," dia berkata sendiri sambil mengambil sikat dan mula menyikat rapi rambut ikal mayangnya.

"Dah wangi dah?"

"Awak pergi ma-"

Aqillah terpempan. Haikal yang berada dihadapan pintu tersenyum padanya seperti biasa. Namun, pandangannya bukan pada suaminya itu, sebaliknya pada orang di belakang. Dia mula ngeri.

"Haikaaaaaaaaaaaaaaaaall!!!" serta merta dia berlari mendapatkan Haikal apabila Fariq mengangkat sebilah kapak yang sedia dihayun.

"Jangaaaaaaaaaann!!" dia segera memeluk Haikal yang terkejut melihat tindakan tiba-tibanya. Pandangannya tiba-tiba malap.

Apa dah jadi? Dia panik. Ah, Haikal!

Segera dia melepaskan pelukannya.

"Haikal! Haikal, awak ok t-" dia terkedu. Bantal peluk itu dipandang tanpa kerdipan.

Er, mana Haikal?

Dia sudah gelabah. Pantas dia memandang sekeliling biliknya yang malap ditemani lampu meja.

"Haikal? Haikal?" dia bangun dari katil sebelum terhenti.

Er, bukan tadi aku dekat depan pintu ke?

Pantas dia beralih pada pintu yang beberapa inci terbuka. Melihat saja daun pintu itu, perutnya terus kecut teringat pada Fariq. Ditahan badan pada katil supaya tidak terjatuh.

"Hai- Haikal?" dia memanggil perlahan dalam degupan jantung yang kencang.

Walaupun peluh sejuk sudah mula muncul di dahi, dia memberanikan diri untuk ke bilik mandi. Dibuka lampu kamar itu. Perlahan dan teragak-agak, dia mula menolak sedikit demi sedikit daun pintu itu sebelum dengan pantas menolak habis. Tidak sanggup menahan suspens yang mengiringi. Kosong. Tiada sesiapa di dalam.

"Alhamdulillah," dia mengucap perlahan.

Walaupun hampa Haikal tiada di dalam, dia tetap berasa lega yang teramat kerana tiada yang lain menyorok di situ.

"Mana Haikal pergi?" dia monolog sendirian.

Sekali lagi pandangannya dialihkan pada pintu kamar yang sedikit terbuka itu. Jantungnya yang tadi sudah bergendang laju dengan tulang rusuknya mula memainkan irama yang lebih rancak. Dia menelan air liur yang terasa kelat. Mana mungkin untuknya keluar dari bilik itu seorang diri. Tambahan pula jam di dinding sudah menganjak ke angka dua pagi. Makin ngeri dia memikirkan apa yang bakal menantinya di luar.

Qilah!! Tolonglah jangan penakut sangat! Bilik ibu dekat sebelah je. Kalau ada apa-apa, jerit je lah. Apa nak susah?

Dia cuba menolak tepi kekhuatiran yang muncul. Lama dia memandang kosong pada bahagian luar bilik itu sebelum mengambil keputusan untuk memberanikan diri. Lampu ruang tengah aras dua itu sudah sedia terbuka. Mungkin Haikal yang buka.

Mmm.

Dia mengangguk sendiri. Mengetepikan ketakutan dalam diri, dia membuka langkah satu persatu ke arah pintu bilik sebelum berhenti sejenak di hadapannya.

"Bismillahirrahmanirrahim," dia mengucap perlahan, menarik nafas dalam, dan membuka daun pintu itu cukup buat dirinya keluar.

Kawasan luar bilik itu diamati. Memeriksa dengan mata setiap inci ruang yang ada. Setelah berpuas hati tiada benda yang menakutkan menunggunya di situ, dia menghampiri tangga. Kawasan bawah yang gelap menghentikan langkahannya pada anak tangga paling atas. Dia menekan suis lampu tangga lalu menjenguk ke aras bawah. Dari situ, dia dapat melihat cahaya lampu bilik solat menyala.

Haikal!

Pantas kakinya menuruni tangga dan dia berlari-lari anak menghampiri bilik tersebut. Namun dia berhenti kaku saat sampai di hadapan pintu, tiba-tiba takut jika bukan Haikal yang berada di dalam. Mindanya terbayangkan wajah Fariq dan terus saja jantungnya berdegup kencang. Tangannya segera dipangku pada dinding menahan kaki yang longlai tiba-tiba. Dia menyeka peluh sejuk di dahi. Hasrat dimatikan, dia berpatah balik menuju ke arah tangga.

"Siapa tu?" satu suara dari dalam bilik itu bertanya dan langkah kakinya terhenti.

Terdengar derap tapak kaki dari dalam bilik itu bergerak ke arahnya dan beberapa saat kemudian, pintu dikuak dari dalam.

"Qilah!! Awak buat apa dekat sini??" suara Haikal kedengaran terkejut.

Degupan jantungnya mula surut apabila yakin bahawa Haikal yang berada di belakangnya. Dia perlahan-lahan memusingkan badan supaya bersemuka dengan suaminya itu.

"Err, awak buat apa dekat bilik solat?"

"Ya Allah, Qilah! Awak ok tak ni?" soalan lazim Haikal apabila takut masih menyelubungi dirinya sekaligus mempengaruhi riak di mukanya.

"Awak mimpi lagi ya?" Haikal menyentuh pipinya, lembut. Dia mengangguk sekali.

"Sorry, sorry. Jom, naik atas. Saya teman awak tidur."

"Aw- awak buat apa dekat dalam tu?"

"Aa.. tak ada buat apa-apa. Saja duduk bawah."

"Awak dah tension dengan saya ke?"

"Hah? Nonsense. Like I said, it's nothing in particular."

"Awak solat ke?"

"Err, mana awak tau?" muka Haikal sedikit bersalah.

"Tuu, dekat kepala tu," dia menahan tawa melihat Haikal yang tidak keruan memegang songkok di kepala.

"Heh. Guess I forgot about this."

"Qiamullail ke?"

"Hah? Err, a'ah. Sorry, love. Biasanya time ni awak tak terjaga lagi."

"Maksud awak?" dia tidak memahami.

"Hmm. Let's see. You always have your nightmares around three o'clock?"

"... Oh."

"Sorry, love. I don't expect you to have it early today. Let's go upstairs," Haikal mula memimpinnya ke arah tangga.

"Err, awak dah habis solat ke?"

"Not yet. Planning to continue after you fall asleep. Why?"

"Aaa.."

"Hmm?"

"Bo- boleh imamkan saya?"

"What-" Haikal kehilangan kata-kata. Muka suaminya itu berkerut seribu.

"Boleh, eh?" dia meminta lagi.

".... Imamkan awak?" lambat-lambat dan keliru Haikal mengungkap. Laju saja dia mengangguk.

"But I'm not goo-"

"Pleaseeee," dia pantas buat muka seposen.

"Not fair."

"Apa yang tak adil?"

"You, making that face."

"Macam mana?" dia buat muka tak bersalah walaupun dia tahu permintaannya pasti ditepati setiap kali dia membuat ekspresi wajah tadi.

"Next time."

"Ta- tapi awak ketua keluarga!" dia segera membidas.

"Err, tapi saya masih belaj-"

"Takda tapi, tapi! Saya tak kira!" dia menolak walaupun dalam hati berulang-ulang kali dia berdoa agar Haikal bersetuju.

"Dia ni...," Haikal memejam mata sekejap dengan dahi berkerut sebelum kembali membuka mata dan memandangnya. Muka mengaku kalah terpamer.

"Dah, pergi ambil telekung."

"Yaayy!! Thank youuu. Tunggu kejap tau!" dia berkata gembira sebelum berlari menaiki tangga untuk mengambil telekung di dalam bilik.

"Telekung, telekung, telekung," dia berkata seorang diri sambil mengeluarkan telekung dari dalam sejadah yang berlipat. Kemudian dia lantas bangun untuk ke bawah semula sebelum terhenti.

"Kenapa awak naik atas?" dia memandang pada Haikal yang sedang menutup pintu kamar.

"Kita solat dalam bilik je lah. Sebelum ni saya solat dekat bawah sebab tak nak kacau awak tidur."

"Oh... Terima kasih," dia berkata perlahan.

Tidak tahu yang Haikal begitu prihatin tentang dirinya. Hujung bibirnya naik sedikit, bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.

Nikmat Allah S.W.T tak ada siapa yang tahu di mana hadnya. Berapa banyak yang diperuntukkan untuk setiap seorang hambanya juga menjadi tanda tanya. Adakah sama ataupun tidak hanya ilmu buat Allah S.W.T satu-satunya.

Kita sebagai hamba hanya mampu berterima kasih setiap kali nikmat itu diturunkan buat kita. Hanya mampu menadah tangan mengucap syukur yang tidak terhingga ke atas kemuliaan-Nya dan ingatan yang Dia luangkan untuk kita. Seperti yang biasa diuar-uarkan, sekali kita memikirkan-Nya, sepuluh kali Dia mengingati kita. Kita berjalan untuk mendekati-Nya, Dia terlebih dahulu berlari mendapatkan kita. Belumpun sempat kita membuka langkah untuk berlari ke arah-Nya, sudah sedia Dia menanti di sisi kita. Betapa agungnya cinta Allah S.W.T tidak dapat dibandingkan dengan kebesaran satu dunia ini sekalipun. Tiada yang mampu menandingi-Nya.

Rugilah mereka yang mencintai Tuhan yang salah. Petunjuk. Ianya juga salah satu nikmat yang Dia kurniakan buat hamba-hambaNya yang terpilih. Kita salah satu daripadanya. Bersyukur? Hidup ini tidak cukup untuk kita berterima kasih pada-Nya buat nikmat teragung ini. Allah Maha Besar. Allah Maha Agung. Allah Maha Esa. Segala puji hanya bagi Allah S.W.T.

"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah," Haikal memberi salam bagi menamatkan solat sunat witir mereka.

"Subahnallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahuakbar," dia turut berkumat-kamit mengikuti zikrullah Haikal.

"Al-Fatihah," Haikal mengungkap perlahan dan dia mula menadah tangan usai surah pertama Al-Quran itu habis dibaca.

"Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan kita, Nabi dan Rasul yang paling mulia. Demikian juga kepada ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keampunan dan kesihatan yang berkekalan kepada-Mu, sama ada agama, dan di dunia serat akhirat. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, doa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil. Demikian juga, ampunilah seluruh kaum mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, dengan rahmat-Mu ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Tuhan yang memberi petunjuk kepada yang sesat, yang mengasihani orang yang berdosa, dan yang mengampuni orang-orang yang terlanjur berbuat dosa. Kasihanilah hamba-Mu yang berbuat kesalahan yang besar, begitu juga kaum muslimin sekalian. Jadikanlah kami orang yang mendapat petunjuk, yang bertaubat, yang soleh, yang mendapat rezeki yang baik. Dan jadikanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang telah Engkau kurniai nikmat seperti para Nabi, siddiqin, syuhada, dan solihin. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami atas urusan Engkau, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak pernah menyalahi janji. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmatMu dan berilah kami petunjuk dari sisi-Mu. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada api neraka. Wahai Tuhan kami, akhirilah hidup kami dengan kebaikan dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan keburukan. Cucurilah rahmat dan kasih sayang-Mu ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta para sahabatnya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki sifat kemuliaan. Dan selamat sejahtera kepada Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Perkenankanlah hendaknya, Tuhan pentadbir seluruh alam," Aqillah tekun menghayati maksud doa yang dibaca Haikal.

"Amin ya Rabbal 'alamin," dia mengucap perlahan sebelum menyapu tapak tangan ke muka. Dikedip-kedipkan matanya supaya tidak tumpah air mata yang sudah bergenang.

Aqillah menunggu Haikal berpaling sebelum menyambut salam yang dihulur suaminya. Salamnya kali ini bukan sahaja dijunjung ke dahi, tetapi juga dibawa ke bibir setelah itu. Dia dapat merasakan yang Haikal agak terkejut dengan tindakannya apabila suaminya itu kaku sekejap. Tanpa melepaskan tangan Haikal dan masih tertunduk, dia mengungkap,

"Saya... minta maaf sangat-sangat. Menyusahkan awak selama ni. Awak terpaksa jaga saya yang penakut ni. Tahan telinga dengar saya membebel, marah, merengek, mengada-ngada, memaksa, me-"

"It's okay, love. It's my responsibility."

"Dan!! Sangat-sangat berterima kasih dengan jawapan awak tu. Awak sabar je layan saya. Tak pernah nak merungut atau marah sa-"

"Qilah. Pandang saya." Haikal mengangkat mukanya supaya mereka bertentang mata.

"Saya suami awak. Apa pun yang jadi, saya tetap akan jaga awak. Ingat tu! Plus awak tak kira macam mana awak jaga saya masa arwah abah pergi dulu. You took great care of me. It can't never be compare as to how I lo-"

"Tapi saya tolong awak sikit je! Saya tolong masak je. Siapa-siapa pun boleh buat benda tu!"

"You, of all people, took aside your fear when you decided to come and fetched me at the graveyard."

"Ala, bukannya sa-"

"Hahaha. Saya tahu takat mana tahap penakut awak. And you don't know how much I appreciate that."

"Ma- mana ada saya penakut gila," dia merungut perlahan.

"Heh. Thank you, love. Anyway, this reminds me of something I read in the Quran last night. Surah Al-Baqarah. I don't quite remember the verse, 100 something. The meaning says something like this, 'You are their garment and they are your garment'. Telling about how husband and wife should be for each other.."

"Macam mana?" dia bertanya walaupun dia tahu mengenai ayat itu.

Hanya mahu mendengar penjelasan daripada suaminya sendiri.

"Hmm, husband is like his wife's clothes. Preserving her dignity and protecting her from harm. 247. In thick and in thin," Haikal menerangkan sambil senyuman di bibir Aqillah melebar dari semasa ke semasa.

"You knew it already, right?" haikal memandangnya serong dan dia mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Saya dah tahu tapi saya nak dengar awak terangkan dekat saya."

"Hmm. So, how was it?"

"Apa dia?"

"My explanation. Is it up to your standard?"

"Standard? Err, saya tak letak standard lah pulak. Saya suka dengar awak terangkan je."

"Hmm."

"Oh. Bila awak cakap macam tu, saya ada teringat dekat satu talk ni. Saya ada tengok tv hari tu. Dia bincang pasal suami isterilah. Penceramah tu cakap setiap malam sebelum tidur mesti dia tanya suami dia performance dia hari tu. Daripada 10, berapa markah dia dapat untuk hari tu. Comel je."

"You want to do that too?"

"Err, saya cerita je lah."

"Ya kee? Awak nak tahu markah awak untuk hari ni ke?" Haikal merenungnya dalam membuatkan dia tidak keruan.

"Da- dah lah. Tidur. Nanti susah nak bangun esok," dia berkata seraya bangun untuk berdiri.

Tetapi belum sempat dia mengimbangkan kaki, pinggulnya mencecah lantai semula apabila Haikal memegang bahunya dan menolaknya duduk semula.

"Kenapa ni?" dia pelik.

Melihat Haikal menyelak sejadah sebelum menyerahkan sekeping sampul surat kepadanya.

"Surat apa ni?"

"Open it."

Walaupun pelik, dia membuka juga sampul surat itu dan mengeluarkan surat berlipat yang berada di dalam. Dia memandang Haikal sambil menegangkan surat tersebut.

"Go on."

Kembali mengamati surat itu, dia membaca satu persatu perkataan bertaip itu.

Ya Allah!

Terbeliak matanya saat memahami isi surat yang dipegang. Dia kembali memandang Haikal dengan mata yang sudah bergenang. Haikal hanya mengangguk seakan memahami soalan yang tidak diungkap itu.

"Sa- saya sayang awak!!" dia berkata lantas memeluk leher suaminya.

Dibiarkan ketawa terkejut Haikal berlalu dan tangan Haikal membalas pelukannya.

"It is this hard to hear you say that. I love you too, day-r," degupan jantungnya semakin laju mendengar pengakuan Haikal padanya.

"Hantu tengah kejar awak ke, Qilah? Kenapa laju sangat jantung awak?"

"Awak ni!! Mana ad-"

"Hold me longer," Haikal berkata saat dia meregangkan pelukan di leher.

"...." dia kehilangan kata-kata akibat malu dengan permintaan tiba-tiba Haikal.

"Soo... Out of ten, where am I right now?"

"Hah? Err, 100 persepuluh?"

"Really?"

"A'ah."

"Glad to know."

"Saya?"

"One..."

"Maaflah kalau saya tak cu-"

"Hahaha. I'm not finish yet. One million out of ten."

"Oh."

"Happy, love?"

"Err, kenapa awak suka panggil saya macam tu?"

"Macam mana?"

"Err, yang awak sebut tadilah!"

"One in a million?"

"Bila masa pulak awak sebut macam tu?!! Love lah! Love!!"

"You're my love, aren't you???" Haikal menolak badannya dan merenung tepat ke matanya dengan riak terkejut yang dibuat-buat.

"Err, selamat hari raya!!" dia sepantas kilat bangun dan berjalan laju ke arah rak menyimpan telekung.

"Hahaha. Selamat hari raya too, my love."

EPILOG

Aqillah menolong Haikal mengangkat bagasi terakhir untuk diletakkan ke atas troli.

"Semua dah ada, kan?"

"Mama rasa macam dah cukup semua. Ada empat, kan Haikal?"

"A'ah, ma. Dah cukup. Let's go."

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T kami selamat sampai ke tanah air selepas menunaikan haji ke Baitullah. Betapa gembira dan tenangnya dia saat ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Dia begitu bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menyempurnakan rukun Islam kelima bersama suami dan ibu mertuanya. Senyuman kecil muncul di bibirnya saat terfikir akan keluarga yang sudah dua bulan lebih tidak bersua muka dengannya.

"Qilah, buat apa lagi tu? Cepat!" mama yang memanggil mematikan lamunan sekejapnya. Terkocoh-kocoh dia mendapatkan mereka yang sudah agak jauh berjalan ke depan.

Pintu automatik Lapangan Terbang Kuala Lumpur terbuka, membuatkan udara Malaysia menyapa pipinya lembut. Bibir yang tadi hanya tersenyum kecil segera melebar ketika satu persatu wajah ahli keluarganya yang setia menanti mereka dikenalpasti matanya.

"Ibu! Ayah!" dia segera mendapatkan kedua orang tuanya lantas menyalami dan memeluk erat ibunya. Betapa rindunya dia pada ibunya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Air mata yang tadi tersemat elok di dalam segera saja memunculkan diri.

"Apa khabar anak ibu? Sihat?"

"Alhamdulillah. Cuma batuk-batuk sikit. Ibu sihat?"

"Alhamdulillah. Ibu pun sihat."

"Itu yang Qilah nak dengar. Hehe. Ayah, sihat?" dia bertanya lantas menyalami tangan dan memeluk ayahnya pula.

"Ayah pun sihat. Haji mabruk tak?"

"InsyaAllah. Hehehe."

"Kak Qilah! Sampaikan tak, doa Amin?" adiknya yang tadi hanya menunggu di tepi, bertanya.

"Sampaikan. Setiap hari buat adik tersayang ni," dia berseloroh sambil menerima salam dan pelukan adik tunggalnya itu.

"Dah lama dah Amin tau Kak Qilah sayang Amin. Tapi tak perlulah cakap terus terang."

"Hahaha. Malu lah tu."

"Siapa tak?"

"Hehe. Eh, Abang Amir dengan Kak Sara mana? Dia orang tak rindu dekat Kak Qilah juga ke? Ni yang touching ni."

"Hahaha. Kak Sara tengah final lah, Kak Qilah. Dia tak boleh ikut. Abang Amir pergi parking kereta. Kejap lagi dia dat- Hah, panjang umur dia."

"Abang!" dia mendapatkan abang sulungnya yang segera memberikan pelukan erat padanya. Dia hanya ketawa.

"Tak sangka pula abang rindu sangat dekat Qilah."

"Hmm. Sayang sangat, tu yang rindu gila kat adik hajjah abang ni," dia ketawa kecil mendengar gelaran barunya itu.

"Qilah sihat? Tengok macam makin kurus je ni. Haikal, kamu tak bagi Qilah makan ke?"

"Hah?" muka Haikal keliru dengan pertanyaan tiba-tiba itu. Aqillah menahan tawa.

"Abang! Kesian Haikal. Janganlah marah dia."

"Waaah, Qilah back up suami dah sekarang. Tengok, bu. Haji mabruklah ni. Dah makin taat dah," Abang Amir berseloroh membuatkan mereka semua ketawa. Dia saja yang malu di situ. "Eleh. Qilah dengar cerita, ada orang tu dah terikat. Betul ke, abang?" dia mengenakan abangnya semula.

"Cis. Siapa yang bawa mulut ni?"

"Min, siapa orang tu? Dia tak datang sekali ke?"

"Min! Baik kamu diam!" Abang Amir mengugut membuatkan dia memandang serong abangnya itu.

"Tunang dia tengah busy book hall lah, Qilah. Mana ada masa nak datang."

"Risaaa!!" dia segera memeluk kawan baiknya itu yang muncul entah dari mana.

"Hehe. Hajjah sihat?"

"Of course!! Risa? Waaahh, rasa macam dah bertahun-tahun tak jumpa!"

"Rindulah tu."

"Eh, mestilah! Risa tak rindu Qilah ke?"

"Hanya Allah S.W.T je yang tau."

"Kann?? Hehe. Risa sihat tak? Nampak macam makin happy je ni?"

"Of course lah, Kak Qilah. Tunang dia dekat sini," kata-kata Amin membuatkan dia terkaku. Dia pantas menoleh ke arah adiknya itu. Amin mengangguk tanda mengerti pertanyaan yang ingin ditanya. Dia terpaku seketika. Pandangannya kemudian silih berganti dihalakan ke arah abang sulung dan rakan karibnya. Bulat matanya memandang mereka yang kelihatan serba salah sebelum bibirnya yang ingin tersenyum, cuba menahan tawa yang ingin terlepas. Tiada kata yang dapat diluahkan akibat terlalu banyak perkara yang ingin dikeluarkan. Dia akhirnya hanya mengeleng-gelengkan kepala dengan senyum yang tidak lekang daripada bibir.

"Susah nak percaya, kan?" suara lembut Haikal menyapa pendengarannya. Tidak sedar bila suaminya itu berada di sebelah. Eh, kejap!

"You knew?" terpacul soalan itu daripada mulutnya.

"Err, y- ya?"

"Then, how come you didn't tell me anything??"

"Minta... maaf? Abang Amir tak bagi saya bagitau awak."

"What? Why??"

"Eeeh. Jap! Jap! Kenapa rasa macam situasi ni dah terbalik?" Amin tiba-tiba bertanya membuatkan dia dan Haikal memandang adiknya itu, kehairanan.

"Apa yang terbalik?" Haikal bertanya.

"Yes. What is it?" dia pula menambah.

"Hahahahaha. Seriuslah kamu berdua ni," Abang Amir pula yang berkata sambil ketawa.

"Kahkahkah. Sumpah, lawak!!" Amin membuatkan mereka semakin keliru.

"Look at you two!! In love, much?"

"Tahu takpa, bang!! Cakap pun dah terbalik."

"Cakap? Apa yang...." rona merah mula memenuhi pipinya saat dia mengerti.

"Oh. I don't realize..." Haikal pula yang kehilangan kata-kata.

"Eh, dah normal balik?"

"Hahaha. Seriuslah kau orang. Cuba senyum sikit. Nak tengok cara senyum pun dah bertukar ke apa?"

"Kau orang!!" dia sudah malu dimain-mainkan begitu.

"Hehehe. Sorry, Qilah. Dah lama kita orang tak kacau, Qilah. Rindu pula."

"Isy, budak-budak ni. Itu juga yang dibuatnya dulu," ibu yang tadi hanya melihat, menegur mereka.

"Sorry, bu," Abang Amir dan Amin berkata.

"Dah, dah. Kereta tu tak boleh parking lama-lama dekat sana. Kena clamp nanti."

"Oh, a'ah! Amir lupa pula. Jom, jom, cepat!"

Aqillah cuba tidak mengendahkan mata-mata yang kadang-kadang mencuri pandang padanya saat kereta yang dia naiki memasuki perkarangan rumah Haikal. Cuma suaminya saja yang terang-terangan memerhatikan mukanya sambil menggenggam erat tangannya. Dia menarik nafas perlahan. Cuba juga mencari perasaan yang dirasakan saat itu. Tenang. Tenang. Hanya tenang yang dia rasa. Masih tiada ketakutan atau kerisauan yang muncul di dalam hatinya walaupun kereta sudah berhenti di hadapan pintu rumah. Dia akhirnya membalas pandangan Haikal. Lama mereka berbalas kata yang tidak diungkapkan sebelum sama-sama tersenyum kecil.

"I'm glad," Haikal berkata.

"Saya pun."

"Welcome home, love."

"Thank you!" dia berkata ketika Haikal menghulurkan tangan setelah keluar mendahuluinya.

"Wah, bukan main. Mood pengantin baru ke apa?" Abang Amir bertanya pada mereka.

"Jealous ke, bang? Dah tak sabar dah?"

"Hahaha. Padan muka! Kena balik," Amin mentertawakan abangnya. Dia ketawa melihat Amin yang semangat.

"Tak habis-habis lagi dia orang ni. Dah, mari masuk rumah," mama menegur dan masing-masing diam mengikut mama masuk ke dalam rumah yang sudah beberapa bulan tidak dijejakinya.

Dalaman rumah Haikal masih sama seperti dahulu. Cuma langsir sahaja yang berubah warna. Jika dulu berwarna ungu, kini sudah diganti dengan warna biru lembut. Dia kembali teringat malam pertama dia menginap di rumah itu. Haikal yang memainkannya dengan menutup lampu buat dirinya yang rabun malam. Bagaimana bengangnya dia pada lelaki itu akibat ditinggalkan seorang diri dalam gelap. Ketawa kecil terkeluar daripada bibirnya. Kelakar apabila difikirkan kembali. Macam manalah aku boleh bengang kena usik macam tu. Aduhai.

"What is it?"

"Hmm?"

"What amused you?"

"Oh. Hmm.. Saya teringat first day saya tidur sini. Yang awak tutup lampu tu."

"Oh. Heh. Awak marah saya time tu. Tapi lepas tu awak curi-curi buka komputer saya."

"Man- mana ada! Awak kata komputer tu saya punya?"

"Hahaha. You never change, will you?"

"Sukaa je kenakan orang."

"Tengok tu, tengok tu. Dia orang buat lagi," Abang Amir tiba-tiba berkata lagi pada mereka berdua.

"Mama, masa dekat sana pun dia orang macam ni juga ke?"

"A'ah, Mir. Setiap hari."

"Mama tak penat ke tengok dia orang?"

"Ala, bang. Kalau dah jealous tu cakap je lah. Tu lah. Masa ayah suruh letak tarikh tu awal sikit, taknak. Nak jugak masa birthday Kak Risa. Kan sendiri yang kempunan."

"Hahahahahaha," dia tidak dapat menahan tawanya mendengar kata-kata Amin. Adik aku seorang nilah. Dah makin pandai benda-benda macam ni.

"Hajjah, hajjah. Kawal sikit gelak awak tu," Abang Amir berkata sambil memandang serong padanya.

"Oops!" Dia cuba menahan tawa yang masih berbaki.

Arissa yang dari tadi hanya diam, sudah merah muka menahan malu seorang diri. Dia segera mendapatkan rakannya itu.

"Malu-malu kucing pula Risa ni," dia cuba mengenakan Arissa namun pantas dicubit oleh rakannya itu.

"Oww!! Ssss. Sakiiittt. Haikal! Tengok Risa ni. Dia cubit saya!" dia berkata sambil mengusap-ngusap bahagian lengan yang dicubit Arissa.

"Dah dia yang kenakan Risa dulu. Nak mengadu pulak. Mengada!" Abang Amir membalas.

"Uuuu. Dia back up lah! Belum kahwin pun lagi. Kan Kak Qilah, kan?"

"Tahu takpa, Min."

"Kau orang!!" Arissa lantang berkata membuatkan mereka semua ketawa pada rakannya yang sudah menutup muka menahan malu.

"Oh, lupa pulak! Qilah dengan Haikal tak masuk lagi bilik dia orang, kan? Cepat, pergi masuk!" Abang Amir berkata.

"Err, abang. Jangan pelik sangat, bang," jawapan Amin membuatkan Abang Amir tak keruan seketika.

"Woi, Min! Buat onar kamu, eh?"

"Hehehehehe."

"Kamu berdua ni lah. Haikal, Qilah, bilik kamu berdua tu dah renovate masa kamu takda. Pergi naik tengok. Mandi, solat semua siap-siap. Malam ni kita semua nak keluar makan lepas maghrib," ibu membantu mereka berdua yang terpinga-pinga sekejap tadi.

"Ni, Kal. Bawa beg mama kamu ni naik sekali."

"Ok."

Aqillah mengikut Haikal naik ke bilik dengan muka yang masih blur. Dia membukakan pintu bilik mama untuk membolehkan Haikal meletakkan bagasi mama sebelum mereka berlalu ke bilik Haikal.

"Kenapa dia orang renovate, Haikal?"

"Hmm. I don't know. For the future?"

"Future?"

"Let's just see for ourselves what's changing," Haikal menjawab sambil membuka pintu bilik yang didiami mereka berdua.

Dia terpaku seketika di hadapan pintu. Betul ke kita still dalam rumah Haikal ni? Dia kembali memerhatikan kawasan luar bilik. Err, sama je macam dulu. Lama dia berdiri di pintu, menangkap perubahan yang berlaku pada bilik mereka. Haikal dipandang sekilas dan suaminya itu juga mempunyai reaksi yang sama sepertinya.

"MasyaAllah," sepatah Haikal berkata sebelum perlahan masuk ke dalam.

Dia menurut langkah Haikal. Mereka seperti memasuki rumah sendiri. Jika sebelum ini keluasan bilik itu dua kali ganda besar bilik ibunya, kini dia tidak tahu berapa kali ganda.

"Mana datang tanah atas udara ni?"

"Haha. Awak ni lah, Qilah! They must have combined it with the next and the next room, that's all."

"Oh. Ya tak ya, jugak. Hahaha. Takkan dia orang tambah tanah pulak kan," dia ketawa sendiri.

Bilik itu yang dulu hanya punya ruang tamu kecil, tempat tidur, dan bilik air, kini sudah ditambah dengan dapur kecil dan ruang pejabat. Juga bilik baby yang baru dia perasan.

"Comelnyaaaaa," dia berteriak gembira melihat katil bayi dengan alat-alat permainan yang tergantung di atasnya. Segala perabot di kawasan bayi itu bersaiz kecil. Meja belajar, almari, meja makan, kerusi, dan juga meja cermin. Senyuman dibibirnya tidak lekang sepanjang dia memerhatikan kawasan itu. Ketawa geli hati juga terlepas daripada mulutnya. Tidak dapat menahan rasa gembira yang bertamu.

"You like it?" Haikal bertanya dan pantas saja dia mengangguk.

"Comel gila. Siapa yang design bilik kita?"

"Am not sure.."

"Saya kena berterima kasih dekat dia. Comel sangat dia buat."

"Well, then, you should see the kitchen. You will like it even more."

"Kenapa?"

"See it for yourselves.

"Hmm.."

Dia mendekati kawasan dapur yang berada berhadapan dengan ruang tamu. Dapur itu dilengkapi dengan kabinet, dapur elektrik, peti ais, ketuhar, da- Bulat terus matanya melihatkan perkakas-perkakas dapur tersebut.

"Haikal! Serius saya cakap. Saya kena berterima kasih dekat dia."

"Well, that's because of the description we provide her."

"Awak bagitau dia saya suka baking?"

"Yup. That's the whole reason I ask them to include this kitchen."

"Awak minta dia orang? Maknanya awak tahulah dia orang ubahsuai bilik ni?"

"Yes, dear."

"Tapi kenapa muka awak terkejut tadi?"

"Hmm? When?"

"Masa kita masuk bilik ni."

"Oh. That's because it's much, much better than I anticipated."

"Ooh. Baguslah kalau macam tu."

"Hmm. I'm glad you like it."

Dia kembali memerhatikan kawasan bilik mereka. Setiap ruang dipisahkan dengan rak buku yang tinggi sehingga ke siling. Ruang tamu yang berada berdekatan pintu masih sama seperti dahulu dengan almari yang penuh dengan cakera padat dan juga sistem stereo.

"Qilah, saya mandi dulu eh? Badan dah rasa belengas dah ni."

"Mm? Ok."

Dia memerhatikan Haikal yang mendekati sebuah pintu bilik sambil membawa bagasi mereka berdua ke dalam. Dia pelik.

"Kenapa awak bawa beg tu sekali? Awak nak mandi sekali dengan baju-baju tu ke?"

"Haha. Ini almarilah, sayang. Come here and unpack your clothes."

"Hah? Almari?"

Dia mendekati bilik tersebut yang sama sekali tidak kelihatan seperti sebuah almari pada matanya dan sekali lagi terpaku dihadapan pintu. Waah, ni dah macam dalam drama dah ni. Bilik kecil tersebut memang sebuah almari pakaian buat mereka berdua. Penuh dengan laci dan tempat menggantung baju. Khusus untuk menyimpan benda-benda yang berbeza dan sudahpun separuh berisi dengan baju, beg, serta aksesori kecil lain seperti tudung dan jam mereka.

"Ni pun awak suruh dia orang buat juga?"

"Yup. It's better this way, right? It's like you just went right into your closet and find the things you wanna wear. Don't have to rummage through it anymore. It's all for your eyes to see. Missing anything, you know it immediately."

"Hahaha. Nak tidur dalam ni pun boleh. Oh, oh! Kalau orang hilang, cari dalam ni dulu."

"Isy, dia ni. Orang cakap betul-betul, dia buat main pula."

"Hehe. Sorry."

"Saya mandi jap. Awak kemas baju dulu."

"Baik, bos!" dia berkata dan Haikal membalas dengan menarik tudungnya ke belakang.

"Haikaal!!" dia cepat-cepat menahan dengan tangan tudung yang sudah berada di tengah leher.

"Hahahahaha." Dia memandang geram suaminya yang sudah ketawa gembira.

"Isy! Pergi mandi cepat!! Haji ke macam ni?"

"Oops!"

"Awak!!" dia lantang berteriak pada Haikal yang sudah berlalu ke bilik air.

"Kurang gula betul. Suka hati je dia tarik tudung orang. Kalau ke depan, takpa juga. Terbuka terus. Ni dia pergi tarik ke belakang," dia sudah mengomel sendirian sambil mengeluarkan tudung yang tersekat di leher. Kemudian, dibuka bagasi yang sedia terbaring. Siap duduk bersila, dia mula membetul-betulkan lipatan pada baju yang sedia berlipat untuk disimpan kembali. Baju-baju yang dibawa ke Tanah Suci itu dihidu sekejap-sekejap, cuba mengingati bau Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Air mata pantas bergenang akibat rindu untuk kembali ke Tanah Haram itu. Jubah putih Haikal dikeluarkan dan dibetulkan lipatannya. Entah kenapa, tiba-tiba saja dia teringat kembali ketika mereka dalam perjalanan ke Padang Arafah.

Perjalanan mereka ke sana dipermudah Allah S.W.T dengan bas yang disediakan buat kumpulan haji mereka. Dia sedang merenung ke luar tingkap, cuba menyimpan semua yang berlaku sebagai kenangan ketika Haikal yang duduk selang satu kerusi daripadanya tiba-tiba bertanya,

"Qilah, can you... forgive him yet?"

"Hmm? Siapa?" dia memandang suaminya itu.

"That man... Fariq."

Dia sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. Tidak menyangka yang Haikal akan membangkitkan nama lelaki itu ketika mereka berada di sana. Dia hanya diam seribu bahasa. Dalam hatinya, perasaan marah mula memunculkan diri. Pandangannya dikalihkan pada mama yang sedang tidur antara mereka berdua. Muka letih namun tenang mama diperhati lama.

"Takkan!.... Sampai bila-bila."

"You wanna hear me out?"

"Bentang hujah awak."

"You remember what ustaz told us just now?" pertanyaan itu membuatkan dia terpempan. Tidak pernah dia terfikir untuk mengaitkan Fariq ketika ustaz berceramah sebentar tadi.

"Semua tahu kan, destinasi kita selepas ni Padang Arafah? Jadi, macam jemaah-jemaah haji sebelum ni, kamu dah buat skrip do'a kamu? Ini untuk memudahkan kamu berdo'a sekejap nanti. Supaya takda bahagian yang kamu terlupa nak cakap. Do'a untuk mak ayah kamu, adik-beradik, anak-anak, kaum keluarga, dan juga kenalan-kenalan kamu. Oh, untuk diri kamu sendiri juga. Jangan lupa minta ampun untuk segala salah dan silap yang pernah kamu buat selama ni. Minta dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh supaya Allah S.W.T dengar dan nampak kesungguhan kamu meminta ampun pada-Nya. InsyaAllah, dia akan terima permintaan kamu semua. Mmm, di sini saya nak ingatkan juga, bukan takat kita meminta ampun saja yang penting, kita memaafkan kesalahan orang pada kita juga sama pentingnya. Kalau kamu cuba fikir, orang yang buat kesalahan pada kita tu, sangat menyedihkan. Takdanya dia rasa aman makmur lepas dia buat dosa. Tambah lagi kalau dia dah minta maaf tapi kita tak maafkan. Atau acuh tak acuh je kita maafkan dia. Maksud ustaz, kita maafkan tapi tak lupakan. Bak kata orang tu, forgive and forget. Maafkan orang juga salah satu tanggungjawab kita. Cuba kita bayangkan, kita sungguh-sungguh, ikhlas, minta ampun dekat Allah S.W.T, tapi Dia tak ampunkan kita pun. Apa yang kita rasa? Sedih sangat-sangat, kan? Rasa macam kita ni tak disayangi dah. Jadi, apa salahnya kita ringankan beban dia orang? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun maafkan umat. Siap minta ampun pada Allah S.W.T lagi bagi pihak umat-umat dia walaupun sesetengah daripada dia orang tak minta. Apa yang kita rasa? Sangat disayangi, kan? Sangat besar dan mulia hati junjungan besar kita, kekasih Allah S.W.T. Taknak ke kita ikut jejak dia? Manusia yang paling dekat dengan Tuhan kita? Dengan syurga sebagai ganjaran? Fikirlah baik-baik. Mungkin ni je lah satu-satunya peluang kita dapat melawat rumah Allah S.W.T. Dapat melawat antara tempat paling mustajab untuk berdo'a. Jangan sia-siakan peluang yang ada, ya? Ha, panjang berjela dah ustaz cakap ni. Jangan lupa skrip do'a kamu semua," panjang lebar ustaz mengingatkan mereka sebentar tadi.

Namun, apa yang dia fikirkan ketika itu hanyalah orang-orang terdekat sahaja. Tidak pernah Fariq menerjah ke ruang mindanya. Jadi, dia tidak menyangka Haikal pula yang akan teringat pada lelaki itu. Dia menarik nafas dalam. Apa yang patut dia buat? Amarahnya pada lelaki itu masih tidak surut. Semuanya kerana lelaki itu menyakitkan orang-orang yang dia sayangi. Jika lelaki itu hanya menyakitkan dia, mungkin senang sikit dia nak maafkan. Mmm... betul ke aku lagi senang nak maafkan?

"Qilah, this is just my opinion. Please, be in my shoes. After hearing what ustaz said, do you think I can be calm thinking how you will never forgive him? What would you do if our sitution is reversed? I know how much you despise him. I do, too. Seeing as to what he did to you. But, it's all over now. Why not we ask Him to protect us from anymore harm and forgive him instead? Why not try and be done with it? Because I know, Qilah... You still get nightmare from time to time now," pantas dia menoleh ke arah Haikal. Matanya bertanya dan Haikal mengangguk tenang.

Dia tidak menyangka yang Haikal sedar ketika dia terjaga malam selepas mimpikan lelaki itu. Sudah dia berusaha untuk tidak membuat sebarang bunyi agar tidur Haikal tidak lagi terganggu dan supaya suaminya itu tidak lagi risaukan dia. Dia mengetap gigi. Sangat tahu kenapa dia masih lagi termimpikan lelaki itu. Dia tidak dapat untuk memafkan lelaki itu sepenuhnya. Walaupun setiap hari Haikal mengingatkannya dan setiap kali itu juga dia cuba untuk memaafkan. Tak boleh. Dia tidak tahu macam mana Haikal dengan senang boleh memaafkan lelaki itu.

"Macam mana... awak...."

"Easy. Obsession is sometimes not an option, Qilah. We might not know it, but what if he didn't choose to be like that? Just like a desease, he is sick. What do you think? He's a victim."

"Tapi benda tu tak betul, kan? Itu memang pilihan dia, kan?"

"That is all up to how you think. Do you think every serial killer in this world cherish his profession? He find peace doing that, all right. But imagine if he's a victim of his childhood? Getting beat up by his parents? No love or mercy ever shown to him? How do you think he will see this world? From his point of view, what is it that you think he sees?"

"Takda kasih sayang. Takda belas kasihan. Mungkin... dia tak nampak yang mana baik, yang mana buruk."

"It's exactly like that, love. Now, about Fariq. How well do you know him? About his family?"

"Saya taknak tahu pasal dia!" Aqillah terpempan sebaik sahaja ayat itu habis diungkapnya.

"See. You don't give the time of the day to know more about him. Why he did that to you. Who knows, what past he have gone though before?"

Dia diam seribu bahasa. Kata-kata Haikal difikirkannya. Tidak pernah dia terfikir untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fariq. Dan tidak pernah sekali pun dia ingin tahu kenapa Fariq melakukan semua itu padanya. Semuanya kerana dia tak mahu tahu. Ketakutan dan kebenciannya pada lelaki itu membuatkan dia sekalipun tidak cuba bertanya kenapa. Dia sekalipun dia cuba mencari jawapan sendiri. Dia sekalipun tidak.... cuba memahami.

"Saya ni.... teruk sangat ke?"

"Kenapa awak tanya macam tu?"

"Saya... tak pernah tanya kenapa dia buat macam tu dekat saya. Tak pernah sekali pun saya terfikir nak tanya orang-orang yang kenal dia, pasal keluarga dia. Saya.. fikirkan diri sendiri je.. tak pernah pun saya..." perkataannya tersekat di kerongkong. Kenapa taknak keluar pula ni?

"Shh. Don't cry. I'm not telling all this to make you feel guilty, love. I-"

"Saya nampak kesalahan orang. Tapi kesalahan sendiri tak nampak. Dia.... Saya tak tahu pun apa yang dia rasa..."

"Why not forgive him? Won't both of you will feel better after this? When ones forgive, the other one will feel more sorry than ever. Knock some sense into him. Who knows, what good it will bring to both of you.. Will you..., love?"

Dia memikirkan kata-kata Haikal. Yang betulnya lebih banyak daripada yang salahnya. Memang betul apa yang Haikal katakan. Bila orang maafkan kita walaupun kita tak minta maaf dekat dia, orang tu maafkan kita ikhlas tanpa ada sedikitpun perasaan nak balas dendam, bukan ke kita akan rasa bersalah ya amat sebab tak minta maaf awal-awal? Dan bukan ke beban dekat bahu tu akan hilang, walaupun kita tak minta? Benda tu automatik lenyap. Tak perlu susah-susah buang sendiri. Sama juga dekat orang yang memaafkan tu. Bila keikhlasan tu ada, automatik ketenangan tu datang. Macam... apa yang dia rasa sekarang.

"That's exactly it, love."

"Hah!!"

"Ya Allah!!" hampir luruh jantungnya disergah begitu.

"Haikal!! Awak ni!!"

"Hehehe. Tu lah, orang suruh kemas baju, dia berangan. Ni lah padahnya."

"Hmm. Mana ada saya berangan. Huh!"

"Alololo. Merajuk pula budak busuk ni."

"Hei! Mana ada saya busuk!!"

"Hahaha. Ye lah budak wangi. Pergi mandi cepat, kejap lagi nak jemaah sama-sama."

"Oh, a'ah. Lupa pula."

"Haikal, Haikal, bangun!" Aqillah mengejut Haikal yang masih sedap tidur. Ei, lelaki ni. Semalam bukan main semangat nak pergi kerja. Orang suruh rehat lagi sehari, taknak. Dah risau sangat pasal kerja dia tu.

"Ya Allah!" dia terkejut apabila ditarik Haikal.

"Mmm, jom tidur lagi," Haikal berkata sambil memeluknya.

"Isy, lah budak ni. Awak dah lambatlah Haikal. Kata nak pergi office hari ni?"

"Mmmm."

"Ya Allah, dia ni. Dah jam sepuluh, awak."

"HAH?" pantas Haikal terduduk. Dia tergelak melihat rambut kusut masai suaminya itu.

"Kenapa awak tak kejut saya, Qilah?"

"Lah, dari pukul sembilan saya kejut awak, awak yang taknak bangun."

Dia memerhatikan Haikal yang tergesa-gesa mencapai tuala dan hilang di sebalik pintu bilik air. Digeleng-gelengkan kepala pada suaminya itu. Tu lah, semalam orang suruh tidur awal taknak. Kata takkan terlambat konon. Dia tergelak kecil.

"Hisy, aku ni. Kang tertidur pula dok baring atas katil ni," dia bermonolog sendirian dan pantas bangun untuk mengemas katil. Dia kemudian berlalu ke almari mereka untuk menyediakan baju kerja yang akan dipakai Haikal hari itu. Err, tie yang mana satu, eh? Dia menggaru-garu pipi sambil melihat susunan tali leher yang banyak di dalam laci almari. Hmm, dia pakai tie ke pergi kerja setiap hari? Bukan lelaki tak suka pakai tie ke? Sebab panas? Tangannya mula memadankan tali leher dengan baju kemeja Haikal. Yang ni? Ke yang ni? Eh, jap! Yang ni pun macam masuk jugak. Mmm tak lah. Yang ni macam lain sikit. Habis tu, yang ni?

"Aaaarghh. Yang mana satu niii??" dia sudah geram sendiri.

"Pilihkan tie untuk saya ke?"

"Hah! Haikal! Err, man- mana ada!!" mukanya merah.

"Thank you, love. This would be good," Haikal berkata sambil mengambil tali leher yang dipegangnya.

Dia melihat Haikal meletakkan tali leher itu di sebelah kemeja. Kemudian, Haikal mengambil seluar slack hitam yang bersangkut sebelum disarungkan pada kaki. Bulat matanya melihatkan itu.

"Eeeeh, kejap!! Bagilah saya keluar dulu!!!" dia pantas menahan.

"Heh. I thought you wanna see because you just stay there watching me."

"Hiiissy, dia ni!!"

Dia segera keluar dari situ dengan geram. Bajet je tak habis-habis. Haji mabruk ke tak lah ni. Erk! Dia menampar-nampar mulutnya. Celupar sangat!

"Qilah, tolong ambilkan beg saya dekat meja," Haikal yang keluar sambil memakai tali leher berkata padanya.

"Hmm? Ok."

Dia berjalan ke kawasan pejabat sebelum mendekati meja kerja Haikal. Tergelak kecil dia melihat meja yang berselerak itu.

"Haikal."

"Hmm?"

"Awak dah lupa cara nak bekerja ke sampai meja aw- Hahaha," dia tergelak melihat muka berkerut suaminya.

"Dari tadi tak lepas-lepas lagi pakai?"

"I don't know. How can I forget how to wear this thing?"

"Ya Allah. Meh sini saya tolong," dia meletakkan beg Haikal di atas katil dan mendekati suaminya itu.

Diambil tali leher daripada Haikal dan dia menyuruh Haikal merendahkan sedikit badan. Dia meletakkan tali leher itu di tempat yang betul dan tangannya mula mahir memusing dan mengikat sehingga ke langkah yang terakhir, dia mengetatkan tali leher itu.

"Ok tak? Ke ketat?" dia mendongak untuk memandang Haikal yang sedang merenungnya.

"Kenapa? Ketat ke?"

"Awak belajar pakaikan tie ni untuk saya ke?"

"Hu? Ah! Saya selalu tolong pakaikan untuk ayah lah."

"Awak nii. Bagilah saya rasa happy sekejap."

"Hah? Oh. A'ah. Saya belajar demi suami saya yang sangat saya cintai dan sayangi niii," dia bermadah sebelum tergelak sendiri.

"Happy?" dipandang wajah Haikal yang terangkat kening memandangnya.

"Kenapa? Tak percaya saya ada bakat jadi seorang penyajak?"

"Isy, budak ni!!" Haikal mencubit pipinya.

"Oww!! Sakiiiittt!!"

"Heh. Siapa suruh kenakan saya."

"Huh!" dia mengalihkan pandangan dengan geram dan secara tak sengaja terpandang jam di dinding. Senyum jahat muncul di bibirnya.

"Awak?"

"Hmm?"

"Cuba tengok jam tu," dia menunjuk pada jam yang cepat setengah jam itu.

"Hah?? Dah jam 11 dah? Saya dah lambat ni, Qilah!" Haikal kelam-kabut memakai stoking dan keluar menuju ke bawah. Dia ketawa kecil melihat kabut Haikal.

"Isy, dia ni. Beg sendiri pun lupa nak ambil. Hahahaha. Padan muka. Kenakan orang lagi. Dah lah pergi lambat pun takut. Pelik betul. Kata company sendiri? Tak faham aku," dia membebel sendiri sambil turut menuruni tangga untuk ke aras satu. Haikal dilihat sedang memakai kasut di tepi pintu.

"Awak. Beg ni taknak bawa ke?"

"Oh, a'ah. Lupa pula saya nak ambil. Thanks, Qilah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

"Haikal!!" dia lantang memanggil membuatkan lelaki itu sedikit terkejut.

"Yes?"

"No any of this?" dia menggoyang-goyangkan tangan yang dihulur.

"Ya Allah. I'm sorry, I forgot."

Dia menyalami tangan suaminya itu sebelum Haikal mengucup dahinya. Dia menjawab salam yang diberikan sebentar tadi sambil melihat Haikal berlari-lari anak menuju ke kereta. Namun, lelaki itu tiba-tiba berhenti dan pusing memandangnya.

"Petang ni, awak tak lupa, kan?" Haikal bertanya. Dia berfikir seketika. Petang ni? Ada ap- Ooh, a'ah. Lupa pula. Dia kemudian mengangguk pada suaminya.

Aqillah mengambil telefon bimbitnya dan mula mendail nombor rakan baiknya, Arissa. Beberapa deringan kemudian, suara Arissa kedengaran di hujung talian.

"Assalamualaikum, Qilah."

"Waalaikumussalam. Risa tengah buat apa?"

"Takda apa sangat. Tengah iron baju je."

"Hmm. Akak dah dapat book hall ke belum?" dia mengenakan kawan baiknya itu.

"Qilah niii! Main-main pula dia."

"Laah, apa yang main-mainnya. Betullah. Nanti jadi kakak ipar Qilah."

"Qilah... ok ke?"

"Hmm? Pasal apa? Pasal Risa dengan Abang Amir?"

"A'ah."

"Ok je lah. Cuma pelik sikit. Hehe."

"Agaklah. Risa pun rasa pelik juga sebenarnya."

"Kaann?" dia berkata dan mereka sama-sama ketawa.

"So, bila tarikh dia?"

"Mmm, Jun tahun depan."

"Oh, a'ah. Masa birthday Risa, kan? Lupa pula."

"Hehehe. Risa dah cakap dekat dia bila-bila pun boleh tapi dia taknak dengar."

"Hahahahaha. Abang Amir kan memang degil. Mengada. Gedik!"

"Hei, hei! Cukup, cukup."

"Hahaha. Back up nampak?"

"Mestilah!"

"Waaarghh. Unbelievable! Habislah lepas ni. Qilah dianaktirikan. Huaaaaaa. Sedihnyaaaa."

"Hahaha. Mengada, eh?"

"Hehehe. So, macam mana boleh jadi macam ni?"

"Hmm......"

"Cepat cerita! Kalau tak, Qilah kurung Abang Amir!!"

"Hahahaha. Sengal. Entahlah, Risa rasa semua jadi masa raya hari tu."

"Dah lama dah lah??"

"Taakk!! Ingat tak masa famili Risa datang raya rumah Qilah?"

"Hmm. Ha! Ingat, ingat. Yang mama Risa dok cakap pasal Abang Amir bila nak kahwin tu, kan?"

"Haa, masa tu lah. Bila dia orang tiba-tiba cakap pasal kita orang dua, Risa rasa macam lain."

"Lain? Lain macam mana?"

"Hmm, macam mana eh nak cakap? Macam... sebelum ni kan kalau kita semua borak sekali kan takda cakap pasal benda-benda macam ni. Semua pasal berjalan lah apa semua, kan? Time tu rasa macam dah adik-beradik kamcing dah. Tapi bila dia putar ke lain, rasa tu terus jadi lain," Arissa menerangkan. Dia diam sejenak. Cuma mencari di mana logiknya cerita itu.

"Hmm.. kiraa... maksud Risa... sebab benda ni tak pernah dibangkitkan, Risa pun tak pernah terfikir macam tu? Tapi bila sekali orang buka, Risa terus rasa lain? Macam tu ke?"

"Haaa.. macam tu lah!"

"Mmm... Sebelum ni rasa macam adik-beradik sebab benda suka sama suka ni tak pernah jadi isu. Tapi bila cakap pasal kahwin dengan Abang Amir, Risa terus rasa lain dekat Abang Amir? Dah tak abang lagi dah?"

"....."

"Malu lah tu."

"Mestilaaah!! Qilah cakap direct macam tu."

"Hahahaha. Tahniah, Risa."

"Ni main-main ke serius ni?"

"Hahaha. Qilah serius, serius. Risa, Qilah ucapkan tahniah atas pertunangan Risa dengan Abang Amir. Walaupun Risa tak bagitau Qilah awal-awal dan nak rahsiakan benda ni daripada Qilah. Sampai hati Risa buat Qilah macam ni. Agaknya sampai dah kahwin esok dengan Abang Am-"

"Qilah!!"

"Hahahaha. Sorry, sorry."

"Ni dah berjangkit dengan Haikal ke ni? Suka mengenakan orang?"

"Boleh tahanlah. Dah penat dikenakan. So, kenalah kenakan orang lain pula."

"Haa??"

"Hehehe. Banyak pula perkataan kena."

"Tahu takpa."

"Risa happy tak?"

"Happy."

"That's good, then."

"Qilah macam mana pula? Are you better now?"

"For?"

"Dengan Haikal?"

"Better than ever, baby!"

"Waah. Bukan main."

"Hehehe. Jealous, ke?"

"Tak, ok? Ingat Risa macam Abang Amir ke?"

"Hahaha. Agaklah. Abang Amir tu, sikit-sikit nak jealous dengan orang. Tak faham betul."

"Hahaha. Tahu takpa."

"Hmm."

"Then, how about him? Are you okay now?"

"Siapa?"

"Fariq."

"Oh. Thanks to Haikal, I'm all better now."

"Apa yang Haikal buat?"

"Knock some sense into me?"

"Mmm. Good for you."

"Yup. Qilah rasa bersyukur sangat-sangat."

"Alhamdulillah. Qilah dah tak mimpi lagi dah?"

"Tak. Berhenti terus. Alhamdulillah."

"Alhamdulillah."

Aqillah mengikut langkah Haikal mendekati kubur arwah abah. Haikal membentangkan tikar yang dibawa dan mereka duduk bersila di atasnya. Buku surah Yasin yang dibawa diberi satu kepada Haikal dan dibuka satu untuk dirinya. Dia mengikut perlahan saat Haikal mula membaca tahlil untuk arwah abah. Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu menemani mereka berdua bertilawah ayat-ayat suci yang datang daripada-Nya. Do'a seorang anak yang soleh dapat membantu seseorang yang telah meninggalkan dunia ini. Air matanya bergenang mendengar bacaan tenang Haikal. Seminggu sekali mereka akan menziarahi kubur arwah abah jika punya masa terluang. Mama biasanya akan ikut mereka bersama tetapi hari itu mama punya hal yang lain, jadi mama sudah terlebih dahulu datang menziarahi hari sebelumnya. Surah Yasin habis dibaca, dia menadah tangan untuk meng'amin'kan do'a seterusnya daripada Haikal. Do'a minta diringankan siksaan buat arwah abah juga minta diampunkan segala dosa-dosa arwah abah. Dia tidak tahu kenapa, tetapi setiap kali dia mendengar Haikal membaca do'a tersebut, sebaknya akan datang dan air matanya akan turun ke pipi. Rasa tenang dihatinya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

"Amin ya Rabbal 'Alamin," dia menyebut perlahan sambil menyapu tapak tangan ke muka.

"Ya Allah. Awak ni Qilah, setiap kali pun nak menangis ke?"

"Err, man- mana ada saya menangis!!"

"Heh. Awak suka dengar saya berdo'a?" dia mengangguk pada pertanyaan itu.

"Awak rasa sampai ke do'a saya? Dapat membantu ke?"

"Awak nii. Setiap kali pun awak tanya benda yang sama."

"Heh. Setiap kali awak menangis, saya akan terfikir benda ni. Kalau awak dapat menangis dengar do'a saya, Allah S.W.T nampak tak yang saya ikhlas?"

"InsyaAllah. Kan kita kena percaya dekat Dia? Allah S.W.T kan dah kata, dengan kepercayaan itu akan ada balasannya. Macam awak percayakan saya, saya pun akan percayakan awak balik. Sama saja."

"Hmm. I guess it is. Alhamdulillah, then."

"Alhamdulillah."

"Haikal!" dia memanggil Haikal yang sudah berjalan ke depan. Matanya masih tak habis-habis memerhatikan kawasan sekelilingnya. Rasa seram sejuk sekejap.

"Haikal!" dia memanggil lagi.

"Ya, sayang?"

"Awak pasti ke ni?" dia memandang dengan muka takut.

"Ya Allah budak ni," Haikal mendapatkannya.

"It's okay, love. Come on," Haikal mula menarik tangannya supaya turut bergerak ke depan.

Nak tak nak, dia memaksa kakinya untuk turut menurut arah langkahan Haikal sekaligus mengikut pegawai penjara yang sudah sedikit jauh ke depan. Setelah lebih lima minit berjalan, mereka mendekati sebuah pagar besi yang sedang dijaga oleh seorang lagi pegawai lain.

"Sila ikut sini. Kamu akan jumpa dia di bilik di depan," pagawai yang bersama mereka tadi berkata sambil mendekati sebuah bilik.

Pegawai itu kemudian membuka pintu bilik tersebut dan menyuruh mereka masuk. Dia terhenti apabila melihat dalaman bilik tersebut. Hanya terdapat dua buah kerusi dan penghadang setengah dinding setengah kaca yang memisahkan tempat mereka dengan tempat sebelahnya. Seorang lagi pegawai penjara sedang menunggu di kawasan sebelah sana.

"Sila tunggu di sini. Dia akan dibawa sekejap lagi."

"Jom, Qilah," Haikal berkata apabila dia masih kaku di depan pintu.

Seram sejuk dirinya berada di bilik itu. Entah kenapa, dinding penghadang itu dirasakan bagai mahu roboh sahaja. Nafasnya sudah mula turun naik sedikit demi sedikit.

"Nur Aqillah!"

"Hah?" dia terkejut.

"Ya Allah dia ni. You want to go back?" pertanyaan Haikal membuatkan dia pantas memandang suaminya itu. Bibirnya diketapkan. Memang cadangan yang ingin diterimanya tetapi dia yang meminta Haikal membawanya ke situ. Dia mahu berdepan dengan Fariq. Mahu tahu di mana kedudukan perasaannya pada lelaki itu.

"Taknak," dia menjawab sepatah dan lambat-lambat memasuki bilik tersebut.

"Kamu ada masa 15 minit untuk berjumpa dengan banduan. Kalau ada apa-apa masalah, saya ada di luar," pegawai itu berkata sebelum menutup pintu dibelakangnya.

Aqillah menelan air liur yang terasa pahit. Dalam otaknya ada terlalu banyak benda sehingga dia tidak mendengar apa yang dikatakan Haikal. Dia memandang kosong suaminya itu.

"Awak ok tak, Qilah?" baru dengar suara Haikal selepas dia memandang wajah suaminya.

"O- ok."

"Jom, duduk situ," Haikal mengiringnya ke sebuah kerusi yang tersedia dan menolak badannya supaya duduk di atas kerusi tersebut.

"Please, be calm. I know you can do this, Qilah."

Dia hanya diam membisu. Cuba menenangkan hati yang masih kacau. Pintu bahagian lagi satu yang tiba-tiba terbuka membuatkan dia automatik menyorok di bawah. Kaki Haikal dipeluknya erat.

"Ya Allah, budak ni. Hei," dia mendengar tawa kecil Haikal padanya sebelum berhenti secara tiba-tiba. Pantas dia mendongak memandang suaminya itu. Haikal dilihat sedang menganggukkan kepala pada seseorang. Sesaat kemudian, dia mendengar kerusi di sebelah sana bergerak. Jantungnya terus saja berdegup kencang. Fariq! Fariq!

"Kamu ada 15 minit untuk bercakap.." kedengaran suara seorang pegawai mengulangi kata-kata pegawai di tempat mereka tadi sebelum pintu di tutup.

Suasana sepi. Hanya degup jantungnya sahaja yang kedengaran. Dia memberanikan diri untuk mendongak memandang Haikal dan suaminya itu sedang tepat merenung dirinya. Pantas saja dia menundukkan kembali kepalanya. Haikal kemudian mengeluh perlahan. Rasa bersalah menggamit hatinya.

"Assalamualaikum," Haikal memecahkan kesunyian antara mereka. Dia mendengar seseorang merengus sambil menjawab acuh tak acuh.

"Dia nak jumpa tapi dia takut nak bersua muka."

Tiada jawapan.

"Try calling her. She's right here below you," Haikal berkata dan segera dia memukul kaki suaminya itu.

"Hnh?" Fariq berkata sepatah.

"Panggillah dia. Dia ada dekat bawah ni."

"Kau main-mainkan aku?" suara Fariq kedengaran marah. Makin erat dia memeluk kaki Haikal.

"Rilex lah, bro. Aku takda niat nak buat onar. Dia yang minta aku bawa jumpa kau."

"Hnh."

"Qilah!" dia mendongak memandang Haikal dengan muka kesian. Kepalanya sudah digeleng-gelengkan. Haikal mengeluh perlahan.

"Dia datang nak cakap yang dia dah maafkan kau. Dia takda niat nak bagi kau masuk penjara tapi dia takut dekat kau. So, what else can she do?"

"Bukan kau ke yang buat aku meringkuk dalam ni? Kau yang bawa polis tu datang situ!"

"Kau percaya atau tak, tu kau punya pasal. Aku datang ni sebab nak temankan dia saja."

"Hnh!"

"Seriuslah, bro. Kau nak cakap dengan dia, baik kau jangan marah-marah. Budak ni dah lah penakut sikit."

"Mana dia? Aku tak percaya cakap kau."

"Tu lah aku suruh kau panggil dia."

"Hnh."

Suasana hening kembali. Dan kali ini terlalu lama mereka berdiam diri sehingga tidak sedar bahawa masa yang diperuntukkan sudah habis. Pegawai yang menunggu di luar sebentar tadi sudah kembali membuka pintu dan kelihatan terkejut melihat dirinya. Dia sudah tersipu-sipu malu di situ.

"Cik ok?" pegawai itu bertanya padanya.

"Dia ok. Cuma penakut sikit," Haikal menjawab bagi pihaknya.

"Err, ok. Masa melawat sudah tamat."

"Mmm, ok," Haikal menjawab dan pada Fariq, suaminya itu berkata,

"Nanti bila dia dah tak takut sangat, aku bawa dia jumpa kau lagi."

"Hnh."

Beberapa saat kemudian, kerusi digerakkan dan pintu di sebelah sana tertutup. Dia mendongak memandang Haikal dan lelaki itu hanya mengangguk padanya. Lega, dia bangun untuk keluar dari situ namun terhenti. Bulu roma di badannya segera saja meremang. Tepat memandang ke arahnya, muka lelaki itu terkejut. Sama seperti dirinya. Fariq memandangnya tanpa kelip dan tanpa kata. Dia juga melakukan perkara yang sama. Lelaki itu kelihatan kurus dengan baju berwarna oren. Dia menelan air liurnya.

"Qi- Qilah," perlahan suara lelaki itu menuturkan namanya.

Matanya sudah bergenang dengan air mata. Hidungnya sudah kembang kempis menahan perasaan sendiri. Haikal sempat menahan dirinya daripada kembali terduduk di lantai.

Aqillah berjalan lambat-lambat di taman layang-layang. Kepalanya sudah didongakkan untuk melihat layang-layang yang berwarna-warni terbang di sana sini. Udara petang itu dihirup dengan tenang. Haikal yang berjalan seiring dengannya turut melayani perasaan sendiri.

"S- saya m- min- ta maaf," dia teringat kembali kata-kata maaf Fariq padanya.

Muka Fariq yang kelihatan bersalah membuatkan air matanya menuruni pipi. Lelaki itu kelihatan semakin tak keruan apabila air matanya semakin laju mengalir membuatkan lelaki itu pantas saja jatuh terduduk di atas lantai. Terkejut sekejap dia ketika itu.

"Sa- saya minta maaf, Qilah. Saya minta maaf."

Aqillah pantas menyeka air matanya yang tak henti-henti turun. Tisu yang diberikan Haikal juga sudah basah lencun. Dia cuba menenangkan diri sambil Haikal mengusap-ngusap belakang badannya dan berzikir perlahan.

"S- saya..." dia mula berkata dan Fariq pantas mendongak memandang dirinya. Dia segera menundukkan pandangan.

"Ma- maafkan awak..." dia menelan air liur.

"Saya maafkan awak... Dengan syarat, jangan apa-apakan keluarga saya lagi."

"Ter- terima kasih.."

"Mmm," dia menjawab sambil tersenyum kecil dan pantas keluar daripada bilik tersebut.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa gembira dirinya sebaik sahaja mendengar kata maaf Fariq. Senyum pantas saja melebar saat dia teringat kembali saat di penjara tadi. Gelak kecil terlepas daripada bibirnya.

"Share with me?" Haikal memandangnya. Dia tersenyum.

"Takda apa. Terima kasih, Haikal."

"Hm? Untuk apa?"

"Tipu saya tadi."

"Hah? When?"

"Masa dekat penjara tadi."

"Oh. You're welcome."

"Hehe."

"What?"

"Takda. Rasa macam kelakar cakap terima kasih sebab tipu. Hehe."

"Heh."

"Hei! Syafiq! Jangan la-"

"Oww!!" dia jatuh terjelepok apabila satu benda keras melanggarnya kuat.

"Huwaaaaaa," dia terkejut dan pantas menoleh untuk melihat seorang budak lelaki menangis tidak berapa jauh daripadanya.

"Cik, cik tak apa-apa? Saya minta maaf," seorang wanita berkata padanya sebelum mendekati kanak-kanak tadi.

"Kan mak dah kata jangan lari-lari tadi! Syafiq taknak dengar. Kan dah jatuh. Pergi minta maaf dekat kakak tu cepat. Dah, dah! Berhenti menangis. Tahu sakit," wanita itu memarahi kanak-kanak bernama Syafiq itu.

"Err, takpa, takpa," dia rasa bersalah melihat Syafiq yang masih tersedu-sedu sambil ibunya menyapu-nyapu lutut yang bergesel dengan tanah mungkin ketika budak itu jatuh tadi.

"Syafiq ya nama dia?"

"Ha? A'ah. Minta maaf ya, dik. Dia ni nakal sikit."

"Oh, takpa. Sikit je. Syafiq ok?" dia bertanya pada budak itu yang malu-malu memandangnya.

"Minta maaf dekat kakak ni cepat."

"Sya- Syafiq minta maaf."

"Kakak maafkan. Nanti jangan lari-lari lagi tau?" dia berkata sambil tersenyum dan Syafiq hanya mengangguk sambil menutup muka dengan tudung ibunya. Dia ketawa kecil melihatkan itu.

"Minta maaf ya, dik," wanita itu berkata lagi sebelum berjalan pergi.

"Takpa," dia berkata sambil tersenyum.

"Comel," sepatah Haikal berkata disebelahnya.

"A'ah. Syafiq. Hehe."

Aqillah khusyuk memerhatikan skrin komputer dihadapannya. Dia memandang sekilas pada Haikal yang sedang membuat kerja tidak berapa jauh daripadanya. Pasti yang Haikal sedang tekun bekerja, dia menekan tetikus sebelum skrin komputer itu bertukar warna dan menunjukkan baris-baris nama Islam. Dia membaca satu persatu nama-nama yang bertaip di situ. Hmm, nama apa eh yang sedap? Nama aku mula huruf A. Haikal pun A juga. Asyraf Haikal. Tengok huruf A dulu lah. Dia menekan pada huruf A untuk mengeluarkan nama-nama yang bermula dengan abjad itu. Eh, jap! Nama lelaki ke perempuan? Lelaki? Perempuan? Hmm.. kalau anak lelaki nanti hensem macam Haikal. Dia mengangguk-anggukkan kepala. Kalau anak perempuan nanti kuat berangan macam aku. Dia menggeleng-gelengkan pula kepalanya. Lelaki lah macam tu. Dia menggerakkan tetikus untuk memilih nama lelaki.

"Perempuan dulu."

"Waarghh!! Haikal!!" terkejut beruk dirinya.

"Hahahaha. Gatal awak, kan?"

"Hah? Kenapa pula?"

"Dah tak sabar sangat dah ke?"

"Man- mana ada!!"

"Heh. Kenapa taknak tengok yang perempuan?"

"Ah? Err.. er.. emm.."

"Kuat berangan pun ok apa? Lagipun tak semestinya anak perempuan je yang turun awak. Lelaki pun boleh turun awak juga." Dia membuat muka pada Haikal yang tahu isi hatinya.

"So, nama mana yang sedap?" Haikal mengangkatnya bangun sebelum duduk dikerusi yang dia duduki. Apa kejad- Namun kemudian, menolaknya duduk di atas riba lelaki itu. Dia terkaku sekejap.

"Beratnya awak, Qilah."

"Hah? Mana ada! Awak ya-"

"Ok, ok. Saya salah. So, nama apa yang awak dah pilih?"

"Orang tak sempat nak tengok lagi dia dah menyibuk," dia mengomel sendirian.

"Hahaha. Nama ni, Ali. Ok tak?"

"Ali? Takda nama yang sedap sikit ke?"

"Eh, maksud nama Ali bermakna ok? Excellent, noble."

"S- sorry. Saya tak sengaja."

"It's okay. I'm sorry I made you angry."

"Hmm.. saya suka nama ni," dia menunjuk di skrin komputer.

"Athif? Belas kasih. Hmm, sedap."

"Kan? Saya dah lama nak letak nama tu."

"Dah lama? Sejak bila?"

"Sejak bila? Hmm, sejak saya kahwin dengan awak l-........." dia mengetap bibir.

"Hmm. Masa saya nak anak dulu, jual mahal."

"Err..." dia malu sendiri. Qilah, Qilah. Kan dah malu sendiri.

"Kalau perempuan, nama apa pula yang awak dah fikir?"

"Hah? Takda pulak."

"Eh? Nak anak lelaki je? Sebab nak semua hensem macam saya ke?"

"Eeii, perasan."

"Hahaha. Saya ada suka satu nama perempuan. Mmm, yang ni."

"Afina. Sedap!!"

"Yup. Nur Afina. But I like it because of its meaning."

"Cahaya orang yang memaafkan. Hmm. Ketenangan hatiku."

"Apa tu?"

"Amni Hayati."

"I like the meaning. So, we have two, no, three now. Athif, Nur Afina, and Amni Hayati. What else?"

"Tinggi cita-cita nampak?"

"Of course. We need to aim higher."

"Haha. Apa maksud nama awak eh?"

"Hmm.. lebih mulia?"

"Asyraf Haikal. Lebih mulia?"

"No, no. Lebih mulia tu untuk Asyraf. Yang Haikal tu..."

"Jom kita cari."

"Hmm."

"Haikal, Haikal, Hai- Ha! Jumpa dah. Ni."

"Pokok yang besar dan subur? Does it mean that I'm tough and fertile? We can get many, many kids?"

"Hahahahaha. Lawak gila. Maksudnya pokok yang besar dan suburlah! Saya taktau pula kalau ada makna disebalik tu."

"Hmm... ada asam tak, Qilah?"

"Hm? Asam? Kenapa tiba-tiba je ni?"

"Entah. Tiba-tiba teringin nak makan."

"Pelik, pelik je awak ni. Jap saya pergi tengok."

Dia bangun dan berjalan ke dapur untuk mencari asam kalau-kalau ada. Pelik dia dengan permintaan tiba-tiba Haikal. Entah mana datang keinginan lelaki itu dia sendiri tak tahu. Dia mula mengosek laci-laci yang ada di situ. Habis diselongkar, dibuka pula peti ais untuk mencari di situ.

"Awak, kalau nama Iqbal Zahran ok tak?"

"Iqbal Zahran? Makna dia apa?"

"Kejayaan yang berseri."

"Hehe. Comel je maksud dia."

"Comel? Heh."

"Takda lah, awak."

"Apa yang takda?"

"Asam."

"Dekat bawah takda juga ke?"

"Bawah? Ni dah kempunan sangat ke apa?"

"Entahlah."

"Kejap saya pergi tengok."

Aqillah keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk ke dapur. Apa kenalah dengan suami aku tu. Tiba-tiba mengidam asam. Dia mengandung ke apa? Dia melihat mama sedang menjerang air di dapur.

"Assalamualaikum, mama. Haus malam-malam ni?"

"Waalaikumussalam. Entahlah, Qilah. Tiba-tiba tekak haus nak Nescafe panas."

"Tu mengidam air manis lah tu."

"Hehe. Ye lah tu. Kamu takda mengidam apa-apa ke, Qilah? Benda-benda masam ke?"

"Bukan Qilah yang mengidam mama, tapi Haikal. Entah apa kena dia entah. Tiba-tiba nak makan asam."

"Haikal? Budak tu mana suka makan asam."

"Tu lah yang Qilah pelik tu."

"Hmm. Kamu dah datang bulan ke belum?"

"Hah? Belum. Kenapa, ma?"

"Kamu mengandung tak, Qilah?"

"Haa? Haikal yang mengidam, ma. Bukan Qilah."

"Mama tahu. Tapi masa mama mengandung dulu pun, arwah abah kamu yang mengidam. Mama tak."

"Err, ya ke?"

"A'ah."

Dua tahun kemudian...

"Assalamualaikum," Aqillah memberi salam sebaik sahaja sampai di rumah ibunya selepas habis kerja. Ruang tamu rumah itu lengang. Mana semua orang pergi?

"Waalaikumussalam, Qilah."

"Risa. Macam mana hari ni? Ok lagi?" dia mendapatkan rakannya yang beberapa hari sahaja lagi akan melahirkan cahaya mata yang pertama.

"Alhamdulillah. Athif ada dekat dalam bilik Amin tu."

"Main game lagi?"

"A'ah. Budak sekarang kan. Mana ada main guli macam kita dulu."

"Haha. Agaklah," dia berkata sambil berjalan mendekati sofa untuk duduk. Tetapi belumpun sempat dia duduk, matanya terlebih dahulu tertancap pada kaki rakan baiknya itu sebelum jeritan kuat Arissa memenuhi ruang tamu rumah ibunya.

"Qilaaaaaaah!!!"

"Risa! Risa, ok tak? Sabar, Risa, sabar," dia terkocoh-kocoh mendapatkan rakannya itu.

"Hu, hu, hu, tarik nafas, Risa. Ingat masa dekat kelas hari tu, Risa. Tariiik, hembuuus. Tariiik, hembuuus," dia berkata dalam kabut sambil Arissa mengikut segala kata-katanya.

"Risa boleh bangun berdiri tak?"

"Aaaaaa!!" kawannya itu menjerit kuat apabila cuba berdiri sendiri. Dia pula cuba mengangkat kawannya itu tetapi tidak berdaya.

"Kak Hanii!!" dia menjerit kuat supaya sampai suaranya ke dapur.

"Kak Haniii!!!!"

"Ummi, ummi, ummi dah sampai. Ummi tadi Athif menang main game lawan-lawan," anaknya yang baru berusia setahun lebih itu terkedek-kedek datang ke arahnya daripada bilik Amin.

"Athif, sayang. Pergi tolong panggil Cik Hani dekat dapur jap. Ya, sayang, ya?"

"Ummi, kenapa dengan Acik Risya?" Athif yang datang memeluk tangannya memandang Arissa dengan pelik.

"Makcik Risya sakit. Athif pergi panggil Cik Ha-"

"Qilaaaaghh!!!!" suara Arissa mengerang, menjerit namanya dalam kesakitan sambil menggenggam kuat lengannya.

"Huuuuu. Ummiiiiiiiiiiii,"Athif tiba-tiba menangis di sebelahnya. Ah, sudah!

"Sayang, sayang. Jangan nangis sayang. Kenapa nangis ni?"

"Cik Risyaaaaaaaaa. Dia sakiiiiiiiiiiitt. Huuuuuuuuu."

"Tak, sayang. Cik Risya tak sakit sayang."

"Qilaaaaaaghh!!! Cepatt!!!"

"Ya Allah. Kejap, Risa! Kejap. Kak Haniiiiiiiiiiiiii!!!!!" dia sudah pening kepala mendengar jeritan Arissa dan tangisan Athif. Ya Allah, bantulah aku, ya Allah.

"Assalamualaikum."

"Hah! Haikaaaalll!!!!" lantas dia menjerit kuat saat mendengar suara Haikal di muka pintu.

"Ya Allah. Kenapa ni?" muka Haikal kelihatan terkejut dengan situasi lintang pukang mereka.

"Abaaaaaahh," Athif bangun mendapatkan suaminya pula.

"Ya, sayang.Why are you crying?" Haikal tunduk untuk mendukung anak mereka.

"Awak, awak! Risa!! Risa, awak!!! Air ketuban dia dah pecah!!"

"Hah? Ha? Err, nak buat apa ni??" Haikal panik, terus saja tidak keruan. Suaminya itu nak mengangkat Arissa pun tak boleh. Haikal sudah sekejap memandangnya, sekejap memandang Arissa.

"Haikal. Awak! Pergi panggil Kak Hani dekat dapur. Saya panggil tadi dia tak dengar. Lepas tu start enjin kereta. Ce-"

"Haikaaaaall!!!!! Arissa sudah menjerit nama suaminya pula.

"Abaaaaaahhh. Cik Risya sakiiiiiiiiiiiiitt."

"Ya, sayang. Ya. Kita bawa dia pergi hospital," dia mendengar Haikal berkata pada Athif sambil berjalan laju menuju ke dapur.

"Risa, Risa. Tarik nafas. Hembuuus. Tariiik. Hembuuss."

"Risa! Qilah! Kenapa ni?" Kak Hani sudah terkocoh-kocoh berlari mendapatkan mereka.

"Kak Hani. Air ketuban Risa dah pecah! Tolong saya angkat dia bawa masuk dalam kereta cepat!"

"Hah? Air ketuban dah pecah??"

"A'ah, Kak Hani. Kak Hani? Kak Hanii!!! Ah, sudah!" dia memandang pada Kak Hani yang sudah pengsan di sisi mereka.

"Qilaaaaaghh!!"

"Ya, Risa. Ya."

"Risa? Risa!" suara panik Abang Amir kedengaran.

"Alhamdulillah, ya Allah. Abang Amiir!! Dekat sini, dekat sini! Cepat angkat dia masuk dalam kereta!!"

"Oh. Ya, ya!" abangnya pula yang kelam-kabut mendekati mereka dan segera mendukung Arissa dan dibawa ke luar rumah. Dia memandang abangnya yang terkocoh-kocoh berlari keluar rumah.

"Alhamdulillah." Satu masalah selesai, dia menarik nafas lega. Dipandang Kak Hani di sebelah.

"Kak Hani. Bangun, Kak Hani," dia menggoyang-goyangkan bahu pembantu rumah mereka itu.

"Kak Hani!!" dia cuba menyergah dan terkejut jaga terus Kak Haninya itu.

"Qilah! Qilah! Risa, Qilah! Air ketuban dia dah pecah! Cepat bawa dia pergi hospital, Qilah!!"

"Ya, Kak Hani. Mengucap dulu, Kak Hani. Mengucap."

"Eh, Risa mana?"

"Haikal dengan Abang Amir dah bawa dia pergi hospital dah. Jom kita ikut pergi sana."

"Hah? Ya ke?"

"Ya. Jom."

"O- ok."

Tepat jam 10.30 malam, lahir seorang lagi cucu keluarga Encik Adib Abdullah. Semua yang sedang menunggu di luar bilik bersalin menarik nafas lega. Arissa selamat melahirkan seorang bayi perempuan tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan sepertinya.

"Syukur, alhamdulillah," dia memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi sebaik sahaja mendengar khabar gembira itu.

Muka pucat Abang Amir yang keluar daripada bilik bersalin kelihatan sangat lega dan gembira. Dia tersenyum memandang abangnya yang kini sudah bergelar bapa. Haikal yang dari tadi duduk memangku Athif di sebelahnya dipandang. Suaminya itu tersenyum sambil mengusap kepalanya lembut.

"Tahniah."

"Hehe. Thank you," dia berkata sambil ketawa kecil.

Pintu wad yang didiami Arissa diketuk daripada luar. Beberapa saat kemudian, muncul muka gembira Abang Amir bersama Haikal.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," dia dan Arissa sama-sama menjawab salam kedua-dua mereka.

"Risa macam mana? Dah ok sikit?"

"Hmm, macam ni lah," kawannya itu menjawab lemah sambil tersenyum manis.

"Baby mana?" Haikal bertanya.

"Hisy, dia ni! Orang tanya khabar Qilah dulu, bukan anak dia."

"Lah, dah Abang Amir tanya tadi. Buat apa nak tanya lagi?"

"Ada je alasan dia."

"Hisy, kau orang ni. Kalau nak bergaduh, pergi luar. Jangan kacau Risa nak berehat," Abang Amir memarahi mereka berdua.

"Awak lah ni," dia berkata.

"Saya pula?"

"Kau orang!"

"Oops, sorry," mereka berkata serentak dengan muka bersalah.

"Hahaha. Takpalah, bang. Baby tengah makan, Haikal. Kejap lagi nurse bawa datang balik."

"Assalamualaikum," kali ini suara ibu pula yang kedengaran di muka pintu.

"Ummi, abah!" Athif berkata gembira sebaik sahaja nampak dirinya dan Haikal.

"Sayaaang," dia segera mendukung dan mencium pipi anak kesayangannya itu.

"Hehehe," Athif ketawa geli hati apabila Haikal menggeletek badan anaknya itu.

"Anak abah dari mana tadi?"

"Rumah opah."

"Rumah opah? What are you doing there?"

"Aying games."

"Playing games? Not studying?"

"Dying games. Hehehe."

"Isy, budak ni. Pandai jawab orang tanya, ya? Ha? Nak kena wrestling ni!"

"Aaarghh! Taknak!"

"Meh sini abah nak smack down dia."

"Aaarghh!! Ummiiii. Tolong Athiff!!" Athif menjerit apabila Haikal menggeletek anaknya itu, sakan. Yang lain hanya ketawa.

Tok tok tok. Ketukan di pintu membuatkan semua berhenti tertawa. Athif yang kurang memahami juga begitu. Jururawat masuk membawa anak abangnya dan Arissa.

"Haa, baby dah sampai."

"Baby? Baby siapa, abah?"

"Baby Cik Risya."

"Cik Risya dah ada baby dah?"

"A'ah. Tengok tu."

"Comelnyaaa," Athif berkata pada bayi yang sedang berbaring di dalam katil kecil bertutup itu.

"You like it?"

"Mm!"

"Abah, abah," Athif memanjat badan Haikal yang sedang berbaring di atas katil.

"Hmm?"

"Bila boleh pergi tengok baby Cik Risya lagi?"

"Athif nak pergi tengok lagi?"

"A'ah. Baby dia comel."

"Athif suka baby?"

"A'ah."

"Minta ummi bagi adik dekat Athif."

"Awak!!" dia yang dari tadi hanya mendengar, sedikit terkejut.

"Adik?"

"A'ah. Nanti Athif dapat baby."

"Ya ke?"

"Yes, boy."

"Ummi."

"Y- ya, sayang?"

"Athif nak adik."

"Heh."

"Athif dah ada baby Cik Risya dah. Athif nak baby apa lagi?"

"Abah cakap kalau ada adik, Athif boleh tengok baby bila-bila masa je."

"Err, oh."

"Boleh tak ummi?"

"InsyaAllah, sayang."

"InsyaAwwah tu apa ummi?"

"InsyaAllah tu maksudnya kalau Allah izinkan, ummi bagi Athif adik, ya?"

"Betul ke, ummi?"

"Ya, sayang."

"Athif saaayang ummi!" Athif berkata lantas memeluk lengannya.

"Only ummi? How about me?"

"Abah pun Athif saaayang jugak!" Athif kemudian memeluk lengan Haikal pula.

"Athif je saaayang abah? Ummi Athif macam mana?"

"A'ah, kan? Ummi saaayang abah tak?"

"Saaayang sangat-sangat."

"Kenapa ummi saaayang abah sangat-sangat? Ummi saaayang Athif macam mana?"

"Ummi saaayang Athif pun sangat-sangat juga!"

"Hehehe. Abah saaayang ummi sangat-sangat juga ke?"

"Ya, sayang. Abah pun saaayang ummi sangat-sangat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience